*Prof.Dr. Ridhuan Tee Abdullah. 💥
Beza Cina Thai, Cina Indon dengan sebahagian Cina ultra kiasu Malaysia
Hebatnya ultra kiasu gunakan wang beli kuasa…
PERGI ke Thailand atau Indonesia, jumpa orang rupa sama macam Cina, tanya dia orang Cina? Jawabnya, tak, saya orang Thai. Cina Indonesia pun. Namanya pun sama nama Siam (Indon), walaupun sebenarnya dia memang asal-usul Cina.
Begitulah hebatnya bagaimana kerajaan Thailand dan Indonesia, mensiamkan dan mengindonkan orang Cina di sana.
Semua Cina di Thailand diwajibkan meletakkan nama Siam. Ia berlaku sejak zaman King Rama VI jika mahu menjadi rakyat Thailand. Nama Cina mereka akan disiamkan, contoh Archapongwattana, Limcharoen, Ongsiriwattana, Vongsriprasert, Paiboonyanupap, and Jongboonyaupap. Nama-nama Cina yang disiamkan.
https://ismaweb.net/2020/10/26/beza-cina-thai-cina-indon-dengan-sebahagian-cina-ultra-kiasu-malaysia/
Nama Archapongwattana adalah nama Cina yang disiamkan, Archa adalah terjemah daripada nama surname Cina, iaitu Ma. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 8 juta Cina di Thailand.
Begitu juga dengan Basuki Tjahaja Purnama (nama Cina Ahok) yang pernah menjadi Gabenor di Jakarta.
Pendek kata, proses pensiaman amat kuat di Thailand. Kerajaan berkehendakkan, tidak ada pilihan. Mesti patuh.
The Thai-Chinese are the most integrated overseas Chinese community in the world. If you ask them whether they are Chinese, they will readily respond that they are Thai, and play down any reference you make to them having Chinese ethnicity. It’s easy to understand why. They were required to adopt Thai surnames to become Thai citizens in the early 20th century by King Rama VI. Up until the 1950s or 1960s, they were discriminated against by non-ethnic Chinese, and could not learn Chinese in schools. (Paul Richard Kuehn 1996)
Kenapa rakyat Thailand boleh menerima Perdana Menteri sebelum ini berketurunan Cina, seperti Chuan Lek Phai, Thaksin Shinawatra dan Ying Luck? Jawapan mudah, Cina sudah tidak mengaku Cina. Mereka adalah orang Thai.
Begitulah tegasnya kerajaan Thailand mengasimilasikan secara paksa orang Cina. Akhirnya, dengan kuasa yang tegas, terpaksa tunduk kepada kerajaan tindakan kerajaan Thailand.
Tidak cukup dengan itu, semua sekolah Cina turut dihapuskan, tanpa ada belas ihsan. Mungkin kita beranggapan, tindakan kerajaan Thailand itu kejam. Tetapi itulah hakikatnya jika mahu membina negara.
Tetapi jumpa Cina di Malaysia, sebiji muka Cina, nama Cina, sekolah Cina, cara hidup Cina, menonton TV Cina, mendengar radio Cina, baca bahan-bahan Cina.
Pendek kata, sebiji macam Cina seperti mana asal-usul. Malah, ada yang lebih China daripada Cina di negara China. Ada yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu.
Setiap bangsa pakat-pakat membina bangsa, bukannya pembinaan negara bangsa. Bangsa lebih utama daripada negara. Akibatnya, lahir rakyat yang tidak pernah setia. Sanggup kutuk negara di luar negara, terbalikkan bendera, hitamkan bendera, ubah bintang bendera, hina jata negara. Mahu jadi komunis rupanya.
Kerajaan gagal untuk mengasimilasikan mereka atau memelayukan mereka. Ditambah, secara terang begitu berani mengutuk Melayu, Islam dan menghina Raja-Raja Melayu
Sudahlah mereka tidak langsung diasimilasikan, dimelayukan, mereka menjadi secina-cina (seindia-india) langsung tidak ada beza dengan negara asal-usul.
Di sinilah silap kita dalam membina negara.
Paling kurang, mereka menghayati agenda negara seperti fasih berbahasa Melayu, menghormati lagu negara dan lain-lain.
Realitinya, bahasa Melayu ke laut, negaraku dicinakan lagunya, bendera negara dihina dan direndahkan martabatnya, Raja-Raja Melayu mahu dihapuskan dan menggantikan dengan negara republik.
Kenapa jadi begitu? Kita terlalu lemah dalam membina negara. Kita tunduk kepada kuasa undi. Biarlah jadi apapun, asalkan undi masuk. Kita sudah cukup seronok dan gembira. Begitulah besarnya kuasa undi.
Lebih malang lagi, parti politik Cina yang tidak dapat sokongan Cina, pun diangkat menjadi menteri, memegang jawatan tinggi dalam GLC, menjadi ahli majlis PBT. Apa sudah jadi dengan negara Malaysia ini?
Bila perkara ini mahu dibincangkan atau didebatkan, maka muncullah kata-kata, kenapa harus ikut Thailand atau Indonesia dalam membina negara? Kita ada cara sendiri.
Malaysia ada cara sendiri. Kita mengamalkan integrasi bukan asimilasi. Kita perasan cara kita cara terbaik. Bersatu dalam kepelbagaian, unity in diversity.
Apa hasilnya? Hebat sangatkah hasilnya?
Adakah negara kita lebih maju daripada Thailand? Tidak juga.
Begitu juga kedudukan kita dengan Indonesia. Mana lebih terkehadapan? Jawapan saya, Indonesia, walaupun pada hakikatnya mungkin tidak.
Benar, Indonesia agak kurang sedikit maju berbanding Malaysia, hanya kerana negara ini terlalu besar (14 ribu pulau) dan penduduk terlalu ramai hampir 270 juta. Jika Indonesia sebesar Malaysia, dengan penduduk 33 juta, sudah lama Indonesia maju, dengan sikap dan kerja keras mereka.
Apa yang saya ingin simpulkan, ketegasan kerajaan Thailand dan Indonesia dengan ‘pendatang’ tidak kompromi. Mesti diasimilasikan agar taat setia dan semangat patriotik tidak tumpah ke tempat lain.
Mahu berlagak lagi mengatakan kita lebih hebat daripada Thailand dan Indonesia? Mahu lagi berhujah bahawa faktor kedai mamak telah menyatupadukan kaum sehingga keluar teori ‘mamakization’ bagi menunjukkan kerana semua kaum pergi ke kedai mamak, makan roti canai dan makan nasi lemak, perpaduan telah tercapai. Taat setia dan patriotism telah berjaya disemai? Cetek sungguh hujah ini.
Kini, demonstrasi di Thailand ketika pandemik COVID-19, dikaitkan dengan majoritinya disokong oleh rakyat Thailand berketurunan Cina, mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada dan menolak sistem pemerintah beraja (monarki).
Maklumlah, Cina Thai sama seperti Yahudi di Amerika, menguasai lebih 80 peratus ekonomi Thailand. Sebahagian besar pusat membeli belah, dan beberapa bank gergasi Thailand.
Mereka berduit. Mereka gunakan kuasa wang untuk membeli kuasa atau membeli maruah manusia, termasuk membeli untuk menjatuhkan kerajaan.
Rara-rata laman sosial ultra kiasu menyokong demonstrasi di Thailand. Sama juga di demonstrasi di Hong Kong suatu ketika dahulu.
Sebab itu, kita lihat ultra ini begitu berani melakukan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, agama Islam dan pelbagai lagi perkara berkaitan Islam dan Melayu.
Nasib baiklah Yang diPertuan Agong telah bertitah, darurat tidak perlu buat masanya. Bayangkan jika YDPA bersetuju dengan darurat kesihatan tersebut. Bagaimana reaksi ultra kiasu? Sudah tentu mereka akan kutuk rapat Raja-Raja Melayu.
Ultra kiasu tidak pernah mahu memahami sejarah dan asal usul raja dan negara ini. Inilah akibatnya apabila sejarah diajar di SJKC dalam bahasa Cina.
Kenapa kita ada Sembilan raja dan satu Yang di-Pertuan Agong, ada sejarahnya. Sama juga kenapa kita ada 14 Mufti berbanding dengan satu sahaja seperti negara Islam lain.
Jika Raja-Raja Melayu tidak setuju ‘menyerahkan’ kuasanya kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan bagi membentuk sebuah Persekutuan yang kuat, Persekutuan Tanah Melayu, maka setiap negeri itulah ada negaranya tersendiri.
Jika tidak wujudnya persetujuan, maka akan wujudlah sebuah negara Johor, negara Kelantan, negara Terengganu, Negara Kedah, Negara Perak, Negara Selangor, negara Negeri Sembilan, negara Perlis dan negara Pahang.
Sebab itulah bila Persekutuan dibentuk, bermakna Raja-Raja Melayu bersetuju membentuk sebuah Persekutuan yang disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Bayangkan jika Baginda tidak setuju, berapa negara kita ada.
Adakah ultra kiasu faham betapa besarnya pengorbanan Raja-Raja Melayu ini? Sebab itu, jika ada salah laku raja, berpada-pada dalam memberi pandangan.
Peliknya, gelaran seperti Dato, Tan Sri, bukan main dirangkulnya, tak dapat dibelinya. Tidak hairan ada yang mengaku Dato Seri, terdiri daripada kalangan gangster perniagaan haram. Ada yang membeli gelaran tersebut pada usia seawal 20-an.
Kerana apa mereka sanggup berhabis duit untuk gelaran itu? Kerana wang, kerana perniagaan. Menguasai ekonomi untuk membeli orang Melayu atau membeli kuasa Melayu. Teramat malang sekali jika ada pembesar-pembesar Melayu ini yang tergoda sehingga terpaksa menggadaikan maruah anak bangsa.