Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, March 26, 2015

Keceluparan DAP ada asal usulnya

Keceluparan DAP ada asal usulnya. Mana mungkin DAP seberani itu dalam keadaan mereka sedar dibanyak tempat mereka bergantung kpd undi Melayu Islam. Saya lihat antara punca keceluparan itu ialah;
1. Mereka melihat PASMA akan tetap bersama dengan mereka sekalipun mereka memutuskan hubungan dengan Pas. Kerana sangka DAP, pasma telah menguasai sebahagian Besar ajk pas pusat dan ahli2 bawahan.
2. DAP melihat adanya beberapa org pimpinan Pas yg setengah masak yg secara lantang menyanggahi presiden dan dasar pas itu sendiri. Dap merasakan dasar liberal yg mereka bawa telah berjaya meresap kedalam kepala pimpinan tersebut dan menjdi dasar baru yg didokong sama oleh ahli Pas.
3. Adanya pimpinan pas yg sekata dengan DAP dalam soal hudud menjadikan DAP merasakn mereka sudah ada anak angkat yg bersedia bersama mereka.
4. Adanya pimpinan Pas yg berani melawan dan menyalahkan presiden dikhalayak ramai menjadikan DAP semakin teruja untuk turut sama menukar Presiden Pas agar dapat diganti dengan seorg presiden yg boleh menjdi beruk makyeh kepada DAP. Presiden pas TGhH dilihat sebagai penghalang utama kepada DAP untuk menjayakan cita2 politik mereka.
5. Adanya pemimpin Pas yg merasa cukup gah jika dapat mengeluarkan kenyataan menghina Ulamak dlm Pas, menyebabkan DAP merasa yakin dasar Islam yg diperjuangkan oleh pas bakal tercabut dan terlucut dari tubuh Pas, dan pada masa itu Pas akan jadi sebuah parti yg boleh disakularkan sama seperti DAP.
Atas dasar itu semua menyebabkan DAP dengan biadapnya memancung presiden pas di hadapan ahli2 pas sendiri. DAP lupa saat tahaaluf di perkenalkan, betapa sukarnya presiden dan ulamak2 pas menyakinkan ahli2 pas bahawa TAHAALUF adalah sebahagian daripada pendekatan Politik yg sah menurut konsep syiasah syarieyyah, yg sebelum itu rata2 ahli pas berpegang kepada pndangan HARAM UNDI DAP.
Bila DAP berdepan dengan tindakan ROS untuk mengharamkan parti itu, pas dengan tangan terbuka memberi kesanggupan untuk DAP mengunakan lambang Pas, agar DAP dapat terus berperanan sebagai parti sekutu dlm PR.
Kini DAP dengan celuparnya mengistiharkan putus hubungan dgn Presiden pas tetapi tidak dengan Pas. Sebenarnya DAP mahu menghantar message kpd Ahli Pas agar tukar presiden jika mahu terus bersama DAP.
DAP telah buat kesilapan besar. Tahukah kamu bahawa kami sanggup MATI KERANA ISLAM yg kami warisi daripada Rasul kami. Kamu perlu baca sejarah kami dengan lebih teliti agar kamu lebih mengenali kami. Lembutnya kami bukan bermakna kami lemah.
Tahukah kamu bahawa kami tetap berdiri teguh bersama pimpinan kami khususnya Presiden yg jujur dan tegas mempertahankan Islam. Jika keceluparan kamu tidak ditarik balik, boleh sahaja kami istiharkan kepada ahli Pas bahawa selepas ini HARAM MENGUNDI DAP.
Jika kamu merasa kuat dengan sokongan Pasma dan beberapa org pimpinan kami yg se ia sekata dengan kamu sila lah kamu bersama mereka. Ambillah mereka bersama kamu. Kami pun akan merasa lebih senang begitu.
Kami hanya hormat org yg menhormati kami. islam memang mengajar kami sabar dalam dakwah tapi islam juga mengajar kami mempertahankan Izzah Islam dan jamaah.
Ust Mokhtar Senik
Presiden Alumni Pasir Tumboh
25/mac/2015.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej