Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, October 25, 2016

Kontroversi ucapan dr rozaimi

Dr Juanda bekas mufti perlis pun berpandangan begini juga ...
fahaman dia serupa ...
akhirnya dia sertai UMNO !
org berfikiran sekular tak akan "ngam" dengan politik islam ....
ada saja alasan dia nak spin ...
kita baru nak sentuh dan nak perkasakan kuasa mahkamah syariah ... depa dah meroyan .... belum lagi nak enakmankan hukum hudud !!! ?

JANGAN MUDAH SESATKAN ORANG
Saya memulakan kalam ini dengan kontreversi kerana ingin menutup kontreversi sang llmuan yang sedang mengelirukan orang dengan menghurai sesuatu bukan dalam bidang dan bukan dalam penglibatan sebuah perjuangan. Mengambil kira kaedah, membalas setakat mana perlampauan yang telah menyebabkan kekeliruan.
Tersebar rakaman lebih 12 minit tentang seorang pensyarah kanan sebuah ipta yang berpangkat Dr yang mengelirukan isu RUU355. Hebatnya menyusun kata dan berbicara, tapi perlu diwaspada.
Ustaz muda berpangkat phd dalam aliran hadis tersebut memberi komentar mengelirukan soal RUU355. Mula mengomentar beliau menyebut,
" pinda 356( merujuk hukuman dalam akta 355) kepada apa sahaja kecuali hukuman mati, kalau tak pinda, tak boleh buat hudud. Tak boleh hukuman mati, tak boleh buat hudud semua. Tak setuju sebab tak buat penuh, tak kafir".
Kata beliau dalam kuliah tersebut.
Ini adalah antara falasi dan cubaan menyalah ertikan isu RUU355 yang sedang dibawa oleh Presiden PAS, TG HJ Abdul Hadi Awang selaku MP Marang. Dalam rakaman 12 minit itu juga disebut beberapa kekeliruan seperti berikut:
1. Ada hudud versi tuhan, ada hudud versi Yahudi.
2. Hudud versi tuhan tiada waive( pengecualian). Tetapi mahkamah syariah hari ini hanya untuk orang Islam. Maka, undang2 islam mesti nampak Adil dan adil.
Maka diambil contoh 5 pencuri bukan islam dan islam mencuri berjemaah.
Zina bukan islam dan islam.
3. Isu hukuman Blank Check. Contoh isu tauliah mengajar.
4. Contoh seperti buat tom yam. Ada rempah tapi tiada bahan lain disediakan. Gambaran usaha yang dibuat oleh pihak pihak yang perjuang RUU355.
Salah Faham yang Tidak patut dikelirukan.
1. Ada hudud versi Tuhan dan Versi yahudi.
Si ustaz tadi membaca hadis dari matan yang begini,
أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ ، تَرَكُوهُ ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ ، أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ .
Lalu, diambil kesimpulan di sana ada hudud versi yahudi. Apakah begitu singkat pandangan seorang sarjana hadis? Adakah perkataan الحد dalam hadis tersebut disebut sebagai Hudud Yahudi? Atau ia sebagai maksud perlaksanaan yang tidak mengikut perintah Allah. Yang diusahakan melalui RUU355, bukan hudud pun. Ia adalah sekadar pintu perlembagaan di peringkat persekutuan untuk membuka pintu peningkatan taraf mahkamah Syariah di bawah kuasa kerajaan negeri.
Hari ini, dunia binasa bukan salahguna hudud, tetapi langsung meninggalkan syariat syariat Allah. Usaha RUU355 adalah membuka langkah kepada usaha berperingkat memuliakan syariat Islam.
2. Hudud versi Tuhan tiada Waive.
Si ustaz mengelirukan bahawa apa yang dibuat hari tak akan nampak adil. Maka perlu buat seperti keseragaman undang undang sivil hari ini. Maka kita tanya sang ustaz, adakah undang undang hari ini adil dan setara dengan Islam?
Di ambil contoh mencuri dan si pencuri bukan islam dan islam. Ternyata contoh ini lari jauh dari isu RUU355. Mencuri bukan dalam akta 355, maka contoh yang diberi adalah falasi dan amat mengelirukan orang ramai kerana tertipu dengan ustaz bertitle Dr.
3. RUU355 adalah Blank Check.
Si ustaz mengelirukan dan boleh menyesatkan bahawa kononnya RUU355 ini dipinda dengan keadaan blank check, sepatutnya perlu didetailkan.
Si ustaz nampaknya jahil tentang perlembagaan. Perlembagaan Negara dan perlembagaan negeri. Silap silap tidak dapat beza antara AKTA ataupun Enakmen. Akta 355 adalah peruntukan Parlimen Malaysia untuk menetapkan had kuasa bagi undang undang Islam di bawah kuasa Negeri. Maka, tidak perlu didetailkan, yang perlu didetailkan adalah Enakmen yang akan dipinda di bawah kuasa negeri nanti. Apabila mengambil contoh isu tauliah dan hukumannya, maka si ustaz tadi jahil dengan Feqah Syariah yang melibatkan hukum takzir. Apakah dia menyangka ilmuan Islam peringkat negeri sebodoh bodohnya sehingga hukum takzir boleh didenda 20 tahun penjara? Adakah ustaz ini membodohkan akal kita semua sebagai Audien kuliah?.
4. Isu RUU355 diberi perumpamaan sebagai perencah Tom Yam.
Sikap bermudah mudah menyamakan usaha mendaulatkan syariat dengan perumpamaan kurang masak ini adalah satu contoh kekeliruan yang boleh mendatang kesesatan pemahaman. Apakah masih lagi menyangka semua pelaksanaan Islam boleh buat serentak macam memasak? Seumpama dia membidaahkan dan menghukum amalan orang lain tidak sunnah atau tidak?
Sepertinya tidak memahami marhalah marhalah undang undang dan kenegaraan. Perlaksanaan memerlukan tadarruj iaitu berperingkat peringkat. Contoh mudah bila dia mengambil contoh Nabi tak menghukum munafik. Soalnya tak menghukum kerana bukti dan situasi waktu itu dijadi ukuran. Kalau sekiranya sang munafik mencuri atau membunuh, adakah Nabi menangguhkan hukuman kerana dia munafik? Pemahaman hadis yang literal, boleh menjebakkan diri kepada pemikiran liberal.
Kesimpulan dari melihat penjelasan si ustaz ini adalah ulangan jawapan jawapam daripada Parti yang mengaku Islam tapi malu berjuang Islam. Tentang ruu355 dikaitkan Hudud, cek kosong, isu tauliah, telah disebut golongan yang menyeru kepada Islam tanpa syariat dalam satu majlis di USIM. Si ustaz hanya mengulangi hujah mereka yang menolak. Kemudian berselindung di sebalik jangan kafir mengkafir. Adakah faham isu sebenar, Allahu A'lam.
Kita berharap, dia tak membodohkan akal orang lain. Sepertimana buku dia, Allah melarang Membodohkan Akal.
Kita sebut Allah larang menyesatkan Akal.
Hidup Ini Jangan Terlalu Berbangga Diri. Jangan Keterlaluan Mencari Kesalahan Orang lain.
Apapun semoga Allah membimbing kita semua supaya hidup merendah diri dan berada dalam Jamaah Islam yang sejati.
"Istiqamah Hingga Kemenangan"
Al Faqir UNB.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej