Ads2

Products – Dropship & Dropshop

Monday, February 25, 2019

Jangan Najib dikata lebih baik dari Mahathir, Anwar

Jangan Najib dikata lebih baik dari Mahathir, Anwar
SUBKY LATIF  23 FEBRUARY 2019


PERHATIAN terhadap Dato’ Seri Najib meningkat kian hari. Sebaliknya Perdana Menteri Mahathir pula menurun dan menurun seolah-olah suasana pasaran saham di zaman pentadbiran pertamanya dulu, rendah dan tidak naik-naik.

Adapun Dato’ Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tidak ada. Tidak seperti masa dia dipenjara dulu. Dia dirasakan sentiasa ada dalam perhatian ramai. Setelah dibebaskan atas perintah Seri Paduka dan selepas Langkah Port Dicksonnya dia seolah-olah hilang bersama anaknya.

Keadaan nampaknya kini orang menunggu apa Najib kata dalam laman webnya dan ke mana dia pergi? Berduyun-duyun orang mengikuti dan menunggunya.

Pada hal tahun-tahun akhir menjelang PRU14 dulu orang-orang Umno tertentu saja yang menjunjungnya. Malah majoriti orang Umno diam tapi di benak masing-masing berasa laksana merayapnya api dalam sekam. Yang tidak diam Mahathir dan Muhyiddin Yassin hingga mereka campak Umno ke muara Sungai Pahang.

Ada pun orang ramai adalah seperti bendul lurus yang jika boleh bersuara nescaya kedengaran bisikan bila Najib hendak pergi?

Bolehlah dikira semuanya menaruh harapan yang melangit atas gencatan senjata Mahathir-Anwar, mengiranya satu rahmat mula bersinar.

Najib seolah-olah sudah habis setelah BN kalah dan dia melepaskan pimpinan Umno. Umno melarangnya turun ke PRK Sungai Kandis. Umno macam tidak menghendakinya lagi.

Negara seluruhnya menunggu rahmat datang bersama Mahathir dan Anwar. Dengan segala tohmah yang melanda Najib, orang mengagak ke mana dia akhirnya?

Ditakdirkan rahmat tidak datang seperti kilat, mungkin merayap seperti semut. Anwar diam demi mahu mereformasikan Parlimen sambil menunggu apa Mahathir hendak buat dan apa rahmat yang hendak dibawanya bersama Guan Eng. Langkah Port Dickson belum mengubah apa-apa di Parlimen.

Manifesto Mahathir-Anwar dan Guan Eng sudah jadi guruh yang hujan tak jadi turun. Rahmat nampaknya lambat dan banyak di lidah dan otak Guan Eng. Nikmat jika ada, dinampak oleh DAP yang selama-lamanya kenal nikmat yang disediakan Guan Eng sejak sebelum Najib digantikan. Adapun yang bukan DAP khususnya bekas soldadu Umno tidak nampak rahmat yang DAP nampak.

Selain dari Guan Eng yang nampak faham itu rakan-rakan si Moorty. Rahmat bergerak seperti semut, entah tiba, entah tidak tiba.

Sesudah lapan bulan Najib jadi macam Luncai dengan labu-labunya orang mulai merasa bala di zaman Najib dulu seolah-olah lebih ringan dari rahmat yang dimanifestokan oleh Mahathir-Anwar- Guan Eng. Semua setuju dulu yang bersama Najib dulu adalah racun, tetapi dengan penawar yang dibawa PH, tidak dirasa seperti penawar dirasakan lebih bisa dari racun dulu. GST dulu racun. Digantikan dengan SST. Ia macam racun juga.

Kejatuhan minyak dan pemulauan Eropah atas sawit menjatuh nilai ringgit. Malang atas ringgit Najib gandakan eksport. Dia sediakan pasaran atas sawit iaitu China. China pun bukanlah rakan yang lurus. Banyak belitnya juga.

Ringgit kian uzur, apa jadi dengan eksport kita? China macam Eropah tidak import sawit. Guruh rahmat bertambah perlahan.

Bila rahmat payah tiba, rakyat pula kurang sabarnya. Memburukkan Najib saja, tidak menjadikan Mahathir-Guan Eng lebih baik. Jika Mahathir-Guan Eng segerakan rahmat, kekallah buruk Najib. Mulailah persepsi orang Najib lebih elok dari Mahathir dan Anwar.

Najib tetap tidak jadi contoh, justeru Mahathir dan Anwar bergerak macam semut, orang kata Najib lagi elok. – HARAKAHDAILY 23/2/2019

Wednesday, February 20, 2019

Bohong Nik Abduh, bukan pembohong

Bohong Nik Abduh, bukan pembohong

SUBKY LATIF  18 FEBRUARY 2019

SEBELUM heboh MP Nik Abduh ditularkan dia berbohong atas suaranya di audio, saya tanya dia adakah itu suaranya?

Jawabnya, "Ya".

Saya tidak tanya mengapa dia tidak cepat-cepat mengaku. Kerana dia ada ilmu dan anak orang berilmu, tentu dia tahu apa yang dibuatnya.

Sesudah saman atas Sarawak Report selesai dan sudah didatangi SPRM, dia mengaku dia berdalih dulu, suara di audio itu adalah suaranya.

Dia sudah menjelaskan mengapa tidak mengaku dulu dan jika dalihnya dipersepsi bohong, mengapa dia berbohong? Kerana ada ketikanya berbohong itu dibenarkan.

Kerana penjelasannya itu berdasarkan ilmunya, dan tiada rekod sebelum ini dia tidak bercakap benar, tidak saya takwil perkembangan itu kerana saya tidak mahu dikata orang tidak peka dan tidak menghormati cakap-cakap orang berilmu.

Apa reaksi orang akan penjelasannya itu adalah ada alam. Nabi Hud amat dihormati kaum Aad justeru tiada mereka tidak pernah berbohong. Nabi Saleh pun amat dihormati kaumnya, Tsamud. Mereka dicap berbohong bila membawa mesej nabi.

Kaum Quraisy menobatkan al-Amin kepada Rasululluh SAW justeru bercakap benar. Jika baginda sendiri ditempelak keluarga dan kaumnya kerana membawa mesej kenabian, tiada pelik Nik Abduh yang bukan nabi ditakwil. Hanya yang jujur dengan ilmunya mengenal manikam.

Nik Abduh baru sekali mengaku berbohong dengan sebab-sebabnya. Berbohongnya kerana muslihat dan belum boleh dilabel pembohong. Ada bohong yang dibolehkan, yang boleh jadi pembohong. Pembohong bercakap benar pun dikira bohong juga.

Nasihat saya, elakkan dari selalu berdalih. Melayu pun sudah kata, siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama mencuri. Bermuslihat dibenarkan, tetapi sepanjang masa bermuslihat pun jadi payah juga.

Jika berdalih dikira berbohong, maka Nabi Ibrahim pernah tiga kali berdalih. Pertama ketika bapanya hendak membawanya ke pesta berhala. Baginda mengaku uzur, maka baginda dibenarkan tidak ikut. Bila tinggal keseorangan, dihancurkannya semua patung kecuali yang terbesar.

Kedua ketika pengembaraan ke Mesir, baginda memberi tahu pegawai imigresen, isterinya ada adiknya. Jika diberitahu ia isterinya, nescaya ada gangguan sang raja. Ketiga, saya tak ingat.

Tiga bohong Nabi Ibrahim ini amat masyhur dalam sejarah para nabi sejak zamannya. Tipu baginda itu adalah benar, tetapi tidak boleh sesiapa kata ia bohong dan Nabi Ibrahim pembohong. Ada ketikanya seseoang itu boleh berdalih kerana muslihat tertentu.

Sekarang Nik Abduh diperceceh oleh sekalian penceceh. Semuanya tidak mencerakin buah butir Nik Abduh dalam audionya. Yang ditular penafiannya dan kemudian pengakuannya. Kerananya dia didesak.

