Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, February 21, 2021

PASTIKAN MINDA ANDA ADALAH BERSIFAT ISLAMIK IAITU BUKAN BERSIFAT SEKULAR/LIBERALISME

Apakah para ahli dan penyokong UMNO itu berminda sekular/liberalisme di bidang politik?

POLITIK DI MALAYSIA.
PERINGATAN KEPADA ORANG MELAYU/ISLAM…
DI BIDANG POLITIK PASTIKAN MINDA ANDA ADALAH BERSIFAT ISLAMIK IAITU BUKAN BERSIFAT SEKULAR/LIBERALISME.

Jom Fikir.

JIKA minda anda adalah bersifat sekular maka syaitan akan menggelapkan hati dan minda anda dari dapat melihat dan menilai sama ada parti politik yang anda adalah ahlinya dan/atau penyokngnya boleh mengetahui atau tidak sama ada parti politik itu adalah "menolong agama Allah" atau  ia adalah sebuah parti politi yang "menolong manusia yang bertemankan Syaitan" di bidang politik.

Mereka yang berminda Islamik berpolitik tujuannya adalah "menolong agama Allah S.W.T.”.
Firman Allah SWT. yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan.”. [Surah al-Hajj ayat 40-41].

Firman Allah SWT.: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ 
Yang maksudnya: 
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”. [Surah Muhammad : 7]. 
Di sebaliknya "manusia yang bertemankan Syaitan" di bidang politik mereka adah golonan yang "tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an" iaitu berpolitik tidak mempedulikan Perintah-Perintah dan Amaran Allah SWT,  maka dengan sebab itulah mereka berbalah dan berseteru di bidang politik kerana minda mereka adalah minda yang bersifat sekular.

Justeru DOSA bukanlah wujud di bidang politik di minda mereka yang bersifat sekular itu.  Golongan mereka tidak mempedulikan Janji Allah S.W., iaitu:
FIRMAN ALLAH SWT,:
وَمَآ أَصَـٰبَڪُم مِّن مُّصِيبَةٍ۬ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٍ۬ 
Yang maksudnya
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.”. [Surah Asy-Syura: 30].
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1292].

Justeru sebagai orang Melayu beragama Islam sepatutnya sebelum menceburkan diri di bidang politik dan/atau mahu melibatkan diri seperti berhujah, berkempen, membuat postings di FB dan sebagainya belajarlah terlebih dahulu tentang Politik Islam iaitu berpolitik mengikut manhaj Al-Qur'an dan As-Sunah dan pastikan minda adalah bersifat Islamik di bidang politik.

BACA di links yang dipaparkan di bawah ini supaya tidak terus jahil mengenai Politik Islam.  Kejahilan anda mengenai politik Islam adalah menjadi penyebab anda mudah diperangkap dan dipengaruhi oleh parti-parti politik sekluar yang akibatnya menjadikan anda anti terhadap parti politik Islam.

1. Berpolitik Mengikut Manhaj Al-Qur'an dan As-Sunnah.
http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/07/berpolitik-mengikut-manhaj-al-quran-dan.html

2. Ayat-Ayat Al-Qur'an dan Hadiths tentang politik.
http://myblog-basith.blogspot.my/2007/03/ayat-ayat-al-quran-dan-hadith-tentang.html

3. Islam Sebagai Ad-Din
https://ctu101az.blogspot.com/2009/12/bab-1-islam-sebagai-al-din.html

4. Pengertian Politik Islam.
https://ctu151pelajarperlis.blogspot.com/2016/04/pengertian-politik-islam.html

5. Hukum Memilih Pemimpin.
https://keluargaumarfauzi.blogspot.com/2016/03/hukum-memilih-pemimpin.html

6. Kenapa Umat Islam perlu tahu mengenai Tahaluf Siasi.
https://kerabubersuara.blogspot.com/2012/10/kenapa-umat-islam-perlu-memahami.html

7. Analisis Kritikal Mengenai Politik Islam Di Malaysia
http://spaj.ukm.my/acerj/index.php/acer-j/article/view/40

8. Enam Dalil Memilih Pemimpin dalam Islam.
https://www.hidayatullah.com/none/read/2016/03/22/91574/fiqh-kepemimpinan.html

9. Larangan Memilih Orang Kafir Dan Munafik Sebagai Pemimpin.
https://www.facebook.com/encik.mansuh/videos/202205643942878/

10. Memuji Orang Kafir.
https://wabillahagro.blogspot.com/2017/08/hukum-memuji-non-muslim-atau-orang-kafir.html

11. Hukum Memuji Orang Kafir dan Menjadikannya Pemimpin.
https://www.voa-islam.com/read/tsaqofah/2016/03/29/43109/hukum-memuji-orang-kafir-dan-menjadikannya-pemimpin/

12. Siapa Yang Mencaci Kaum Muslimin dan Memuji Kaum Kafir, Dia Berada Di Jurang Kehancuran.
https://islamqa.info/id/answers/178354/siapa-yang-mencaci-kaum-muslimin-dan-memuji-kaum-kafir-dia-berada-di-jurang-kehancuran

13. Akibat Menghina Ulama.
http://islamidia.com/3-adzab-ini-yang-akan-diterima-jika-menghina-ulama/

14. Permusuhan Sekular Terhadap Gerakan Islam.
http://www.tarbawi.mxxxamanaty/2016/01/permusuhan-sekular-terhadap-gerakan.html

15. Agenda Nam Tien.
https://youtu.be/1auhd-615K0

16. Sejarah Kerajaan Islam di Asia. 
https://youtu.be/pLes-31jdvk

Jom Fikir.
>.