Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, March 31, 2015

Ada Orang Kata Tidak Wajib Belajar Sifat 20 Dengar sini molek molek !

Ada Orang Kata Tidak Wajib Belajar Sifat 20
Dengar sini molek molek !

MYR vs Nepalese Nepal adalah salah sebuah negara paling Miskin DI DUNIA !

Nah ! sila nilai dan buat satu rumusan ( bagi yg ada otak )
Nepal adalah salah sebuah negara paling Miskin DI DUNIA !
DI DUNIA !
Di sebelah kiri tu ialah USD vs MYR...tapi yg kanan Nepalese VS MYR
Ini menandakan nilai kita menurun berbanding Matawang usd dan juga nepalese !
Untuk sahabat UMNO / BN . Kalau pengurusan sebegini, 20 tahun lagi... APA AKAN JADI ???
TAK KAN TAK LEH NAK MIKIR ?


Cina hukum muslim yg simpan jangkut

Di cina org Islam tak boleh mengamalkan Agama sendiri, mereka di tekan dan di-tindas
dulu mereka dilarang berpuasa

tapi mereka yg hidup di negara Islam lain, mereka bebas amalkan amalan mereka;
BAHKAN amalan yg agama mereka sendiri larang pun mereka bebas buat !

Mereka cinta kepada kejahatan. Lihat di Brunai, dilarang arak dijual di sana, tapi satu kaum minta satu tempat untuk mereka bermabuk mabuk !

Mereka minta satu premis untuk juaal arak !
apa ? Mulia sangat kah arak ?
Mulia sangatkah ?

Muliakah bila arak menyebabkan manusia berubah menjadi "HAIWAN" ?
Yg itu pun kamu dah tak boleh nak nilai dan faham, apa tah lagi nak kawal manusia keseluruhan ? Bagaimana nak atur manusia agar menjadi baik ?


Dari Hilang Agama , Lebih Baik Hilang Kawan !

Tak kan hukum Tuhan Tak Leh Nak Laksanakan
Lekeh sangat ke Kita ?
Jangan Jadi Dayyus
Dari Hilang Agama , Lebih Baik Hilang Kawan !


MEMILIH ORANG UNTUK DIJADIKAN SAHABAT

MEMILIH ORANG UNTUK DIJADIKAN SAHABAT

KRITERIA SAHABAT YANG BAIK

Menurut Imam Ghazali (melalui Kitab Bidayatul Hidayah), “di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabatkecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu, maka hendaklah engkau tuntut (pastikan) daripadanya, engkau pastikan pada dirinya 5 syarat:

1. Orang Yang Berakal

“Bersahabat dengan orang yang bodoh, kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh”. (Sumber dari Kitab Bidayatul-Hidayah)

Berikut ini sekilas mengenai akal dan betapa pentingnya akal dalam beragama. Lawan dari akal adalah jahl, atau sering pula diistilahkan dengan hawa nafsu. Kita semua tahu, ditinjau dari keberadaan akal dan nafsu, mahluk-mahluk yang Allah kurniakan kemampuan berfikir itu ada tiga jenis:
- malaikat - yang dikurniakan akal saja, tanpa nafsu;
- hewan - yang hanya dikurniakan nafsu, tanpa akal; dan
- manusia dan jin - yang Allah SWT kurniakan akal dan nafsu.

Ayat-ayat Al-Quran berikut dengan tegas memaksa kita untuk menyimpulkan bahwa hanya kaum Muslimin yang Mu’min yang menggunakan akal dengan sebaik-baiknya mengikut syari'at Islam. Kaum yang lain - kafirin, musyrikin, munafikin (Islam pada nama sahaja), Nasrani, Yahudi, ataupun lainnya telah dikatakan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai kaum yang tidak berakal (laa ya’qilun).Rujukan ayat-ayat Al-Quran adalah sebagaimana berikut:

1. (Surah Al-Baqarah 164)

Mafhumnya:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang menggunakan akal fikiran (liqaumiy ya’qiluun)”.

2. (Surah Al Jatsiyah:Ayat 5)
Mafhumnya:
“Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran (liqaumiy ya’qiluun).”

3. (Surah Al Baqarah: Ayat 171)

Mafhumnya:
“Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir, samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya (laa ya’qiluun)”.

4.(Surah Al Maidah: Ayat 58)Mafhumnya:
“Dan apabila kamu menyeru untuk mengerjakan shalat, mereka menjadikannya (shalat itu) sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah karena mereka suatu kaum yang tidak berakal (laa ya’qiluun)”.

5. (Surah Al Anfaal:Ayat 22)

Mafhumnya:
“Sesungguhnya sejelek-jelek makhluk yang melata di sisi Allah ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mau menggunakan akal (alladziina laa ya’qiluun)”.

6. (Surah Yunus:Ayat 42)
Mafhumnya:
“Dan di antara mereka (yang ingkar) itu, ada yang datang mendengar ajaranmu; maka engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mau berakal (laa ya’qiluun)”.

7. (Surah Yunus: Ayat 100)Mafhumnya:
“Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab (arrijsa) atas orang-orang yang tidak mau berakal (laa ya’qiluun)”.

8. – Hati untuk berakal

(Surah Al Hajj: Ayat 46)Mafhumnya:
“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami (ya’qiluuna bihaa), atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada”.

9. (Surah Al Furqan: Ayat 44)
Mafhumnya:
“Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (ya’qiluun)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi”.

10. (Surah Al Ankabut: Ayat 63)
Mafhumnya:
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah", bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (laa ya’qiluun)”.

11. (Surah Al Hasyr: Ayat 14)
Mafhumnya:“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak berakal (qaumul laa ya’qiluun)”.

Setelah jelas penegasan Al-Quran bahwa hanya kaum mu'minin sajalah yang menggunakan akalnya, sedangkan kaum lainnya adalah tidak berakal, maka tidak ada kesimpulan lain selain bahwa akal menduduki posisi sangat penting dalam beragama dan berkehidupan. Kita harus menggunakan akal kita jika kita ingin selamat mencapai tujuan ukhrawi kita.
Oleh itu carilah SAHABAT yang Islam mukmin yang sudah tentunya akan mampu ingat-mengingatkan kita antara satu sama lain. Bukan kepada orang Islam yang hanya pada nama sahaja, non-muslim, athies atau sebagainya.

2. Orang Yang Baik Akhlaknya

“Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya”(Sumber dari Kitab Bidayatul-Hidayah).

Sebagai seorang hamba, perkara pokok yang menjadi asas kepada kita semua adalah mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah:

(Surah Al-Ahzab : Ayat 36 )
Mafhumnya:
" Seorang mukmin yang baik, lelaki atau perempuan, tidak akan membantah apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul – Nya, dan orang yang mengingkari Allah dan Rasul sesungguhnya dia adalah orang yang sesat. "

Berikut adalah yang menjadi ukuran kepada kebaikan akhlak bagi seseorang itu.

i. Beribadah kepada Allah.

Ibadah dapat membentuk akhlak mulia. Melalui ibadah, tingkahlaku kita akan sentiasa terkawal dan dijaga daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.

