Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, February 14, 2019

ISU SUARA NIK ABDUH MELIHAT KONTEK YANG LEBIH LUAS

ISU SUARA NIK ABDUH
MELIHAT KONTEK YANG LEBIH LUAS.

PERSEPSI LICIK

Motif PH(DAP/PAN & PKR) ialah mahu rakyat percaya bahawa isu RM90 juta itu betul. Walaupun hakikatnya ia hanyalah persepsi dan tiada sebarang bukti, meskipun berulang kali semasa hampir PRU14 mereka menyatakan memiliki bukti tersebut sehingga kini, namun yang kekal hanyalah persepsi. Teknik PH memang berjaya, lalu fitnah menjalar dan PH menang besar degan hasil fitnah tersebut, kecuali negeri-negeri yang ramai memahami ilmu fitnah dan menolak persepsi jahat PH seperti Terengganu dan Kelantan. Sesungguhnya Pas, dipelihara Allah s.w.t akan maruahnya dan ia tidak tewas, malahan dari  Kelantan ditambah Terengganu, cuma kerusi Parlimen sahaja PAS kurang kerana kawasan yang banyak kerusi MP dengan sebaran media fitnah terutama pantai Barat sukar ditangani dan ditepis dalam masa yg singkat.

KENAPA NIK ABDUH MENAFIKAN DAHULU ?

Sebelum kita masuk kepada kenapa Nik Abduh menafikan suara beliau, kita kena selami dahulu apa yang berlaku. Ketika persepsi RM90 juta diperkatakan di sana-sini maka pastinya ianya diperbualkan merata tempat dan tidak terkecuali Nik Abduh dengan rakan-rakannya. Tanpa disedari ada yang merakam perbualan tersebut. Nik Abduh mengaku ada menerima wang. Lalu kenyataan ini di 'quote' sebagai menerima duit 90 juta dan disebar luas menjadi propaganda fitnah PH untuk mempengaruhi rakyat agar mempercayai isu 90 juta duit dari 1MDB itu benar. Sedangkan duit tersebut adalah infak dari insan-insan dan badan-badan yang mahu membantu PAS memperjuangkan Islam di Malaysia dengan menyalurkannya kepada badan dan sekolah agama dan seumpamanya. Juga dipercayai duit sumbangan dari negara Islam yang mahu melihat kebangkitan Islam di Malaysia bagi mengimbangi sumbangan luar terhadap kumpulan yang mahu meneruskan sekularisme ini akan dihuraikan kemudian.  Namun tak perlulah penyokong PH bersungguh mengaitkan dengan 1MDB dan sebagainya jika tiada bukti yang kukuh.

Persolan utama dalam proses tersebut adalah nilai etika orang yang merakam perbualan tersebut amatlah malang. Contohnya kita berehat bersama teman sepejabat, berbual akan masalah pejabat atau istilah 'membawang'. Boss biasanya menjadi mangsa bawangan kita dan ketika itu ada rakan yang berniat jahat merakam dan sebarkan pada semua rakan pejabat. Sedangkan dalam masa terdekat ada perlantikan Presiden Kelab atau Pejabat dan sebagainya. Pastinya jika ditanya, si mangsa akan menafikannya.  Kecuali nak hulur leher untuk dipecat. Konteknya sangat berbeza antara perbualan membawang atau melongkang dengan teman-teman berbanding penerimaan Boss dan rakan sepejabat terhadap rakaman suara tersebut.  Walaupun kontek Nik Abduh bukan membawang tetapi ia tetap kontek yang berbeza dan disalah tafsirkan lalu menjadi fitnah.

PENGORBANAN NIK ABDUH

Situasi sebaran tersebut ketika PRU 14 semakin hampir. PAS tidak punya masa yang cukup untuk membuat penerangan dan menangkis fitnah.  Memang itulah agenda utama musuh politik PAS yang mahukan PAS sebok menangkis serangan dan tidak sempat menerang apalagi menyerang. Sedangkan gerakerja yang sepatutnya perlu diutamakan. Lalu dengan kesepakatan pimpinan, Nik Abduh terpaksa menafikannya dengan berat hati walaupun beliau ingin menjelaskan kontek yang sebenarnya.  Ini adalah pengorbanan yang agak besar dilakukan oleh Nik Abduh kerana terpaksa mengorbankan jatidiri dan menjadi mangsa kecaman dan fitnah merata tempat.  Namun kini tiba masanya untuk tuan punya badan memberi penjelasan pada semua pihak walaupun kita dapat merasakan pihak penyokong PH sebahagian besar akan menolak penerangan ini dan seterusnya akan memanaskan fitnah ini untuk menghancurkan PAS dengan rakusnya.

SUMBANGAN ASING

Sebagaimana semua maklum pada 13 Februari 2019, Pemuda PAS Selangor telah memulalakan langkah membawa isu sumbangan asing kepada dana Parti komponen PH.  Laporan Polis sudah dilakukan dan ini menunjukkan bagaimana campurtangan asing yang dipercayai daripada Israel dan USA atau badan yang mahu memastikan perkembangan kuasa politik Islam tersekat di Malaysia.  Oleh itu tidak mustahil ada sumbangan samada dalaman atau luaran dari negara Islam seperti Arab Saudi dan lain-lain negara Islam yang mahu memberi sumbangan kepada PAS.  Saluran wang inilah mungkin disalah-ertikan sebagai penyelewengan wang haram 1MDB dengan sumbangan kepada PAS.  Oleh itu PAS telah memohon agar siasatan dilakukan kepada parti komponen PH yang turut menerima sumbangan tersebut malahan akta penerimaan sumbangan tersebut juga perlu digubal dan diluluskan oleh Parlimen, bukankah PH yang berlakun adil dan saksama harus melaksanakannya?.

GENGGAM BARA.

Lobai berbicara dengan sahabat Lobai Ketua Pengarang Harakah Tuan Wan Nordin yang juga menyatakan keletihan beliau dan tekanan yang beliau lalui menangkis dan mempertahankan PAS.  Memang sesuatu yang sangat sukar dan payah bagaikan menggenggam bara api nak menjaga PAS ini. Tangan melecur namun digenggam juga demi mempertahan kebenaran.  Lalu teringat akan hadith Rasullah

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
يَأْتِى عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ
“Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi no. 2260. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Lalu semangat menjulang kembali untuk terus menulis dan membicarakan soal kebenaran dan seterusnya mempertahankan perjuangan Islam walaupun luluh diri kita cair kerana kita berada pada era akhir zaman yang makanannya adalah fitnah.

Marilah kita berusaha melihat sesuatu yang lebih besar dan bukan melihat dalam kerangka yang kecil dan terbatas segala penglihatan.

Aku yang menggenggam bara,

LOBAIMAN NAMSOR LIAMSI
14 Februari 2019

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej