Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, March 25, 2015

IMPLIKASI PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

أثر إقامة الحدود في إصلاح المجتمع

IMPLIKASI PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

(أ) عقدياً :سلامة الاعتقاد، واتساق المسلم مع نفسه، بتحكيم الشريعة، وحفظ الدين، وصيانته في وجه المرتدين، الخارجين عليه، المحادين لله، ورسوله.

DARI SUDUT AKIDAH:

Menjamin akidah agar selamat dan terpelihara. Seseorang Muslim dapat memelihara dirinya dengan terlaksananya syariat Allah dalam kehidupan, dengan terpeliharanya akidah dan agamanya dari terjebak ke dalam jenayah murtad dan tergolong dalam golongan yang menolak dan menentang hukum Allah SWT dan rasulnya

(ب) أخلاقياً :الاستقامة، والعفاف، والطهر، وحسن المظهر العام، وتعليم الأمة أفرداً، وجماعات، وتربيتها على حب الفضيلة، وكراهية الرذيلة، وبغض أهلها، وشهود ما يجري عليهم، من إقامة الحد :(وليشهد عذابهما طائفة من المؤمنين ) (النور :2)، مقارنة بما في العالم الغربي، من جرائم متكاثرة، ربما رأوها معيار حضارة، وتقدم، قياساً على مقدار ما يستهلكونه، من طاقة كهربائية.

DARI SUDUT AKHLAK:

Memelihara diri agar sentiasa istiqamah dalam mengamalkan akhlak yang mulia seperti menjaga kehormatan, kesucian dan maruah diri, menonjolkan penampilan yang baik sama ada secara individu atau berjamaah. Mendidik individu dan masyarakat agar cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan/jenayah serta golongan yang melakukan kejahatan, dengan menyaksikan hukuman sebat yang dijatuhkan ke atas penjenayah zina (An-Nur:2), jika dibandingkan di negara-negara Barat di mana jenayah berlaku begitu berleluasa, bahkan dianggap sebagai suatu kemajuan dan tamadun sebagaimana kemajuan dalam bidang teknologi dan elektrikal
يضاف إلى ذلك :استقرار الأسر، وحمايتها من التشرد، وحفظ الأعراض، وصيانة الأنساب، وطهارة المجتمع، وسد أبواب الفساد، والفحش، والبذاءة، والتبذير، وإفساد العقول، ورعاية مصلحة المجتمع في ذلك كله، وإن وقع الضرر في ذلك على أفراد معينين.
Selain ia dapat membendung berlakunya jenayah, syariat Allah akan menjamin keutuhan dan keharmonian/kestabilan sesebuah institusi keluarga, membendung gejala negative seperti lari dari rumah, memelihara maruah (agar tidak tercalar), memelihara keturunan dan kesucian masyarakat dari gejala social, menutup pintu/punca-punca berlaku kerosakan, perbuatan zina (fahsyak) dan mungkar, mengamalkan amalan keji dan hina, pembaziran, kerosakan akal fikiran serta memelihara kemaslahatan masyarakat seluruhnya



(ج) اقتصادياً :حفظ المال، وتنميته، وحماية الملكية، وإعلاء العمل، وحسن استثمار الوقت.
DARI SUDUT EKONOMI:

Memelihara harta dan kesuburan harta yang menjadi milik peribadi dan masyarakat serta menambahkan usaha penyuburan harta, pengembangan dan pelaburannya.


(د) أمنياً :الأمن على النفس، والعرض، وفي الممتلكات، لأن السرقة عدوان على الملكية، والحرز، وما يتحقق من أمن اجتماعي، بإقامة الشريعة.
DARI SUDUT KEAMANAN:

Memelihara diri agar sentiasa dalam keadaan selamat, aman dan tenteram. Maruah akan terjaga, harta yang dimiliki sentiasa terpelihara kerana perbuatan mencuri harta adalah suatu pencerobohan terhadap milik seseorang, juga keamanan masyarakat terhasil jika terlaksananya syariat Islam.

(هـ) التجاوب الشعبي :لأن الشعب، يدرك بفطرته، أنه تتجلى آية كمال الإيمان، ومنتهى الصدق، في توجه الدولة إلى الله، بإقامة الحاكم لشرع الله، مع العناية بتنفيذ الحدود، لأن في ذلك مباينة تامة، ومفارقة كاملة، للقوانين الوضعية.. وفي سبيل ذلك، يبايع الحاكم، إماماً للمسلمين، وتبذل له الطاعة الخالصة، ويجاهد وراءه، ويتحمل الشعب المعاناه في المعاش، والحصار الاقتصادي.
DARI SUDUT SOKONGAN/KERJASAMA DI KALANGAN RAKYAT:

Rakyat dan masyarakat secara fitrahnya akan terserlah tanda-tanda kesempurnaan dan benarnya iman di kalangan mereka, dengan berjaya menegakkan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah dalam pemerintahan negara (dengan perlaksanaan hukum hudud), kerana ia adalah suatu undang-undang yang menghapuskan amalan dan saki baki undang-undang secular dan jahiliah. Mereka seterusnya akan memberikan wala'/taat setia yang sepenuhnya kepada pemerintah serta meletakkan sepenuh dan setulus ketaatan kepada para pemimpin, di samping turut sama berjuang mempertahankannya serta berkongsi dalam menanggung keperitan dalam usaha memartabat dan melaksanakannya seperti sekatan ekonomi yang dikenakan kerana melaksana syariat Allah dalam kehidupan

(و) بركة الحياة :حيث تتنزل البركة على المجتمع، فينعم الفرد، والجماعة، بفضل الاستجابة لأمر الله تعالى، الاستقامة على شرع الله، بنزول الغيث، ونماء الزرع، وكثرة القوت، والأمن من فتنة الجدب، والجوع، واختلال الأمن، وانتشار الخوف، والرعب، يقول الله تعالى :(فليعبدوا رب هذا البيت * الذى أطعمهم من جوعٍ وءامنهم من خوف ) (قريش :3-4) :وقال تعالى :(ولو أن أهل القرى ءامنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركاتٍ من السماء والأرض ) (الأعراف :96).. ويقول سبحانه وتعالى :(وألو استقموا على الطريقة لأسقيناهم مآءً غدقاً ) (الجن :16).
DARI SUDUT KEBERKATAN HIDUP

Masyarakat akan beroleh keberkatan hidup hasil dari terlaksananya syariat Allah dalam kehidupan di mana setiap individu serta rakyat akan hidup selesa. Antara keberkatan yang akan diperolehi ialah seperti turunnya hujan, suburnya tanam-tanaman, banyaknya hasil dan barangan makanan. Begitu juga keberkatan seperti dijauhi dari ditimpa kemarau, kebuluran, penyakit berjangkit, hilangnya keamanan serta hilangnya rasa takut


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1394348337550186&set=a.1377755802542773.1073741828.100009250983151&type=1

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej