Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, November 30, 2018

Wednesday, November 28, 2018

Salasilah Kesultanan Negeri Kedah Darul Aman

Salasilah Kesultanan Negeri Kedah Darul Aman
Kerajaan Kedah merupakan kerajaan tertua di semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang.
Bermula pada abad ke-12, pemerintahan Kedah diketuai sultan sebagai kuasa tertinggi. Iluminasi.com ingin berkongsi salasilah kesultanan di negeri Kedah.
1. Sultan Al-Mudzaffar Shah 1
Sultan Kedah pertama, selama 43 tahun (1136 - 1179)
Menggunakan nama Phra Ong Mahawangsa sebelum menganut agama Islam
Di-Islamkan oleh Sheikh Abdullah Al-Yamani
Menjadikan Kota Bukit Meriam sebagai pusat pemerintahan Kedah pertama
Keluasan Kedah ketika itu meliputi Kuala Qilah (Kuala Merbok), Kuala Bahang (Kuala Kedah), Kuala Merpah (Di Pulau Panjang, Setul) dan Kuala Bara (Di Setul)
2. Sultan Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Mudzaffar Shah
Sultan Kedah ke-2, selama 23 tahun (1179 - 1202)
Hikayat Merong Mahawangsa ditulis
3. Sultan Muhammad Shah I Ibni Almarhum Sultan Mu'adzam Shah
Sultan Kedah ke-3, selama 34 tahun (1202 - 1236)
Wang emas pertama digunakan tertulis 'Muhammad Shah' dan 'Al-Sultan Al-Kedah'
4. Sultan Muzzil Shah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah I
Sultan Kedah ke-4, selama 44 tahun (1236 - 1280)
Memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Kota Meriam ke Kota Sungai Mas
5. Sultan Mahmud Shah I Ibni Almarhum Sultan Muzzil Shah
Sultan Kedah ke-5 (1280 - 1321)
Membina Kota Seputih dan kota di Hulu Sungai Merpah sebagai pertahanan daripada serangan Tenangsari (Tanasserim / Burma)
6. Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah I
Sultan Kedah ke-6 selama 42 tahun (1321 - 1373)
Memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Kota Sungai Mas ke Kota Seputih
7. Sultan Sulaiman Shah I Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah
Sultan Kedah ke-7, selama 50 tahun (1373 - 1423)
Ratu Al-A'la dari Pasai menawan Kedah dan Menguasai beberapa tempat utama termasuklah Kuala Kedah
8. Sultan Atha'ullah Muhammad Shah I Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Shah I
Sultan Kedah ke-8 selama 50 tahun (1423 - 1473)
9. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah I Ibni Almarhum Sultan Atha'ullah Muhammad Shah I
Sultan Kedah ke-9, selama 30 tahun (1473 - 1506)
Sukatan tanah ditetapkan
Emas dan perak digunakan sebagai mata wang
Arahan larangan berniaga ke atas raja dan menteri dikeluarkan
10. Sultan Mahmud Shah II Ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah
Sultan Kedah ke-10, selama 41 tahun (1506 - 1547)
Pernah mengadap Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah
11. Sultan Mudzaffar Shah II Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah II
Sultan Kedah ke-11, selama 55 tahun (1547 - 1602)
12. Sultan Sulaiman Shah II Ibni Almarhum Sultan Mudzaffar Shah II
Sultan Kedah ke-12, selama 24 tahun (1602 - 1626)
Acheh menyerang tanaman lada hitam di Kedah dan Langkawi atas faktor monopoli perdangangan lada hitam
Menerima 2 pucuk meriam daripada Perancis sebagai tukara 30 bahara lada hitam
Mendapat bantuan Portugis membina Kota Kuala Bahang sebagai bentteng pertahanan daripada serangan Acheh
13. Sultan Rijaluddin Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Shah II
Sultan Kedah ke-13, selama 26 tahun (1626 - 1652)
Memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Kota Seputih ke Kota Naga
'Hukum Kanun Kedah' ditulis
'Undang-undang Pelabuhan Kedah' diwujudkan
Menerima 6 pucuk meriam daripada Belanda sebagai tukaran 8 pasang gading
14. Sultan Muhyiddin Mansur Shah Ibni Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Shah
Sultan Kedah ke-14, selama 10 tahun (1652 - 1662)
Memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Kota Naga ke Kota Sena
15. Sultan Dhiauddin Mukkaram Shah I Ibni Almarhum Sultan Muhyiddin Mansur Syah
Sultan Kedah ke-15, selama 26 tahun (1662 - 1688)
Pusat pentadbiran Kedah dipindahkan dari Kota Sena ke Kota Indera Kayangan
Kitab ' Undang-undang Dato' Seri Paduka Tuan' ditulis
16. Sultan Atha'ullah Muhammad Shah II Ibni Almarhum Sultan Dhiauddin Mukkaram Shah I
Sultan Kedah ke-16, selama 10 tahun (1688 - 1698)
Pusat pentadbiran Kedah dipindahkan dari Kota Indera Kayangan ke Kota Bukit Pinang
17. Sultan Abdullah Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Atha'ullah Muhammad Shah II
Sultan Kedah ke-17, selama 8 tahun (1698 - 1706)
18. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I Ibni Almarhum Sultan Abdullah Mu'adzam Shah
Sultan Kedah ke-18, selama 4 tahun (1706 - 1710)
19. Sultan Muhammad Jiwa Azinal Adilin Muadzam Shah II Ibni Almarhum Sultan Abdullah Mu'adzam Shah
Sultan Kedah ke-19, selama 68 tahun (1710 - 1778)
Jajahan Kedah diperluas dari Salang dan Mergui di utara dan Kuala Kurau di selatan
Penghantaran bunga emas ke Siam bermula
Kitab undang-undang 'Hukum Kanun Dato' Kota Setar' diwujudkan
Berhubungan baik dengan Inggeris melalui Francis Light bagi mengekang pengaruh Bugis di Kedah
Francis Light digelar ' Kapitan Light Dewa Raja'
20. Sultan Abdullah Mukarram Shah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Azinal Adilin Muadzam Shah II
Sultan Kedah ke-20, selama 19 tahun (1778 - 1797)
Inggeris melalui Francis Light mula memajak Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786
Kedah memerlukan perlindungan Inggeris melawan Siam, manakala Inggeris memerlukan makanan daripada KEdah
Francis Light melengahkan bantuan ketenteraan
Francis Light melawan tentera Kedah di Kuala Perai
Perjanjian Gencatan Senjata 1791 menyebabkan Pulau Pinang menjadi milik Inggeris
21. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II Ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II
Sultan Kedah ke-21, selama 7 tahun (1797 - 1804)
Memangku jawatan Sultan Kedah memandangkan Putera Ahmad Tajuddin Halim Shah I masih kecil
Membenarkan Inggeris menduduki Seberang Perai melalui perjanjian dengan George Leith pada 6 Jun 1800
22. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II Ibni Almharhum Sultan Abdullah Mukarram Shah
Sultan Kedah ke-22, selama 41 tahun (1804 - 1845)
Hubugan perdagangan Kedah-Acheh terputus
'Membantu Siam menyerang Patani, Salang dan Perak agar tunduk kepada Siaam
Siam menyerang Kota Kuala Kedah dan Alor Setar menyebabkan rakyat Kedah berpindah ke Seberang Perai
23. Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah
Sultan Kedah ke-23, selama 9 tahun (1845 - 1854)
24. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I
Sultan Kedah ke-24, selama 24 tahun (1854 - 1879)
Wan Mat Saman dilantik sebagai Perdana Menteri
Memajak tanah-tanah di Kulim kepada Cina untuk perlombongan bijih timah dan balak
Mewujudkan Sekolah Jawi Padang Lepai khusus untuk anak-anak raja dan bangsawan
Membina limbungan kapal di Sungai Kedah
Membantu melindungi Raja Ismail dari Perak yang terlibat dalam pembunuhan J.W.W Birch
Pengajian pondok berkembang luas
25. Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
Sultan Kedah ke-25, selama 2 tahun (1879-1881 


26. Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
Sultan Kedah ke-26, selama 61 tahun (1882 - 1943)
Kedah, Perlis dan Setul disatukan menjadi satu wilayah
Terusan Wan Mat Saman dibina
Perjanjian Bangkok 1909 dimeterai tanpa pengetahuan baginda di mana Kedah diserahkan kepada British dan Setul menjadi wilayah Siam
Meluaskan institusi pondok 

27. Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Sultan Kedah ke-27, selama 15 tahun (1943 - 1958)
Mengutus surat membantah pembentukan Malayan Union kepada pejabat kolonial di London
Menyertai Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Menandatangani Perjanjian Kemerdekaan 1957
28. Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Sultan Kedah ke-28, selama 59 tahun (1958 - 2017)
Sultan pertama dipilih sebagai YDP Agong sebanyak 2 kali
29. Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Tuesday, November 27, 2018

masuk PAS cuma "tunggu jagong sementara nak masak saja?

Lim Kit Siang cakap PAS lebih pentingkan Islam dari segalanya, PAN yg mengaku jadi khadam akan pertahankan DAP walau apa terjadi ...Sedih betuil, dok dlm pas tak belajar sesuatu ke ?
atau dari awal lagi otak berfikrah sekular ?
masuk PAS cuma "tunggu jagong sementara nak masak saja?
bila jagung masak, mereka tinggalkan padi .....hmmmmmm
begitulah kisah org yg sudah sekularnya berakar umbi.....
bila sifat munafiqnya sudah bertapak kukuh dlm hati...
hmmmmm ...
org yg imannya istiqaamah dan kukuh, tak akan berganjak walau se inci.... walau rumahnya berkocak dan bergoncang....

Wednesday, November 21, 2018

di zaman najib melayu dibenci, di zaman PH, Islam di benci

di zaman najib melayu dibenci, di zaman PH, Islam di benci. Sudah lengkap agenda depa. Mereka berjaya mencipta persepsi yg akhirnya ramai melayu Islam termakan dakyah mereka.
bangsa mereka tetap gah dan terus menyayangi bangsa sendiri, manakala bangsa kita, sayang terhadap bangsa sendiri kian menipis.
sudah kerap kita perhatikan. bila bangsa mereka membuat silap dan salah, mereka sembunyikan... tidak viralkan.... bila saja bangsa kita buat sikit saja salah dan silap terus diviralkan, diperbesarkan. malah bertambah malang lagi, bangsa kita sendiri menambah nambah dan perburukkan lagi ... tahniah bangsaku .. tahniah !!!
kita tak menyalahkan mereka. memang itu sepatutnya dilakukan.
mereka menjaga maruah bangsa mereka. dlm pada itu, mereka tidak sepatutnya coba menghina bangsa lain.
kita sepatutnya menjaga maruah bangsa sendiri disamping tidak menghina bangsa lain.
tutup segala fitnah dan mihnah sepertimana satu keluarga bersatu menjaga nama baik keluarga mereka. tutup semua keburukan keluarga, jangan diketahu org luar. keburukan patut dibincang sesama keluarga saja .
itulah adap dan peraturan yg perlu kita pelajari dan pertahankan. mereka mampu pertahan prinsip ini, kenapa tidak kita ? kenapa ?
Rata rata bangsa di dunia terutama yahudi mempertahan prinsip ini. keburukan mereka, mereka sembunyikan demi menjaga "maruah" (walaupun perangai macam pelaq org kedah kata)
sekarang ni dah jadi trend... bila org melayu islam buat salah dan silap... org kita sendiri yg viralkan dan burukkan. sepatutnya sembang dengan org kita cukuplah, tok sah dok bagi org luar tahu !
kalau keburukan keluarga dia sendiri, tahu pula dia sembunyikan !!!!!
semakin tinggi belajar semakin hancur adap sopan tak reti menjaga maruah bangsa dan agama. org kita dah keliru dan tak tahu sempadan dan hukum hakam.
org lain menjaga maruah ketua agama dan sami mereka, org kita asyik menjaja maruah ulama mereka sendiri.
apa nak jadi ???????

Ada orang tanya kami, kenapa nak menentang Waytha Moorthy ni nak digerakkan sejuta orang

Ada orang tanya kami, kenapa nak menentang Waytha Moorthy ni nak digerakkan sejuta orang? Kenapa nak lawan seorang perlu sejuta orang pasal isu ICERD ni?
Meh kami terangkan serba sedikit sejarah. UPR ni bukan perkara baru dan bukan baru perjuangan mereka. Antara pendokong utama ICERD dalam UPR adalah COMANGO (ingat balik gabungan nama2 NGO yang berniat jahat ni).
Bermula pada UPR tahun 2009 dan 2013, antara tuntutan dan desakan COMANGO yang ditimbulkan sepertimana yang dilaporkan dalam laporan media adalah seperti berikut.
1) Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
2) Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
3) Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
Ulang tayang 54 badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah COMANGO (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR) adalah seperti berikut:
1. Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) ,
2. Christian Federation Malaysia (CFM)
3. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
4. The Malaysian Bar Council,
5. Seksualiti Merdeka (SM),
6. Southeast Asian Centre for e-Media (SEACem),
7. Centre for Independent Journalism (CIJ),
8. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA Consumer),
9. All Petaling Jaya, Selangor Residents‟ Asscociation (APAC),
10. All Women‟s Action Society (AWAM),
11. Amnesty International Malaysia (AIM),
12. ASEAN Institute for Early Childhood Development, Association of Women‟s Lawyers (AWL),
13. Association of Women with Disabilities Malaysia, Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA),
14. Childline Malaysia,
15. Community Action Network (CAN),
16. Centre for Rights of Indigenous Peoples of Sarawak (CRIPS),
17. Dignity International,
18. Foreign Spouses Support Group (FSSG),
19. Good Shepherd Welfare Centre (PKGS),
20. Health Equity Initiatives (HEI) ,
21. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM),
22. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
23. Justice For Sisters (transgender),
24. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS),
25. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS),
26. KLSCAH Civil Rights Committee,
27. Land Empowerment Animals People (LEAP),
28. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET),
29. Malaysian Child Resource Institute (MCRI),
30. Malaysian Physicians for Social Responsibility,
31. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA),
32. Migration Working Group (MWG),
33. Indigenous and Peasant Movement Sarawak (PANGGAU),
34. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS),
35. Protect and Save the Children (PS The Children),
36. PT Foundation,
37. People’s Service Organisation (PSO),
38. Perak Women for Women Society,
39. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT),
40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur,
41. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS),
42. Rainbow Genders Society (RGS),
43. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO),
44. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS),
45. SIS Forum (Malaysia) Bhd/Sisters in Islam (SIS),
46. Tenaganita,
47. Voice of the Children (VOC),
48. Writers Alliance for Media Independence (WAMI),
49. Women’s Aid Organisation (WAO),
50. Women’s Centre for Change, Penang (WCC),
51. Yayasan Chow Kit
52. Young Buddhist Association,
53. Youth Section, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section
54. Child Right Coalition Malaysia (CRCM).
Dan seperti kita sedia maklum, COMANGO sebenarnya di dalangi oleh orang yang sama mahukan hak-hak kebebasan beragama, hak2 kesamarataan kaum dsbnya...
Dalam senarai anggota COMANGO, kita dapati terdapat beberapa anggota yang sangat kita kenali dalam kerja-kerja tidak selari dengan Islam seperti SIS, RGS, SM, BC, AIM, CFM dan banyak lagi dan kita tahu sebahagian besar NGO terbabit atau hampir keseluruhannya adalah berkait dengan satu atau dua parti politik yang sedang menjadi Kerajaan sekarang.
Jika sebelum ini, walaupun COMANGO pernah memberi laporan UPR sebanyak 2 kali pada tahun 2009 dan 2013, namun pihak kerajaan tidak pernah bercadang untuk meratifikasi ICCPR dan ICERD ini disebabkan kerajaan sebelum ini dipimpin oleh majoriti parti Melayu dan Islam. Namun keadaan kali ini adalah berbeza apabila kerajaan yang ada adalah diwakili oleh parti yang mendokong COMANGO ini...
Waytha Moorthy hanyalah seekor kambing hitam dalam Kerajaan yang dijadikan umpan untuk cubaan 'test market' untuk membangkitkan isu tuntutan UPR di Parlimen, sedangkan dibelakangnya terdapat kumpulan yang lebih besar COMANGO termasuk sebuah atau 2 buah parti politik dalam kerajaan yang selama ini memperjuangkan UPR ini. Jumlah mereka adalah ramai dan sekarang mereka memerintah. Dasar-dasar kerajaan dalam genggaman mereka... Mereka bermula dengan ICERD, dan kemudian ICCPR dan kemudian banyak lagi tuntutan COMANGO untuk dilaksakan dalam Negara.
Oleh yang demikian, tentangan secara berterusan dan dalam jumlah yang ramai adalah diperlukan bagi menunjukkan kepada mereka bahawa, ramai tidak bersetuju dengan proses Ratifikasi UPR tersebut, dan sebagai amaran "Buruk padahnya jika UPR ini di tandatangani".
Maka... jom kita turun beramai2 bantah sebarang ratifikasi UPR yang menghapuskan hak2 istimewa orang Melayu, kebebasan beragama dan hak LGBT....
Kredit:G153

Tuesday, November 20, 2018

ICERD - Dato' Dr. Danial Zainal Abidin [4K UHD]

ICERD : PERLUKAH?

ICERD : PERLUKAH?

20181030 Implikasi ratifikasi ICERD kpd kerajaan dan orang Melayu

-sumber sinar harian
..... tapi .... baca sampai, dihujungnya ada ulasan sikit... ðŸ˜›ðŸ˜‰
KUALA LUMPUR - Kerjasama strategik Pas-Umno dinilai bakal mengalahkan PH dalam PRU15 nanti berdasarkan 100 dalil yang dikongsikan seorang pemerhati politik.
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi melalui perkongsiannya menggariskan keputusan PRU14 yang diraih Pas dan Umno yang berada dalam komponen BN.
Antara dalil itu adalah kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan Pas dan Umno untuk menguasai majoriti di Parlimen berdasarkan kajian kuantitatif Ilham Centre.
Berikut merupakan 100 dalil bertajuk Kerjasama Pas-Umno: 100 Fakta Kuasa Melayu-Islam yang dikongsikan Abdul Muein:
1. Kerjasama strategik Pas-Umno bakal mengalahkan PH dalam PRU15 kelak kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan Pas dan Umno untuk menguasai majoriti di Parlimen (kajian kuantitatif Ilham Centre).
2. Undi Umno dalam PRU14 lalu ialah 2.5 juta.
3. Undi Pas dalam PRU14 lalu ialah 2.04 juta.
4. Usaha PH mengubah sistem pilihan raya daripada ‘First Past the Post’ kepada ‘Proportionate Representative’ dalam PRU15 juga akan memberi kelebihan besar kepada gabungan Pas-Umno berdasarkan pola undi popular dalam PRU14 lalu.
5. Undi popular kedua-dua Pas dan Umno jauh meninggalkan undi Bersatu iaitu 700 ribu dalam PRU14 lalu.
6. Undi Amanah pula sekitar 640 ribu – dan rentetan kenyataan apologetik Menteri dari Amanah dalam isu sebatan golongn lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan ‘Hifz al-Din’ serta persepsi syiah yang sukar ditepis, pengaruh parti tersebut dijangka terus merosot teruk.
7. Demikian juga undi Melayu-Islam yang diperoleh PKR boleh digugat dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang bakal menjejaskan 2.1 juta undi popular mereka dalam PRU14 lalu.
8. Pengakuan terbuka Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bahawa Umno sedang berusaha untuk kembali menjadi kerajaan dengan kaedah rundingan seolah-oleh membenarkan desas-desus kerjasama Umno-PKR (Anwar) di balik tabir.
9. Tindakan Zahid ‘merestui’ niat Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim untuk berkempen menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Port Dickson menjadi petunjuk tambahan.
10. Sekiranya terbukti benar, maka Zahid kini sedang dalam langkah membentuk kerjasama bukan sahaja Umno-Pas, tetapi juga Umno-PKR (Anwar).
11. Ditambah pula dengan kunjungan hormat Anwar bertemu Tan Sri Taib Mahmud, tokoh Parti PBB yang paling berpengaruh di Sarawak memberi satu bayangan: 13 kerusi parlimen diterajui PBB yang kini dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terlibat dengan percaturan penting.
12. Malah, jika Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak mengharamkan Umno susulan isu 1MDB, ahli Umno boleh segera menyertai Pas – atas dasar kerjasama pemimpin Pas-Umno ketika ini – sebagai reaksi balas untuk mewujudkan blok lawan yang kuat menghadapi PH dalam PRU15.
13. Demikian juga jika PKR berpecah susulan pemilihan 2018, kem PKR yang mesra dengan rundingan Zahid boleh bekerjasama secara tidak langsung dengan Pas dalam menghadapi lawan PKR yang pastinya cenderung kepada Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Dr Mahathir.
14. Penguasaan Pas di Kelantan dan Terengganu serta Umno di Perlis dan Pahang bakal diperkukuhkan hasil pemupukan persefahaman Pas-Umno menjelang PRU15.
15. Isu kebajikan rakyat terutamanya di bawah rejim PH yang bersifat neoliberal dengan mengutamakan pengurangan perbelanjaan awam boleh dipantau bersama Lajnah Kebajikan Pas dan Biro Kebajikan Umno.
16. Melalui kerjasama strategik Pas-Umno, mereka boleh melimpahkan lebihan undi mereka di Pantai Timur ke Pantai Barat melalui penempatan semula daftar pengundi dalam kalangan penyokong mereka.
17. Malah penguasaan PH yang diterajui Bersatu di Kedah juga bakal ditamatkan – dibantu kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang masih tiada visi dan dipersoalkan ahli bawahan PH sendiri.
18. Kerajaan PH di Perak juga akan runtuh memihak kerjasama Pas-Umno. Ditambah pula dengan sikap DAP yang dikenang mendesak jawatan Speaker Dun dan tuntutan tanah 999 tahun.
19. Pergolakan dalaman PKR antara kem Anwar-Rafizi-Abdullah Sani-Nurul Izzah-Saifuddin Nasution bertembung dengan Azmin-Zuraida Kamaruddin-Amirudin Shari-Tian Chua-Dr Afif Bahardin-Latheefa Koya bakal memungkinkan cah keting berlaku sesama PKR pasca Pemilihan 2018 menuju PRU15.
20. Isu peralihan kuasa antara Dr Mahathir kepada Anwar bukan sahaja bakal memberi impak kepada politik dalaman PKR, bahkan juga perpecahan antara sesetengah pemimpin dan ahli parti PH; terutama sekali antara Bersatu dengan PKR, PKR dengan Amanah. Kemungkinan besar ‘cah keting’ antara Bersatu dengan PKR (Kem Rafizi-Abdullah Sani-Anwar) dalam PRU15 kelak juga sukar untuk dinafikan.
21. Kewujudan gabungan Pas-Umno sebagai satu benteng yang kukuh dalam menghadapi PRU15 bakal menarik undi protes segmen PKR, Bersatu, mahu pun Amanah yang terpinggir susulan peralihan kuasa Dr Mahathir-Anwar.
22. Pemberian royalti petroleum lima peratus kepada Kelantan dan Terengganu bakal membantu kedua-dua kerajaan negeri Pas tersebut untuk melonjakkan prestasi kerajaan negeri sekali gus mengukuhkan sokongan kepada kerjasama Melayu Islam Pas-Umno. Apatah lagi jika 20 peratus diberi seperti mana Manifesto PH.
23. Perlu diingat, pihak berkuasa di Sabah dan Sarawak kedua-duanya masih menuntut royalti petroleum daripada PH seperti mana yang dijanjikan PH dalam PRU14 lalu. Sabah secara khusus menuntut 20 peratus royalti seperti mana yang terkandung dalam Buku Harapan.
24. Sebaliknya, kerajaan PH khususnya Azmin dan Dr Radzi Jidin jelas cuba mengelak daripada memberikan 20 peratus royalti kepada kesemua negeri pengeluar minyak dengan pelbagai alasan. Sepatutnya royalti petroleum juga dibayar kepada empat negeri pengeluar setidak-tidaknya Oktober 2018. Namun hingga kini keputusan akhir belum dibuat PH.
25. Berbeza dengan pemahaman kebiasaan pemberian royalti yang melibatkan ‘hasil pengeluaran’, PH sebaliknya cuba mencari jalan dengan mereka kaedah pengagihan baharu iaitu pemberian berdasarkan ‘hasil keuntungan’.
26. Cadangan pembayaran daripada hasil keuntungan ini ditolak keras Kerajaan Pas Terengganu, PAS Kelantan dan GPS Sarawak kerana ia bertentangan dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Malah, ia juga mengurangkan hasil yang sepatutnya menjadi hak negeri-negeri pengeluar petroleum.
27. Negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis juga dihukum dari segi agihan ahli parlimen di mana ahli parlimen PH menerima RM500k berbanding RM100k sahaja bagi ahli parlimen pembangkang termasuklah Umno dan Pas.
28. Malah, tindakan PH cuba membatalkan projek ECRL sepenuhnya di Pantai Timur seolah-olah menghukum dan menafikan majoriti orang Melayu Pantai Timur dari mencapai pembangunan strategik jangka panjang – tanpa sebarang perancangan alternatif.
29. Berdasarkan pengumuman Dr Mahathir bahawa bajet 2019 bakal menyaksikan banyak pihak tidak berpuas hati, ia akan menjadi kesilapan besar jika royalti kepada Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak dikurangkan.
30. Kerjasama Pas-Umno di Semenanjung bakal menarik (atau memperkuat) Umno Sabah (bahkan juga Warisan) dan GPS Sarawak seandainya cara PH menangani isu royalti berterusan tidak cermat.
31. Apatah lagi dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan sekitar 2 ke 3 tahun sahaja lagi, tentunya GPS ingin memanfaatkan royalti minyak tersebut untuk membuktikan kewibawaan kerajaan mereka.
32. Senario ini membayangkan kemungkinan PH terpinggir ke sokongan masyarakat Cina bandar di Pantai Barat Semenanjung – dengan Umno-Pas-PKR (Anwar) bakal berpeluang menubuhkan kerjasama politik berskala besar bersama-sama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) atau bahkan Warisan Sabah dan GPS di Sarawak.
33. Tindakan PH mengangkat individu yang mendedahkan perbelanjaan Yang Dipertuan Agong sebagai Penasihat Perdana Menteri akan dikenang sebagai cabaran kepada institusi Beraja. Demikian juga tindakan PH yang tidak mengambil tindakan ke atas pengarang Sarawak Report yang memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam kes Jho Low dan TIA bakal memberi mesej kelemahan memelihara maruah institusi beraja.
34. Timbulnya cadangan untuk menurunkan had usia layak mengundi juga bakal memberi impak ke atas pola undian PH – dengan demografi Melayu dan Bumiputera mengatasi kadar kelahiran bukan Melayu. Sekali gus manfaat kepada Pas-Umno (+PKR Anwar).
35. Tindakan Dr Mahathir yang berterus-terusan melempar tuduhan bahawa Orang Melayu ‘malas’ dan ‘mengharapkan bantuan tongkat kerajaan’-sedangkan keluarga beliau sendiri kaya-raya dilimpahi projek-projek kerajaan-bakal memberi kesan jangka panjang mengalih sokongan kepada Pas-Umno.
36. Kegagalan Manifesto PH seperti Janji 100 Hari PH juga bakal mengalih sokongan PH kepada gabungan Pas-Umno sebagai satu-satunya blok pembangkang tunggal.
37. Isu kegagalan menunaikan manifesto ini lebih terkesan ke atas undi PH di kawasan bandar dan separa bandar dijangka memberi impak di Selangor dan Johor.
38. Senario sebegini dibuktikan dengan jelas dalam PRK Seri Setia di mana PH hilang 15,000 undi yang mereka perolehi dalam PRU14 lalu. Demikian juga kemerosotan teruk undi PH di Sungai Kandis.
39. Tindakan PH mengurangkan bantuan kepada segmen penerima BR1M – dengan cadangan jelas Dr Mahathir untuk menghapuskan BR1M secara perlahan-lahan akan memberi kelebihan besar kepada kewujudan blok pembangkang Pas-Umno tanpa tiga penjuru.
40. Gandingan Pemuda Pas dan Pemuda Umno akan dapat disinergi di bawah pimpinan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi lulusan Portsmouth University United Kingdom (UK) dan Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki lulusan Loughborough University, UK.
41. Saiz jentera penerangan dan media Pas dan Umno bakal mengasak kerajaan PH dengan lebih agresif hasil kerjasama Pas-Umno. Koordinasi pemilihan isu untuk dipermasalahkan antara Pas dan Umno juga akan wujud, menjadikan tekanan ke atas PH seperti dalam sistem politik dwi-parti.
42. Pas Sabah juga berpeluang untuk bekerjasama dengan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang sedang didaftarkan sebagai blok pembangkang tunggal di Sabah. Setakat ini GBS menyatukan Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS), dan STAR.
43. Polemik yang tidak sepatutnya dalam hal ehwal agama Islam seperti isu sebatan LGBT di Terengganu boleh dihadapi dengan suara yang lebih besar hasil kerjasama Pas-Umno.
44. Lajnah Perpaduan Nasional Pas dan Biro Pendidikan Politik Umno boleh memantau kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’ dalam pentadbiran PH hari ini.
45. Dalam isu pemilikan hartanah Bumiputera, Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan Pas boleh bekerjasama dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Umno serta Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Umno untuk memantau dan memberi input berguna kepada kementerian PH yang berkaitan.
46. Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Pas boleh bekerjasama dengan Biro Kebudayaan Umno dalam memantau dan menambahbaik garis panduan hiburan di bawah kerajaan PH.
47. Dalam isu hal ehwal pertanian dan alam sekitar, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Pas boleh bekerjasama dengan Biro Asas Tani Umno di seluruh negara untuk mengimbangi dasar-dasar pertanian dan alam sekitar PH di samping saling menambahbaik tadbir urus berkaitan petani dan nelayan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis.
48. Perkiraan undi yang tidak terpecah tiga juga bakal memberi impak ke atas kerjasama Pas-Umno. Selain daripada PRK Seri Setia baru-baru ini, keputusan PRU14 yang lalu juga boleh dijadikan seperti yang telah disenaraikan oleh Prof Madya Dr Kamarul Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berikut:
49. Di Perlis, iaitu di Kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (15306) dan Pas (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2862 undi.
50. Di Kedah, iaitu di Kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-Umno (12413) dan Pas (12829), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (18695) sebanyak 6547 undi.
51. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (16975) dan Pas (13375), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (29984) sebanyak 366 undi.
52. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18390) dan Pas (23401), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (28959) sebanyak 12832 undi.
53. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-Umno (19400) dan Pas (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5919 undi.
54. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-Umno (20830) dan Pas (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9546 undi.
55. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1191 undi.
56. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15449) dan Pas (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6636 undi.
57. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18299) dan Pas (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8025 undi.
58. Di Perak pula ialah di Kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (13655) dan Pas (12312), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (16753) sebanyak 9214 undi.
59. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-Umno (33341) dan Pas (14948), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (38661) sebanyak 9628 undi.
60. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21555) dan Pas (10135), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (21955) sebanyak 9735 undi.
61. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan Pas (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4953 undi.
62. Di Pahang pula di Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4707 undi.
63. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-Umno (17628) dan Pas (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6565 undi.
64. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan Pas (14696), engatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.
65. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-Umno (22094) dan Pas (14734), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.
66. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan Pas (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.
67. Di Selangor pula melibatkan Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (16636) dan Pas (7220), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.
68. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan Pas (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.
69. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21344) dan Pas (8535), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (29842) sebanyak 37 undi.
70. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan Pas (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.
71. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-Umno (26127) dan Pas (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.
72. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-Umno (19701) dan Pas (6845), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.
73. Di Negeri Sembilan pula di Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-Umno (17845) dan Pas (4347), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.
74. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21433) dan Pas (4598), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.
75. Di negeri Melaka pula melibatkan Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (27761) dan Pas (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.
76. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18223) dan Pas (4548), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.
77. Di Johor pula adalah di Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan Pas (2962), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.
78. Maka sekiranya PH mengekalkan sistem ‘First Past the Post’, selain 54 kerusi yang dimenangi Umno dan 18 kerusi yang dimenangi Pas, adanya 29 kerusi lagi yang berpotensi besar untuk dirampas ke tangan Umno-Pas.
79. Jumlah 101 kerusi ini (54 Umno campur 18 Pas campur 29 Pas-Umno) menyaksikan hanya 11 kerusi Parlimen sahaja yang perlu dirampas daripada PH untuk mencapai angka 112 bagi membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.
80. Kerjasama strategik Pas-Umno juga menepati empat kaedah Feqah menurut neraca Siyasah Syariah (Politik Islam). Pertamanya ialah Fiqh Muwazanah (pertimbangan) yang dimaksudkan Presiden Pas Abdul Hadi Awang bererti “membuat pertimbangan yang wajar dalam beberapa perkara untuk dipilih menjadi keputusan yang terbaik dari segi Maqasid As-Syariah (tujuan mencapai matlamat menegakkan Islam), bukannya meninggalkan syariat”. Keputusan bekerjasama dengan Umno dan mengelakkan tiga penjuru menjelang PRU15 kelak bakal memberi tamparan hebat kepada lawan politik Melayu-Islam dalam Pakatan.
81. Seterusnya dari perspektif Fiqh Waqi’ (setempat) atau realiti atau fakta, yakni yang dimaksudkan Abdul Hadi sebagai “perkara yang benar-benar berlaku dalam masyarakat, khususnya yang berkait dengan perkara yang mengalami perubahan apabila berlainan zaman dan situasi, sama ada zaman yang berbeza atau daerah yang berbeza jarak jauhnya di antara satu sama lain, serta berlainan kefahaman manusia dan kemampuan”. Demikianlah Umno hari ini bukan lagi Umno yang dahulu – di mana Umno hari ini lunak dengan agenda ‘Islam Memimpin’ oleh Pas. Kerajaan Pusat hari ini juga bukan kerajaan pusat yang dahulu di mana segmen Melayu-Islam kelihatan lemah berhadapan campur tangan bukan Melayu-Islam yang lantang dan lancing saban hari dalam isu hal ehwal agama Islam.
82. Perspektif ketiga ialah Fiqh Aulawiyyat (keutamaan) yang menurut Abdul Hadi bermaksud “memilih keutamaan daripada beberapa pendekatan, apabila tidak ada pilihan yang lain melainkan memilih yang lebih membawa maslahah (yang terbaik dari segi kebaikan atau manfaat) dalam perkara agama dan dunia, di antara perkara-perkara yang disenaraikan semuanya baik…Begitu juga dalam aspek menolak keburukan dengan memilih yang lebih ringan keburukan atau kurang mudharatnya, apabila tidak ada cara yang lain dalam perkara yang disenaraikan”. Kerjasama dengan Umno mengundang maslahat politik Melayu-Islam di Malaysia yakni penguasaan ke atas kuasa eksekutif, manakala kerjasama dengan PHberisiko seperti kes Raja Kamarul Bahrin (Amanah) yang menyokong pelaksanaan sebat ke atas pasangan lesbian Terengganu, tetapi kemudiannya ditolak hebat oleh Dr Mahathir yang jelas apologetik dan tiada ‘izzah memelihara dan mengangkat kemuliaan Islam secara bertahap-tahap.
83. Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menurut Abdul Hadi maksudnya ialah “memahami dan mengambil kira natijah atau akibat yang positif atau negatif disebabkan daripada melaksanakan sesuatu hukum, sama ada dalam perkara wajib, haram atau harus”. Contoh menarik yang disebut presiden Pas berkenaan ialah cara Rasulullah S.A.W “merahsiakan perkara strategik atau menyembunyikan beberapa tindakan yang diambil mengikut hukumnya kerana mengambil kira akibat selepasnya seperti menangguhkan tindakan meroboh berhala di sekitar Kaabah sebaik sahaja Fathu Makkah…Tujuannya mengambil kira tahap kefahaman penduduk Makkah baru sahaja menganut Islam dan mempersucikan Kaabah secara jahiliah”. Demikian juga kerjasama Pas-Umno ini mungkin kurang disenangi sebahagian pendukung Pas yang sekian lama berhadapan dengan Umno. Namun harus mereka ingat bahawa Umno yang ditentang selama 22 tahun dahulu kini menjadi Perdana Menteri PH. Bukannya Umno hari ini yang dipimpin Ahmad Zahid.
84. Ulama Pas dan ulama Umno bakal menjadi kuasa semak dan imbang yang bersepadu ke atas setiap langkah yang diambil oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa serta kelancangan anasir yang cuba mengambil kesempatan di atas sikap apologetik PH seperti Ambiga yang jelas ‘menampar’ Fuziah Salleh dengan pendirian keras dalam hak perjuangan promosi LGBT.
85. Dalam mendepani isu-isu hal ehwal antarabangsa juga, termasuklah isu dasar luar negara di bawah PH, kerjasama Pas-Umno melalui Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pas dengan Biro Antarabangsa Umno Misi bantuan kemanusiaan ke luar negara juga boleh diselaraskan antara Pas dan Umno, tidak bersifat ‘ad hoc’ seperti misi bantuan kepada Rohingya sebelum ini.
86. Kerjasama kewangan pendanaan politik untuk agenda Melayu-Islam juga akan dapat dirangka melalui kerjasama Umno-Pas.
87. Suara untuk mempertahankan identiti Melayu Islam sebagai teras peradaban Malaysia bakal diperkasakan melalui persepakatan ini – cukup penting dalam menghadapi kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’.
88. Kepentingan Melayu-Islam dalam aspek pendidikan seperti pemerkasaan Bahasa Melayu akan dapat dipantau dengan lebih agresif melalui persepaduan Lajnah Pendidikan Pas dan Biro Pendidikan Umno.
89. Institusi Pendidikan Pas seperti Taman Asuhan Tunas Insan (Tasti), Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (Sriti), Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), dan pelbagai sekolah serta kolej akan turut menerima sokongan dan dukungan dalam kalangan ahli Umno.
90. Kerjasama Pas-Umno juga akan dapat dilimpahkan ke kerjasama Pas-BN seperti mana kunjungan MIC kepada presiden Pas baru-baru ini. Begitu juga dengan Pas tidak meletakkan calon di PRK Dun Balakong memberi laluan sepenuhnya kepada MCA.
91. Dakwah Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) boleh dilebarkan dengan kerjasama parti komponen BN seperti MIC dan MCA dengan syarat agenda Islam tidak diganggu-gugat.
92. Cabaran dalaman Umno seperti kewujudan suara sumbang yang menyeru Umno ke arah liberal dari dalam boleh diimbangi menerusi kerjasama dengan Pas.
93. Isu Pindaan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dapat diperjuangkan bersama Pas dan Umno ke atas pihak Pakatan.
94. Kerjasama NGO dan parti politik termasuklah NGO Melayu-Islam dengan dua parti Melayu Islam terbesar negara Umno dan Pas boleh diselaraskan untuk penambahbaikan tadbir urus negara.
95. Biro Agama Umno dan Lajnah Dakwah Pas boleh bekerjasama termasuklah dengan kerajaan PH dalam memperkasakan syiar Islam di Malaysia.
96. Muslimat Pas dan Wanita Umno boleh menyelaraskan gerak kerja besar-besaran dalam mempertahankan nilai kekeluargaan Melayu-Islam yang terlalu dilihat ditolak ansur dalam PH.
97. Pembangunan sahsiah dalam kalangan remaja wanita boleh diusahakan secara intensif melalui kerjasama Ameerah Pas dan Puteri Umno agar tidak hanyut mengharungi keterbukaan di bawah PH.
98. Dalam isu hak pekerja dan gaji minimum, Lajnah Pekerja dan Pengguna Pas juga boleh menjalinkan kerjasama strategik dengan Biro Sumber Manusia Umno dalam pelaksanaannya di Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis serta di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang dikuasai PH menjelang PRU15.
99. Golongan berpendapatan menengah dan rendah seperti B40 juga memperoleh suara pengimbang melalui kerjasama strategik dua Lajnah Pas dengan dua Biro Umno iaitu Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan Pas dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Umno serta Biro Kebajikan Masyarakat Umno. Apatah lagi dengan dasar PH yang semakin hari semakin jelas memihak kapitalis kroni sahaja.
100. Kesimpulannya, kerjasama Umno-Pas melalui kerangka Fiqh Muwazanah (pertimbangan), Fiqh Waqi’ (setempat), Fiqh Aulawiyyat (keutamaan), dan Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menjelang PRU15 bakal membawa kuasa politik Melayu-Islam menerajui Malaysia – Islam memimpin mengalahkan anasir-anasir kapitalis kroni, apologis agama, nepotisme keluarga, liberal, dan sekular yang jelas mengambil kesempatan ke atas kerapuhan ideologi PH hari ini.
*********
.... tapi janganlah ada apa yang menjadi asbab kepada perpecahan penyatuan ini.. sebarang bentuk provokasi atau bibit2 perpecahan hendak ditangani dengan bijak.

KESAN PENGESAHAN ICERD bekas ketua hakim negara

*KESAN PENGESAHAN ICERD*
Oleh
Tun Abdul Hamid Mohamad
*Bekas Ketua Hakim Negara Malaysia*

(Dalam rencana ini saya gunakan perkataan “pengesahan” bagi “ratification”, “mengesahkan” bagi “to ratify” dan “disahkan” bagi “ratified”.)
Apakah ICERD?
ICERD adalah ringkasan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination
atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum.
Konvensyen itu telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. *Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya*, termasuk Brunei dan Israel.
Tetapi, dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU 14, kerajaan PH hendak mengesahkannya sebagai memenuhi janji pilihanrayanya, khususnya kepada orang bukan Melayu.
Konvensyen itu, antara lain, memperuntukkan:
Perkara 1 Fasal 1 adalah takrifan “diskriminasi kaum” yang bermaksud “sebarang perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, keturunan,….”
Untuk mengetahui peruntukan asal dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan saya, sila layari laman-laman web saya.)
Ringkasnya memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi.
Fasal 2. Ringkasnya, diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan.
Fasal 4. Ringkasnya, diskriminasi seperti yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dibenarkan jika ia memenuhi syarat-syarat yang disebut dalam fasal ini. Tanpa menghujahkan alasan-alasan lain,
Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan bagi suatu tempoh yang terhad. Ia tidak menyebut bahawa ia tidak akan “diteruskan setelah tujuan yang ia (langkah itu) diambil telah dicapai”.
Selain dari itu, jika konvensyen itu disahkan, pihak yang tidak mahu adanya Perkara 153 akan *menghujahkan bahawa tujuannya telah tercapai* dan masa selama lebih daripada 60 tahun sudah cukup panjang dan ia tidak sepatutnya dibiarkan berterusan.
Perkara 2 Fasal 1. Ringkasnya, kerajaan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum.
Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar yang yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah dihentikan.
Saya tiada masalah dengan Perkara 3 kerana kita tidak pernah mengamalkan apartheid.
Perkara 5 panjang. Sebagai misalan, ia menghendaki Negara Pihak (negara-negara yang mengesahkan Konvensyen ini) menghapuskan diskriminasi dan menjamin hak kepada semua orang untuk mengambil bahagian dalam politik seperti bertanding dalam pilihanraya; hak untuk kebebasan bergerak dan tinggal dalam sempadan negara; hak untuk kebebasan keluar negara dan kembali semula;
hak untuk kebebasan memiliki harta secara bersendirian atau bersama-sama orang lain;
hak untuk mewarisi harta;
hak untuk kebebasan berhimpun dan berpersatuan dan lain-lain.
Semuanya sudah pun diperuntukkan dalam Perlembagaan kita. Kita tidak ada masalah dengannya.
Dimanakah ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?
Pertama, takrifan “diskriminasi kaum”. Ia jelas bercanggah dengan:
1. Perkara 8(4)(f) *yang menghadkan Regimen Askar Melayu kepada orang Melayu*.
2. Perkara 89 mengenai Tanah Simpanan (Rizab) Melayu.
3. Perkara 153 mengenai perizaban kuota berkenaan dengan jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan permit atau lesen dan sebagainya, bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
*Apakah akibatnya* jika Malaysia mengesahkan konvensyen ini?
Dengan pengesahan kita, dengan rasminya, menerima kandungan konvensyen itu.
Maka semua undang-undang kita, *termasuk Perlembagaan, akan terpaksa dipinda atau dimansuhkan*.
Segala peruntukan yang memberi keistmewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dimansuhkan atau dipinda.
Pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan, dan pemberian permit atau lesen dan sebagainya, tidak boleh mengikut quota orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi.
PNB yang mengeluarkan Amanah Saham Bumiputra, Amanah Saham Nasional dan lain khusus untuk Bumiputra akan ditutup atau semua produknya dibuka kepada orang bukan Melayu dan bukan anak negeri Sabah dan Sarawak.
UiTM, Maktab Rendak Sains MARA, Maktab Kemahiran MARA dan yang serupa dengannya akan ditutup atau dibuka kepada semua.
Tanah rizab Melayu akan dihapuskan.
Rejimen Askar Melayu akan dibubar.

Biasanya, saya tidak mahu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam hal politik. Tetapi, mempertahankan tanggungjawab dan kuasa Raja-Raja Melayu bukanlah isu politik. Ia isu keperlembagaan.
Perkara 153(1) memperuntukkan:
“Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”
Perhatikan kata-kata “ *Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu*…”
Fasal (2), antara lain, menghendaki Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsinya mengikut apa-apa cara yang perlu bagi meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan dibuat perizaban bagi mereka mengikut kadar yang difikirkan munasabah oleh baginda mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan dan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga mengenai permit dan lesen.
Fasal (3) mengatakan bagi memastikan perizaban yang disebut dalam fasal (2) itu dibuat, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am yang perlu kepada mana-mana Suruhanjaya atau pihak berkuasa yang dipertanggungkan mengenai pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu. Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Fasal (6) memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi arahan kepada pihakberkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak mengikut kadar yang difikirkan munasabah oleh baginda mengenai permit atau lesen yang diperlukan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang diperuntukkan dalam undang-undang Persekutuan yang sedia ada. Pihak berkuasa itu dikehendaki mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
Mengikut Fasal (8A), Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk memberi apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban kadar yang difikirkan munasabah oleh baginda mengenai tempat-tempat di Universiti, Kolej atau institusi pendidikan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.
Pihak berkuasa berkenaan hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
Perlu diambil perhatian bahawa peruntukan yang sama dengan Perkara 153 itu terdapat juga dalam perlembagaan-perlembagaan negeri-negeri, termasuk Sabah dan Sarawak yang menggantikan perkataan “Melayu” dengan “anak negeri” (“natives”).
(Tetapi, apa yang *sangat mengejutkan saya* ialah peruntukan yang sama tidak terdapat dalam Perlembagaan negeri Pulau Pinang.
(Jika ada tolong bagi tahu).
Hanya satu alasan yang saya boleh berikan.
Semua Ketua Menteri Pulau Pinang semenjak Merdeka adalah daripada parti MCA, Gerakan dan DAP. Walau pun, diluar mereka musuh politik, tetapi mereka sependapat mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Maka, walaupun Perlembagaan Persekutuan membolehkan peruntukan seperti Parkara 153 dimasukkan ke dalam Perlembagaan negeri-negeri, mereka tidak melakukannya.
Itu satu pengajaran kepada orang Melayu *tetapi orang Melayu tidak akan mempelajarinya*. Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menghapuskan hak keistimewaan mereka sendiri.)
Biar apa pun, bagi negeri-negeri lain, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dipertanggungjawabkan untuk melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan memastikan dibuat perizaban mengenai perkara-perkara yang disebut itu untuk mereka.
Maka, jika ICERD disahkan, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan hapus, hak Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Dipertua Negeri mempertahankannya dan memastika ia diilaksanakan, *juga akan dihapuskan*.
*Itulah kesannya*.
Maka, dalam isu ini, Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri juga perlu dinasihatkan dengan betul untuk membolehkan mereka mengambil pendirian yang betul dan tindakan yang sewajarnya, demi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri, hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak dan *tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri*, melindunginya.
Apa yang orang bukan Melayu beri sebagai ganti?
Apa yang tercatat dalam perlembagaan sebagai hak mereka kekal sebagai hak mereka.
Apa yang tercatat sebagai hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, dikongsi.
*Dalam kata-kata lain, hak aku hak aku, hak kamu hak kita*
Adakah syarikat-syarikat mereka akan dibuka kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak?
*Saya katakan tidak*. Jika dibuka pun, mereka akan meletakkan syarat mestilah boleh menguasai Bahasa Mandarin dan tidak boleh memakai hijab!
Itu dengan sendirinya akan menghalang orang Melayu dan anak-ank negeri Sabah dan Sarawak daripada diterima berkhidmat dalam syarikat-syarikat mereka.
Selain itu, mereka akan menggunakan Bahasa Cina sesama mereka. Orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan terpinggir juga.
Gaji lebih rendah.
Peluang kenaikan pangkat tidak ada. Cubalah membuka satu perniagaan yang difikirkan akan bersaing dengan perniagaan mereka dan *alamilah tindakbalas seluruh masyarakat perniagaan mereka*.
Itu bukan diskriminasikah?
Memandangkan *kesannya yang terlalu besar* itulah maka selama 50 tahun kerajaan BN tidak mengesahkan konvensyen itu.
Dalam hal ini, kita *patut puji* kerajaan BN dan peguam-peguam negara yang menasihatkan kerajaan BN dalam tempoh 50 tahun itu.
Perlu diambil ingatan, tempoh itu termasuk 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kita juga patut puji beliau bagi tempoh itu.
Bagaimana sekarang?
Sekarang, dengan Waytha Moorthy, Pengerusi HINDRAF sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial;
Tommy Thomas sebagai Peguam Negara;
*DAP sebagai parti dominan dalam PH* walau pun PH menafikannya;
Pemimpin-pemimpin Amanah seperti masih khayal dengan kemenangan dan jawatan menteri;
Pemimpin-pemimpin PKR sibuk berebut jawatan dalan parti;
Tun Dr. Mahathir cuba menyesuaikan diri dengan fahaman liberal dan sosialis DAP;
Kebencian terhadap Dato’ Seri Najib sampai ke tahap apa yang dibuat oleh kerajaan BN termasuk 22 tahun yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir sendiri, semuanya salah;
Beberapa orang menteri kerajaan PH yang tidak pernah merasakan kuasa dan kedudukan *cuba menjadi juara* masyarakat mereka sendiri; iri hati dan *dendam terhadap orang Melayu* dan janji pilihanraya PH, dengan itu semua, maka kerajaan PH bersedia untuk mengesahkan konvensyen itu.
Para pemimpin Melayu dalam PH, sama ada dari Amanah, PKR atau pun Bersatu, *terus membisu*.🗣🗣🗣
Saya tiada masalah jika kita boleh mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian bahawa kita menerima konvensyen itu setakat yang ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan kita.
Bolehkah Peguam Negara Tommy Thomas dan Waytha Moorthy memberi jaminan ia boleh dilakukan?
Saya katakan bahawa pengecualian (reservation) seperti itu akan dibantah oleh negara-negara lain yang mengesahkannya atas alasan ia bercanggah dengan tujuan asas konvensyen itu, iaitu menghapuskan diskriminasi kaum.
Lagi pula, bersetujukah Waytha Moorthy dan semua pihak yang memperjuangkan pengesahan konvensyen itu, dengan pengecualian seperti itu?
Jika Perkara 153 dan semua diskriminasi yang disebut itu akan dikekalkan (jika boleh, saya kata tidak boleh), untuk apa konvesyen itu hendak disahkan sedangkan itulah tujuan ia hendak disahkan?
Jika sekadar untuk mengadakan kesalahan-kesalahan bagi mengelak ketegangan antara kaum, sekarang pun kesalahan-kesalahan itu telah ada dalam Akta Hasutan 1948. Jika tidak cukup tambahkan sahaja.
*Peliknya* Akta Hasutan hendak dimansuhkan.
Konvensyen itu hendak disahkan.
Saya katakan, *tujuan utama konvensyen* itu hendak disahkah adalah kerana mereka mahukan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak itu, *dihapuskan*.
Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, untuk mengelak bantahan.
Mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu adalah *satu pembohongan*.
Alasan yang mereka beri untuk memansuhkan Perkara 153 (walaupun mereka tidak berkata dengan terus terang) ialah Perkara 153 itulah yang menghalang perpaduan.
Dalam kata-kata lain, mansuhkan Perkara 153, perpaduan akan tercapai.
Hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan berikan mereka hak yang sama, perpaduan akan wujud! Itu adalah hujah yang meleset.
Ia adalah *helah untuk memansuhkan Perkara 153*.
Ini orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, perlu sedar.
Sebenarnya, pelantikan Waytha Moorthy sebagai Menteri (Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial) adalah *satu kesilapan*.
Beliau adalah generasi pertama kelahiran Malaysia, lahir kira-kira tiga tahun selepas penubuhan Malaysia.
Beliau, malah, besar kemungkinan, ibu bapanya juga, tidak melalui sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini dan menghayati mengapa peruntukan mengenai Tanah Rizab Malayu, Regimen Askar Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau marah kerana tidak diterima untuk belajar undang-undang di universiti awam Malaysia. *Dia sangat berdendam*.
Maka, setelah menjadi seorang peguam, beliau menubuh HINDRAF. Imejnya sebagai *Pengerusi HINDRAF bukanlah sesuai untuk membawa perpaduan*.
HINDRAF melambangkan pemberontakan satu kaum yang ditindas oleh kaum majoriti.
Kehadirannya untuk mengangkat sumpah sebagai seorang Ahli Dewan Negara dengan ditemani oleh seorang “sahabat karibnya” dengan rupa yang menyebabkannya, *patut atau tidak, dipanggil “hantu”* sudah cukup untuk merenggang masyarakat majoriti Melayu/Islam daripadanya. Tanpa masyarakat majoriri, perpaduan tidak mungkin tercapai.
Maka, tidak hairanlah jika, sebagai seorang Menteri, beliau terus melaksanakan *agenda HINDRAF*.
Saya katakan, beliau akan menyebabkan perpecahan, malah permusuhan antara kaum, bukan menyatupadukan mereka.
Kepada anak negeri Sabah dan Sarawak saya ingatkan, bahawa untung rugi mereka adalah bersama orang Melayu dalam hal ini.
Jangan kerana benci kepada orang Melayu atas isu agama hingga terlupa isu yang lebih besar.
*Kepada* pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR, Bersatu dan Amanah saya minta, nyatakan pendirian masing-masing.
*Orang Melayu ingin tahu apa pendirian mereka*
*Kepada kerajaan PH* saya ingin bertanya, adakah ia benar-benar hendak menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak?
Jika, ya, cakap terus terang supaya semua orang tahu.
Jangan berselindung di sebalik konvensyen itu.
Kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak saya ingatkan, *kebanyakan kamu* (termasuk saya) hanya baru keluar dari kampung atau pedalaman satu atau dua generasi.
Jangan lupa daratan.
*Tanya diri sendiri* tanpa Perkara 153,
Dasar Ekonomi Baru
MARA, FELDA, PNB, UiTM, Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Kemahiran MARA, Asrama Desa dan lain-lain,
*di mana kamu sekarang?*
*Jangan bodoh sombong nanti jadi Red Indians di negera sendiri*.
Kepada kumpulan yang memperjuangkan pengesahan ICERD,
saya katakan *janganlah menggambarkan Malaysia sebagai sebuah “negara pariah”* yang enggan mengesahkan konvensyen-konvensyen antarabangsa.
Sebagai misalan, Amerika Syarikat belum mengesahkan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (1979) dan Konensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (1989). Malaysia telah pun mengesahkannya.
*Saya telah katakan apa yang saya hendak katakan*.
Terserahlah kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak memikirkannya dan mengambil pendirian masing-masing dan secara berkumpulan.
Ingat, orang Melayu seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Dato’ Majharaja Lela, To’ Janggut, Dol Said, Rosli Dobi, Antanum, Mat Salleh dan lain-lain, dalam serba kekurangan, bangun menentang penjajahan British; ingat, apabila Jepun menyerang Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura dan askar-askar British lari bertempiaran menyelamatkan diri, *askar-askar Melayulah yang diketuai oleh, antara lain, Leftenan Adnan terus berjuang hingga terkorban; ingat, dalam tahun 1946, *walau pun dalam keadaan kemiskinan, tanpa pelajaran dan jawatan tinggi, tanpa kenderaan walaupun basikal*, orang Melayu bangun menentang Malayan Union sehingga ia ditarik balik;
ingat, selepas itu, anak muda kita mengangkat senjata menentang pemberontakan kominis;
ingat, itu diikuti dengan perjuangan menuntut kemerdekaan;
ingat, demi untuk mencapai kemerdekaan, *orang Melayu sanggup bertolak ansur* hingga tinggallah sedikit hak mereka yang dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan.
Adakah, hari ini, setelah menikmati hasil kemerdekaan selama 60 tahun, kita, dengan rela, akan menyerahkan segala-galanya?
Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah untuk merampas hak orang lain.
*Adakah kita* dengan rela, akan menyerahkan hak kita?
*Kita bukan hendak mengambil hak orang lain*.
Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan.
Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.
Pelampaukah kita?
Rasiskah kita?
09 11 2018 km
tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me