Firman Allah: ( Surah Al-Ankabut : Ayat 45 )
Mafhumnya:
" Dirikanlah solat, sesungguhnya solat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "

Kita hidup kerana Allah, bekerja kerana Allah dan mati pun kerana Allah juga. Semuanya menjadi ibadah jika dilakukan kerana Allah S.W.T .
Firman Allah S.W.T:

( Surah Al-An’am : Ayat 162 ) Mafhumnya:
" Katakanlah wahai Muhammad; Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam."

ii. Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa.

Tiada siapa yang boleh menafikan jasa dan pengorbanan ibu bapa sungguh besar ertinya. Tanpa usaha mereka siapalah kita sekarang. Ibu bapalah yang bertungkus-lumus mendidik dan mengasuh kita sejak kecil lagi. Merekalah yang turut mencorakkan kebahagiaan dan keselesaan hidup kita sekarang. Oleh itu, sebagai membalas jasanya, kita mestilah taat dan menghormati mereka seperti mana yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran:

(Surah Al-Isra : Ayat 23-24 ) Mafhumnya:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

iii. Mensyukuri Nikmat Allah

Orang yang bersyukur adalah manusia yang bertuah kerana Allah akan menam-bahkan nikmat kepadanya selama mana ia mensyukuri segala pemberian yang diperolehinya. Manakala orang yang tamak adalah orang yang rugi kerana mereka tidak dapat merasakan nikmat sebenar daripada pemberian Allah S.W.T.
Sebagai manusia yang telah banyak menerima anugerah Allah, Kita sepatutnya selalu bersyukur kepada Allah. Dan sebagai tanda menghargainya, kita hendaklah menjadi insan yang lebih bertakwa dan beramal soleh.

Firman Allah:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Yang bermaksud:
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberitahu : Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur ( ingkar ) sesungguhnya azabKu amatlah pedih. "
(Surah Ibrahim : Ayat 7 )

iv. Jangan Mencemuh Atau Merendah-rendahkan Orang Lain

Semua orang mahu dirinya dihormati. Semua orang suka dipuji dan tidak mahu dicaci. Oleh itu kita perlu menghormati orang lain terlebih dahulu jika ingin orang lain menghormati kita. Jika kita mahu dihormati, Kita hendaklah berkelakuan baik, mengawal tingkahlaku daripada perbuatan yang tidak elok.Lakukanlah kerja yang lebih berfaedah untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermanfaat.

Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Yang bermaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah sesuatu puak di kalangan kamu ( lelaki dan perempuan ) mencemuh dan merendah-rendahkan puak yang lain, kerana boleh jadi puak yang dicemuh itu lebih baik daripada yang mencemuh ; dan janganlah kamu menyatakan keaiban orang lain dan jangan pula kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk…"
( Surah Al-Hujurat : Ayat 11 )

v. Jangan Memboros Atau Membazir

Pengguna berhemah adalah pengguna yang bijak. Kita berbelanja hendaklah berdasarkan keperluan, mengikut kemampuan dan tidak keterlaluan. Orang yang berbelanja melebihi keperluan adalah orang yang dimurkai Allah.

Firman Allah yang bermaksud:
"… Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(Surah Al-Isra’ : Ayat 26-27 )

vi. Bersangka Baik.

Kita hendaklah bersangka baik terhadap orang lain dalam setiap atau semua perkara. Inilah yang dikatakan ‘positive thinking’ . Allah melarang kita bersangka buruk kerana prasangka adalah sejenis penyakit psikologi yang amat sukar diubati.

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah pula mencari-cari kesalahan orang lain…"
( Surah Al-Hujurat : Ayat 12 )

vii. Sabar Menghadapi Ujian.

Sifat sabar memberi daya tahan kepada manusia yang pro-aktif. Manusia yang sabar tidak akan berputus asa walaupun menempuh ujian yang getir daripada Allah S.W.T. Sabar sepatutnya dijadikan perisai oleh generasi sekarang untuk mengharungi cabaran dunia moden. Manusia yang sabar dan lebih berdaya saing akan cepat matang berbanding orang lain.

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( ketika menghadapi kesukaran dalam mengerjakan kebajikan ) dan kuatkanlah kesabaran kamu…"
(Surah Ali-Imran : Ayat 200 )

Dalam era pembangunan masa kini, umat Islam amat perlu menjadikan nilai-nilai murni sebagai wadah keluhuran akhlak. Jika akhlak sudah mula sebati dengan jiwa masyarakat, penyakit sosial seperti yang berlaku pada hari ini dapat dihindarkan. Oleh itu jadikanlah Al-Quran dan hadis hendaklah dijadikan sebagai pedoman agar hidup kita bahagia di dunia dan akhirat.

3. Soleh.

“Jangan engkau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana oran gyang tidak takut akan Allah itu tidak mengesali dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat”(Sumber dari Kitab Bidayatul-Hidayah).

Selama mana kita melalui kehidupan maka hendaklah beramal kepada agama dan menjauhi larangan Allah.Oleh yang demikian kita diminta jangan berkawan dengan orang yang fasiq (berbuat berdosa besar) dan orang yang tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Dalam hal ini kita perlu jauhkan diri daripada maksiat. Dengan mendekati orang yang berbuat maksiat adalah dikhuatiri kita akan ringan maksiat. Begitu juga dengan pengaruh rakan sebaya dan perkara yang mampu kita meremehkan perintah Allah. Sebagai contoh ialah maksiat mengumpat (ghibah) dosanya lebih besar dari pakai cincin emas atau pakai kain sutera. Ini perlu dijauhi.

Berikut adalah mengenai perkara MAKSIAT:

“Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan senoktah warna hitam. Jika dia bertaubat dan beristighfar, hatinya akan kembali putih bersih. Jika ditambah dengan dosa lain, noktah itu pun bertambah hingga menutupi hatinya. Itulah karat yang disebut-sebut Allah dalam ayat Al-Quran yang maksudnya:
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.”
(QS Al-Muthoffifiin : 14) dan (HR Tarmidzi)
Perbuatan Maksiat Dalam Al-Qur’an Allah swt berfirman yang artinya :
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada ku”
(QS.51:56)

Allah swt menegaskan kepada manusia, bahwa maksud dari penciptaan manusia dan jin adalah hanya untuk beribadah kepada Allah swt, lain tidak. Dalam rangka menunaikan tugas ibadah tersebut, manusia diperintahkan untuk ta’at dan tunduk kepada semua perintah Allah swt, baik yang langsung Allah swt firmankan dalam Al-Qur’an, maupun yang disampaikan melalui sabda Rasulullah saw.
Oleh sebab itulah di dunia ini hanya terdapat 2 golongan manusia.
i- Golongan pertama adalah mereka yang selalu taat pada segala perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw.
ii- Golongan kedua adalah mereka yang ingkar kepada 2 hal tersebut. Perbuatan ingkar itulah yang disebut dengan maksiat dan setiap perbuatan maksiat itu adalah dosa.
Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziah mengatakan, bahwa orang-orang bodoh mengandalkan rahmat dan ampunan Allah swt sehingga mereka mengabaikan perintah dan larangan-Nya serta lupa dengan azab-Nya yang pedih dan tak mungkin dicegah. Barangsiapa yang mengandalkan ampunanNya tetapi tetap berbuat dosa, dia sama dengan orang-orang yang membangkang.
Nasib Para Pelaku Maksiat

Al-Qur’an telah banyak menceritakan berbagai kejadian dan bahaya yang ditimbulkan dari perbuatan maksiat. Cerita tersebut bukanlah sesuatu yang dibuat-buat atau lamunan, apalagi cerita bohong untuk sekadar menakut-nakuti manusia, namun ia benar-benar terjadi dan menjadi tragedi bagi umat manusia. Di antaranya adalah banjir besar yang mencapai puncak gunung pada masa nabi Nuh as yang menjadikan penghuni bumi karam tenggelam, angin puting beliung yang berhembus keras menerbangkan kaum ‘Ad hingga semua mati bagaikan pelepah kurma yang berguguran, guruh dahsyat yang mematikan kaum Tsamud, hujan batu di negeri Sodom pada kaum nabi Luth yang membinasakan semua penghuninya, awan azab berupa mega naungan yang ketika turun bagaikan api yang membakar kaum Syu’aib, tenggelamnya Fir’aun dan kaumnya di Sungai Nil, pekik keras yang menghancurkan orang-orang yang digambarkan dalam Surah Yasin.
Sekali lagi, semua kisah tersebut benar terjadi. Dan penyebab turunnya azab Allah swt tersebut tidak lain adalah perbuatan dosa dan maksiat sehingga semua menjadi pelajaran bagi umat manusia hingga hari Kiamat.
Dalam hadis riwayat Ibnu Majah Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
“Wahai segenap Muhajirin, ada lima hal yang membuat aku berlindung kepada Allah swt dan aku berharap kalian tidak mendapatkannya. Pertama, tidaklah perbuatan zina tampak pada suatu kaum sehingga mereka akan tertimpa bencana wabah dan penyakit yang tidak pernah ditimpakan kepada orang-orang sebelum mereka. Kedua, tidaklah suatu kaum mengurangi takaran dan timbangan melainkan mereka akan tertimpa paceklik, masalah ekonomi dan kedurjanaan penguasa.Ketiga, tidaklah suatu kaum menolak membayar zakat melainkan mereka akam mengalami kemarau panjang. Sekiranya tidak karena binatang, niscaya mereka tidak akan diberi hujan. Keempat, tidaklah suatu kaum melakukan tipuan (ingkar janji) melainkan akan Allah swt utus kepada mereka musuh yang akan mengambil sebagian yang mereka miliki. Kelima, tidaklah para imam (pemimpin) mereka meninggalkan (tidak mengamalkan Al-Qur’an) melainkan akan Allah swt jadikan permusuhan antar mereka.”

Rasulullah saw juga bersabda yang maksudnya:
“Jika engkau dapati Allah Azza wa Jalla memberikan limpahan kekayaan kepada seorang hamba padahal hamba itu tetap berada di dalam kemaksiatan, maka tak lain hal itu merupakan penundaan tindakan dari Nya” (HR Ahmad)

Selanjutnya baginda (Rasulullah saw) membaca ayat Al-Quran yang artinya:
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (QS Al-An’aam : 44)
Imam Ahmad meriwayatkan, Abi Rafi’ bercerita bahwa Rasulullah saw pernah melewati perkuburan Baqi. Lalu baginda berkata, “Kotorlah engkau, cis … !” Aku menyangka kiranya beliau maksudkan diriku. Baginda bertutur, “Tidak, cuma inilah kuburan si fulan yang pernah ku utus untuk memungut zakat pada bani fulan lalu dia mencuri baju wol dan kini dia sedang dipakaikan baju yang serupa dari api neraka”
Dalam sahih Imam Muslim dikatakan bahwa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
“Penduduk yang di dunia begelimang kesenangan sementara dia itu termasuk ahli neraka dihadirkan pada hari kiamat untuk kemudian dicelup dengan celupan neraka. Kemudian kepada mereka dikatakan, “Hai ibnu Adam, adakah kau lihat kebaikan ?” Dia menjawab, “Wallahi, tidak ya Rabbi !” Dan manusia yang di dunia paling sengsara hidupnya sementara dia itu calon penghuni surga akan dicelup dengan celupan surga. Lalu kepada mereka akan dikatakan, „Hai ibnu Adam, adakah kau peroleh kesengsaraan ? Adakah kau temui kegetiran ?” Dia menjawab, „Tidak, demi Allah ya Rabbi, tidak kudapati sama sekali.”"
Sedangkan dalam sahih Muslim Rasulullah saw pernah bersabda tentang 3 golongan manusia yang pertama diadili di hari akhir nanti.
- Golongan pertama adalah mereka yang mati syahid. Di antara mereka wajahnya tersungkur dan diseret ke neraka kerana ternyata perang yang telah dilakukannya semata-mata hanya agar disebut pahlawan.
- Golongan kedua adalah orang yang sering membaca Al-Qur’an, rajin menuntut ilmu dan senantiasa mengamalkan pengetahuannya. Namun ternyata mereka juga tersungkur dan diseret ke dalam nereka. Mengapa ? Karena ternyata mereka hanya ingin mendapat gelar sebagai orang alim dan pintar.
- Golongan ketiga adalah seorang laki-laki yang seluruh kekayaannya dia korbankan. Tetapi nasibnya sama dengan kedua golongan sebelumya, ia tersungkur dan diseret ke neraka, karena ia melakukan itu agar dikatakan dermawan.
Masih banyak ayat-ayat Al-Qur’an maupun sabda Rasullah SAW yang menggambarkan akan bencana apa yang dialami oleh orang yang berbuat maksiat. Namun cukuplah kiranya beberapa ayat, hadits dan kisah diatas menjadi pelajaran bagi kita untuk diambil hikmah dan membuat kita meninggalkan perbuatan maksiat.


Selanjutnya terdapat beberapa pengaruh dan bahaya maksiat yang dapat langsung dirasakan oleh setiap diri manusia, seperti yang dituliskan oleh Ibnul Qayyim Al-Jauziah dalam bukunya : “Aatsaarul Ma’ashi wa Adhraaruha” (Akibat Berbuat Maksiat).
1. Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi’i yang luar biasa, beliau (Imam Malik) berkata, “Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.
2. Maksiat Menghalangi Rezeki
Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki. Maka meninggalkannya berarti menimbulkan kefakiran. “Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya” (HR. Ahmad)
3. Maksiat Menimbulkan Jarak Dengan Allah
Diriwayatkan ada seorang laki-laki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, “Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa.”
4. Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain
Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri.