Belum ada yang mengira beliau sudah berdosa dengan apa yang dilakukannya. Tetapi mungkin juga dia tidak berdosa, sebaliknya ijtihadnya, jika ada kelayakannya berijtihad, dia beroleh pahala.

Memang bohong yang dibenar itu berpahala seperti berdalih Nabi Ibrahim. Jika ikut kaedah Nabi Ibrahim itu, Nik Abduh layak beroleh pahala.

Politik Nik Abduh ini adalah baharu. Setakat sepenggal jadi ahli parlimen, belum cukup jadi ukuran. Tetapi beliau sudah mula menempah tempat politik sesuai dengan usia dan kebolehannya.

Tular atas yang terjadi belum meletakkannya di tempat sebenar dan selayak baginya. Tetapi sudah cukup jadi buah butir perbincangan orang, bagi jadi antara orang penting yang diperhatikan sepuluh tahun akan datang.

HARAKAHDAILY 18/2/2019
👍👍👍👍👍

Sunday, February 17, 2019

Pas akan sokong Tun kalau ada pengkhianatan dalam PH

Mohd Aslam berkelahi dgn dua kumpulan Mohd tahir dan kawan2nya ahkaw, chong yu, ramsamy tiba tiba mohd tahir dikhinati oleh kawan sendiri dan diserang hingga hampir mati oleh ahkaw, chong yu dan ramsamy

Walaupun Mohd Aslami bermusuh dengan Mohd Tahir..  namun dlm hati kecil si Mohd Aslam yg masih ada rasa ikatan aqidah, Mohd Aslam terpaksa berkorban membuang permusuhan lama demi menyelamatkan si Moh Tahir

Itulah rahsia ikatan aqidah !

Pendirian terbaru Hj Hadi terhadap PRK Semenyih

Pendirian terbaru Hj Hadi terhadap PRK Semenyih;

1. Sebelum ini (dalam 3 PRK), sokongan PAS kpd BN telah berjaya 'buka hati' ahli2 PAS menerima BN walaupun pernah lalui 'sejarah pahit' yang panjang.

2. Selepas PRK Cameron Highland, ramai pejuang PAS telah menjadi terlalu 'PRO BN'.

3. Ana perhati fenemona ini dgn perasaan risau kalau2 sikap 'PRO BN' itu berubah kepada 'Walak' kpd BN. PAS penah alami situasi ini semasa geng 'jebon' atau 'erdogan' dulu yg walak mereka lebih kpd LGE atau DSAI.

Sampai 'adinda' ana pun tak pernah miss 'LIKE' setiap posting Najib.. 😅 (ana share je.. tak LIKE pun...)

4. Apabila Hj Hadi 'mengendurkan' sedikit sokongan kpd BN dlm PRK Semenyih, ramai kwn2 PAS ana yang tersentak.

5. Ana rasa.. dalam usrah2 korang.. tentu korang selalu diingatkan dgn pesanan utk mengutamakan prinsip... utamakan matlamat Islam... fiqh awlawiyat... walak kpd jemaah... bezakan mudharat kecil mudharat besar dan lain2..

6. Bagi ana... dgn keputusan terbaru ini... (sekalipun tidak sampai PAS menyokong PH di Semenyih), ia menunjukkan Hj Hadi memang seorang yang 'walk the talk' terhadap keputusan2 (ucapan2) beliau sebelum ini...

Pada penilaian ana.. (Allah yg lebih mengetahui)... pendirian sebenar Hj Hadi sejak sebelum PRU14 adalah seperti berikut;

A. DAP bersikap sangat 'cauvinis' yg memerlukan PAS tidak terlibat dalam PH.

B. Amanah hanyalah 'boneka' DAP serta pengkhianat kpd perjuangan PAS.

C. BN diumpamakan 'biawak' tetapi PH diibaratkam 'biawak yg lebih besar' kerana ditunjangi DAP bonekanya Amanah. Sbb itu PAS bertanding 3 penjuru.

D. Selepas PH menang, Hj Hadi mengambil sikap menyokong Tun M bagi menghalang 'dominasi' DAP dalam dasar pemerintahan.

Sekalipun sebelum PRU14 beliau menentang PH, tetapi Hj Hadi akur dgn kememangan PH dan inginkan Tun M menjadi lebih kuat. Pada beliau... ini adalah maslahat yg lebih kurang mudharatnya. Pendirian Tun M terhadap Melayu dan Islam (walaupun ada songsangnya) tetap lebih baik dari pendirian DAP dan bonekanya.

E. PRK2 sblm ini PAS putuskan sokong BN dan lawan sendiri PH (di Port Dickson) atas maslahat yg sama...

F. PRK Semenyih... Hj Hadi buat keputusan 'sedikit berbeza' bagi tujuan menyedarkan pengikutnya supaya tidak 'terfana' dgn BN dan kembali kpd paksi sebenar perjuangan PAS.

G. Hj. Hadi sangat tidak mahu DSAI mengambil alih jawatan PM... kerana.. sikap 'opportunist' DSAI lebih besar mudharatnya kpd Islam..

(Tak habis lagi ni.. ada masa nnt ana betulkan typo serta rumuskan pendapat ana ini....)

Friday, February 15, 2019

DIA PEMBOHONG KE ATAU PEMBOHONG KENA ‘GAME’ DENGAN DIA?



DIA PEMBOHONG KE ATAU PEMBOHONG KENA ‘GAME’ DENGAN DIA?
Untuk Ahli PAS Sahaja
Apa yang berlaku sehari dua ini agak mengejutkan buat saya dan saya mengambil pendirian berdiam diri sambil melayan kesibukan perniagaan. Sehingga pada mala mini, selepas meneliti beberapa pembacaan dari saudara Nik Abduh dan perbincangan Bersama beberapa rakan kepimpinan PAS, maka saya rasa perlunya membuat penulisan ini untuk memberi penjelasan kepada ahli PAS tentang apa yang berlaku dari sudut pandangan agama dan akademik.
Ini amat penting supaya ahli PAS lebih jelas tentang proses political advancement dan problem solving dalam organisasi supaya tidak mudah bertindak mengikut emosi akibat daripada sub conscious manipulation yang aktif bergerak dalam media war terutamanya dalam politik.
COGNITIVE WARFARE (PERANG KOGNITIF)
Saya suka memetik kata Deric J. Holbrook “In the information age, warfare has changed from kinetic to non-kinetic attacks. The introduction of new tactics changes the characteristics of warfare. The industrial age created super-elevated hard power, massed kinetics, and extremely violent characteristics. The information age has introduced mostly non-kinetic techniques to achieve strategic objectives.”
Amerika yang kita sedia maklum sebagai entiti kuasa besar dunia amat terkenal dalam campurtangan politik sesebuah negara dan penggunaan ketenteraan menjadi salah satu metodologi asas dalam kebanyakan perang di Timur Tengah, Afrika dan Teluk. Walaubagaimanapun, kita dapat melihat cara Amerika berubah daripada Military Warefare kepada Cognitive warfare dengan kepesatan teknologi maklumat, media serta media sosial.
Pendedahan President IRI Daniel Twining tentang peranan mereka menyokong pembangkang Malaysia termasuk menggunakan dana NED sebagai satu isyarat jelas bahawa Malaysia turut terlibat dalam COGNITIVE WARFARE sejak 2002. Amerika meletakkan Malaysia sebagai target strategic berdasarkan kedudukan Geografinya di Asia Tenggara sebagai negara yang amat perlu mempunyai polisi politik Pro Amerika dalam peperangan US-China Economic Warfare.
Secara tidak langsung, parti politik utama di Malaysia sebenarnya adalah Pasukan Tentera peperangan yang membawa panji masing-masing. Samada mereka membawa panji Amerika, China atau Malaysia. PAS merupakan salah satu pasukan tentera utama di arena politik Malaysia apabila menjadi salah satu koalisi didalam PRU 14.
Cognitive Warfare bukanlah perkara baru. Nazi telah menggunakan pada perang dunia kedua melalui unit propaganda mereka yang diketuai Joseph Goebbels. Saya memetik kata-kata Joseph Goebbels “It would not be impossible to prove with sufficient repetition and a psychological understanding of the people concerned that a square is in fact a circle. They are mere words, and words can be molded until they clothe ideas and disguise.” Ia membawa maksud, penipuan yang diulang-ulang akan akhirnya menjadi satu kebenaran. Pada asalnya, para sarjana tidak memahami fahaman Joseph sehingga perkembangan ilmu psikologi dan neurosains, mereka telah menemui kebenaran kata-kata Joseph dan fenomena ini dinamakan Illusory Truth Effect.
EVOLUSI PERANG SIBER
Era cyberwar telah lama bermula. Bezanya adalah kemajuan teknologi kognitif yang digunakan dalam peperangan. Ketika sosial media menjadi peranan penting menaikkan Presiden Obama, perang cyber turut juga berlaku di Malaysia. Di saat itu, saya yakin anda dapat melihat orang kita berperang menggunakan skandal seks sebagai senjata peperangan. Daripada seluar dalam, coli, janda, liwat, bogel, cium segalanya menjadi grenad, peluru dan bom pada ketika itu. Ia banyak didominasikan oleh tentera siber Barisan Nasional pada ketika itu.
Kemudian setelah beberapa ketika, rakyat mula muak dengan skandal seks. Malah pihak yang menggunakan skandal seks dalam kempen politik dilihat tidak bermoral. Kita juga dapat melihat betapa ilmu dan konsultasi dalam kognitif warfare ini merupakan satu advantage apabila Dato Seri Najib mengupah sebuah syarikat pelobi berpengkalan di Israel, APCO Worldwide menjadi penasihat komunikasi strategik negara. Ini memandangkan cybertroops BN pada waktu itu dilihat ketandusan idea serta berlakunya perpecahan serta peperangan sesama sendiri kerana ingin merebut tender cybertroops yang sangat lumayan pada waktu itu. Penggantungan DSN kepada cybertroop tempatan tidak lagi begitu ketara dengan adanya APCO Worldwide.
Sepertimana APCO Berjaya membersihkan nama Narendra Modhi, Robert Mugabe dan beberapa dictator, DSN juga dapat diselamatkan dan sokongan rakyat kepada BN meningkat semula. Saya tidak ingin berbicara tentang DSN. Harus difahami, kita bukan hendak menghukum DSN sebagai diktator disini, tetapi keadaan beliau pada waktu itu dengan kes Altantuya Sharibu serta beberapa skandal lain hampir menamatkan riwayat politik beliau.
Apa yang perlu kita lihat ialah betapa Cognitive Warfare bukan sekadar perang maki hamun di komen facebook. Ia adalah satu proses peperangan era baru yang menggunakan persepsi sebagai senjata yang ampuh. Persepsi mampu menjadikan seorang yang baik kepada jahat, dan yang jahat menjadi baik.
PRU14 COGNITIVE WARFARE
Menjelang PRU14, Pakatan Rakyat telah berpecah memperlihatkan PAS dikeluarkan dari pakatan ini. Bukan sekadar dikeluarkan tetapi PAS telah dipecahkan sehingga terbentuknya Parti Amanah Negara (PAN) yang mewar-warkan bahawa golongan professional dan progresif tidak lagi yakin dengan kepimpinan ulama dan konvensional PAS dan perlunya ada sebuah parti baru yang membawa nafas agama dengan lebih progresif.
Menjelang PRU14 juga, Barisan Nasional dilihat sunyi dalam perang siber. Perang siber sangat panas dengan isu berkaitkan PAS mengalahkan isu terhadap Barisan Nasional. Disaat itu saya dapat melihat ramai kenalan yang terlibat dalam marketing menjadi tonggak dan leader serta bergerak aktif di dalam PH menyerang PAS dan BN secara strategik dan teratur.
Orang PAS mungkin bingung apa hebat budak-budak marketing ni? Ini kerana orang PAS banyak membaca kitab dan buku-buku agama. Tidak ramai dikalangan anda mengenal buku tulisan Dale Carnegie, Brian Tracy, James C Crimmins, Napoleon Hill, Jordan Belfort, Jeffry Gitomer dan Sonya Hamlin yang mana buku-buku mereka ini menggarapkan teknologi kognitif dalam komunikasi yang mampu mempengaruhi. Ini adalah buku-buku dan kitab suci golongan marketing. Kerana itulah sungguhpun orang Islam ini mempunyai Al-Quran dan kekuatan belief dalam non conscious, masih ada mampu dipengaruhi dengan menggunakan sub conscious manipulation. Apa yang perlu dilakukan oleh golongan ini adalah dengan menukar fokus mereka dari menjual produk, kepada menjual idea. Ia adalah satu serangan ‘illusory truth effect’ secara besar-besaran yang dikepalai sarjan-sarjan hebat yang mahir dalam Neurolinguistic menjadikan Cognitive Warfare ini didominasi oleh PH dengan jayanya.
Jadi tidakkah orang PAS pelik mengapa tuduhan tanpa bukti lebih mudah dipercayai sungguhpun anda mampu menggariskan hukum-hakam yang jelas membuktikan bahawa itu adalah bibit fitnah. Terimalah hakikat orang PAS tidak begitu mahir dalam cognitive warfare. Malahan ada orang PAS yang mengambil pendirian neutral kerana tidak mampu menjawab lontaran logik yang diketengahkan pejuang ‘illusory truth effect’ ni.
THE DEDAK 90 MILLION STORY
Apabila audio Nik Abduh itu disahkan sebagai suaranya, saya secara peribadi agak terkilan mengapa beliau tidak sekadar mengaku kesahihan audio itu setahun yg lalu. Ini kerana saya yakin ramai orang PAS akan mampu menerima penjelasan bahawa wang UMNO yang diterima itu adalah bukan rasuah dan bertujuan bagi menjalankan aktiviti. Hakikatnya bukan saja wang UMNO diterima diperingkat kepimpinan. Ramai juga orang UMNO yang menghulur wang ringgit kepada pasti dan program PAS. Anak cucu mereka ramai bersekolah di PASTI.
Cuma setelah berdiskusi dengan beberapa rakan kepimpinan PAS dan membaca penerangan Nik Abduh, saya mula faham tentang perkara ini dengan jelas. Daripada kekecewaan terhadap sikap Nik Abduh mengambil pendekatan menafikan atau dengan kata jahat BERBOHONG, saya melihat ia merupakan satu strategi yang normal.
Dari sudut agama, saya telah dijelaskan mengenai kepentingan menjaga kerahsiaan yang diberitahu dalam surah Al-Isra:34 dan juga At -Tahrim:3 begitu juga hadith yang menerangkan bagaimana seorang itu adalah munafik apabila mengkhianati sesuatu amanah sehingga dia meninggalkannya. Namun bukankah berbohong itu juga adalah sifat orang munafik? Bagaimana ia boleh menjadi sesuatu yang syarie?
Ibnu Syihab berkata, “Aku tidaklah mendengar sesuatu yang diberi keringanan untuk berdusta di dalamnya kecuali pada tiga perkara, “Peperangan, mendamaikan yang berselisih, dan perkataan suami pada istri atau istri pada suami (dengan tujuan untuk membawa kebaikan rumah tangga).” (HR. Bukhari no. 2692 dan Muslim no. 2605, lafazh Muslim).
Jelas apa yang berlaku adalah satu peperangan dan pembohongan itu adalah salah satu yang dibenarkan syarak. Ini adalah kerana sekiranya fitnah itu tidak dihentikan seberapa segera, kesannya akan lebih parah kepada Jemaah pada waktu itu.
Saya juga menyelak Analisa Peperangan Nabi Muhammad S.A.W. Analisa Strategi Peperangan dan Pertahanan oleh Ahmad Azan Ridzuan, Mohd Juraimy Kadir, Hasan Al-Banna Mohamed, Aman Daima dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia perkara 2.2 Strategi Menyerang dan Kejutan dimana dijelaskan Rasulullah SAW juga tidak lupa dengan strategi serangan mengejutkan dan kesan kurang baik kepada psikologi anggota tentera serta kekuatan musuh. Strategi kejutan atau memeranjatkan bererti mencipta keadaan pada satu-satu tempat atau masa yang menyebabkan pihak musuh tidak berupaya dan tidak bersedia untuk menlancarkan serangan balas.
Cerita dedak 90 juta menjadi senjata ampuh PH dalam cognitive warfare PRU14 abgi memberikan persepsi bahawa PAS bukanlah satu parti yang boleh dipercayai kerana bersekongkol dengan UMNO yang menjarah harta rakyat. Malah persepsi dicipta bahawa barangkali pemimpin PAS juga dalam diam bersekongkol menjarah duit rakyat dan berselindung disebalik kopiah dan serban.
Tidak ada jalan lain selain menggunakan Strategi Menyerang dan Kejutan dengan mematikan segala fitnah yang besar secepat mungkin bagi mengelakkan damage berlarutan. Alhamdulillah, PRU 14 PAS mampu menawan Terengganu disamping mengekalkan Kelantan dan hampir memiliki Kedah.
DIA PEMBOHONG KE ATAU PEMBOHONG KENA ‘GAME’ DENGAN DIA?
Sungguhpun begitu, perkataan bohong ini agak alergik dikalangan orang PAS. Kita faham dalam Jemaah ini, sifat orang munafik ini bukanlah sifat kita. Namun tidakkah anda sedar kenyataan Nik Abduh pada Febuary 2018 sebenarnya tidak menafikan itu adalah suaranya, tetapi menafikan dakwaan. Ini adalah kenyataan beliau
"Jawaban Saya
Dakwaan rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya, malah juga secara langsung dan sengaja ke atas parti PAS yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik UMNO atau membuntut di ekor DAP.
Ia hanya sampah yang tidak layak dimakan kecuali oleh pelahap fitnah seperti PAN dan sekutunya.
Saya menafikan sekeras-kerasnya, berdoa semoga Allah menimpakan balasan segera ke atas para pelakunya kecuali mereka segera bertaubat kepada-Nya.
Semoga Allah mengukuhkan kekuatan PAS dan pendukungnya, dicintai rakyat Malaysia seluruhnya dan memimpin negara menuju kejayaan dan kesejahteraan yang sebenar."
Dia pembohong ke atau Pembohong kena 'game' dengan dia?
Hakikatnya Nik Abduh tidak pernah menafikan itu adalah suaranya tetapi menafikan DAKWAAN ke atas rakaman tersebut dan terus mematikan kenyataan tanpa pengulasan lanjut.
Secara peribadi saya melihat ini sebagai satu strategi yg agak wow. Sekiranya anda membaca buku “Subtle Art of Not Giving A Fuck” dalam topik Danger of Pure Certainty dan Manson’s Law of Avoidance, ini adalah satu perkara yang bijak. Apa yang cuba dilakukan dalam kebanyakan perang cognitive adalah membawa individu untuk terus membalas sehingga membuat lebih banyak kesilapan. Seterusnya kesilapan-kesilapan baru itu akan terus digunakan sebagai peluru baru untuk memberikan kesan yang lebih parah.
Saya tidak pasti sama ada Nik Abduh membaca buku ini atau tidak tetapi apa yang dilakukannya adalah seperti yang dijelaskan oleh Mark Manson didalam buku tersebut. Hakikatnya Husam and the gang disinilah sebenarnya yang kena game kerana mereka menyangkakan Nik Abduh akan jadi Mr Bean dan mengakui audio tersebut adalah suaranya tetapi lain pula yang berlaku. Lebih menarik, saman TGHH ke atas SR di London dan kemenangan dalam interlokutori telah berjaya mengembalikan semula kepercayaan orang kepada PAS untuk kekal istiqamah.
Lebih menarik, menurut Wan Rohimi Wan Daud, perangkap baru dipasang dengan membawa pulang isu 90 juta ke Malaysia. Setelah Claire menamakan Ambiga sebagai pemberi maklumat, PAS semakin mendapat peluru untuk membuat serangan mengejut kerana selama ini orang tidak menyangka bahawa tuduhan ini sebenarnya datang dari beliau. Bukan sahaja beban ini berada dipundak Ambiga, Husam yang mendakwa mempunyai bukti juga masih belum mampu memberikan bukti itu kepada SPRM. Rafizi pula diketawakan apabila menamakan Nasharudin Mat Isa sebagai pemimpin PAS. Pemimpin PH yang sebegitu hebat masih tak mampu membezakan antara pemimpin PAS dan bekas pemimpin PAS yang dipecat. Lebih menarik lagi apabila SPRM mengeluarkan kenyataan tiada bukti PAS menerima 90 juta. Checkmate.
APA MASALAH KITA ORANG PAS YANG SEBENAR?
Masalah kita orang PAS ialah ramai antara kita tidak terdedah kepada apa yang telah saya jelaskan dengan Panjang lebar. Ramai antara kita yang mahu istiqamah tetapi ramai juga antara kita yang mudah diusik pertimbangannya. Hakikatnya orang PAS sukar dipengaruhi tetapi mereka tidak perlu dipengaruhi sepenuhnya. Saya kongsikan sebuah quote dari Harry S Truman “If you can't convince them, confuse them”. Inilah yang mereka lakukan. Mereka tidak perlu mempengaruhi anda sepenuhnya. Cukup untuk mereka mengelirukan anda.
Kelebihan kita umat Islam dalam Jemaah adalah wala. Be proud to be WALAUN. Allah berfirman taatlah kamu Allah, taatlah kamu kepada rasul dan taatlah kamu kepada pemimpin. Adakah Allah lebih bijak atau kamu yang lebih bijak?
Kepada K40 dan yang sewaktu dengannya. Saya amat yakin anda bukanlah Jebon. Mungkin cuma kurang periksa atau kurang arif. Saya yakin anda sayangkan Jemaah. Namun tindakan yang telah dilakukan merupakan satu tindakan yang GELOJOH.
Diharap dengan penulisan ini, anda perlu lebih memantapkan lagi ilmu politik apabila berperang dimedan ini. Saya tidak diupah sesen pun oleh PAS atau Nik Abduh untuk menulis artikel ini. Saya sayangkan Jemaah ini dan mereka yang turut sama berjuang Bersama Jemaah. Kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Kita juga perlu mengajar pengikut Jemaah jangan mudah menghukum sesuatu sekadar mengikut pertimbangan emosi kita. Al-Ilm Kan Nur Fil Hidayah. Jadikan kesilapan lalu sebagai wadah mempelajari sesuatu.
Semoga Allah permudahkan kita, menerangkan hati kita, mengeratkan ukhwah kita, agar dapat kita Bersama-sama meranjaui onak duri dalam perjuangan yang jelas penuh pancaroba ini.
Kredit: Lebai Pro
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2544928708912014&id=236306659774242

Perbualan di antara Mohd dan pederi besar (Richard) tentang tuhan dan ketuhanan Di akhir perbualan... anda akan dapat kebenaran

Perbualan di antara Mohd dan pederi besar (Richard) tentang tuhan dan ketuhanan

Di akhir perbualan... anda akan dapat kebenaran

https://www.facebook.com/1251877796/posts/10213396322723151/

Thursday, February 14, 2019

ISU SUARA NIK ABDUH MELIHAT KONTEK YANG LEBIH LUAS

ISU SUARA NIK ABDUH
MELIHAT KONTEK YANG LEBIH LUAS.

PERSEPSI LICIK

Motif PH(DAP/PAN & PKR) ialah mahu rakyat percaya bahawa isu RM90 juta itu betul. Walaupun hakikatnya ia hanyalah persepsi dan tiada sebarang bukti, meskipun berulang kali semasa hampir PRU14 mereka menyatakan memiliki bukti tersebut sehingga kini, namun yang kekal hanyalah persepsi. Teknik PH memang berjaya, lalu fitnah menjalar dan PH menang besar degan hasil fitnah tersebut, kecuali negeri-negeri yang ramai memahami ilmu fitnah dan menolak persepsi jahat PH seperti Terengganu dan Kelantan. Sesungguhnya Pas, dipelihara Allah s.w.t akan maruahnya dan ia tidak tewas, malahan dari  Kelantan ditambah Terengganu, cuma kerusi Parlimen sahaja PAS kurang kerana kawasan yang banyak kerusi MP dengan sebaran media fitnah terutama pantai Barat sukar ditangani dan ditepis dalam masa yg singkat.

KENAPA NIK ABDUH MENAFIKAN DAHULU ?

Sebelum kita masuk kepada kenapa Nik Abduh menafikan suara beliau, kita kena selami dahulu apa yang berlaku. Ketika persepsi RM90 juta diperkatakan di sana-sini maka pastinya ianya diperbualkan merata tempat dan tidak terkecuali Nik Abduh dengan rakan-rakannya. Tanpa disedari ada yang merakam perbualan tersebut. Nik Abduh mengaku ada menerima wang. Lalu kenyataan ini di 'quote' sebagai menerima duit 90 juta dan disebar luas menjadi propaganda fitnah PH untuk mempengaruhi rakyat agar mempercayai isu 90 juta duit dari 1MDB itu benar. Sedangkan duit tersebut adalah infak dari insan-insan dan badan-badan yang mahu membantu PAS memperjuangkan Islam di Malaysia dengan menyalurkannya kepada badan dan sekolah agama dan seumpamanya. Juga dipercayai duit sumbangan dari negara Islam yang mahu melihat kebangkitan Islam di Malaysia bagi mengimbangi sumbangan luar terhadap kumpulan yang mahu meneruskan sekularisme ini akan dihuraikan kemudian.  Namun tak perlulah penyokong PH bersungguh mengaitkan dengan 1MDB dan sebagainya jika tiada bukti yang kukuh.

Persolan utama dalam proses tersebut adalah nilai etika orang yang merakam perbualan tersebut amatlah malang. Contohnya kita berehat bersama teman sepejabat, berbual akan masalah pejabat atau istilah 'membawang'. Boss biasanya menjadi mangsa bawangan kita dan ketika itu ada rakan yang berniat jahat merakam dan sebarkan pada semua rakan pejabat. Sedangkan dalam masa terdekat ada perlantikan Presiden Kelab atau Pejabat dan sebagainya. Pastinya jika ditanya, si mangsa akan menafikannya.  Kecuali nak hulur leher untuk dipecat. Konteknya sangat berbeza antara perbualan membawang atau melongkang dengan teman-teman berbanding penerimaan Boss dan rakan sepejabat terhadap rakaman suara tersebut.  Walaupun kontek Nik Abduh bukan membawang tetapi ia tetap kontek yang berbeza dan disalah tafsirkan lalu menjadi fitnah.

PENGORBANAN NIK ABDUH

Situasi sebaran tersebut ketika PRU 14 semakin hampir. PAS tidak punya masa yang cukup untuk membuat penerangan dan menangkis fitnah.  Memang itulah agenda utama musuh politik PAS yang mahukan PAS sebok menangkis serangan dan tidak sempat menerang apalagi menyerang. Sedangkan gerakerja yang sepatutnya perlu diutamakan. Lalu dengan kesepakatan pimpinan, Nik Abduh terpaksa menafikannya dengan berat hati walaupun beliau ingin menjelaskan kontek yang sebenarnya.  Ini adalah pengorbanan yang agak besar dilakukan oleh Nik Abduh kerana terpaksa mengorbankan jatidiri dan menjadi mangsa kecaman dan fitnah merata tempat.  Namun kini tiba masanya untuk tuan punya badan memberi penjelasan pada semua pihak walaupun kita dapat merasakan pihak penyokong PH sebahagian besar akan menolak penerangan ini dan seterusnya akan memanaskan fitnah ini untuk menghancurkan PAS dengan rakusnya.

SUMBANGAN ASING

Sebagaimana semua maklum pada 13 Februari 2019, Pemuda PAS Selangor telah memulalakan langkah membawa isu sumbangan asing kepada dana Parti komponen PH.  Laporan Polis sudah dilakukan dan ini menunjukkan bagaimana campurtangan asing yang dipercayai daripada Israel dan USA atau badan yang mahu memastikan perkembangan kuasa politik Islam tersekat di Malaysia.  Oleh itu tidak mustahil ada sumbangan samada dalaman atau luaran dari negara Islam seperti Arab Saudi dan lain-lain negara Islam yang mahu memberi sumbangan kepada PAS.  Saluran wang inilah mungkin disalah-ertikan sebagai penyelewengan wang haram 1MDB dengan sumbangan kepada PAS.  Oleh itu PAS telah memohon agar siasatan dilakukan kepada parti komponen PH yang turut menerima sumbangan tersebut malahan akta penerimaan sumbangan tersebut juga perlu digubal dan diluluskan oleh Parlimen, bukankah PH yang berlakun adil dan saksama harus melaksanakannya?.

GENGGAM BARA.

Lobai berbicara dengan sahabat Lobai Ketua Pengarang Harakah Tuan Wan Nordin yang juga menyatakan keletihan beliau dan tekanan yang beliau lalui menangkis dan mempertahankan PAS.  Memang sesuatu yang sangat sukar dan payah bagaikan menggenggam bara api nak menjaga PAS ini. Tangan melecur namun digenggam juga demi mempertahan kebenaran.  Lalu teringat akan hadith Rasullah

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
يَأْتِى عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ
“Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi no. 2260. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Lalu semangat menjulang kembali untuk terus menulis dan membicarakan soal kebenaran dan seterusnya mempertahankan perjuangan Islam walaupun luluh diri kita cair kerana kita berada pada era akhir zaman yang makanannya adalah fitnah.

Marilah kita berusaha melihat sesuatu yang lebih besar dan bukan melihat dalam kerangka yang kecil dan terbatas segala penglihatan.

Aku yang menggenggam bara,

LOBAIMAN NAMSOR LIAMSI
14 Februari 2019

Tuesday, February 12, 2019

Fitnah Audio Jawaban Nik Abduh

Fitnah Audio: Jawaban Saya

Ini adalah buku kecil, tetapi panjang juga catatannya. Maka saya jadikannya beberapa pintu. Bagi yang kesuntukan masa, tetapi mahukan jawaban, sila ke pintu dua sahaja. Ia mencukupi. Jika lapang masa, silalah berkelana..

Pintu 1:

Pada pagi 7 Febuari 2019, saya menulis tiga catatan ringkas serentak di FB saya ini.

Pertama, saya sifatkan pencinta fitnah adalah seperti lalat yang mengerumuni sampah. Walaupun sampah, akan tetap ada makhluk Allah yang menjadikannya sebagai makanan untuknya. Manusia tidak diciptakan untuk bersifat buruk sebegitu. Jauhi fitnah.

Kedua, saya alu-alukan SPRM untuk menyiasat PAS selepas banyak laporan polis dibuat terhadap PAS yang didakwa menerima wang rasuah politik daripada UMNO termasuk wang 1MDB. Saya menyatakan bahawa jika PAS diberi kuasa, SPRM akan semakin teguh dan berkuasa.

Ketiga, saya memberi sinisan terhadap 'bebudak terlebih tenaga' yang ingin terus menyepak bola walaupun wisel penamat 90 minit telah dibunyikan. Ia adalah sindiran saya terhadap 'Kumpulan 40' yang dikatakan bersedia menjadi saksi benarnya rakaman yang saya sifatkan sebelum ini sebagai 'audio fitnah' terhadap saya.

Ia juga adalah isyarat daripada saya bahawa saya sudah bersedia untuk bermain di padang baru. Itu jika padang dibuka.

Selepasa cacatan pendek itu diluncurkan, segera sahaja pada petangnya, SPRM menghubungi saya untuk hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kota Bharu pada Jumaat keesokannya pada jam 10.30am.

Keesokannya saya hadir dengan penuh kerasmian dan penghormatan terhadap SPRM. Seorang diri dengan memandu sebuah Mercedez Benz mewah rekaan barat.

Pintu 2:

Pada awal 2018, sebelum PRU14 berlangsung, tular di media baru sebuah rakaman yang didakwa sebagai ucapan Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz. Ia mengejutkan ramai kerana isi ucapan itu yang didakwa membenarkan dakwaan musuh politik PAS bahawa PAS telah menerima wang sogokan berjuta-juta daripada UMNO.

Ia tidaklah begitu mengejutkan saya. Saya sudah pun dimaklumkan lebih awal bahawa akan dibocorkan rakaman ucapan saya di dalam program dalaman parti kepada umum. Cuma saya menggaru-garu kepala, sampai ke tahap ini mereka?

Sebaik tular, saya ada dua pilihan di hadapan. Pertama, bercakap benar dan mengesahkannya. Kedua, menafikannya. Ia adalah ucapan dalam majlis tertutup dengan audien tertentu sahaja. Terlalu tertutup. Maka hak saya adalah menjaga kerahsiaan dan tidak sama sekali mengkhianatinya.

Kedua-dua pilihan adalah syar'ie.

Saya memilih yang pertama. Ia mudah. Bercakap benar akan membebaskan kita. Bohong adalah penjara yang memerangkap diri sendiri. Saya memilih untuk berterus terang sahaja. Saya yakin isi ucapan saya akan mudah sahaja difahami jika difahami konteksnya.

Tetapi saya sedar, ia bukan sekadar soal nama baik peribadi saya. Saya mewakili parti PAS dalam masyarakat. Rakaman itu walaupun bertujuan menjatuhkan reputasi saya, ia segera sahaja disambar oleh musuh sebaik tular untuk menjatuhkan PAS. Belum sempat ahli PAS marahkan saya, musuh-musuh politik PAS telah merayakannya. Nyamuk belum mati, api sudah menyambar kelambu.

Apabila saya merujuk kepada beberapa pimpinan parti yang sudah pun memahami isu ini dengan baik, mereka memutuskan agar saya menafikannya. Sengit juga saya enggan dan menolak, tetapi mereka berkeras meminta saya menafikannya. Fitnah mesti ditutup, itu hujah mereka. Saat itu, bahang PRU14 semakin terasa. PH sedang bermaharajalela menyerang PAS dengan pelbagai fitnah sesudah mereka kehilangan punca untuk mencari kecacatan dan kesalahan PAS.

PH hanya mampu bersenjatakan fitnah, senjata yang terlarang di dalam Islam dan PAS.

Dalam kesukaran, saya memohon jawaban daripada tuan guru Presiden PAS. Segera Presiden PAS merestukan keputusan agar saya segera menafikannya. Saya akur dan gembira menerima mandat.

Alhamdulillah, api fitnah gagal merebak. PAS memasuki pilihanraya umum ke14 dengan gagah dan berjaya menambah kekuatannya di Parlimen dan DUN-DUN.

Pintu 2 adalah pemberitahuan bahawa jawaban pertama saya dulu adalah dengan keputusan oleh parti PAS.

Pintu 3

Ada tiga institusi yang berhak mengubah keputusan pertama saya itu. Pertama, parti PAS. Ia adalah tuan saya. Kedua, Mahkamah. Ia adalah neraca menegak keadilan di dunia. Ketiga, Kerajaan Malaysia melalui siasatan oleh pihak polis atau SPRM. Malaysia adalah negara saya yang berhak ke atas saya.

Dengan erti, saya akan kekal menyimpan rahsia sehingga salah satu daripada tiga institusi itu memutuskan sebaliknya.

Apabila perempuan Inggeris itu menjadikan rakaman ucapan saya itu sebagai bahan buktinya di Mahkamah London, saya dipanggil oleh pihak peguam yang mewakili presiden PAS untuk memohon pengesahan. Saya kata, mahkamah berhak menerima kebenaran. Ia akan membebaskan saya dengan penuh hormat. Isi-isi ucapan saya adalah amat mudah difahami dalam konteksnya. Presiden PAS menerima kehendak saya dengan senang hati. Maka saya telah membuat kenyataan saya di hadapan peguam presiden PAS beberapa bulan lepas.

Saya jangka keputusan oleh Mahkamah London nanti dalam kes Presiden PAS vs perempuan Inggeris itu akan menjadi jawaban kedua saya. Tetapi ia tidak berlaku. Kes itu ditutup di pertengahan jalan.

Sebelum SPRM memanggil saya untuk siasatan, saya sudah pun dipanggil oleh pihak polis beberapa bulan lepas di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan terhadap isu rakaman ucapan saya yang tular itu.

Kenyataan saya kepada ketiga-tiga institusi tersebut adalah sama. Saya mengakui kebenaran suara saya itu. Saya juga menegaskan di hadapan mereka untuk saya terus menafikannya di hadapan publik sebagai hak menjaga kerahsiaan yang ditekankan oleh agama.

Semasa saya mempertegaskan hak kerahsiaan ini di hadapan pegawai SPRM beberapa hari lepas, mereka menjawab, "Ya. Kami pegawai kerajaan, apatah SPRM diwajibkan dan diajar untuk menjaga kerahsiaan." Mereka membenarkan saya.

Akhirnya, semalam, Dato Takiyudin Hasan, SUA PAS mengesahkan rakaman itu sebagai ucapan saya. Pagi ini, presiden PAS turut mengesahkannya.

Pintu 3 adalah pemberitahuan bahawa PAS telah bersetuju untuk saya memberi jawaban kedua yang menukarkan jawaban pertama saya dulu. Saya menerimanya dengan senang hati sebagaimana yang pertama dulu.

Ini saya sedang menulis..

Pintu 4

Mari saya memanggil mereka sebagai 'bebudak terlebih tenaga' atau 'kumpulan 40'. Tidak perlulah saya menyebut nama.

Pintu 4 adalah pendedahan terhadap konteks perbincangan di dalam perjumpaan tertutup 'tahap dewa' tersebut. Bukankah saya berkali-kali mengingatkan kerahsiaan itu? #SumpahJadiAbu  haha..

Ada dua isi utama ucapan saya:

1) Meminta 'kumpulan 40' ini berhenti daripada kegiatan menyiasat dan menghukum pimpinan parti.

2) Menerangkan hukum agama berkaitan mengambil wang musuh politik. Secara khusus, wang UMNO.

Perlu difahami bahawa perjumpaan itu bukanlah yang pertama dan terakhir. Ia selang seli di antara beberapa pertemuan dan tindakan yang berbeza.

Maka memang agak sukar bagi pendengar di rakaman tular itu untuk memahaminya sepenuhnya. Apatah ia soal kerahsiaan dalaman.

KAMI adalah kumpulan yang terbentuk pada saat krisis dalaman PAS sebelum 2015. Kami adalah rakan-rakan yang bersama menyusun strategi memahamkan ahli PAS bahawa beberapa pimpinan parti telah lari daripada halatuju perjuangan dan wajar diturunkan lalu diganti dengan kepimpinan baru yang lebih berwibawa untuk memimpin PAS.

Adalah sukar untuk memahamkan. Ahli PAS diajar untuk taat dan thiqah kepada kepimpinan parti. Adalah sukar bagi kami untuk menyebut kesalahan-kesalahan mereka secara terbuka. Ia janggal di dalam parti yang begitu menjaga keutuhannya daripada retak.

Ringkasnya, dengan perancangan yang baik, kami berjaya meyakinkan ahli parti di semua peringkat untuk bangkit mempertahankan kepimpinan ulamak, kepimpinan tuan Presiden PAS dan kekuasaan Majlis Syura Ulamak PAS daripada diruntuhkan secara sistematik oleh kumpulan yang kini dihimpunkan oleh DAP di dalam parti PAN.

Dalam erti, kami merancang setelah mereka telah lama merancang. Mereka terlalu kuat sehingga beberapa pimpinan lama PAS gugur dengan perancangan mereka tanpa disedari oleh ahli-ahli PAS yang ikhlas berjuang.

Saat kekuasaan mereka memuncak untuk mengubah hala tuju PAS dengan faham Islam Moderate, Rahmatan Li 'rambutan' dan macam-macam lagi, kami anak muda PAS bangkit untuk meneguhkan kembali halatuju perjuangan PAS.

Kami adalah himpunan ratusan ulamak dan ulamak muda, golongan profesional baru dan lama, muslimat dan pemuda serta ahli-ahli PAS di banyak peringkat.

Ringkasnya, pada Muktamar PAS 2015, kepimpinan baru PAS mengambil alih. Selepas itu, kesamaran bertukar kejelasan. DAP hanya mencapai matlamat kedua mereka. Tertubuh PAN. Matlamat utama mereka menghancurkan PAS dari dalam telah gagal.

Inilah kami.

Selepas selesai, kepimpinan kami memutuskan agar kami bubar dan kembali kepada kerja asal membangunkan parti yang hampir berwajah baru. Ia adalah keputusan yang amat benar.

Tetapi sebahagian daripada kami berkata, kerja belum selesai. Masih ada saki baki yang akan merosakkan PAS. Mangsa pertama adalah YAB Dr Ahmad Samsuri. Beliau dituduh sebagai ejen UMNO, makan dedak UMNO bla bla.. kemudian Nasrudin Hasan Tantawi, Nurul Islam. Akhirnya Nik Abduh naik nama sebagai pemakan wang UMNO.

Mereka dinasihatkan agar berhenti. Bukti-bukti yang mereka kemukakan adalah lemah. Ia hanyalah sangka buruk. Malang, mereka terus mengasak dan menuduh.

Kerja mereka adalah mengintip dan menyelongkar. Bagi mereka ia adalah jihad besar menyelamatkan parti PAS daripada perkara haram bersekongkol dengan UMNO.

Apabila diingatkan bahawa kepimpinan parti lebih mengetahui halatuju dan strategi parti, mereka meremehkan dan mendakwa mereka lebih tahu.

Mereka melampaui batas. Bertindak sendiri tanpa restu kepimpinan. Beberapa perjumpaan diadakan. Tetapi tiada apa yang berubah.

Apabila ahli PAS sukar menerima mereka, mereka memilih jalan berapi demi mencapai matlamat. Mereka, atas nama menyelamatkan parti, mendedahkan rakaman ucapan tertutup saya itu.

Mereka mengadakan perjumpaan tertutup 'tahap dewa' itu, tetapi mengkhianati majlis mereka sendiri dengan merakamnya secara sulit. Setelah gagal, mereka khianat lagi dengan mendedahkannya kepada awam. Setelah gagal lagi mencapai matlamat, mereka bangkit beramai-ramai ingin menjadi saksi. Pelik, mereka nafi dedah, tetapi sanggup jadi saksi?!

Cuba anda bayangkan bagaimana kerasnya mereka dalam salah satu tulisan terbaru mereka, mereka anggap saya seperti mendiang Marcos.. Dahsyatkan? Marah orang PAN pada saya, rasanya taklah seteruk itu dilabel hehe..

Pintu 5

Kekhilafan besar adalah dalam soal hukum mengambil wang orang UMNO. Mereka mendakwa, mengambil wang UMNO adalah rasuah semuanya. UMNO adalah musuh dan sebarang terimaan adalah berunsur rasuah.

Saya dalam rakaman tersebut, selepas berkali-kali di luar sebelum itu, cuba menjelaskan bahawa ia adalah hukum yang salah dan merbahaya.

Saya jelaskan bahawa menerima wang sesiapa pun daripada UMNO adalah haram hanya apabila ianya adalah berbentuk rasuah atau sogokan atau dedak yang bermaksud kita dengan pemberian itu terpaksa menjual perjuangan dengan mencairkan pendirian parti atau menyokong tindakan UMNO yang bersalahan dengan polisi parti.

Adapun pemberian biasa seperti kekeluargaan, persahabatan, derma, kebajikan dan lain-lain, maka ia adalah harus. Bahkan ia menambah kasih sayang di antara umat Islam.

Saya jelaskan bahawa saya hadir menyertai perbincangan di antara para ulamak dalam Majlis Syura PAS berkaitan isu ini. Semua sekata, menerima wang UMNO adalah harus kecuali bertujuan rasuah. Ia adalah amalan puluh tahun dalam PAS di kalangan para ulamak untuk menerima secara terbuka wang orang-orang UMNO.

Malang, mereka tidak pernah berpuas hati. Cakapan saya difahami ikut selera mereka. Pening saya..

Beberapa hari lepas, dalam pertemuan bersama pimpinan PAS, apabila ditanya kepada tuan guru presiden PAS mengenai 'bebudak terlebih tenaga' ini, tuan guru menjawab tegas, "Mereka ini samada bodoh atau jahat."

Pengkhianatan tiada tempat dalam perjuangan walaupun anda menangis bersujud di hadapan Allah memohon restuNya. Hukum adalah hukum.

Pintu 5 adalah pemberitahuan bahawa ucapan saya adalah dalam konteks hukum, bukan memperakui bahawa PAS telah menerima wang rasuah dan sogokan daripada UMNO. Ia tidak benar sama sekali.

Justeru saya menamakannya sebelum ini sebagai audio karut, mengarut dan fitnah.

Pintu 6 (akhir)

Saya berterima kasih kepada seluruh ahli, penyokong dan rakyat yang menerima dengan hati terbuka kenyataan penafian saya setahun yang lepas. Ia berjaya meneguhkan parti PAS untuk melangkah memasuki pilihanraya umum baru-baru ini.

Semoga Allah meredhai perjuangan kita menegakkan agama di bumi Allah.

Sunday, February 10, 2019

Org terlibat ngan politik kena fasih sejarah, kena tahu tafser rentetan sesebuah peristiwa dan sejarah

sebok sgt nk ubah kan. Membelakangkan kemahiran berbahasa dan ilmu.....Tu lah padahnya. Bina negara dgn pemimpin tak ada kelulusan ?
Nampak senang nak pimpin... tapi kalau tak faham bahasa percakapan, peribahasa, simpulan bahasa, bombastik, sarkastik.... macam mana ?

org cakap "mantiq"  skit dah tah faham... org cakap " biarkan serigala menyalak, musafir teruskan perjalanan" --- pemimpin depa kata " tok guru kata kat depa serigala,,, babi... beruk,,,, apala...  org cakap bahasa kiasan ... . depa tak faham .... pasal mengaji tak tinggi.. tu laaa pasal !

Org terlibat ngan politik kena fasih sejarah, kena tahu tafser rentetan  sesebuah peristiwa dan sejarah, sebab musabab, kesan dan efek, kena tahu dan mahir buat analisa , berupaya membuat kesimpulan hasil2 rentetan  peristiwa dan sejarah .... 

Tak tahu ... tak ngaji ... camna nak pimpin ?

Ni nak lead negara ! Bukan nak lead projek lembu pawah !

Saturday, February 9, 2019

PAS BUKAN ISLAM

PAS BUKAN ISLAM

Saat terbaca sahaja kenyataan Dr Maza bertajuk "parti bukan agama", saya sudah mula ketawa. Gelihati bila teringat kisah yang Ayah Chik pernah cerita sebelum ini berkenaan rakan karibnya al-Marhum Tok Guru Ust Haron Taib. Ceritanya berkaitan kehebatan Ustaz Harun yang mampu berbahas dengan guru-gurunya sejak di bangku sekolah lagi.

Nak dijadikan cerita, guru yang mengajar ilmu mantiq kepada Ust Haron masuk Umno. Ketika bertemu dengan Ust Harun, gurunya menggunakan hujah Mantiq untuk mempertikaikan perjuangan beliau dalam PAS. Beliau mengguna kaedah mukaddimah sughro, mukaddimah kubro dan natijah. Kaedah ini banyak diajar dalam ilmu kalam, ilmu akidah aliran khalaf. Ilmu ini juga adalah asas dalam pengajian falsafah moden hari ini.

Mukaddimah sughro contohnya ayat "alam semesta itu berubah". Mukaddimah kubro pula adalah ayat "tiap-tiap yang berubah itu adalah baharu." Maka natijah pula adalah dengan mengambil perkataan pertama dari mukaddimah sughro digabungkan dengan perkataan terakhir dalam mukaddimah kubro. Maka jadilah natijahnya "alam itu adalah baharu".

Lalu Guru kepada Ust Harun mengatakan: "PAS bukan agama. Tiap-tiap yang bukan agama adalah bukan Islam. Maka PAS bukan Islam."

Ust Haron Taib membalas: "Wahai tok guru, bukan semua perkara boleh pakai kaedah Mantiq. Ada juga yang tidak sesuai."

"Macamana kalau saya kata, tok guru bukan agama, tiap-tiap bukan agama itu bukan Islam. Maka adakah tok guru bukan Islam?"

Terus tok gurunya melarikan diri daripada Ust Harun Taib tanpa sebarang kata.

Hakikatnya benar sekali PAS bukan agama dan agama bukan PAS. Tetapi bak kata Ust Khalil Abdul Hadi, walaupun PAS bukan agama tapi PAS adalah parti yang membawa agama. Peranannya umpama masjid. Walaupun masjid bukan agama, tapi masjid adalah bangunan yang melambangkan Islam, yang didirikan syiar Islam di dalamnya.

Kata ayahandanya pula, Tuan Guru Ayah Chik, PAS bukan agama, manusia bukan agama, masjid juga bukan agama. Tetapi masjid didirikan atas tuntutan agama. Maka PAS juga didirikan atas tuntutan agama Islam.

Sebenarnya isu ini sudah lapuk. Dimainkan oleh ustaz-ustaz Umno dan sekutunya sejak sekian lama. Ulama kita juga sentiasa menjawab dengan berbagai uslub. Tak tahulah kenapa Dr Maza ulang balik perkara ini.

Ironinya isu-isu halal haram dalam batas politik kepartian yang menyentuh parti lain seperti keharusan tahaluf dengan parti yang melawan pemerkasaan syariah Islam, meraikan kemenangan 'parti Islam' dengan arak, selfie bersama amoi, hukum pembunuhan mangsa memali, ucapan hudud tiada dalam al-Quran dan seumpamanya tidak pula disebut. Tapi kalau ada saja kaitan dengan PAS, dialah hero paling laju kedepan!

(Alang Ibn Shukrimun)

Friday, February 8, 2019

Statement sebelum langgar bai'ah... selepas langgar bai'ah ... kenyataan semuanya ke laut

Statement sebelum langgar bai'ah... selepas langgar bai'ah ... kenyataan semuanya ke laut !

Pasaipa ? Sila rujuk .....

DALIL-DALIL AL QURAN MENYAMAKAN MANUSIA SEPERTI BINATANG APABILA MEREKA TIDAK MAHU MENTAATI HUKUM ALLAH

Berikut adalah dalil-dalil AL QURAN yang mana ALLAH telah menyamakan manusia dengan binatang. Bacalah dan fahamilah terjemahan ayat-ayat di bawah mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan seperti ini.

“Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (Al-A’raf: 7:176).

“Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina.” (Al-Baqarah 2: 65).

Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul". (Al-Maaidah 5:60)

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan. (Al-'Ankabut 29:41)

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; (Al-Baqarah 2:26)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf 7:179)

Daripada ayat-ayat di atas kita dapat melihat ALLAH bukan sahaja menyamakan sesetengah manusia ini dengan binatang tetapi ada di antara mereka diubah terus menjadi binatang seperti kera dan babi disebabkan kesalahan berat yang mereka lakukan.

Takwil peristiwa berkaitan binatang yang pernah saya buat sebelum ini dan mengaitkannya dengan individu tertentu dari kalangan bukan Islam, orang munafik dan dajjal adalah sesuatu yang mempunyai asas di dalam AL QURAN dan tidak bertentangan dengan maksud AL QURAN. Mereka ini sememangnya mempunyai ciri yang dinyatakan dalam ayat-ayat di atas.

Ada di antara takwil yang pernah saya buat itu benar-benar telah terbukti. Manakala takwil yang belum berlaku hendaklah kita bersabar tunggu dan lihat nanti. WALLAHU a’lam, Wassalam.

Monday, February 4, 2019

Amaran kpd kaum munaafiq

“Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu?

Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), Maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. karena Sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam.” (QS. An Nisaa : 138 – 140)

Al-Mujādila:14 - Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
Al-Mujādila:15 - Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

Saturday, February 2, 2019

ISU PERINTAH PERSETUJUAN SARAWAK REPORT

ISU PERINTAH PERSETUJUAN SARAWAK REPORT

1. Hari ini hampir semua ahli PAS tergamam menerima berita kes Sarawak Report telah diselesaikan di luar Mahkamah melalui Perintah Persetujuan. Di saat ada ahli yang menjual barangan peribadi untuk menyumbang kos guaman kes ini, keputusan TGHH ini adalah sesuatu yang mengejutkan akal manusia rasional.

2. Sebagai orang yang mempunyai latar belakang undang-undang dan mengikuti dengan dekat kes ini, saya  juga pernah terdetik bahawa PAS patut menyelesaikan kes ini di luar mahkamah. Namun sebagai ahli PAS yang memahami keputusan Presiden pastinya akan melalui syura dan mendapat nasihat yang sewajarnya daripada orang yang lebih berkelayakan, saya diamkan sahaja.

3. Apabila mendapat tahu keputusan TGHH hari ini, walaupun tertanya-tanya, tetap terselit perasaan gembira. Setakat pengetahuan saya mengenai perjalanan kes ini, terdapat beberapa sebab saya rasakan keputusan ini bukan sahaja mengambil kira kalah menang kes tetapi kepentingan PAS dan ahlinya untuk masa panjang.

4. Pada pendapat saya, PAS sudah pun mencapai matlamat dengan kemenangan interlokutori April tahun lepas. PAS mendapat keputusan cemerlang dengan memenangi 4 permohonan dan menolak 1 permohonan Clare. Permohonan-permohonan tersebut bukan sahaja membabitkan persoalan  teknikal tapi turut memberi kesan terhadap isu-isu subsantif. Sekalipun kes ini diteruskan, ianya tidak lagi mempunyai kesan yang diperlukan kepada Plaintiff melainkan lebih  kepada perbincangan akademik.

5. Sekiranya PAS menang, kuantum ganti rugi juga akan menjadi sangat sikit. Hal ini kerana kemenangan PAS dalam PRU lepas sehingga menguasai 2 negeri memberi gambaran kepada Mahkamah seolah-olah artikel itu tidak menjejaskan reputasi atau memberi kesan kepada PAS.

6. Dari sudut implikasi kewangan, semua  orang maklum PAS tidak mampu membayar sendiri dan bergelut untuk menjelaskan kos guaman. Kos yang berjuta-juta sebelum ini hanya melibatkan perbicaraan interlokutori dan persediaan perbicaraan penuh, kos yang berganda besar sudah pasti diperlukan untuk perbicaraan yang akan melibatkan ramai saksi dan memakan banyak hari.

7. Tambahan pula, semua ahli maklum TGHH tidak berada dalam kondisi kesihatan yang baik untuk diletakkan ke dalam kandang saksi dan melalui pemeriksaan balas yang intensif dan mungkin memakan masa banyak hari.

8. Atas semua kemungkinan pertimbangan apa yang kita sudah dapat, apa yang kita akan tanggung dan apa yang kita akan dapat, saya rasa memang tidak berbaloi untuk kes ini diteruskan sehingga ke perbicaraan. Hakikatnya, PAS sudahpun dapat apa yang  diperlukan ketika menang perbicaraan interlokutori.

Muna Adila Che Rime
JUHAM PAS
2 Februari 2019

Ads1