Seorang salaf berkata, “Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kenderaan) dan isteriku.”
5. Maksiat Menyulitkan Urusan
Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya. Maksiat Menggelapkan Hati Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gulita.
Ibnu Abbas ra berkata, “Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.”
6. Maksiat Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia tunjukkan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizikal dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizikal bangsa Parsi dan Romawi.
7. Maksiat Menghalangi Ketaatan
Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mengalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.
8. Maksiat Memperpendek Umur dan Menghapus Keberkatan
Pada dasarnya, umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaan-Nya.
9. Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain
Seorang ulama Salaf berkata, bahwa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.
10. Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani
Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat. Inilah yang akan menjadi penyakit hati yang paling besar.
11. Maksiat Menghilangkan Keburukan Maksiat Itu Sendiri dan Memudahkan Dosa
Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, maka ia tidak lagi buruk memandang perbuatan itu, sehingga maksiat itu menjadi adat kebiasaan. Ia pun tidak lagi mempunyai rasa malu melakukannya, bahkan memberitakannya kepada orang lain tentang perbuatannya itu. Dosa yang dilakukannya dianggapnya ringan dan kecil. Padahal dosa itu adalah besar di mata Allah swt.
12. Maksiat Warisan Umat Yang Pernah Diazab
Misalnya, homoseksual adalah warisan umat nabi Luth as. Perbuatan curang dengan mengurangi takaran adalah peninggalan kaum Syu’aib as. Kesombongan di muka bumi dan menciptakan berbagai kerusakan adalah milik Fir’aun dan kaumnya. Sedangkan takabur dan congkak merupakan warisan kaum Hud as.
Dengan demikian dapatlah dikatakan, bahwa pelaku maksiat zaman sekarang adalah kaum yang memakai baju atau mencontohi umat terdahulu yang menjadi musuh Allah swt.
Dalam musnad Imam Ahmad dari Ibmu Umar disebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda, ” … Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongannya.”
13. Maksiat Menimbulkan Kehinaan dan Mewariskan Kehinadinaan
Kehinaan itu tidak lain adalah akibat perbuatan maksiatnya kepada Allah sehingga Allah pun menghinakannya. Firman Allah yang bermaksud:
“…Dan barang siapa yang dihinakan Allah, maka tidak seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.” (QS. Al-Hajj:18)


Sedangkan kemaksiatan itu akan melahirkan kehina-dinaan, karena kemuliaan itu hanya akan muncul dari keta’atan kepada Allah swt. „ Firman Allah yang bermaksud:
Barang siapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu …” (QS. Al-Faathir:10)

Seorang Salaf pernah berdoa, “Ya Allah, anugerahilah aku kemuliaan melalui ketaatan kepada Mu, dan janganlah Engkau hina dinakan aku karena aku bermaksiat kepada Mu.”
14. Maksiat Merosak Akal
Ulama Salaf berkata, bahwa seandainya seseorang itu masih berakal sehat, maka akal sihatnya itulah yang akan mencagahnya dari kemaksiatan kepada Allah. Dia akan berada dalam genggaman Allah, sementara malaikat menyaksikan dan nasihat Al-Qur’an pun mencegahnya, begitu pula dengan nasihat keimanan. Tidaklah seseorang melakukan maksiat kecuali akalnya telah hilang.
15. Maksiat Menutup Hati
Allah berfirman:كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Se Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.”(Al-Muthoffifiin:14)

Imam Hasan mengatakan hal itu sebagai dosa yang berlapis dosa. Ketika dosa dan maksiat telah menumpuk maka hatinya pun telah tertutup.

16. Maksiat Dilaknat Rasulullah saw
Rasulullah saw melaknat perbuatan maksiat seperti mengubah petunjuk jalan, padahal petunjuk jalan itu sangat penting (HR Bukhari), melakukan perbuatan homoseksual (HR Muslim), menyerupai laki-laki bagi wanita dan menyerupai wanita bagi laki-laki, mengadakan praktik suap-menyuap (HR Tarmidzi) dan sebagainya.

17. Maksiat Menghalangi Syafaat Rasul dan Malaikat
….kecuali bagi mereka yang bertaubat dan kembali ke pada jalan yang lurus, sebagaimana Allah swt berfirman yang bermaksud:

“(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertobat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyla-nyala. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang sholeh diantara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan …” (QS: Al-Mukmin:7-9)
18. Maksiat Melenyapkan Malu
Malu adalah pangkal kebajikan, jika rasa malu telah hilang, hilangkah seluruh kebaikannya. Rasulullah bersabda yang maksudnya:
“Malu itu merupakan kebaikan seluruhnya. Jika kamu tidak merasa malu, berbuatlah sesuka hatimu.” (HR. Bukhari)
19. Maksiat Meremehkan Allah
Jika seseorang berlaku maksiat, disedari atau tidak, rasa untuk mengagungkan Allah perlahan-lahan lenyap dari hati. Jika perasaan itu tidak terus diadakan, tentulah ia akan mencegahnya dari berlaku maksiat.
20. Maksiat Memalingkan Perhatian Allah
Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan syaitan.Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (QS. Al-Hasyir:19)

21. Maksiat Melenyapkan Nikmat dan Mendatangkan Azab
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS Asy-Syura:30)
Syadina Ali ra berkata yang maksudnya: “Tidaklah turun bencana malainkan karena dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan karena taubat.”
22. Maksiat Memalingkan Istiqamah
Orang yang hidup di dunia ini bagaikan seorang pedagang. Pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangnya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga tinggi. Ialah Allah yang akan membeli barang itu dan dibayarnya dengan kehidupan surga yang abadi. Jika seseorang menjualnya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, ketika itulah ia tertipu.

4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia

“Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Orang yang tamak pada dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia, dan sebaliknya suka sekedudukan dengan orang yang zuhud akan menambahkan zuhudmu dari dunia” (Sumber dari Kitab Bidayatul-Hidayah) .




Seseorang mukmin itu perlu mengikut agamanya bagaimana cara yang dianjurkan untuk berfikir, dan perlu diperhatikan dengan siapa kita bersahabat. Cinta kepada dunia akan menyebabkan kerosakan dunia. Sebagai contoh suka bersekedudukan. Oleh itu maka dekatilah orang yang zuhud kepada dunia supaya kita mudah mendapat nasihat kalau kita terseleweng. Maknanya kita tidak mendokong budaya dunia untuk dunia bukan untuk akhirat, mampu menghindarkan mengikut hawa nafsu, bukannya asalkan kaya tetapi kaya seperti yang dilorongkan oleh syara’, serta mengelakkan untuk tidak peduli kepada akhirat.
5. Orang yang benar.

“Jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta, barangkali dia akan menipu engkau kerana ia laksana fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jahil atau menjauhkan yang dekat”(Sumber dari Kitab Bidayatul-Hidayah).

Orang yang benar ialah bukan pembohong yang diumpamakan fatamorgana. Maksudnya benar pada perbuatan dan perkataannya.

Melihatkan sangatnya susah untuk mendapatkan SAHABAT di zaman ini walaupun orang itu suka mengaji di masjid merujuk kesemua lima syarat, maka ada 2 jalan:

1. Tak payah berkawan, mengasingkan diri dari orang ramai (beruzlah) demi keselamatan;

2. Bergaul dengan orang ramai tapi pilih:
1. Berkawan dengan saudaramu untuk akhirat;
2. Berkawan dengan saudaramu untuk dunia tapi untuk yang baik;
3. Berkawan dengan saudaramu untuk kejinakan hatimu supaya tak kena jahatnya.

Manusia terbahagi 3:
1. Orang yang seumpama makanan asasi, tak boleh elak;
2. Orang yang diibarat seumpama ubat – apabi;la kita perlukan sahaja, lebih mudarat dari kebaikan.
3. Orang yang seumpama penyakit, perlu dihindar. Dibimbangi kena sakit dan berjangkit.Ada manfaatnya iaitu teladan dan sempadan kepada kita.

ADAB itu boleh dipelajari dari orang yang tak beradab, supaya kita tak ikut. Pelajari sifat-sifat buruk supaya kita tak buat agar kita aman dan selamat, masyarakat selamat.

Kesimpulannya

Dalam memilih sahabat, perhatikanlah sifat mereka. Mereka yang mempunyai ciri-ciri di atas kita pilih sebagai sahabat, tetapi mereka yang tidak memiliki ciri-ciri tersebut kita sekadar kita berbaik dan bertegur sapa sahaja. Adalah lebih baik jika kita mampu menegur kesalahan mereka agar mereka memperbaiki diri dan meninggalkan sifat buruk mereka. Menegur dengan selemah-lemah iman ialah mendoakan mereka supaya mereka menjadi manusia yang baik.

Wallahua’lam

RENUNGKANLAH kata-kata Saidina Ali bin Abu Talib di bawah ini

RENUNGKANLAH kata-kata Saidina Ali bin Abu Talib di bawah ini…

~Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.
~Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.
~Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
~Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
~Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.
~Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.~Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.~Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.~Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinyapemilik.RENUNGKANLAH kata-
kata Saidina Ali bin Abu Talib di bawah ini…
~Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.
~Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.
~Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
~Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
~Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.
~Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.
~Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.
~Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.
~Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinyapemilik.

RENUNGKANLAH kata-
kata Saidina Ali bin Abu Talib di bawah ini…
~Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.
~Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.
~Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
~Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
~Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.
~Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.
~Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.
~Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.
~Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinyapemilik.

Jurus pukulan Maut Syaitan

Jurus Pukulan Maut
Hari ini Saya nak kongsi beberapa JURUS PUKULAN MAUT

Bukan Jurus Pukulan Dari Kita , Tapi mengenali Jurus Pukulan Maut Dari Syaitan.
UIA kata, kalau kena jurus ini, BALIK AWAL !

1. Jurus  Pertama => Apa untungnya beribadah?

Syaitan akan membisikkan ke jiwa manusia agar ia tak perlu bersusah payah berbakti dan beribadah kepada Allah. Bukankah banyak orang yang tak beribadah pun dapat hidup senang dengan kekayaan melimpah, sebaliknya banyak para ahli ibadah namun hidup mereka tetap saja susah?

Maka banyaklah manusia goyah imannya mendapat serangan seperti ini, kecuali orang- orang yang telah mendapatkan hidayah Allah, ia akan menjawab dalam hati demikian :

“Memang, ibadah itu bukan untuk tujuan duniawi. Ibadah itu adalah syarat untuk meraih redha Allah dan kebaikan diakhirat, bukan untuk meraih hasil- hasil keuntungan material didunia ini. Sebagai makhluk yang telah diberikan hidup dengan segala kelengkapannya, sudah sepatutnya berterimakasih dan bersyukur kepada yang telah memberikan kehidupan bagi kita dengan cara beribadah. Bukankah Allah sudah memberikan cara bagaimana untuk meraih kebahagian duniawi dengan kerja keras, dan pantang menyerah?. Nah untuk kebaikan akhirat dan redha Allah, kita lakukanlah amal ibadah”.

Maka syaitan pun mempersiapkan jurus pukulan maut keduanya yang lebih hebat.


2. Jurus Kedua  => Menunda amalan.

Setelah gagal menyesatkan manusia dalam serangan pertama, Syaitan akan menyerang dengan jurus pukulan maut kedua, Syaitan berkata: “nak buat apa beribadah sekarang ? Nak buat apa nak bertaubat sekarang ? Engkau masih muda lagi. Nanti bila sudah tua barulah beribadah, barulah bertaubat. Hidup sekarang enjoy dulu puas-puas …”.

Maka ramailah manusia khususnya remaja yang hanya bercita-cita hendak beribadah dan bertaubat, namun sekadar semangat dan cita-cita. Tidak terzahir dalam bentuk amalan. Ramai yang tertipu kerana di sangkanya waktu itu boleh terhenti, sedangkan waktu terus berjalan dengan amat pantas, sehingga tiba- tiba ia sakit, ada halangan atau ajalpun menjemput sebelum sempat berbuat sebarang amalan.

Namun seorang yang mendapat pimpinan dari Allah akan segera menyanggah rayuan manja syaitan ini dan dengan tegas ia menjawab:

“ Umurku tidak berada ditanganku. Siapa yang tahu dan dapat menjamin bahawa esok aku masih dapat menghirup udara kehidupan? Maka bila aku tunda ibadahku hari ini siapa yang dapat menjamin bahawa aku mampu melakukannya esok hari? Bukankah tiap saat dan tiap waktu dapat bernilai ibadah? Jika aku tunda amalan ibadahku hari ini maka bererti aku akan rugi hari ini kerana esok ada nilai ibadah tersendiri yang telah disediakan Allah kepada para hamba NYA yang ingin meraih kasih sayang dari NYA”.

Syaitanpun undur selangkah untuk maju ke jurus pukulan maut ketiga.


3. Jurus Ke Tiga  => Lakukan amalan secepat mungkin tanpa mempelajari ilmunya.

“Oh begitu”. Kata Iblis. “Engkau hendak beribadah sekarang, O.K!. Silakan, silhkan… Jom kita kerjakan secepat mungkin, tanpa perlu tahu kaifiyat dan tata caranya yang benar. Lakukan saja sebanyak- banyaknya. Soal ilmu dan kaifiyatnya, itu soal nanti…”

Maka ramailah manusia beribadah dalam kejahilan. Solat sebanyak-banyaknya, tetapi tidak tahu arah qiblat, tidak tahu rukun dan sayarat sah batal. Solat sebanyak-banyak rakaat, tetapi tiada thuma’ninah.

Sewaktu membaca Al- Quran pun, bacaannya tidak tartil, tidak bertajwid, tidak bermakhraj, sedangkan Rasulullah SAW pernah menegur para sahabat sewaktu membaca Al Quran, agar bacaannya mengikuti bacaan Jibrail yang tartil. Bila di anjurkan agar belajar mereka menjawab bahawa Allah tidak mempersulit hambanya untuk beribadah kepadanya.

Kecuali hamba- hamba Allah yang mendapat Taufiq Nya ia akan berkata: “ Bukankah Rasulullah pernah bersabda bawa:  Amal ibadah yang sedikit namun sempurna adalah lebih baik daripada banyak amal dengan banyak kekurangan?”

Bagaikan kita membuat kerja tetapi cuai, tenaga yang digunakannya banyak tetapi imbuhan gajinya tak seberapa malah mendapat murka dari majikan. Begitulah bidalan bagi orang yang melakukan ibadah banyak tetapi jahil tentang ilmu ibadah, bukan sahaja ibadahnya tidak sempurna, tidak mendatangkan pahala, malah mendapat kemurkaan Allah.


4. Jurus Ke Empat  => Mempamerkan kehebatan amal ibadahnya.

Pada langkah keempat syaitan pun merasuki jiwa manusia BERILMU YANG SEDANG MELAKUKAN IBADAH itu, dan membisikkan di hati mereka dengan pujian: “ Lihat, lihat semua orang memperhatikan engkau. Engkau sungguh hebat dan berilmu dalam beribadah. Tunjukkan kepada mereka ibadah engkau itu….”

Orang- orang yang tergelincir terkena godaan syaitan segera timbul RIYA’ nya. Buktinya sewaktu solat di rumah dia buat ala kadar secara cincai-cincai bahkan zikir dan wirid selepas solat pun tak dilakukannya. Tetapi, apabila solat di masjid sangat kelihatan khusyu’nya dan zikir wiridnya pun sangat panjang dan kuat agar didengar orang. Padahal khusyu’ dan zikirnya itu sekadar mempamer, agar ia dipuji sebagai orang yang khusyu’ dalam solat……

Namun manusia yang beruntung akan menolaknya dengan mengatakan: “ Penglihatan Allah sudah cukup bagiku, kerana DIA lah yang akan membayarkan pahala NYA kepadaku, bukan yang lain. Manusia adalah makhluk tak berdaya, aku tak perlukan penghargaan mereka…”

Syaitan gagal lagi dan syaitan pun mundur satu langkah dan maju kembali dengan serangan berikutnya.


5. Jurus Ke Lima => Merasa dirinya hebat dan paling layak masuk syurga.

Dengan berbisik Iblis berkata kedalam hati si Abid: “ Kau memang hebat… Kamu memang ahli ibadah terbaik di negeri ini, ikhlas pula. Ya..ya.. kaulah yang terbaik di negeri ini, yang paling ikhlas dan paling alim, yang paling layak masuk syurga. Yang lain tak setanding dengan kamu…”

Maka muncullah orang- orang yang UJUB, yang merasa dirinya paling hebat, paling alim, paling benar, paling suci, paling unggul dibanding orang lain, paling layak masuk syurga….Dia pun tak segan untuk mengecilkan dan merendahkan bahkan menghina orang lain. Dalam bahasa psychology mereka disebut mengalami MEGALOMANIA complex, suatu penyakit jiwa yang pernah dialami oleh Fir’aun, Namrud, Hitler, Mussolini, Ummu Jah dan lainnya.

Pada tahap ini mulai banyak para ustaz, pendakwah, ahli ibadah dan ulama terjebak dalam rayuan syaitan berupa ibadah RIYA’ dan UJUB tanpa di sedari, bahkan mereka terjerumus ke dalam kancah maksiat yang lebih dahsyat iaitu HASAD dan DENGKI. Tatkala ia melihat pendakwah yang lain lebih berhasil, ustaz yang lain lebih banyak muridnya dan melihat ulamak lain lebih berjaya mengendalikan madrasahnya sebagai tanda betapa berjayanya dakwah Islam oleh sauadara seIslamnya. Tetapi disebabkan godaan syaitan, dia menjadi penghasut dan pemfitnah memburuk-burukkan orang atau jemaah yang sudah berjaya menzahirkan cra hidup Islam sebagai model ikutan. Kalau boleh dia hendak perubahan dan model tersebut terzahir dari dirinya.

Kecuali orang- orang yang mendapat perlindungan Allah, dia akan sanggup menolaknya dan berkata: Cukuplah Allah yang menggerakkan hatiku dan membalas amalku. DIA pula yang menyebabkan aku tergerak hati untuk melangkahkan kaki beribadah. Tanpa petunjuk NYA mana mungkin aku mampu melakukan segala kebaikan in? Maka apakah hebatnya aku, kerana aku hanyalah digerakkan oleh kekuatan NYA, kerana tiada daya melakukan perbuatan baik dan tidak ada kekuatan untuk menjauhi keburukan kecuali hanya dengan pertolongan Allah Yang Maha Agung.

Setelah Syaitan gagal dengan senjata kelima, segera mereka menyerbu dengan serangan dan jurus pukulan maut keenam yang lebih dahsyat.


6. Jurus Ke Enam => Seorang wali tak perlu lagi beribadah!

Serangan ini sudah begitu banyak menelan korban dan menggelincirkan para ulama besar. Mereka tanpa disedari termakan oleh tipu daya Syaitan. Syaitan berbisik: “ ooo…kamu seorang ahli ibadah yang berilmu. Kini anda telah sampai ketingkat ikhlas dalam beribadah. Riya’ dan ujub sudah berhasil kau jauhi, maka kini engkau telah begitu dekat dengan Tuhanmu. Engkau kini seorang MUQORROBIIN, seorang AULIA’ ALLAAH, seseorang yang pasti dicintai Allah. Maka kini engkau telah memasuki alam malakut dan DUNIA WALI yang tak perlu lagi bersentuhan dengan amalan-amalan lahir. Engkau kini bagaikan lautan yang dapat menyerap segala kotoran dari sungai sekotor apapun. Maka kini maksiat tak akan mempengaruhi samudera kebersihan hatimu. Hukum syariat itu hanya berlaku bagi orang AWAM, bukan untuk orang ROH seperti kamu, hukum syariat sudah tidak diperlukan lagi untuk orang setaraf kamu kerana tujuan syariat adalah agar manusia MENGINGAT TUHAN, dan kau kini sudah selalu mengingati NYA, jadi buat apa syariat bagimu?……”.

Pada tahap ini, ramailah para orang alim, ahli ibadah, ahli zikir, ahli tariqat, yang akhirnya menjadi SESAT. Syaitan membisikkan MALAMAT PALSU yang sesat menyesatkan, yang akhirnya memisahkan antara SYARIAT- TARIQAT DAN HAQIQAT, yang seharusnya seiring sejalan, berjalin dan berkelindan yang merupakan sebuah kesatuan tak terpisahkan, sebagai perwujudan dan pelaksanaan Iman, Islam dan Ehsan.
Namun orang- orang yang mendapatkan petunjuk Allah dapat selamat dari jurus pukulan maut berbahaya ini dan mampu menjawab demikian: “ Bukankah Nabi Muhammad SAW adalah makhluk yang paling mulia dan paling Allah kasihi. Itu pun Rasulullah SAW beribadah sampai pecah-pecah kakinya. Bukankah para sahabat Rasulullah SAW adalah manusia- manusia terbaik yang dididik oleh Rasulullah SAW, namun mereka juga berjuang menegakkan dan menjalankan syariat dengan mempertaruhkan harta bahkan jiwa dan nyawanya? Bukankah Allah telah berfirman: “ Sesungguhnya para Wali Allah itu mereka tak pernah merasa takut dan khawatir. Yakni mereka orang- orang ber IMAN dan mereka semuanya ber TAQWA. (Surah Yunus 62- 63). Maka apalah aku ini jika dibanding dengan mereka ?”

Maka Syaitan pun tertewas lagi , namun selepas surut sejenak, syaitan menyerang semula dengan jurus pukulan maut terakhir.

7. Jurus Ke Tujuh => Serahkan pada takdir, tak ada gunanya berikhtiar.

Kata Syaitan: “ Kau adalah orang berilmu, pasti tahu sabda Nabi tentang TAKDIR. Betapapun engkau rajin beribadah sehingga jarakmu dengan syurga tinggal sejengkal, kalau takdirmu ke neraka maka tetaplah kamu akan masuk neraka. Sebaliknya jika kau buat maksiat sampai jarakmu dengan neraka tinggal sejengkal, namun bila takdirmu kesyurga, pastilah kau akan masuk ke syurga. Bukan begitu? Jadi buat apa kalian bersusah-susah beribadah kepada Allah?”.

Orang yang mendapat taufik dari Allah akan berkata untuk menjawab rayuan godaan Syaitan tersebut: “Takdir itu adalah URUSAN ALLAH dan hak mutlak Allah semata, bukan urusan makhluk seperti aku ini. Tugasku sebagai seorang hamba yang baik adalah BERIKHTIAR dan melakukan usaha dengan sungguh- sungguh. Lagi pula aku ingin mendapat REDHA Tuhan ku yang menciptakan aku. Maka seandainya aku harus masuk neraka dalam keadaan aku berbakti kepada Nya, itu lebih aku sukai dari aku harus masuk kedalamnya dalam keadaan menderhakai Tuhanku….”.

Dalam ikhtiar kita berhadapan dengan serangan maut syaitan ini, maka hendaklah kita :
1. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain.
2. Gunakan ilmu Tauhid dan Feqah untuk mengenal halal dan haram.
3. Gunakanlah ilmu tasauf untuk menyuluh sifat mazmumah yang terkandung di dalam diri kita dan kikislah sifat tersebut dengan menggantinya dengan sifat mahmudah.
4. Sentiasa berlapar
5. Memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam 

Semoga kita selalu dapat menangkis serangan dan rayuan Syaitan laknat, tentunya hanya dengan pertolongan Allah, Sang Pencipta alam semesta dan Pencipta Malaikat, Iblis, Syaitan, dan Pencipta kita semua.

Bila tuan tuan sudah faham jurus jurus dari Syaitan ini, maka sa'at ini dari masa ini juga persiapkan Jurus diri kita pula ia itu JURUS ILMU.

Hanya dengan Ilmu serta hidaayah dan taufiq dari Allah saja yang dapat mengalahkan Syaitan ...

Wallahu A'lam

Perbandingan islam dan agama agama bukan ahli kitab

Transcript
1. Page 1 Pensyarah Perbandingan Agama Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Kursus Perbandingan Agama Institut Latihan Islam Malaysia 18 Mac 2014 | Slot 2 | 2.30ptg. – 4.30ptg.
2. Page 2 Pendahuluan - Falsafah Hubungan Agama Islam-Agama-agama bukan Kitab Perbandingan Islam-Hindu Perbandingan Islam-Buddha Perbandingan Islam-Sikh Perbandingan Islam-Confucius Perbandingan Islam-Tao Perbandingan Islam-Agama Cina Penutup - Isu-isu semasa - Masa hadapan
3. Page 3
4. Page 4 POPULASIPOPULASI
5. Page 5 Nepal 81.3% India 80.5% Mauritius 54% Fiji 33.7% Guyana 28% Bhutan 25% Suriname 20% Trinidad and Tobago 18.2% United Arab Emirates 15% Sri Lanka 12.6% Kuwait 12% Bangladesh 9.6% Bahrain 8.1% Réunion 6.7% Malaysia 6.3% Singapore 5.1% Oman 3% Seychelles 2.1% Pakistan 1.8% Indonesia 1.69%
6. Page 6 Cambodia 97% Japan 96% Thailand 95% Taiwan 93% Mongolia 93% Myanmar 90% Hong Kong 90% Bhutan 84% Macau 80% Vietnam 75% Christmas Island 75% Sri Lanka 70% Laos 67% Singapore 51% China 50% South Korea 50% Malaysia 21% Brunei 17% Northern Mariana Islands 16% North Korea 14%
7. Page 7
8. Page 8 ISLAM & AGAMA-AGAMA BUKAN AHLI KITAB
9. Page 9 ISLAM Hubungan Islam dengan agama- agama lain JUDAISME KRISTIAN SIKH HINDU BUDDHA
10. Page 10
11. Page 11
12. Page 12
13. Page 13
14. Page 14
15. Page 15
16. Page 16
17. Page 17
18. Page 18 • Dari Lembah Indus 1500-2000BC. • Aryan dan Dravidian. • Kitab secara kolektif dipanggil veda. • Tempat suci: Varanasi/Benares, Ayodha, Sg. Gangga • Pengikut: 650 juta. Hampir 80% orang India ialah Hindu. • Monotheisme + polytheisme. • Tuhan-tuhan: Indra (tuhan kilat), Agni (tuhan api) and Surya (tuhan matahari), Bayu (tuhan angin). • Trimurti: Brahma (creator), Vishnu (preserver), Shiva (destructor)
19. Page 19 Hindu: berasaskan kepada tamadun masyarakat Hindu/Sg Sindhu/India/Indo Dikatakan dari panggilan Bangsa Aryan kepada bangsa Dravidan Perbahasan: agama Hindu dari dalam atau luar? Hinduism: nama yang digelar kepada agama ini apabila British datang menjajah Istilah sebenar dirujuk kepada agama ini: Sanatana Dharma (Agama yang abadi) bahawa kepercayaan ini sentiasa wujud selamanya. Dharma secara literalnya bermaksud sokongan,namun biasanya dirujuk kepada makna agama yang meliputi aspek tanggungjawab, undang-undang alam, kebajikan sosial, etika, dan peraturan hidup.
20. Page 20 Hinduisme pada asasnya ialah suatu ketamadunan/cara hidup bukan sekadar agama yang difahami pada hari ini. Justeru ia meliputi politik, falsafah, akhlak, logik, teologi, matematik, teknologi, pertanian, dan sebagainya dalam kehidupan manusia.
21. Page 21
22. Page 22 -Pentasybihan dan penjelmaan -Dari Tuhan Brahman ke dewa-dewa hingga ke manusia, haiwan dan hidupan -Makrokosmos Surya (dewa matahari) Agni (dewa api suci) Vayu/Bayu (dewa angin) Chandra (dewa bulan) Varuna (dewa alam/angkasa) Marut (dewa badai/taufan) Paryania (dewa hujan) Acwin (dewa kembar atau dewa kesihatan) Usa (dewa fajar) Indra (dewa perang) Wertra (dewa kejahatan)
23. Page 23 BRAHMA (Iswara): Pencipta VISHNU: Pemelihara SIVA: Pemusnah
24. Page 24 ■ Brahmin: pendeta/ ilmuan ■ Kshatriya: pemimpin, bangsawan, pahlwan ■ Vaishya: profesional, pedagang, peniaga, petani ■ Shudra: buruh, pekerja mahir, rakyat awam
25. Page 25 VEDANTA • Vedanta: veda-anta (end/purpose/goal of knowledge) • Advaita: sistem non dualistic • Advaita vedanta-Vishishtadvaita-Dvaita • Adi Shankara/Samkara (788-820) • Realisasi spiritual dan pemikiran falsafah • Pemahaman terhadap teks
26. Page 26
27. Page 27 -Veda/Samhita Veda (trayi/catur veda) Rig Veda Sama Veda Yajur Veda Atharva Veda -Upanishad -Brahmana -Aranyaka -Mahabrata (6 kitab) Bhagavad Gita -Ramayana -Purana -Tantra
28. Page 28
29. Page 29
30. Page 30
31. Page 31
32. Page 32 Siddharta Gautama Shakyamuni Mencapai pencerahan (buddhi) setelah bertapa di bawah pokok. Reformasi kepada ajaran Hindu yang dilihat menekankan manifestasi dan kurang memberi perhatian terhadap alam insani Juga bersifat sederhana dan tidak terlalu ketat seumpama amalan kerohanian Hindu (yoga)
33. Page 33
34. Page 34 -Bangsa Shakya. -Kerajaan Kapilavastu (India Utara/Nepal) -hidup dalam kesenangan -Melihat penderitaan rakyat -Keluar dari Istana menjadi pertapa -berpakaian sederhana/jubah/membotakkan kepala dan membawa mangkuk -memasuki kumpula sanyasin -menyendiri dan bermeditasi -mencapai pencerahan setelah melalui pertarungan dengan syaitan dan mengenali manifestasi terawal sehingga mencapai tahapa ketuhanan (Buddha)
35. Page 35 KEPERCAYAAN & AMALAN
36. Page 36
37. Page 37
38. Page 38
39. Page 39
40. Page 40 Theravada (Hinayana) (selatan) Mahayana (utara) Kitab: Tripitaka: vinaya pitaka Sutta pitaka Abidhamma pitaka Lotus sutra
41. Page 41
42. Page 42
43. Page 43
44. Page 44
45. Page 45
46. Page 46
47. Page 47
48. Page 48
49. Page 49
50. Page 50 • asal India kurun 16. • pengasas Guru Nanak (1469-1539). • Kitab utama: Guru Granth Sahib. • Bandar suci Amritsar di Punjab. • pengikut 16.5 juta. • Waheguru. • 10 Guru • Simbol Khalsa: kesh, kangha, kara, kachh and kirpan (beard and uncut hair with a turban, comb, metal bracelet, knee-length shorts and dagger).
51. Page 51
52. Page 52 Guru Nanak merupakan pengasas kepada ajaran Sikh lahir dari keluarga Hindu pada tahun 1469, membesar bersama keluarga Muslim dan hidup serta bekerja dalam masyarakat majmuk Hindu dan Muslim. Dipercayai bahawa pada suatu hari, Nanak telah lemas di sebuah sungai dan kemudiannya dijumpai tiga hari selepas itu. Perkara pertama yang diucapkannya ialah bahawa, “Tiada ada Hindu atau Muslim, jadi jalan manakah harus aku ikuti? Aku harus mengikuti jalan Tuhan. Tuhan itu bukan Hindu atau Muslim. Jalan yang aku ikuti ialah jalan Tuhan.” Nanak kemudiannya meninggalkan pekerjaannya dan pergi mengembara sambil menyebarkan ajarannya sehingga beliau dikenali sebagai Guru Nanak.
53. Page 53 Sebelum kematiannya, para pengikutnya menyangka bahawa beliau akan melantik salah seorang dari anaknya untuk memikul tangunggjawab untuk menggantikannya. Namun, beliau bertindak sebaliknya dengan melantik salah seorang dari pengikutnya setianya iaitu Lehna yang diberi gelaran sebagai Angad yang secara literalnya bermaksud ‘sebahagian dari diriku’. Terdapat sembilan pengganti Guru Nanak secara berturutan bermula dengan Guru Angad, dan kemudiannnya, Guru Amar Das, Guru Ram Das, Guru Arjan, Guru Hargobind, Guru Har Rai, Guru Har Krishan, Guru Tegh Bahadur,dan Guru Gobind Singh. Sebelum Guru Gobind Singh meninggal dunia, beliau telah mengisytiharkan bahawa koleksi mantera dan syair oleh Guru-Guru Sikh yang dikenali sebagai Guru Granth Sahib akan menjadi Guru yang kekal untuk seluruh penganut Sikh.
54. Page 54
55. Page 55 Kepercayaan Sikhisme bemula di Punjab, India semasa zaman pemerintahan Mughal pada kurun ke-15. Pada masa itu, ketegangan antara penganut Islam dan Hindu begitu memuncak. Guru Nanak, tokoh pengasas kepada agama Sikh memikirkan suatu kepercayaan baru bagi menyelesaikan polemik antara Islam dan Hinduisme. Istilah Sikh merupakan dari perkataan Punjabi yang bermaksud pengikut. Peranan Guru Nanak kemudiannya disambung oleh sembilan Guru yang lain sehinggalah ajaran dan tulisan mengenai agama Sikh ini dihimpun dan dibukukan sebagai satu teks rasmi bagi agama Sikh pada tahun 1708 dan dikenali sebagai Guru Granth Sahib. Selain dari ajaran, doa, dan mantera dari para Guru, dipercayai terdapat juga beberaa doa dan bacaan yang diambil daripada amalan dan tulisan penganut Islam dan Hindu. (Breuilly et. all 1997: 138)
56. Page 56
57. Page 57
58. Page 58 Penganut Sikhisme percaya kepada konsep Tuhan yang Esa, yang disebut sebagai Waheguru yang bermaksud Guru yang Besar. Penganut Sikh menitikberatkan hal persamaan hak tanpa mengira darjat dan status. Di kuil-kuil Sikh atau dikenali sebagai gurdwara, beratus atau beribu-ribu golongan fakir miskin akan diberi makanan percuma pada setiap hari melalui konsep langar atau dapur percuma yang terdapat di setiap gurdwara.
59. Page 59
60. Page 60
61. Page 61
62. Page 62
63. Page 63
64. Page 64
65. Page 65
66. Page 66
67. Page 67
68. Page 68
69. Page 69
70. Page 70 Diasaskan oleh Lao Tze Yin Yang: cahaya dan kegelapan Keseimbangan alam Merasai alam Kitab: I Ching, Tao te Ching
71. Page 71
72. Page 72
73. Page 73
74. Page 74
75. Page 75
76. Page 76
77. Page 77 Diasaskan oleh Master Kong Berasaskan nilai-nilai falsafah kehidupan Ren: kebajikan Agama atau falsafah? Kitab: Analect
78. Page 78
79. Page 79
80. Page 80 Wujudkah agama Cina? Siapakah yang beragama Cina? Sinkretisme antara Buddha, Confucius dan Taoisme serta kepercayaan turun temurun Dewa-dewa/Bodhisattva adaptasi dari kepercayaan tempatan: Guan Yin, Haji Kong/Datuk Kong (Datuk Keramat)
81. Page 81
82. Page 82
83. Page 83
84. Page 84
85. Page 85 Agama-agama lain Jainisme Shinto Baha’ism Animisme Paganisme Scientology Atheisme Agnoticisme Religiously unaffiliated
86. Page 86
87. Page 87
88. Page 88
89. Page 89
90. Page 90
91. Page 91 ‫والمئاب‬ ‫المرجع‬ ‫وإليه‬ ‫بالصواب‬ ‫أعلم‬ ‫وهللا‬
92. Page 92 Sm.P.I. Usuluddin dan Falsafah (UKM), M.A. in Religious Conflict (Nottingham) Kepakaran: Perbandingan Agama, Hubungan antara Agama, Konflik antara Agama, Tasawwuf, Akidah, Falsafah, Pemikiran Islam, Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha, Eschatologi (Akhir Zaman), Manuskrip Islam Alam Melayu Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 03-8921 4526 012-353 9509 yusri_mr@ukm.my yusri_mr@ukm.edu.my (aktif 10 Mei 2014) www.slideshare.net/yusrimohamadramliRecommendedMore from User