Ads2

Products – Dropship & Dropshop

Tuesday, January 31, 2017

Perkataan , ucapan , peringatan , amaran yg paling dipercayai ialah Alquran dan Al Hadis ... baca lah dan hayati betul betul

Jangan termakan dengan tipu daya komen2 Fake Account di Portal berita2 Online Di Facebook yang menghentam Ulamak....Nauzubillah....

Perkataan , ucapan , peringatan , amaran yg paling dipercayai ialah Alquran dan Al Hadis ...  baca lah dan hayati betul betul

Surah At-Taubah, Ayat 107: وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا الْحُسْنَىٰ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208296604433381&id=1251877796

KERAJAAN PAS DI TERENGGANU PAS berjaya

Sedap mulut je Lim Kit Kat hina Tuan guru Haji Abdul Hadi atas kegagalan mengekalkan kerajaan Negeri Terengganu(tapi dia tak sedar Perak tak sampai setahun memerintah hasil khianat amanah dari adun DAP),Walaupun hanya sepenggal memerintah Terengganu dibawah naungan Tuan Guru,tetapi banyak kejayaan yang dicapai jika mahu dibandingkan dengan mana-mana kerajaan dibawah Umno mahupun PH(Khususnya P.Pinang)

KERAJAAN PAS DI TERENGGANU
PAS berjaya memerintah Terengganu pada 1999-2004 hasil kemenangan pada PRU ke-10. Menteri Besar yang dilantik ialah Presiden PAS sendiri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Kejayaan Kerajaan PAS di Terengganu
Kerajaan PAS di Terengganu telah berusaha merealisasikan matlamat perjuangan Islam yang dicitrakan PAS. Tuan Guru Haji Abdul Hadi sendiri yang ketika itu menjawat jawatan Presiden PAS, telah ditaklifkan memegang jawatan Menteri Besar. Kerajaan negeri telah berjaya meletakkan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’, dan Qias menjadi sumber hukum yang tertinggi begi negeriTerengganu Darul Iman.
Agenda pendidikan menjadi fokus utama beliau. Pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan antaranya :

1.Reformasi tanah
2.Pengharaman premis judi(makin berkembang di PP)
3.Pewartaan Enakmen Undang-undang Islam Terengganu(Yg paling ditentang DAP)
4.Penyuburan budaya ilmu
5.Memasukkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, dan pelbagai lagi(yg paling dibenci DAP)
6.Penghapusan TOL(prkara yg DAP gagal tunaikan janjinya di PP)

Dalam aspek pendidikan, kerajaan negeri Terengganu ketika itu telah menubuhkan banyak institusi pendidikan, antaranya:

1.Kolej Islam Sains Terengganu (KIST)
2.Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ)
3.Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB).

Kolej ini melunaskan keperluan umat Islam ketika itu yang dahagakan institusi pendidikan yang menggabungkan mata pelajaran akademik dan agama, dan bukannya berkonsepkan sekular semata-mata. KIST dan KOSTAQ diletakkan di bawah pengurusan Yayasan
Terengganu (YT), sebuah yayasan yang diwujudkan untuk memperkasa pendidikan di negeri itu. Selain itu, KUSZA telah berjaya diperkasakan sehingga setanding dengan kolej universiti lain di negara ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terenganu pada 24 April 2003 telah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (Pindaan) 2003 yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, al Marhum TG Dato’ Harun Taib.
Kerajaan PAS Terengganu juga melakukan ‘Reformasi Pentadbiran Tanah’ seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya 1999 dengan menyusun semula sistem pentadbiran tanah. Kerajaan PAS berjaya membuka semula permohonan tanah rakyat yang ditutup secara rasmi oleh kerajaan BN terdahulu sejak tahun 1975. PAS juga berjaya menurunkan kadar premium tanah dari 20 peratus kepada 10 peratus harga pasaran tanah. Bahkan, kelonggaran
cara bayaran juga diperkenalkan bagi yang benar-benar tidak mampu.
PAS berjaya menyelesaikan pemberian geran dan hak milik tanah kepada peserta-peserta rancangan tanah Felda dan Felcra. Kerajaan PAS Terengganu berjaya melepasi sasaran 50,000 permohonan tanah rakyat setahun. Contohnya, bagi tempoh April 2002 hingga April 2003 sebanyak 50,731 permohonan tanah rakyat diselesaikan oleh kerajaan negeri.
PAS juga berjaya menambahkan hasil pendapatan negeri melalui peningkatan hasil tanah. Pada tahun 2001, kerajaan memungut RM51,831,000 (RM51.8 juta) dan meningkat kepada RM78,733,000 (RM78.7 juta) pada tahun 2002.
Selain itu, pengurusan kewangan negeri lebih cekap di bawah kepimpinan ulama’ yang selama ini dicanang oleh UMNO-BN kononnya ulama’ tidak pandai memerintah negeri.
Hakikatnya, ‘Akaun Bebas Riba’ berjaya direalisasikan apabila kerajaan pimpinan PAS segera memindahkan simpanan aset tetap (fixed deposit) dari bank-bank konvensional kepada bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam. Pihak Jabatan Audit Negara telah memperakui ketelusan kerajaan PAS Terengganu terhadap setiap sen yang dibelanjakan. Audit menyifatkan sebagai pengurusan yang kemas dan tidak wujud sebarang penyelewengan kewangan. Kerajaan PAS ketika itu berjaya mengurangkan perbelanjaan mengurus kira-kira RM82,939.00 sebulan tanpa menjejaskan produktiviti perkhidmatan di pejabat-pejabat kerajaan seluruh negeri.
Rakyat perlu diingatkan, kerajaan BN Terengganu telah menerima bayaran hasil royalti petroleum daripada Petronas sebanyak lima peratus sejak tahun 1978. Bayangkan, sehingga Ogos 1999 jumlah hasil terimaan royalti tersebut sebanyak RM6,694,584,608.00. Malangnya, BN mewariskan hutang pula kepada kerajaan PAS Terengganu berjumlah RM731,334,342.85.
Jumlah kutipan zakat selama tiga tahun di bawah kerajaan PAS hampir menyamai jumlah pungutan zakat selama 10 tahun di bawah kerajaan BN terdahulu. Bagi tahun 1990 hingga 1999, pungutan kerajaan BN ialah sebanyak RM85 juta sahaja.
Manakala, dalam tempoh tiga tahun pertama pemerintahan PAS Terengganu jumlah pungutan zakat adalah sebanyak RM82.4 juta dan jumlah pungutan tahunan bermula tahun 2000 ialah seperti berikut:
2000-RM 20.8 juta
2001-RM 28.7 juta
2002-RM 32.9 juta
2003-RM 40.05 juta
Di antara peningkatan ketara kepada hasil negeri ialah melalui cukai hasil hutannya mengikut tahun adalah seperti berikut:
1999-RM 13 434 571.17
2000-RM 29 086 863.71
2001-RM 34 256 921.01
2002-RM 53 065 165.62
2003-RM 63 486 530.36
Malah, pemerintahan kerajaan PAS Terengganu juga berjaya meningkatkan jumlah kutipan premium pembalakan berbanding di zaman kerajaan BN sebelumnya. Zaman kerajaan BN juga terkenal dengan kewujudan terlalu banyak anak-anak syarikat milik kerajaan negeri tetapi malangnya terpaksa menanggung kerugian setiap tahun. Tetapi, kerajaan PAS Terengganu telah menyusun
semula pengurusan anak-anak syarikat serta mengkaji semula pelaburannya.
Antara kejayaan lain, Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang berupaya menyediakan kemudahan penginapan hotel di Makkah al-Mukarramah untuk rakyat Terengganu dan Malaysia amnya.
Bahkan, Tuanku al-Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri berkenan merasmikan hotel Darul Iman Palace milik TDM Berhad, sebuah anak syarikat kerajaan Terengganu di Makkah pada November 2003. Hotel berkenaan dipajakkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada TDM selama lima tahun dengan perjanjian bayaran RM5 juta.
Pada tahun 1999, negeri Terengganu ketika itu menduduki tempat kedua tertinggi kadar kemiskinan rakyatnya di bawah kerajaan BN. Sejumlah 17.3 peratus atau 173 bagi setiap 1000 orang rakyat Terengganu adalah miskin.
Maknanya, pendapatan royalti petroleum yang hampir RM7 bilion yang pernah diterima oleh kerajaan BN Terengganu telah gagal diurus untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat.
Namun begitu, selepas dua tahun PAS memerintah Terengganu iaitu pada tahun 2001 kerajaan negeri PAS telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyatnya kepada 14 peratus dan berubah dari tempat kedua negeri termiskin menjadi tempat ketiga dan keempat seterusnya.
Keharmonian hidup di kalangan orang bukan Islam terjamin di bawah
pemerintahan PAS Terengganu. Ini kerana, janji manifesto pilihan raya PAS 1999 menggariskan tiga perkara utama bagi masyarakat bukan Islam:
-Pertama, jaminan kebebasan mereka mengamalkan agama dan budaya masing-masing.
-Kedua, menggalakkan interaksi, persefahaman dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam.
-Ketiga, menjamin bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama.
Bukti komitmen kerajaan PAS tidak boleh disangkal lagi. Apabila, Sidang DUN Terengganu pada 24 April 2003 telah meluluskan Enakmen Bagi Meminda Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) 2003.
Enakmen tersebut membolehkan DUN Terengganu melantik Adun dari kalangan wanita dan bukan Islam, apabila tiada antara mereka yang terpilih melalui pilihan raya. Syarat lantikan tersebut dengan mendapat sokongan sekurang-kurangnya tujuh ahli dewan (DUN) Terengganu.
Langkah itu membuktikan kerajaan negeri pimpinan PAS sentiasa prihatin mengenai perjuangan nasib kedua-dua sektor masyarakat tersebut (wanita dan bukan Islam) dan mahu suara mereka diwakili sebaik-baiknya di peringkat tertinggi dalam negeri.
Selama ini, pihak lawan PAS sering kali mewar-warkan kononnya PAS sebuah parti ‘Taliban’ yang selalu mendiskriminasikan kaum hawa. Sedangkan, UMNO-BN mengeksploitasikan kaum wanita tidak pula menjadi kesalahan. Kaum wanita di negara ini dijadikan ‘objek’ untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu melalui hiburan, modeling, pengiklanan dan lain-lain. PAS berjaya merubah ini melalui pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.
Kerajaan PAS Terengganu ditolak oleh rakyat?
Timbul persoalan, selepas kejayaan kerajaan PAS mentadbir Terengganu dengan baik, mengapakah PAS kalah dalam PRU Ke-11 pada tahun 2004? Jawapannya ialah seperti yang diutarakan oleh TG Hadi Awang sendiri iaitu ia melibatkan penipuan terancang yang dilakukan oleh UMNO-BN.
1-Pengundi Hantu
Dianggarkan pertambahan pengundi di Kemaman adalah 17000 pengundi baru berbanding PRU 1999. Kawasan lain ada fenomena yang sama berlaku. Apa yang peliknya ialah post-mortem PAS mendapati bilangan undi menyokong PAS meningkat, tetapi peningkatan ini tidak dapat mengatasi penipuan yang dijalankan oleh UMNO-BN.
2-Tumpuan Jentera Kerajaan Pusat di Terengganu
Menyedari betapa bahayanya Terengganu terus kekal di bawah PAS, kerajaan pusat UMNO-BN telah menumpukan dan menggandakan usaha mereka untuk menawan semula Terengganu. Jentera kerajaan disalahgunakan oleh BN untuk kepentingan politik mereka.
3-Akses Media Tidak Adil
PAS tidak pernah mendapat akses media secara adil. Dalam keadaan di mana semua jentera kerajaan dan media digunakan untuk memburukkan PAS, ia dianggap sebagai satu pertarungan “uphill”.
Kesimpulan
PAS menghadapi pihak lawan UMNO-BN dalam satu pertarungan “uphill” danpadang yang tidak rata. Pun begitu, PAS telah berjaya menawan negeri Terengganu pada 1999. Rentetan itu, UMNO-BN menggunakan segala sumber dan taktik kotor untuk menawan kembali kerajaan PAS di Terengganu.
PAS kalah PRU-2004 bukan kerana PAS lemah, tetapi kerana main kotor pihak musuh.

Sunday, January 29, 2017

Kenapa susah-susah orang islam berhimpun pada 18hb feb ini pasal nak bentang akta 355

Ustaz..
Kenapa susah-susah orang islam berhimpun pada 18hb feb ini pasal nak bentang akta 355 sedangkan yang nak bentang adalah ahli parlimen dalam dewan lebih kurang 200 orng itu..

Bagilah mereka yang main peranan diparlimen bahas dan sebagainya....org islam duduk rumah ajelah..tak payah keluar berhimpun..

Tuan..,
tuan pernah tengok orang main bola tak di stadium

Jawab lelaki itu...pernah..

Tanya ustaz..,
Berapa orang biasa main...kedua-dua pasukan..

Jawab lelaki itu..,
kalau dua-dua pasaukan sekali dgn simpanan lebih kurang 22 pemain..

Tanya ustaz..,
kalau begitu bagi mereka jelah main dalam stadium tu..x payah ada penonton lebih kurang 20 ke 30 ribu penonton..

Jawab lelaki tu..,
mana boleh ustaz..,penanton kena datang bagi semangat kepada pasukan..penonton kena datang bagi isyarat bahawa mereka ada penyokong yang kuat..

Jawab ustaz..
begitulah perhimpunan pindaan akta 355 nie...umat islam berkumpul adalah memberi isyarat sokongan kepada Tuan Guru Hj Hadi yang akan bentangkan diparlimen dan menampakkan kesatuan umat islam dalam menyokong akta 355 ini..

..dR PAS..

DIKATAKAN PAS KALAH TERUK ?

DIKATAKAN PAS KALAH TERUK?

Oleh: Pak Subky Latif | 28 Januari 2017.

DIKATAKAN lagi, kali ini oleh pelarian PAS bahawa PAS akan kalah teruk dalam PRU yang akan tiba nanti.
     
Ia bukan cabaran baru yang PAS dengar, malah ia berpatah arang dengan DAP, pimpinan DAP sudah meramalkan PAS tidak akan dapat mengekalkan kebanyakan kerusinya yang dimenangi dalam PRU13.
     
Cuma yang terbaru itu disebarkan atas dapatan kaji selidik terkini PAS akan kalah teruk juga. Khabaran demikian telah PAS maklumi lama dan ia sedia hadapi cabaran itu.
     
Adalah baik PAS mendengarnya dan bersedia menghadapinya. Ia lebih baik dari dikatakan ia akan menang besar dan bakal merampas kerajaan pusat, tiba-tiba ia kalah teruk. Jika ia dikatakan kalah teruk dan benar ia kalah teruk, maka ia sudah bersedia dan tidak terkesan sangat akan kemungkinannya. Jika ia diberi harapan tinggi, yang boleh  menjadikan ia leka, tiba-tiba tidak jadi bagai yang dikata, kesannya lalu tidak terkira.
     
Dengan semua kata-kata pelemah semangat itu, PAS bersedia dan tidak terkejut jika ia  tinggal satu kerusi saja di Parlimen seperti yang dialaminya dalam PRU 1955 dan PRU 1986.
    
Selepas ia dapat satu tahun 1955, tahun 1959 ia dapat 13 dan dua kerajaan negeri, Kelantan dan Terengganu. Selepas tinggal satu saja tahun 1986, ia rampas semula Kelantan bersama S46 tahun 1990. Atas nama Perpaduan Ummah ia sapu bersih kerusi Dun dan Parlimen Kelantan.
     
Jangan semua sedap sangka PAS saja yang bakal kalah teruk. Ingat sama apa Pak Pandir kata, ‘Bukan Andih saja kematian anak!’
     
Jika PAS bernasib teruk, lain-lain pembangkang juga akan teruk sama, bahkan lebih teruk. Mungkin DAP saja tidak seteruk yang lain. Kemungkinan teruk juga. Jika PAS tidak dikacau dan berlapang dada dengan perjuangan PAS yang antaranya menegakkan hudud, semuanya berhadapan tinggi membuat kejayaan yang lebih baik dari PRU13.
     
Jika PAS tidak dikhianati, lebih cepat BN dicampakkan ke longkang, lebih cepat pemulihan nasional dapat dilakukan, lebih cepat rasuah dapat dihapuskan dan perkauman diminimumkan. Jika PAS tidak dikacau, tidaklah diramalkan Lim Kit Siang akan mati sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi dia tidak akan mati sebagai pembangkang juga. Dia mungkin mati sebagai menteri kanan.
      
Jika PAS kalah teruk, jangan fikir orang yang lari dari PAS akan bernasib lebih baik dari PAS. Parti yang  tidak bersama PAS lagi pun akan sama-sama susah dan yang meninggalkan Umno juga tidak dapat apa yanag diburu.
    
Jika PAS kalah, ia kalah kerana mempertahankan perjuangan. Orang yang mempertahankan perjuangan jika kalah tidak dikira kalah. Gugur mempertahankan Islam tidak dikira gugur tapi hidup terus. Yang benar-benar kalah ialah yang meninggalkan perjuangan.
     
Mengapa semua sangka PAS akan kalah teruk? Kerana PAS dirasa dan disangka mulai jadi golongan yang sedikit. Dalam demokrasi golongan yang sedikit golongan yang kalah.
     
Sekalipun Islam mahu menjadi umat yang teramai, tetapi Islam juga memberi kedudukan mulia kepada golongan yang sedikit, bahkan menyeru supaya jadilah golongan yang sedikit. Yang bangkit solat malam adalah sedikit. Yang banyak solat dan puasa sunat adalah sedikit. Yang mencebur diri dalam jihad Islami juga sedikit. Yang bersama PAS, tidak Umno adalah sedikit.
     
Moga-moga PAS dimasukkan dalam golongan yang sedikit yang dimaksudkan, jangan jadi golongan terbanyak tapi laksana buih di laut dan jadi orang ikut-ikutan.
     
Golongan yang sedikit inilah yang menumbangkan tentera Jalut dan yang memukul teruk musyrikin dalam Perang Badar.

#InilahPenyelesaianKita
#BertekadMelebarMuafakat
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Thursday, January 19, 2017

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK DAJJAL TELAHPUN WUJUD

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
DAJJAL TELAHPUN WUJUD

Adakah dajjal telahpun wujud? Berlaku perselisihan Ulama tentang perkara ini sejak zaman dahulu. Ini kerana terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang kewujudan Dajjal pada zaman Rasulullah SAW.

Antara hadisnya ialah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Fatimah binti Qais RA tentang pelayaran Tamim ad-Dari. Beliau mendakwa telah bertemu Dajjal di sebua pulau. Satu lagi hadis adalah dalam Sunan Abi Daud dari Ibn Umar RA tentang yahudi bernama Ibn Sayyad di Madinah. Beliau juga didakwa sebagai Dajjal.

Para ulama bersepakat bahawa kedua cerita ini adalah hadis-hadis Sahih yang tidak perlu diragukan. Tetapi mereka berselisih dalam memahami dan mengulas hadis-hadis tersebut.

Menurut al-Khattabi, al-Qurtubi, al-Baihaqi serta beberapa ulama yang sependapat dengan mereka, Ibn Sayyad adalah salah satu diantara Dajjal-dajjal yang banyak. Disebut dalam satu hadis yang lain bahawa Dajjal itu ada 30 orang. Dajjal yang akan muncul pada akhir zaman adalah Dajjal yang lain bukan Ibn Sayyad.

Menurut Imam al-Nawawi, al-Asqalani dan lain-lain pula, bahawa Dajjal menerusi kedua hadis di atas itu adalah Dajjal yang sama. Itulah juga Dajjal yang akan muncul kembali pada akhir zaman. Ia hilang pada peristiwa al-Haarah di zaman Yazid bin Muawiyah.

Kesimpulannya, ulama bersepakat bahawa akhir zaman nanti akan muncul juga Dajjal. Sebelumnya akan berlaku Malhamah Kubra iaitu perang dunia. Konstantinople berjaya ditawan kali yang kedua. Rom pula berjaya ditawan kali pertama.

Ketika umat Islam menakluk Rom itulah, Dajjal akhir zaman akan muncul sebagai pemimpin Yahudi. Orang Islam pula akan dipimpin oleh Nabi Isa, yang akan membunuh Dajjal dan menghapuskan orang-orang Yahudi.

Wallahualam.

Masjid Rusila
7 Rabiul Akhir 1437
6 Januari 2017

(Alang Ibn Shukrimun)

Wednesday, January 18, 2017

*POLIGAMI SUATU YANG SUCI*

*TARBIAH SENTAP..*

NASIHAT YANG JARANG-JARANG DIDENGARI DI AKHIR ZAMAN

*POLIGAMI SUATU YANG SUCI*

Tajuk: Poligami, Takut Bini, Takwa Islami

*KAUM HAWA TIDAK LAYAK CEMBURU ATAS HAL AGAMA*
Sebenarnya, 'cemburu' itu hak suami tapi bukan hak isteri. Isteri tidak boleh cemburu sekiranya suaminya ingin berpoligami seperti tuntutan sunnah *(hal ketentuan agama)*. Isteri hanya boleh sedikit cemburu dlm hal-hal yg tiada punya pertalian dgn hukum hakam agama.

Poligami adalah hal hukum yg telah dihalalkan Allah SWT. Maka apakah layak seorang wanita berlaku cemburu atas hukum "Ketetapan Allah"? Beraninya kamu cemburu atas "Hukum Allah?" Wahai kaum hawa, bertakwalah kamu!

*POLIGAMI MELUKAKAN HATI?*
Poligami akan membuat hati isteri sedikit terluka dan sakit hati, tetapi kamu (kaum wanita) akan dianggap zalim apabila membiarkan wanita lanjut usia yg lain (andartu) terluka hati bila mana masih tidak mempunyai suami sepertimu?

Siapakah yg lebih terluka hati? Kamu atau mereka yg andartu? Kamu yg mendapat 'adik baru' (madu) lebih terluka, atau seorang wanita yg berhajat mempunyai suami tetapi hajat itu tidak kesampaian bila mana kamu menghalang mereka drp berumahtangga dgn suamimu? Kan itu namanya sebuah kezaliman? Mereka yg andartu itu lebih terluka hati dgn gelaran orang "Anak Dara Tua Lanjut Usia!"

Kamu tidak beri mereka menikahi suamimu, tapi bagaimana perasaanmu jika Andartu itu adalah diri kamu sendiri? Masa itu barulah kamu pula tergedik-gedik mencari pasangan drp suami orang atas sebab peluang andartu mendapat yg bujang adalah sangat tipis (pasangan sebaya).

*Wahai kaum Hawa! Janganlah begitu TAMAK atas suamimu itu! Mereka bukan milikmu selamanya dan jika kamu engkar menderhaka atas 'hajat' kehendak suamimu, ingatlah bahawa suamimu itu akan menjadi hak milik para Bidadari di syurga, sedangkan nasibmu dipinggir-pinggir kawah jahannam bila mana kamu menjadi penentang hukum Allah.*

Izinkanlah suami suamimu yg berkemampuan agar mereka berpoligami. Berilah peluang adik-adik madumu yg masih bujang merasai kebahagiaan yg telah Allah beri kamu rasai sebelum ini. Janganlah berlaku tamak atas barang yg bukan milikmu selamanya, suamimu itu adalah pinjaman Allah yg sementara buatmu.

*POLIGAMI ITU ADALAH JIHAD FISABILILLAH*
Reda Allah atasmu bila mana kamu membenarkan para suami berjihad berpoligami di jalan Allah! Poligami itu adalah sebuah JIHAD terbesar di akhir zaman, maka bantulah para suamimu utk jihad memerangi maksiat.

Bila mana ramai wanita lanjut usia dinikahi, demi Allah maksiat umat terhadap Allah di atas muka bumi ini akan berkurangan demi Allah!

*POLIGAMI DIANGGAP BERDOSA?*
Selagi mana Poligami masih dianggap suatu 'dosa' oleh kaum hawa, maka selagi itulah maksiat dari kaum hawa akan terus bertebaran melata di atas bumi Allah ini! Kita dapat menyaksikan segala kejahatan kaum hawa itu! Itulah kesannya jika poligami masih dipandang sepi di akhir zaman ini.

Maksiat bertebaran atas umat Islam bila mana hukum Allah diremehkan. Hudud ditolak, poligami ditentang. Kesannya umat muslim awam semakin menjadi jahat bila mana Hukum Agama Allah tidak dapat ditegakkan atas umat manusia yg telah hilang pedoman agama yg tulen.

*TIDAK KAHWIN KUNCI MAKSIAT KAUM HAWA*
Jika berlaku kemaksiatan atas wanita-wanita bujang lanjut usia, maka dosanya akan ditanggung oleh para isteri-isteri penentang hukum Allah (poligami). Mereka menjadi jahat dgn bermaksiat dgn Allah atas kerana kamu tidak membenarkan para suamimu dinikahi oleh mereka yg masih bujang masak ranum.

*POLIGAMI ITU PENUTUP PINTU ZINA*
Penikahan dan poligami itu adalah pencegah maksiat umat Islam! Kalaulah tidak atas kerana kemaksiatan para hamba Allah yg Islam, nescaya umat manusia tidak diwajibkan utk bernikah @ poligami. Tetapi ia diwajibkan (kpd yg berhajat) bagi menutup segala pintu-pintu Iblis ke lorong kemaksiatan kpd Allah.

*IBLIS DAN SYAITAN ANTI POLIGAMI*
Iblis suka ramai wanita tidak berkahwin, maka dgn jalan ini iblis dan syaitan mudah menghasut agar kamu atau kaum hawa berbuat dosa dan noda terhadap Allah SWT. Iblis dan syaitan ialah penentang Nombor Satu Poligami - mereka tidak suka umat Islam menikah, maka tertutuplah pintu maksiat terbesar atas para hamba Allah! Ingatlah apa yg berlaku atas Adam dan Hawa di syurga? Angkara siapa?

*WANITA LEBIH RAMAI DARI LELAKI 1:40*
Apa yg kamu faham dgn nisbah angka 40 Wanita Bujang dibandingkan dgn 1 Pria Bujang di Tanah Melayu ini? Hanya 1 wanita sahaja drp 40 yg layak mempunyai suami? Maka apa yg akan berlaku dgn 39 wanita lain yg bujang terlajak? Dan drp 39 itu, berapa ramaikah pula yg mampu menjaga dan mempertahankan kehormatan diri mereka drp terjebak ke lembah maksiat yg dikutuk Allah?

Apakah kamu faham apa yg saya sampaikan ini? Dan apa yg kamu faham tentang nisbah 9 nafsu wanita berbanding dgn 1 akalnya? Apa kaitannya terlajak bujang dgn nisbah nafsu yg 9 itu?

*POLIGAMI JALAN KELUAR BAGI KRISIS 'ANDARTU'*
Atas kerana itulah POLIGAMI di akhir zaman ini yg mana pada asalnya hukumnya sunat (Sunnah) akan menjadi sunnah yg wajib.

Dgn poligami, kaum Adam (Khalifah Allah) mampu mengurangkan maksiat di kalangan kaum hawa (nama pun dah "hawa nafsu"), Allah SWT menghalalkan pernikahan dan poligami atas kerana utk menjauhi para hamba-Nya drp terjebak ke lembah maksiat! Itulah Kunci utama yg perlu kamu faham mengapa umat Islam memerlukan hukum poligami ini. Ianya penawar bagi dosa dan noda umat di akhir zaman. Rasulullah tinggalkan kita penawar bagi penyakit maksiat di akhir zaman. TAPI MENGAPA KAMU MASIH BUAT-BUAT TIDAK FAHAM TENTANGNYA?

*APA ITU UBAT MAKSIAT DI AKHIR ZAMAN?*
Zina dan onani suatu "jenayah" di dlm agama Allah. Ia dikutuk dan dilaknat Allah SWT atas setiap pelakunya. Maka jalan keluarnya adalah pernikahan yg halal dan POLIGAMI. Jika tiada poligami, maka jumlah wanta bujang terlajak semakin ramai. Peluang mereka mendapat suami semakin susut jika tiadanya hukum poligami ini.

Rasulullah bernikah lebih drp 4 orang wanita bukan kerana Baginda tinggi nafsu (seperti tuduhan kaum kafir), tetapi Baginda berpoligami dgn isteri isteri yg kematian suaminya (syahid perang) demi meringankan beban jiwa dan batin para isteri solehah yg kehilangan tempat bergantung. Rasulullah SAW berpoligami demi menutup kemaksiatan yg terbuka di hadapan wanita-wanita yg tidak mempunyai suami. Hal itulah yg harus kamu fahami.

*UMAT TANPA PEDOMAN DAN NASIHAT*
Apa lagi jika kamu berada pada zaman di mana Rasululah SUDAH TIADA. Kamu akan hilang pedoman jika mengikut suara hatimu (menjadi penentang poligami secara senyap).

*JANGAN JADI PARA ALIM YANG DAYUS*
Suami yg ingin beristeri lagi tetapi takut kpd isterinya, dia mungkin menjadi lelaki dayus di sisi Allah sekalipun dia seorang alim agama. Sedangkan seorang alim agama yg tulen tidak akan takut kpd sesiapa selain Allah demi menegakkan hukum-Nya atau Sunnah demi kebaikan umat Islam.

*PENYAKIT 'TAKUT ISTERI'*
Rasulullah SAW sendiri menyatakan 1400 tahun silam akan penyakit-penyakit umat Islam di akhir zaman. Salah satunya "Penyakit Lemah Iman" dan satu lagi "Penyakit Takut Isteri". Para suami mengabaikan ibu sendiri atas sebab demi menjaga hati si isteri atau takut bini hinggakan ibu ayah sendiri terabai di kampung halaman.

*NASIHAT TERAKHIR BUAT KAUM HAWA BERIMAN*
Buat kamu Hawa, dengarlah nasihatku ini. Sekalipun kamu tidak suka dimadukan. TETAPI jangan kamu menjadi salah seorang drp Penentang Poligami. Jadilah seorang muslimah yg mendengar dan taat segala perintah hukum Allah yg diamanahkan ke atasmu.

Sekarang ini terdapatnya sebilangan ustazah yg menjadi menentang secara "halus" poligami. Yg sebenarnya, ustazah juga takut sekiranya suaminya menambah adik baru, maka ditakutkan suami yg ingin berpoligami. Mereka meremehkan kaum Adam dgn perkataan tajam yg menyakitkan hati.

*Koleksi Ucapan Para Ustazah di TV*
Semua ini kata-kata yg tidak mendorong ke arah keimanan dan ketakwaan kpd Allah.

○ Bila bab kahwin, baru nak ikut sunnah?
○ Seorang isteri pun tak mampu nak tanggung, ini kan dua?
○ Belanja dapur pun minta duit isteri, ada hati nak kawin lagi?
○ Wahai kamu Adam, janganlah ikutkan hawa Nafsu
○ Poligami itu tidak termasuk sunnah
○ Kerja pun kilang dan sekuriti, gaji tak seberapa tapi ada hati nak buka cawangan? Sedar diri tu sikit!

Nabi kerja apa? Berapa isteri Nabi wahai ustazah? Poligami itu bukanlah hal utk bersuka suka, melainkan utk mengelakkan umat drp jatuh ke lembah maksiat selain meramaikan umat Islam sebab Rasulullah suka umatnya ramai dan suka umat Islam yg mempunyai anak yg ramai.

*NASIHAT BUAT PARA SUAMI YANG BERIMAN*
Jika kamu berkemampuan kewangannya dan baik agamanya yg bisa memimpin dan membimbing umat, maka apa salahnya jika kamu cuba cuba memasang niat menambah 'adik baru' kasihanilah 'mereka-mereka' yg masih tidak mempunyai suami di luar sana.

Jika kamu menutup hati atas poligami, bermakna kamu telah menutup ruang wanita-wanita bujang di luar sana utk memilikimu dan menumpang kasih sayang drpmu. Mereka jadi "bujang terlajak" atas kerana kamu Taboo kpd Poligami, padahal ia telah Allah halalkan atas kaum Adam.

Kamu telah ditakut-takutkan dimomokkan agar kamu menjauhi poligami oleh kaum hawa. Semua itu adalah bisikan syaitan agar manusia terjebak ke lembah yg dimurkai Allah.

*JADILAH UMAT MUSLIM YANG "TAAT HUKUM"*
"Jika kamu taat perintah Allah dan Rasul, maka pandanglah poligami itu sebagai suatu yg BAIK dan MULIA tapi bukan suatu yg harus ditakuti dan dijauhi.

*SEKOLAH TAKWA BAGI KAUM HAWA*
Hanya dgn poligami sahaja isteri-isteri yg beriman akan bertambah menjadi lebih baik. Poligami itu sebenarnya adalah "SEKOLAH IMAN DAN TAKWA" buat kaum Hawa.

Hanya dgn poligami sahaja dapat diuji sejauh mana tingginya keimanan seorang isteri yg muslimah atas segala ketentuan hukum Allah SWT. Wassalam.

☆ Maaf kpd yg terguris hati dan 'rasa'. Tetapi tidaklah kami berbicara mengikut kehendak rasa, kecuali semua itu adalah kehendak Allah agar kami menyampaikan 'Kebenaran' yg HAQ drp ajaran Islam yg silam. Ampun maaf kpd kaum Hawa yg tersinggun..����

Tuesday, January 17, 2017

Dr Maza TIDAK MUDAH² mengkafirkan syiah, waima rafidhoh sekalipun.

Depa duk bising TGHH kata "negara arah bodoh" (padahal TGHH bukannya secara harfi kata gitu). Nah, Dr Maza kata negara arab BACUL lg.

Malah Dr Maza TIDAK MUDAH² mengkafirkan syiah, waima rafidhoh sekalipun.

Tonton dan berlapang dadalah. Kita x defend syiah - kita menentang kesesatan dan penyelewengan syiah - namun hakikat ttp hakikat.

Tambahan - video ni tahun 2012. Baru lg
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208169125406485&id=1251877796

Soal Jawab Kekeliruan dalam Isu Syria , Iran dan Syiah.

Soal Jawab Kekeliruan dalam Isu Syria , Iran dan Syiah.

Assalamualaikum ustaz.

Maaf mengganggu. Ad sahabat yg masih keliru dengna PAS tanya ana beberapa soalan berkaitan isu syiah. Ana tak mampu bagi penerangan yang jelas kepada dia. Harap ustaz dapat jawab bila ustaz ada masa.

1.Adakah syiah sesat atau tidak?

Syiah adalah daripada Ahli ISLAM. Namun status Firqah pada pandangan ulama Aqidah ( AL Milal wal Nihal) adalah sesat. Walau ahli kiblat yang sama dan syahadah yang sama. Sesat sebab ada beberapa dalam firqah syiah tidak dapat diakui benar dalam mazhab Ahlus Sunnah.

2.Adakah syiah termasuk dalam salah satu mazhab islam?

Syiah ada banyak. Kalau dari segi cabang akidah boleh terbahagi kepada 194 mazhab kecil syiah. Ini diungkapkan oleh Syeikh Abdul Aziz ad dehlawi dalam kitabnya tuhfatul isna Asyarah (syiah imam 12). Dari segi mazhab feqah yang diterima dalam OIC dan termasuk dalam perbahasan Dr Wahbah Zuhaili ialah Syiah Jaafari (imam 12 yang sebenar) dan juga Zaydiah. Feqah mazhab zaydiah hampir dengan Syafii, namun dari segi akidah sama dengan muktazilah dalam beberapa perkara.

3. Adakah iran dan basyar bersalah di dalam krisis di syria?

Iran adalah kuasa Negara dan Pragmatik dalam Kuasa Negara. Negara yang ada dasar negara masing masing. Basyar Asad pula adalah penguasa Syria asal yang Sah diakui oleh PBB sebelum berlaku perang. Penentuan benar dan salah dalam isu Syria tidak boleh sekadar hitam putih. Benar Basyar salah kerana Zalim. Iran pula ada hubungan Diplomatik dengan Syria kerana melibatkan kepentingan musuh bersama iaitu USA dan juga Israel Zionis. Mencari jawapan benar salah dalam isu Basyar Dan Iran tidak membawa kepada penylesaian, kerana kita semua setuju, IRAN yang Pemimpinnya Syiah dan juga Basyar yang melakukan kezaliman.

4.Adakah krisis di syria adalah semata mata kerana campur tangan kuasa luar ataupun kerana campur tangan kuasa luar + syiah?

Krisis Syria sememangnya campurtangan luar daripada awal pembentukan Syria dan kemerdekaan Syria dari Perancis. Israel dan Amerika memastikan Syria tidak menjadi tapak kepada HAMAS dan Mujahidin dalam perjuangan bersenjata menentang zionis Israel. Waktu yang sama, proxy kepada USA seperti Saudi, Qatar, Jordan, UAE ada kepentingan masing masing yang bergantung kepada USA dan pakatan USA Israel.

Kita juga tak nafikan peranan dan sentiment Mazhab menjadi factor yang menyemarakkan lagi api pertumpahan darah. Ia pernah berlaku dalam perang saudara akhir tahun 1970 an. Antara yang terkorban ketika itu Syeikh Matwan Hadeed, Guru dan rakan kepada As Syahid Dr Abdullah Azzam.

5.Adakah Muawiyah, Aishah dan Tolhah bughah?

Saidina Muawiyah dan Aisyah berada dalam kedudukan dan zaman yang dilanda fitnah api dalam sekam. Kita tidak boleh menghukum mereka bughah, kerana sewaktu berlaku krisis, Amir yang utama iaiatu Saidina Utsman telah syahid dan meninggalkan kelompongan pemimpin. Konflik pula diapi apikan oleh musuh dalaman dari munafik dan orang berkepentingan.

Namun, dari segi sudut perbandingan siapa yang lebih benar. Kebanyakan ULama menyebut Saidina Ali berada pada pihak yang benar dalam semua konflik tersebut.

6.Adakah hukum berbaik dengan orang yang memaki dan mengkafirkan para sahabat adalah harus? adakah hukum berbaik dengan orang yang tidak bersetuju dengan Presiden Pas haram?

Islam datang sebagai agama dakwah. Sebelum kita menghukum orang memaki dan mengkafirkan sahabat, adakah ia berlaku di hadapan kita atau kita sekadar dengar sebelum berinteraksi ? Adakah hukum umum atau sekadar pukul rata bagi akidah orang syiah yang kita kenali? Orang yang paling jahat dari memaki Nabi, adalah yahudi yang membunuh para Nabi mereka. Namun adakah Nabi menghukum yahudi yahudi yang Nabi temui ketika di Madinah dalam proses dakwah sedangkan ALlah menyebut dalam AL Quran bahawa Kaum Yahudi adalah pembunuh Nabi Nabi mereka?

Contoh mudah, ketika Presiden PAS pergi ke Tehran, adakah waktu itu untuk mendengar sahabat Nabi di maki? Adakah waktu itu Presiden PAS menyaksikan Sahabat Nabi dimaki dan dikafirkan? Jika itu tidak berlaku, maka bagaimana nak hokum untuk harus mendekati atau tidak?

Soal berbaik dengan orang tidak bersetuju dengan Presiden PAS, ia bukan soal halal atau haram. Ia soal sama ada boleh menerima kesetiaan berjemaah atau mudah mengambil hati dalam soal yang tiada ketentuan yang qatie dalam Islam. Apatah lagi, jika kita sudah membaiah Presiden sebagai ketua. Maka, nasihat dan ketaatan masih lagi laku selagi tidak menyeru kepada maksiat.

Jawapan Disediakan,

Ahmad Hakimi Othman

Utk makluman semua perpustakaan negara malaysia telah melancarkan 1 site

Utk makluman semua perpustakaan negara malaysia telah melancarkan 1 site di mana sesiapa sahaja boleh membaca buku secara online di pautan :-

http://www.pnm.elib.com.my/

Tuan/puan boleh membaca buku tersebut dgn hanya perlu register butiran maklumat diri dlm portal yg diberikan. Setelah selesai register terus log in pada portal tersebut.

Utk baca buku yg diminati klik pada butang "borrow".

Sekian utk makluman kita bersama dan selamat membaca..

Mohon dipjgkn kepada rakan-rakan yg lain.

Portal ini boleh di akses melalui data tel, internet rumah atau hotspot wifi..

Saturday, January 14, 2017

BANTUAN ILAHI MENGIRING POLEMIK TEHRAN

BISMILLAH...
BANTUAN ILAHI MENGIRING POLEMIK TEHRAN

Isu pemergian Tuan Guru Presiden PAS ke Tehran, Iran kali ini sangat hebat diserang. Berbagai pihak termasuk ustaz-ustaz PAS sendiri bersuara di khalayak. Walaupun penglibatan TGHH dalam jawatankuasa taqrib sejak  80an lagi, namun kali ini amat luar biasa gelombangnya.

Walaubagaimanapun, langsung tidak tergambar keresahan TGHH menghadapi polemik ini. Beliau tidak nampak sebagai ancaman, sebaliknya bijak mengubah suasana sebagai peluang untuk menerangkan hakikat yang tidak diketahui ummat.

Muslim Malaysia adalah sunni. Tentu sekali akan tidak senang dengan tindakan TGHH. Tetapi bukan sikap TGHH mengambil sikap populis walaupun berada di alam politik. Beliau berani melawan arus persepsi demi sebuah kebenaran.

Peduli apa kata orang. Sememangnya gerakan islah dan tajdid seperti PAS perlu menjadi pemandu arus persepsi, bukan tunduk kepada kemahuan persepsi. Inilah sebahagian makna istiqamah.

Istiqamah adalah perintah tuhan. Jadi mana mungkin tuhan sia-siakan mereka yang menurut perintahNya. Jika direnung mendalam dalam polemik ini, banyak bukti-bukti yang menunjukkan bantuan Allah bersama kita.

Pihak pertama yang memainkan isu ini tak lain dan tak bukan, PAN. Sejurus mendapat tahu khabar keberangkatan TGHH ke Iran lagi, cybertroopers mereka sepantas halilintar menyerang.

Namun tidak berapa lama, presiden PAN sendiri, Mat Sabu menyatakan tindakan TGHH itu tidak salah. Mati akal mereka.

Golongan Liberalis juga tidak terkecuali menyerang PAS. Mereka adalah golongan pemuja Erdogan kerana pandangan tokoh itu yang mirip ideologi mereka.

Mereka bukanlah minat sangat dengan isu-isu sektarian. Tetapi dalam keadaan terdesak, apa saja isu yang boleh mencalarkan PAS mereka mainkan.

Tidak lama selepas itu, Erdogan yang dipuja pula mencadangkan penyelesaian diplomatik dengan Iran dan menghentikan kempen ketenteraan di Syria, sama sebagaimana aspirasi TGHH. Terus senyap tak terkata.

Agamawan turut digunakan dalam memarakkan lagi kehangatan isu. Kebanyakan adalah golongan yang menggelar diri pejuang sunnah, penentang bidaah. Pandangan mereka mirip gerakan Saudi-Wahhabi yang turut berjuang menentang bidaah.

Bermacam kitab dan pandangan dicari demi membantah idea TGHH. Laporan media dan video youtube turut dijadikan sebagai nas.

Tak lama kemudian, tidak semena-mena keluar berita Saudi yang dibanggakan menjemput Iran kembali mengerjakan haji setelah disekat sebelumnya. Kehulu kehilirlah mereka mencari alasan menjustifikasikan tindakan Saudi.

Berkat sabar dan tidak melatah, tuhan hadiahkan bantuan dari jalan yang tidak disangka-sangka. Akhirnya masyarakat yang pening semakin faham. Segala pekung dan tembelang pembelit terdedah pecah. Segala salah faham bertukar kasih sayang.

Tepat sekali sabdaan Rasulullah,
"مَنِ الْتَمَسَ رِضَى اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ ، رَضِيَ الله عَنْهُ ، وَأَرْضَى النَّاسَ عَنْهُ ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ ، سَخَطَ اللَّهُ عَلَيْهِ ، وَأَسْخَطَ عليه الناس"
(Barangsiapa mencari redha Allah dengan menanggung kemurkaan manusia, maka Allah meredhainya dan manusia akhirnya akan redha kepadanya.
Barangsiapa pula yang mencari keredhaan manusia dengan menanggung kemurkaan Allah, maka Allah memurkainya, dan manusia kelak akan memurkainya jua.)
[HR Ibn Hibban]

Jadikanlah redha tuhan matlamat utama, redha manusia pasti bersama!

Aziz Hamzah

Friday, January 13, 2017

Mudahnya orang islam ditipu !

Lee Kwan Yuu masa masih belum berkuasa , pakai songkok hitam, mendekati alim ulama, puji alim ulama, mendekati komuniti muslim,  sehingga sangat disukai org melayu singapora ...  mereka mengangkatnya sebagai pemimpin ....

Mudahnya ditipu !

Selepas Lee Kwan Yuu berkuasa , dia keluarkan kenyataan "Kita boleh bertoleransi dengan semua agama, kecuali Islam "

Allah dah sebut dlm alquran berkali kali .... namun org islam hanya cuma membacanya, perlagukan, dipertandingkan TAPI gagal memahaminya !

Wednesday, January 11, 2017

Kajian tentang Menuduh tanpa bukti

Kajian tentang Menuduh tanpa bukti

Menuduh tanpa bukti merupakan salah satu dosa besar. Kajian ini membahas tentang menuduh tanpa bukti berserta dalil dan contoh kasusnya. Menuduh tanpa bukti jika tidak terbukti menjadi fitnah dan orang yang dituduh di jatuhkan kehormatannya.

Menuduh tanpa bukti yang lebih spesifik adalah menuduh wanita baik baik dengan tuduhan berzina. Hal ini merupakan perkara yang besar. Seseorang yang tidak punya bukti lalu menuduh seseorang berzina dan sejenisnya, dan tuduhannya tidak terbukti, maka persaksiannya tidak akan diterima seumur hidup.

Sayangnya, perkara ini sering terlontar dimasyarakat baik langsung atau tidak langsung,misal menyebut seorang dengan "pelacur", wanita jalang, "Bitch", "dasar anak pelacur" dan sebagainya. Semua ini merupakan  menuduh tanpa bukti. Dan ingat wahai saudaraku, Besok di hari kiamat, banyak manusia masuk neraka karena ucapannya. Maka mari kita menjaga ucapan kita. Berucaplah yang baik dan jika tidak bisa lebih baik diam.

Hati-hati menuduh seseorang tanpa bukti
“Katakanlah (hai Muhammad) : Biarlah setiap orang berbuat
menurut keadaannya masing-masing, kerana Tuhanmu lebih
mengetahui siapa yang lebih lurus (jalan yang ditempuhnya).”
(Al-Isra’ : 84)

An-Nahl : ”Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu ...dengan
hikmah, dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan
cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan
Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat
petunjuk.”

“Seorang mukmin itu terhadap mukmin yang lain adalah laksana
bangunan, yang sebagiannya mengukuhkan sebagian yang lain”
“Barangsiapa yang berkata pada saudaranya ‘hai kafir’ katakata itu akan kembali pada salah satu diantara keduanya. Jika
tidak (artinya yang dituduh tidak demikian) maka kata itu
kembali pada yang mengucapkan (yang menuduh)”.
“Tahanlah diri kalian (jangan menyerang) orang ahli ‘Laa ilaaha
illallah’ (yakni orang Muslim). Janganlah kalian mengkafirkan
mereka karena suatu dosa”. Dalam riwayat lain dikatakan :
“Janganlah kalian mengeluarkan mereka dari Islam karena suatu
amal ( perbuatan)”

“Siapa yang memanggil seorang dengan kalimat ‘Hai Kafir’, atau
‘musuh ALLAH’, padahal yang dikatakan itu tidak demikian,
maka akan kembali pada dirinya sendiri”.
Sungguh adakalanya seorang hamba berbicara sepatah kata
yang tidak diperhatikan, tiba-tiba ia tergelincir ke dalam neraka
oleh kalimat itu lebih jauh dari jarak antara timur dengan
barat”.

Didalam surat An-Nisaa [4]: 94 artinya; “Hai orang-orang yang
beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan ALLAH, maka
telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang
mengucapkan ‘salam’ kepadamu ‘Kamu bukan seorang mukmin’
(lalu kamu membunuhnya)

janganlah kamu merasa sudah bersih, Dia (ALLAH) lebih
mengetahui siapa yang bertaqwa.” (An-Najm : 32)
dengan begitu banyak ayat di atas masih BERANI kah kita
MENUDUH seseorang ??? apalagi sesama MUSLIM tanpa bukti
yang kukuh lagi ???

jadikan UKHWAH tidak cuma di BIBIR saja.

Pernah sahabat dan sahabiah semua dengar ungkapan ni :
"Orang gila pun takkan mengaku dia gila...Pencuri pun takkan
mengaku dia pencuri...Dia jahat takkan nak mengaku dia
jahat...Tapi bila dia baik dia mengaku pulak dia baik".

Memang ada sesetengah orang, buat baik sekali, sampai nak
mati pun dok ungkit lagi apa yang dia buat baik yang sekelumit
tu. Jangan la macam ni sahabat, biar apa yang kita buat tu kita
ikhlaskan amalan kita. tak payah nak canang-canang dalam
facebook ka dalam blog ka dalam inbox ka yang kita ni baik
sangat...orang lain jahat sangat dimata kita.

Boh seringgit ja dalam tabung masjid, tapi dua puluh hari dok
habaq kata dah derma kat masjid tu...... Apa la kesnya. Ada
orang kata, kadang-kadang bila kita update status ka ataupun
taip macam ni dalam blog kita, boleh tengok level emosi kita.
tak kisah la kita cakap atau taip, semua tu mesti dimulakan
dengan nawaitu dan cara pemikiran kita.

“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan
sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah alHujurat: ayat 6)
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya
pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
(Surah al-Isra: ayat 36)

“Hendaklah kamu menanyakan kepada orang-orang yang
berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Nahl: ayat 43)

“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya
sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.”
(Surah al-Najm: ayat 53)

Apa tuduhan yang paling kejam???

Yang paling menyayat hati bila kita selalu buat tuduhan pada
orang lain yang kadang-kala kita tak tahu pun asal usul cerita.

Ada kalanya kita hanya dengar dari sebelah pihak, dan kita
terus buat tuduhan atau pun kita lihat pada mata kasar dan
terus membuat andaian sendiri tanpa usul periksa. " ooooo dia
ni jahat, dia tu baik,kau layak jadi macam ni,kau tak sepatutnya
macam tu dan macam2 lagi tuduhan2 yang tak berasas ...
Siapa kita nak label seseorang macam tu ????

Siapa la kita ni. sama macam manusia lain. buat dosa jugak,
bukannya bijak sangat nak label-label orang, ALLAH SWT saja
yang tau dan hanya DIA saja yang layak nak melebel
hamba2Nya. Jadi tak timbul perkara nak aibkan sesiapa.

Ada jugak pihak yang menghentam, tak termasuk jugak pihak
yang mendoakan keburukan seseorang. sangat tersentuh bila
ada yang sanggup menuduh melakukan perbuatan yang
dilarang agama. bila terfikirkan perasaan hati orang2 yang
menjadi mangsa tuduhan ini bagaimanakah perasaan kita
apabila kita ditempat mereka??. situasi kita mungin tak sama
dengan dia, jadi jangan menghentam membuta tuli.

Doakan saja apa yang jadi semua ni adalah iktibar dan banyak
hikmah di sebaliknya. bagi sesipa yang ada mind positive lebih
pasrah dengan kehendak Tuhan, dan bagi sesiapa yang ada
mind negative, cuba kita bawak sabaq sikit. Dalam apa-apa hal
pohonlah keredhaan ALLAH dan perlindunganNYA supaya kita
tak terjerumus untuk menambah dosa aibkan orang sesuka
dan sesedap rasa.

Ingat la wahai teman,jangan suka menuduh sebarangan jika
anda tidak mengetahui perkara yang benar....
P/S : Dunia akhir zaman yang dipenuhi dgn pelbagai
fitnah....nauzubillahi min zaalik

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208134905791016&id=1251877796

Usah mendabik dada, Tghh berjuang mu belum lahir lagi !

Usah mendabik dada, Tghh berjuang mu belum lahir lagi !

Tuesday, January 10, 2017

SEJAM YANG BERHARGA BERSAMA AYAH CHIK ADA APA DENGAN KESATUAN ULAMA

SEJAM YANG BERHARGA BERSAMA AYAH CHIK
(BHG 2)
*ADA APA DENGAN KESATUAN ULAMA?*

Asyik berbual, tiba-tiba telefonnya berdering. Kod negara +97 something. Sebelum jawab Ayah Chik tanya dulu negara mana. "Ke Yaman?" telahnya. Mungkin juga, sebab baru-baru ini menantunya ada ke sana untuk misi kemanusiaan.

Tapi saya kata bukan, sebab Yaman kalau tak silap +967. Saya biasa call Yaman semasa di Syria dahulu.

"Qatar kot." Teka saya perlahan. Boleh jadi datang dari wakil Kesatuan Ulama (KUIS).

Abang Din (Ustaz Zaharuddin) check melalui handphonennya. Ya, memang Qatar.

Panggilan itu rupanya datang dari Dr Ali Qurrah Daghi, Setiausaha Agung KUIS. Beliau minta Ayah Chik tengok emel, sebab sekretariatnya ada menghantar permohonan untuk Ayah Chik tulis beberapa artikel. Ayah Chik terus bersetuju. Panjang juga sembangnya. Bukan saya curi-curi dengar, memang suara Ayah Chik dah macam speaker. Satu rumah boleh dengar.

Rupanya hubungan Ayah Chik dengan KUIS masih baik. Ingatkan lepas polemik ke Iran baru-baru ini, dah tegang. Nampaknya minda saya sudah dipengaruhi mainan persepsi media. Bahaya betul penangan zaman fitnah ini.

"Syeikh-syeikh KUIS tak ada apa pun. Tapi 'geng-geng' ni yang ramai cucuh belakang. Sampai tekan suruh pecat. Kalau pecat, pecatlah." Ayah Chik seolah dapat membaca fikiran saya. Balas Abang Din, kalau Ayah letak jawatan, bersorak sakanlah geng-geng ni. Memang mereka dah tunggu lama nak masuk sebenarnya. Pandai-pandailah teka geng mana tu.

Pada hemat Abang Din, walaupun KUIS hanya sebuah NGO antara NGO-NGO ulama antarabangsa yang lain, namun ia memiliki pengaruh yang tersendiri. Bukan semata-mata faktor Dr Qardawi, tetapi kerana ia menghimpunkan Ulama dari berbagai mazhab, arah dan kumpulan. Dijemput semua tokoh-tokoh agama berpengaruh dunia Islam untuk menyertai. Jadi di mata pemerhati golongan akademik, politician dan elitis, ia adalah NGO yang disegani.

"KUIS NGO biasa saja, banyak lagi kesatuan ulama seperti itu." Ayah Chik ulang lagi benda sama sejak berita beliau dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan itu tidak lama dahulu. Memang beliau dari dulu cuba menanamkan sikap usah membesarkan sangat KUIS itu. Tapi kami sering lihat lain, seolah-olah ia menaungi PAS pula dan perlu ikut setiap telunjuknya.

Soalan cepumas yang patut ditanya kepada semua, "sejak bila kita mengenali KUIS?"

Sebelum itu Ayah Chik pernah kongsi beberapa isu dalam KUIS. Antara yang paling dikesali adalah kata-kata salah seorang anggota KUIS: "Kena ingat, KUIS ni boleh bergerak atas bantuan dana kerajaan Qatar."

Ayah Chik paling pantang bila dengar bab duit sebegini. Beliau terus menegur, tak sepatutnya kita terikat dengan polisi Qatar walaupun dia banyak bantu kita. KUIS tak boleh terpengaruh dengan mana-mana dasar luar yang ada kepentingan tersendiri. Kena berani dan yakin tuhan akan tolong kita.

Cukup tegas Ayah Chik bab makan budi orang ini. Sebetulnya inilah sikap para ulama dan tokoh Islam sejak dahulu. Integriti mereka cukup tinggi. Kisah Nabi Sulaiman, Saidina Umar, Hasan al-Basri, Ibn Taimiah perlu diambil iktibar.

Rasanya sikap Ayah Chik ini sudah menjawab soalan yang pernah diajukan kepada saya oleh seorang ustaz beberapa bulan dahulu. "Bolehkah ambil duit Umno untuk lawan DAP?"

Memang ada sesetengah ahli yang terlajak faham BPMS, sampai semua jadi halal.

Maaf kalau ada yang berfatwa boleh demi matlamat. Pemikiran ini tidak ubah seperti minda machiavelli golongan yang sudah tersingkir dari PAS; matlamat menghalalkan cara.

Maaf juga kalau ada yang berfatwa demi maslahah. Kena timbang juga antara maslahah dan mafsadahnya, mana lagi besar. Bagi saya, mafsadahnya lebih besar lebih-lebih lagi zaman fitnah ini.

Maaf sekali lagi kalau ada yang berfatwa boleh kerana darurah. Sejauh mana terdesaknya kita untuk ambil?

Saya berasa cukup lega dipimpin oleh Presiden yang memiliki sikap tegas sebegini. Namun dalam yang sama timbul perasaan khuatir, apakah ada jaminan presiden akan datang memiliki sikap yang serupa?

Perlu ada pendirian yang jelas berhubung batas-batas ini. Bahagian tarbiyyah perlu masukkan ini dalam syllabusnya. Atau setidaknya, Majlis Syura yang berfatwa segera. Takut-takut berlaku tanpa sedar di mana-mana negeri, parlimen atau dun menjelang pilihanraya yang hampir tiba nanti.

Ahli semakin ramai. Politik pula semakin rencam. Jangan sampai PAS jatuh macam Nazi dahulu. Bila terlalu banyak negara yang ditawan, tak mampu urus lalu jatuh dengan mudah.

Semoga PAS terus terpelihara dari anasir yang merosakkan.

Bersambung ke bahagian 3...

_(Alang Ibn Shukrimun)_

Telegram:
http://tinyurl.com/AlangIbnShukrimun
Facebook:
https://m.facebook.com/alangshukrimun/

BARAT SEDANG LAKSANA ‘PETA BERDARAH’*

*BARAT SEDANG LAKSANA ‘PETA BERDARAH’*

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

SHAH ALAM: Kuasa Barat kini sedang merangka pecahan baharu negara-negara umat Islam yang diistilahkan dengan ‘peta berdarah’ iaitu mengorbankan darah umat Islam melalui cetusan peperangan berdasarkan semangat perkauman dan mazhab

Demikian didedahkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Syarahan Perdana “Asia Barat Yang Bergolak: Di Manakah Kita?” di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini 7 Januari lalu.

Rangka itu jelasnya, adalah terbaharu setelah peta Negara-negara Arab dilakar secara pecahan oleh Barat sebagaimana ada pada hari ini yang terhasil oleh gerakan menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyyah Turki.

Menurutnya, Amerika telah mengapi-apikan pertembungan mazhab dengan menyatakan kesediaan menolong Sunni melawan Syiah dan memomokkan Iran akan menubuhkan Negara Syiah sebagai ancaman, sekali gus melupakan Israel.

“Ini peta yang diatur oleh mereka untuk menimbulkan krisis Asia Barat, tanpa dinafikan adanya kelemahan-kelemahan pemerintah, ada kezaliman berlaku. Kezaliman ada. Malangnya, negara Barat menentukan sikap melalui apa yang diatur Arab Spring, Ar-Rabi' Al-Arabi, Arab Spring yang mula tahun 2010 di Tunisia,” imbas beliau.

Jelas Tuan Guru, antara Negara Arab itu dibezakan mengikut negara penerima Perjanjian Madrid dan Oslo dari negara yang tidak bersetuju dengan di mana perjanjian dimeteraikan melalui tajaan oleh Amerika dan Eropah bagi mewujudkan dua negara di Palestin iaitu satu negara untuk orang Arab dan satu negara untuk orang Yahudi.

Katanya, manakala kepada negara yang menolak perjanjian tersebut dicetuskan Arab Spring supaya diwujudkan demokrasi yang kononnya untuk menentang kediktatoran kejam dalam negara berkenaan.

Hakikatnya dedah beliau, perang sanggup diletuskan demi kepentingan ekonomi Barat iaitu melibatkan sumber tenaga yang banyak seperti petroleum di Negara Arab dan Negara Teluk juga negeri-negeri Islam di Asia Tengah turut mempunyai banyak sumber tenaga meliputi uranium, petroleum dan lain-lain lagi.

“Demi menguasai kawasan sumber tenaga dan ekonomi ini, Barat bertindak menguasai laluan dunia Selat Gibraltar, Babul Mandab pintu Laut Merah, Selat Hormuz, termasuk Selat Melaka dan Laut China Selatan. Kerana kawasan-kawasan itu adalah laluan ekonomi yang mesti dikuasai. Maka Barat sengaja mencetuskan dan menimbulkan kekacauan di negeri-negeri tersebut,” terangnya.

Sedang Syria katanya, diperangi kerana dijadikan pangkalan kepada Hamas, Tanzim Jihad dan kumpulan-kumpulan Palestin yakni bantuan hadapan untuk menghadapi Israel.

Oleh itu terang beliau, Barat bertindak mendanai kumpulan seperti ISIS dan Daesh dengan sumber minyak, kenderaan dan bekalan senjata bagi meneruskan kekacauan.

Maka unjurnya, perlu percaturan tersebut difahami bahawa ianya bukan masalah kaum atau mazhab yang hanya dijadikan sumbu untuk menyalakan api bagi mempraktikkan peta dilakar oleh mereka.

Pun begitu bentang Tuan Guru, disebalik perancangan musuh itu, Allah S.W.T menunjukkan perancangn-Nya apabila kerakusan Barat memakan diri akibat dari kebangkitan blok kuasa baharu iaitu Russia, Turki dan Iran.

“Namun, ada kalangan pengamat politik Islam mengatakan, Allah Taala jadikan perempuan yang mengandung sebelum melahirkan anak mengeluarkan darah, begitulah kebangkitan Islam yang menang, akan berlaku selepas ini dengan aliran darah macam perempuan mengandung yang mengalirkan darah sebelum melahirkan bayi yang segar selepas itu. Ini harapan kita,” ujarnya optimis terhadap kebangkitan Islam.

Thursday, January 5, 2017

PAN jadi apa ?

PAN jadi apa?

"Assalamualaikum,,,Membaca artikal PAS jadi saksi DAP anti Islam membuatkan tangan saya gatal nak mengetuk keybox memikirkan apa yang PAN yang ditubuhkan untuk menggantikan PAS sebagai parti Islam yang mesra DAP untuk memartabatkan Islam dengan disokong oleh DAP.Huraian terperinci mengenai sikap DAP yang disaksikan oleh PAS anti Islam membuatkan saya terfikir apa yang PAN nampak dan buat? Apakah PAN sedang berdakwah kepada DAP tentang keindahan Islam atau sedang berdakyah untuk menjatuhkan PAS? Maaf cakap kerana PAN tampil mendabik dada mengatakan mereka parti Islam dan PAS sudah tidak relevan serta celaru.

Ketika DAP berkempen berkata Hudud tidak sesuai serta zalim kepada bukan Islam, apa PAN kata?sedangkan ketika dalam PR mereka tidak menentang Hudud ketika Hudud disebut pada PRK Kuala Terengganu hanya untuk orang Islam, juga tak pernah membantah ketika TGHH berkata PAS berhak memperjuangkan Hudud bersendirian tetapi apabila Hudud diwartakan di Kelantan, tiba tiba bangkit DAP dengan sombong memutuskan hubungan dengan TGHH dan mengugut akan membubarkan PR kalau Hudud diwartakan di Kelantan.Ketika itu Gerombolangan PAN masih dalam PAS merancang mengambil alih pentadbiran PAS tetapi gagal, tidak membantah DAP yang kurang ajar dengan Islam sebaliknya bertindak keluar PAS dan menubuhkan parti baru dengan disokong oleh DAP.
Apa PAN buat  untuk Islam?  Kalau sebegitu rupa orang bukan Islam menentang hukum Islam, apa ke jadahnya masih buat baik lagi dan menuduh parti yang mahu memartabatkan hukum Islam itu tidak relevan dan celaru? Hairan sungguh!
Soalannya sekarang betul kah PAN itu parti Islam? atau hanya parti Islam seperti nasi bungus kertas minyak? Menjelaskan Islam nasi bungkus kertas minyak dan Islam nasi minyak mungkin tepat untuk PAN sebab nasi yang dibungkus kertas minyak tak akan jadi nasi minyak sampai bila bilapun.Sebab itu jugalah PAN tak akan jadi saksi DAP anti Islam sebaliknya akan bersama DAP untuk mempromosikan Islam nasi bungkus kertas minyak yang sesungguhnya mesti ditolak oleh setiap seorang yang mahu menjadi hamba ALLAH yang dikasihi dan disayangi ALLAH.

PENJELASAN TGHH: QARDAWI TIDAK AKAN DITANGKAP

Alhamdulillah..Penjelasan yang cukup terang dan padat..Sila baca..

PENJELASAN TGHH: QARDAWI TIDAK AKAN DITANGKAP

Dalam sebuah majlis makan malam mengumpul dana di Setiu beberapa hari lepas, seorang hadirin telah bertanya mengenai kes Dr Qardawi yang diancam untuk ditangkap oleh Interpol. Berikut adalah catatan dari jawapn TGHH

1. Kes ini berlaku ekoran dari permintaan kerajaan Mesir melalui Interpol yang mahu Dr Yusof Qardawi ditahan atas tuduhan bersubahat dalam keganasan yang berlaku di sana.

2. Dr Yusof Qardawi adalah salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin Mesir. Beliau telah keluar dari Mesir sewaktu kerajaan Mesir melakukan operasi besar-besaran menahan pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM) pada akhir 50an atau awal 60an. Antara tokoh IM yang berjaya ditahan waktu itu ialah Syed Qutb dan Abdul Qadir Audah dan dijatuhkan hukuman bunuh, atas kesalahan berjuang untuk menegakkan negara Islam di Mesir.

3. Perjuangan Islam di Mesir menurut pandangan kuasa besar dunia adalah amat berbahaya, lebih bahaya dari Malaysia kerana Mesir merupakan sebuah negara yang penting, yang menjadi laluan dunia menghubungkan tiga buah benua melalui Terusan Suez. Kerana itulah Mesir amat diperlukan kuasa besar dunia.

Mesir juga dalam sejarahnya tidak pernah menjadi pusat pemerintahan Islam kerana lokasinya yang terancam. Pusat pemerintahan Islam adalah Mekah, Madinah, Dimasyq, Baghdad dan juga Istanbul. Namun rakyat Mesir antara yang menyumbang kepada kemenangan Islam yang besar seperti Perang Salib dan Perang melawan Tartar.

4. Interpol pula adalah organisasi polis antarabangsa (International Police). Ia adalah satu bentuk kerjasama polis antara negara-negara yang terlibat untuk memudahkan penangkapan penjenayah, dengan menyalurkan maklumat identiti penjenayah kepada negara-negara tempat penjenayah bersembunyi. Tugas Interpol menangkap mereka yang melakukan kesalahan jenayah, bukan kesalahan politik.

5. Walaupun Interpol boleh meminta negara anggota membuat tangkapan, ia perlu mendapat persetujuan negara terbabit. Jika negara tersebut tidak bersetuju, Interpol tiada kuasa untuk bertindak.

6. Lebih-lebih jika orang yang dituduh itu mendapat suaka politik di mana-mana negara anggota, hak suaka politik itu tidak membenarkan negara tersebut menyerahkan orang itu kepada negara yang menuntut.

7. Antara pemimpin Islam yang mendapat suaka politik ialah Khomeini, yang mendapat suaka politik Perancis, Rashid Ghanoushi di England dan Dr Said Ramadhan di Switzerland. Apabila Mesir menuntut mereka, kerajaan negara tersebut melindungi mereka.

Dr Yusof Nada, Bendahari IM, orang yang lebih kanan daripada Dr Qardawi, mendapat suaka di Geneva, Switzerland. Beliau siap menubuhkan Bank Taqwa di sana dan telah menjadi seorang tokoh perniagaan yang berjaya serta menyalurkan dana kepada banyak gerakan Islam dunia. Apabila Amerika menuntut beliau atas tuduhan membantu pengganas, kerajaan Switzerland yelah mempertahankan beliau.

8. Akhbar Daily Mirror di UK pernah menuduh saya sebagai orang no.2 dalam Al-Qaeda, siap pampang gambar di dalam akhbarnya. Saya pergi ke UK dan saman akhbar tersebut di mahkamah UK. Mereka tidak tangkap saya kerana hak untuk membuat pembelaan di mahkamah.

Dalam perbicaraan, PAS dituduh menyokong dan membantu perjuangan Palestin, membantu pengebom berani mati, menyalurkam senjata dan sebagainya. Saya jawab, apa salahnya PAS menyokong perjuangan mereka? Ahli parlimen British sendiri menyokongnya. Ahli Perlimen itu berkata kalau saya jadi rakyat Palestin, saya juga akan jadi pengebom nerani mati. Kenapa tak tangkap dia?

Saya juga menegaskan PAS bukan sebuah kerajaan. PAS hanya parti politik. Untuk menyalur keluar senjata bukanlah perkara yang mudah kerana kita tiada kuasa.

Akhirnya akhbar tersebut meminta maaf.

9. Israel juga pernah menyenaraikan kumpulan-kumpulan pengganas di dunia termasuk Hamas dan Persatuan Ulama, tapi mereka sekadar boleh senarai sahaja.

10. Dalam kes Dr Qardawi, Qatar memberikan suaka politik kepada beliau dan mempertahankan beliau dari diserahkan kepada Mesir. Ini telah mengakibatkan hubungan Qatar dengam Saudi, Emirates dan Mesir menjadi tegang.

11. Oleh itu kita jangan bimbang kerana undang-undang masih menjamin keselamatan Dr Qardawi. Jangan percayakan media sosial yang kata Qardawi kena tangkap atau apa sahaja. Mereka tak tahu pasal undang-undang ini semua.

12. Sebenarnya ini semua adalah langkah untuk melindungi Israel dan melindungi luasa barat yang memiliki telaga-telaga minyak di rantau teluk. Kebanyakannya dalam negara umat Islam.

13. Kita jangan merasa takut dengan apa yang berlaku. Islam mengajar kita kalimah 'Allahu Akbar'. Kuasa Allah yang paling besar. Kuasa-kuasa dunia hanya laksana debu yang halus dibandingkan dengan kekuasaanNya.

Kita diajar dalam tiap-tiap rakaat sembahyang, membaca Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Tuhan sekalian alam. Semua alam ini adalah milikNya.

14. Dan semua yang berlaku ini menunjukkan kepada dekatnya kebangkitan Islam. Nabi SAW bersabda Islam bermula dalam keadaan dagang, dan akan kembali dagang seperti permulaannya. Maka berjayalah orang-orang yang dagang.

Islam dibawa oleh Nabi Muhammad bermula dengan keadaan orang tak kenal apa itu Islam. Macam mana Islam nak disebarkan kalau dalam Mekah sendiripun ianya telah dikepung? Tiba-tiba Islam berjaya menakluk dunia! Dan hari ini Islam juga dilihat ditindas, tetapi percayalah ini semua adalah proses Islam untuk kembali bangkit.

Dari Marwan Shukrimun
4.1.2017

Wednesday, January 4, 2017

ANA INGIN KELUAR DARI JAMAAH

Tausiah...
"ANA INGIN KELUAR DARI JAMAAH"

"Ustaz, dulu Ana merasa semangat dalam Dakwah. Tapi kebelakangan ini  rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan Ana melihat ternyata banyak pula yang keruan ."

Begitu keluh kesah seorang santri kepada ustaznya di pagi  hari.

Si Ustaz hanya terdiam, mencoba menggali semua yg  bekecamuk dalam diri si  santrinya.

"Lalu, apa yang ingin Antum lakukan setelah merasakan semua itu?" sahut sang ustaz setelah sesaat termenung.

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari jamaah ini.
Ana kecewa dengan perilaku beberapa teman yang tidak Islami. Juga dengan organisasi Dakwah yang Ana ikuti, kaku dan sering mematikan potensi ahli.
Bila terus gini , Ana tawaquf sendiri saja…" jawab sisantri.

SiUstaz termenung...
Tidak nampak raut terkejut dari wajahnya. Sorot matanya tetap dilihat tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal lagi.

"Akhi,
bila suatu kali Antum naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Keadaanya  ternyata amat getir. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang usang bahkan kabinnya berbau najis manusia. Lalu, apa yang akan Antum lakukan untuk tetap sampai kedestinasi?" tanya sang Ustaz dengan kiasan yg dalam maknanya.

Si santri terdiam...
Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang sungguh  tepat.

"Apakah Antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Si ustaz mengetuk hatinya.

"Bila Antum terjun ke laut, sesaat Antum akan merasa senang.
Bebas dari bauan dn  kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba.
Tapi itu hanya sesaat saja...

Berapa kekuatan Antum untuk berenang hingga tujuan?

Bagaimana bila ikan jerung  datang?

Dari mana Antum mendapat makan dan minum?

Bila malam gelapgelita , bagaimana Antum mengatasi cuaca sejuk kedinginan ?"

sentakan pertanyaan dilontarkan di hadapan si  santri.

Si santri menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan gundah sedemikian.

Kekecewaannya memuncak, namun Si ustaz yang dihormatinya justru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

"Akhi,
apakah Antum masih merasa bahwa jalan Dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridha Allah?" Pertanyaan menusuk ini memanah  jiwa Si santri.
Ia diam  mengangguk.

"Bagaimana pula bila kenderaan  yang Antum kendarai dalam menempuh jalan itu ternyata rusak?

Antum akan berjalan kaki meninggalkanya terletak di jalan, atau usha cuba memperbaikinya?" tanya Si ustaz lagi.

Si santri tetap diamkan diri dalam sedunya perlahanlahan .

Tetiba ia mengangkat tangannya,
"Cukup Ustaz, cukup...
Ana sadar.
Maafkan Ana.
Ana akan tetap istiqomah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat sanjungan dn  penghormatan. ..
Atau setiap kata-kata Ana didengari …"

"Biarlah yang lain dengan urusan masing-masing.
Ana akan tetap dalam jalan  Dakwah ini. Hanya Allah saja yang akan membahagiakan Ana kelak dengan janji-janji-Nya.
Biarlah segala kepedihan dan rintangan Ana rasakan sendiri buat penebus  dosa-dosa Ana",

Ustaz tersenyum...
"Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang banyak kelemahan.

Tapi di sebalik kelemahan itu, masih banyak kebaikan yang dimiliki.
Mereka lah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berDakwah. Dengan begitu, mereka sedang diproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan, janganlah hal itu mendominasi perasaan Antum.
Sebagaimana Allah  menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata Antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap Dakwah selama ini. Karena di sisi  Allah, belum tentu Antum lebih baik dari mereka."

"Futur, mundur,
kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan penyelesaian .

Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu di sikapi dengan jalan itu, maka bilakah Dakwah ini dapat berjalan dengan baik?"

"Kita bukan sekedar pengamat yang hanya bijak berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun melakukannya.
Tapi kita adalah Da'i.
Kitalah yang memikul amanah Allah untuk menyelesaikan  masalah-masalah manusia di muka bumi.

"Jangan sampai, kita seperti menyiram minyak ke bara api.
Bara tadinya kecik  takde nilai, tetiba memarak nyalaan membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!"

Si santri termenung merenungi setiap kalimat ustaz.

Azamnya memulih  kembali menguatkan .

Namun masih ada bergelut dihatinya.

"Tapi bagaimana Ana bisa memperbaiki organisasi Dakwah dengan kapasiti  Ana yang lemah ini?"
satu pertanyaan berligar  akhirnya muncul juga.

"Siapa kata kapasiti  Antum lemah?

Apakah Allah mewahyukan begitu kepada antum?

Semua manusia punya kapasiti yang berbeza. Namun tidak ada yang boleh  menilai, bahwa yang satu lebih baik dari yang lain!" sahut Si  ustaz

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua yang terlibat dalam organisasi itu.
Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman.

Bila ada sebuah isu atau mehnah , tutuplah telinga Antum dan bertaubatlah. Jauhilah  segala (dengki, benci, iri hati) Antum terhadap kengkawan  Antum.
Dengan itu,
Bilal yang dulunya hina menemui kemuliaannya."

Mula Si santri menyedari kesalahanya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jama'ah dalam mengarungi jalan Dakwah. Pencerahan diperolehi nya.

Insyaa' Allah
tetapkanlah diri istiqamah di jalan NYA..

Kredit : Abd Rahim Muhammad

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208085360272409&id=1251877796

Kenali Presiden2 PARTI di malaysia

Kenali Presiden2 PARTI di malaysia
Jeneral Green Sniper

Datok Seri Najib Razak - Presiden UMNOBN  ( MP Pekan)
Pendidikan - Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Lim Kit Siang - Penasihat kanan DAP (MP Gelang Patah)
Pendidikan - ijazah dari Universiti London untuk jurusan LL.B (Hons).

Datin Seri Wan Azizah - Prasiden PKR (MP permatang Pauh)
Pendidikan - Dublin, Ireland (1973) ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'. seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya.

Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang - Prasiden PAS (MP Marang)
Pendidikan -
i). Sarjana Muda Syariah Universiti Islam Madina di bawah pembiayaan Kerajaan Arab Saudi dengan sokongan daripada Naib Presiden Universiti Islam Madinah ketika itu, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.
ii). Ijazah pertamanya dalam bidang Syariah Islam.
iii). Ijazah Sarjana muda di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik) dari tahun 1974-1976.

Tuan Haji Mohd Sabu - Prasiden PAN (tada Kerusi MP atau ADUN)
Pendidikan - bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran jurusan pemakanan di ITM.

So siapa PROFESIONAL yg layak berbicara soal siyasah sebenarnya? Pakar ekonomi? Pakar bedah? Pakar MASAK? Atau Pakar sains politik?
RMH - Nutral Analisys
#istiqamah
#berdiri_teguh_bersama_ulamak

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208081846104557&id=1251877796

ISU SAMAN SARAWAK REPORT: ZAID IBRAHIM MALUKAN INSTITUSI GUAMAN

ISU SAMAN SARAWAK REPORT:
ZAID IBRAHIM MALUKAN INSTITUSI GUAMAN

Semenjak musuh PAS beroleh peluru baru iaitu kunjungan TGHH ke Tehran, nampaknya isu saman Sarawak Report (SR) tidak lagi riuh seperti dahulu. Digunakan cukup-cukup isu tersebut untuk mengaitkan PAS dengan syiah. Namun begitu, masih ada memperkatakan isu SR tetapi kini dengan naratif yang berbeza. Jika dahulu mereka mencabar untuk saman, kini mereka mempertikaikan pula tindakan PAS itu kononnya tidak relevan. Seolah-olah mengharap PAS berundur dari keputusan menyaman SR.

Untuk pengetahuan bersama, melalui kenyataan YB Dato Takiyudin Hassan, Setiausaha Agung PAS yang juga merupakan seorang peguam, peguam yang mewakili PAS di UK sudahpun menghantar notis tuntutan kepada editor SR, Clare Rewcastle Brown. Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016. Tuntutan tersebut adalah menuntut Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman webya, menuntut SR menyiarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan menuntut SR memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang. Namun begitu, Clare mendakwa dia tidak menerima apa-apa dokumen sehinggalah berakhir tempoh tuntutan iaitu pada 20 Disember 2016 yang lepas.

Respon Clare terhadap media seperti ini sebenarnya akan memerangkap beliau sendiri. Kenyataannya itu boleh didakwa sebagai meremehkan firma dan profesyen guaman di negara beliau sendiri, serta secara tidak langsung memperkecilkan sistem perundangan dan keadilannnya. Penghantaran dokumen tersebut dilakukan melalui kaedah-kaedah perundangan dan menggunakan sistem penyampaian dokumen di United Kingdom yang cukup cekap dan sistematik. Kedegilan beliau untuk berurusan dengan kaedah-kaedah perundangan seumpama ini akan menyebabkan kredebiliti SR terjejas teruk di samping beliau akan menghadapi tindakan susulan perundangan yang lebih tegas.

Ada pihak yang mengkritik PAS tidak bertindak apa-apa selepas surat tuntutan tersebut tidak ditunaikan SR. Untuk pengetahuan pihak-pihak terbabit, pada akhir Disember sehingga awal Januari setiap tahun di kebanyakan negara-negara Eropah khususnya di UK, firma dan agensi perkhidmatan lazimnya menghentikan operasi mereka buat sementara waktu bagi menyambut perayaan Krismas dan tahun baru. Tempoh cuti yang panjang ini sudah tentu membantutkan usaha PAS dalam berurusan dengan pihak mahkamah untuk tindakan lanjut.

Saya sebenarnya tertarik untuk menjawab artikel Zaid Ibrahim berkenaan isu ini. Beliau menyatakan dalam blognya bahawa tindakan PAS menyaman SR hanya gimik politik semata-mata. Nada tulisan yang sangat hebat bermain persepsi ‘su` zhon’ bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan pemerhati politik negara ini. Dikaitkan isu ini dengan berbagai perkara yang tidak munasabah tetapi cuba bermain psikologi. Bagi yang lemah capaian mindanya sudah tentu mudah diulik lenggok bahasa beliau.

Antaranya beliau menimbulkan isu kos guaman yang sangat tinggi. Tidak berbaloi bagi PAS mengeluarkan sehingga RM 1.5 juta untuk menyelesaikan isu ini. Perkara ini telahpun dijawab oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Dr Mahfodz Mohamad bahawa saman ini adalah demi membela maruah PAS. Tindakan ini boleh memberikan pengajaran kepada pihak lain supaya tidak cuba bermain api dengan PAS. Fitnah bukan budaya sihat dalam politik di negara maju atau negara membangun. Oleh sebab itu ia tidak boleh dibiarkan sama sekali.

Atas keyakinan PAS berada di pihak yang benar, PAS bertekad meneruskan prosedur undang-undang ini walaupun terpaksa mengeluarkan sejumlah wang di peringkat awal. Lagipun, segala kos guaman akan ditanggung oleh SR setelah terbukti kenyataan mereka sebelum ini adalah fitnah dan berniat jahat terhadap PAS. Zaid sengaja buat-buat tidak mengetahui mengenai prosiding ini walaupun beliau sendiri seorang peguam.

Antara lain, Zaid mendakwa belum pernah melihat ada parti politik berjaya dalam kes saman di United Kingdom
khususnya di England. Sebenarnya persoalan itu sudah menjawab persoalan terdahulu yang beliau sendiri timbulkan berkenaan keputusan PAS menamakan Presidennya sebagai plaintif. Sekiranya beliau bermaksud belum ada mana-mana pihak luar yang menang dalam kes saman di UK melibatkan isu politik, bermakna beliau telah memalukan diri sendiri dan para pengamal guaman di Malaysia. Tercatat dalam lipatan sejarah, sudah banyak kes-kes seumpama ini berlaku di negara bekas penjajah Malaysia itu dan ia memihak kepada pihak luar yang memfailkan saman tersebut terhadap agensi tertentu dalam negara terbabit.

Bukti paling dekat adalah pada tahun 2007 di mana Tuan Guru Presiden PAS  sendiri pernah menyaman akhbar Daily Mirror yang juga beroperasi di UK kerana menyenaraikan beliau sebagai salah seorang pemimpin tinggi Al-Qaeda yang menyebarkan ideologi terrorisme. Akhbar tersebut siap menyiarkan gambar beliau bersama beberapa pihak lain yang dituduh. Keputusannya ialah Daily Mirror mengaku telah membuat kesilapan dan Daily Mirror telah mengeluarkan kenyataan maaf serta membayar pampasan dan kos guaman beliau. Penyelesaian ini telah dirakamkan di hadapan hakim di dalam mahkamah.

Selain beliau, pada tahun 2014 Rashid Ghanouchi juga pernah menang dalam kes samannya terhadap agensi penerbitan Michel Lafon. Ghanouchi yang merupakan pemimpin parti Ennahda, parti terbesar Tunisia telah didakwa menerima dana daripada kerajaan Qatar bagi menghadapi pilihanraya Tunisia 2011.

Presiden Turki kini, Recep Tayip Erdogan juga pernah menang samannya terhadap akhbar British Daily Telegraph yang mendakwa AK Parti menerima dana USD 25 juta daripada Iran. Akhbar yang sama juga telah disaman oleh isteri Emir Qatar, Sheikha Mouza atas dakwaan fitnah terhadapnya.

Selain kes-kes di atas, banyak lagi kes seumpama yang tidak sempat saya huraikan di sini. Saya cadangkan Zaid membuka arkib firma guaman Carter-Ruck yang mengendalikan kes Tuan Guru Presiden terhadap Daily Mirror dahulu dan juga kes-kes tokoh lain. Sikap lancang menulis tanpa mendahulukan kajian dan fakta hanya akan menjatuhkan airmuka sendiri dan seluruh pengikut di belakang.

Kesimpulannya, tulisan Zaid jelas menunjukkan kebimbangan beliau dan mereka yang seumpamanya, jika PAS berpendirian untuk meneruskan kes ini. Setelah terbukti PAS tidak bersalah lalu menang sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini, sudah tentu nama PAS melonjak naik hingga ke mata dunia dan menenggelamkan segala parti-parti picisan yang cuba berpaut pada pengaruh PAS. PAS tidak sepatutnya melayan segala keraguan yang ditimbulkan musuh politiknya, bahkan melayarkan bahtera ini menuju matlamat yang kian dekat dan jelas.

(Alang Ibn Shukrimun)

Tuesday, January 3, 2017

PAS paling berpengalaman lawan UMNO

*PAS paling berpengalaman lawan UMNO.*

*Saya tertarik dengan suara2 sindiran dari pihak diluar Pas, yg kononnya PAS sedang ditipu oleh UMNO dalam isu RUU 355*.
Umno tidak akan beri laluan yg mudah kpd PAS, kata mereka. Ini adalah kerana UMNO terpaksa juga menjaga hati MCA, MIC dan Parti2 bukan Islam yg masih sekawah dgn UMNO dlm BN.
*Pas pasti dipermainkan dengan berbagai cara, sehingga cadangan pindaan rang Undang2 itu tidak dapat dibentangkan di Parlimen*. Kesimpulannya kata mereka PAS ditipu. Masih belum cerdik kah Pas dengan permainan UMNO?. *Itu lah kalimat akhir mereka dlm usaha yg berterusan, untuk memperlekehkan dan memperlecehkan usaha Pas sebelum ini*.

Saudara2 ku diluar sana (diluar Pas). Suka saya perjelaskan bahawa *betapa kuatnya jerutan kekeliruan yg membelit saraf2 otak mu*. Dalam keadaan kamu tidak mengenali PAS, kamu telah membuat *satu analisa dangkal terhadap PAS.* Kamu jgn ingat kamu boleh kenal PAS sebagaimana dgn mudahnya kamu mengenali  DAP, PKR, UMNO dan PAN atau parti2 lain di Malaysia ini. Sudah acap kali saya sebut. *Untuk kamu mengenali PAS kamu harus terlebih dahulu mengenali ISLAM yg menjadi ruh kepada perjuangan PAS*. Kalau sebahagian bekas *pemimpin Pas yg sekian lama bersama Pas itu pun gagal mengenal Pas,* sehingga mereka dilontar keluar oleh Allah dari jendela Pas, maka masakan kamu yg *tidak pernah bersama Pas dengan mudah dapat mengenali Pas dan membuat rumusan sambil lewa sebegitu.*

Saudara2 ku.. sebagai parti yang lebih tua dari mana2 parti pembangkang di negara ini, maka sudah pasti *Pas paling kenal, siapakah UMNO berbanding mereka.* Pas paling berpengalaman mendepani UMNO dlm gelanggang politik tanahair. *Tahukah kamu.. isu memertabatkan hukum dan undang2 Allah, bagi PAS tiada kaitan pun dengan umno*. Umno ada ke atau tidak ada, hukum Allah wajib didaulatkan selagi masih ada ruang. *Umno beri laluan atau tidak, itu bukan soal utama bagi kami yg cintakan Islam.* Keutamaan kami ialah sesempit mana pun lorong yg dibuka, kami tetap menyusupinya untuk membawa Islam. *Soal samaada laluan itu merupakan tipu helah umno untuk menipu pas atau tidak, itu bukan soalnya.* Kerana Pas sudah sedia maklum sebagai *parti yg berteraskan Nasionalisme sekular, tidak mudah untuk umno memberi lalun kpd agenda2 Islam*, khususnya jika agenda Islam itu dtgnya dari PAS. *Pas bukan setakat kenal sifat sekular umno itu sahaja, bahkan Pas turut mengenali sekularnya DAP, PAN dan parti2 sakular yg lain*. Perlu diingat bahawa bagi PAS, Islam adalah segalanya2. *Pas sanggup bertahaaluf dgn DAP dulu pun kerana Islam*. Kemudian Pas membatalkan tahaaluf itu juga, kerana islam. Masih belum jelaskah kepada kamu kecintaan PAS kepada Islam?. *Jika kamu anggap kesungguhan PAS dalm Isu RUU 355 itu sebagai satu kebodohan kerana pastinya nanti, akan ditipu oleh UMNO*. *Maka apakah kamu tidak merasakan penolakan kamu terhadap usaha memperkasakan undang2 Allah itu, sebagai bukti kamu sedang ditipu oleh Syaitan dan musuh2 Allah?*

*Berjaya atau tidak RUU itu dibawa ke Parlimen, itu soal yg kedua*. Tapi sekurang2nya;
1. *Pas dilihat sebagai sebuah Parti yg benar2 mahukan Islam. Parti yg konsisten dengan Islam.*
2. *Masyarakat memperolehi Ilmu tentang undang2 Islam melalui program2 dialog yg disampaikan oleh Pas ke seluruh negara.*
3. *Jika betul UMNO menipu, maka khalayak ramai dikalangan org2 Islam khususnya akan lebih membenci parti sekular itu. Dan UMNO akan terus diingat sebagai PENIPU.*
4. *Isu RUU 355 telah mendedahkan busuk hati pihak2 tertentu terhadap Islam.* Yg akhirnya pengundi akan menolak mereka dlm PRU akan dtg.
5. *Pas memperolehi pahala yg besar kerana tetap berkata benar, di hadapan PEMERINTAH YG ZALIM.*
Jika isu ini menyebabkan Pas dapat pahala, maka kamu yang menentang nya dapat apa?. Jelas kamu tertipu dengan perasaan dan kejahilan kamu sendiri.

*Jika pembentang RUU 355 itu dinafikan pembentangannya di Parlimen*, maka sudah pasti masyarakat yg cintakan islam khususnya ahli2 PAS akan rasa kecewa. *Tapi perlu di ingat kecewa hati para sahabat tatkala dilarang masuk ke kota Makkah bagi mengerjakan Haji dlm peristiwa Sulhu Hudaibiyyah sedangkan mereka telah berada dipintu masuk kota Makkah, lebih sakit berbanding kekecewaan kita.* Namun yakinlah. Sebagaimana Sulhu Hudaibiyyah telah menjadi gerbang kepada Pembukaan Kota Mekkah (Fathul Makkah) pada tahun berikutnya. Maka In shaa Allah.. *RUU 355 ini akan menjadi gerbang kepada kemenangan Islam untuk PRU yg akan dtg.*

Takbir.
ALLAHUAKBAR!!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207480206903953&id=1251877796

Sunday, January 1, 2017

TUAN GURU HAJI OTHMAN AL-YUNUSI: PENGASAS PAS KEDAH

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS

TUAN GURU HAJI OTHMAN AL-YUNUSI: PENGASAS PAS KEDAH

PAS Kedah telah memulakan sejarahnya apabila satu perjumpaan umat Islam diadakan di Madrasah an-Nahdhah, Bukit Besar pada 6 September 1952 dan berhasil menubuhkan PAS Cawangan Bukit Besar, cawangan PAS yang pertama di Kedah. Mudir Madrasah an-Nahdhah, Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi atau lebih terkenal dengan panggilan Lebai Pak Man Bukit Besar telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Cawangan Bukit Besar yang pertama. Lebai Pak Man menjadi tokoh PAS terulung di Kedah pada peringkat awal penubuhannya di samping Tuan Guru Haji Hussein Che Dol (Naib Yang Dipertua Agung PAS) dan Tuan Guru Haji Yahya Junid (Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS).

Lebai Pak Man atau nama sebenarnya Othman bin Yunus bin Salleh bin Mustafa telah dilahirkan pada tahun 15 Mei 1904 di Sanglang, Perlis, sedangkan ayahnya, Tuan Guru Haji Yunus al-Kelantani adalah murid Tokku Paloh dan Tuan Hussin Kedah yang berasal dari Mentuan, Kelantan tetapi membuka pusat pengajian pondok di Oran, Mata Ayer, Perlis. Lebai Pak Man mendapat pendidikan pondok dengan ayahnya selama enam tahun sebelum berhijrah ke Kelantan untuk berlajar di Pondok Masjid Muhammadi selama 14 tahun sejak 1917. Antara guru beliau di sini termasuklah Tok Kenali, Mufti Haji Wan Musa, Tuan Guru Haji Ahmad Manan Hakim, Tuan Guru Haji Yaakob Legor dan Tuan Guru Haji Ali Salahuddin Pulau Pisang.

Beliau kembali ke Perlis pada 1931 dan mengajar Pondok Oran. Atas nasihat ayahnya, beliau kembali ke Kelantan untuk berguru di Pondok Kenali tetapi ulamak tersohor itu telah meninggal dunia pada 1933. Beliau kemudiannya berguru di Madrasah Ahmadiyah, Bunut Payung dengan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Ahmad. Beliau turut berguru dengan Mufti Haji Ahmad Maher, Mufti Haji Nor Penambang, Tuan Guru Haji Yaakob Kecik dan Tok Khurasan. Di samping itu juga, beliau mula menjadi guru pembantu atau kepala telaah di Pondok Bunut Payung sehingga berakhir Perang Dunia Kedua. Setelah itu, beliau mengasaskan Pondok an-Nahdhah, Bukit Besar pada 1946 yang dipimpinnya sehingga akhir hayat.

Pada awal penglibatan beliau di Pondok an-Nahdhah selepas Perang Dunia Kedua, para ulamak Kedah yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussein Che Dol telah menubuhkan Persatuan Ulamak Kedah (PUK) pada 1946 di mana beliau turut terlibat, tetapi tidak aktif walaupun pada awalnya beliau terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pun begitu, beliau adalah antara ulamak yang lantang menentang Malayan Union melalui Umno. Atas pengaruh Tuan Guru Haji Hussein Che Dol, beliau turut terlibat dengan MATA dan Hizbul Muslimin antara 1947 hingga 1948, tetapi dalam masa yang sama beliau memegang beberapa jawatan dalam Umno Kedah sehingga 1952.

Setelah PAS ditubuhkan pada 23 Ogos 1951, beliau menjadi antara ahli PAS terawal di Kedah bersama Haji Ahmad Shukri dan mereka menjadi pengasas PAS Kedah dengan tertubuhnya PAS Cawangan Bukit Besar pada 6 September 1952. Selain menjadi Yang Dipertua PAS Cawangan Bukit Besar, Lebai Pak Man turut dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah/Perlis pada 1954, dan memimpin PAS Kedah sehingga 1969. Setelah itu, beliau dilantik pula sebagai Penasihat PAS Kedah. Antara jawatan lain yang dipegang oleh beliau ialah Bendahari PAS Kedah dan Ahli Jawatankuasa Nazir Bangunan PAS Kedah. Pada 1964, beliau telah dicalonkan oleh PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum tetapi tewas.

Beliau juga aktif dalam Dewan Ulamak PAS Pusat dan terlibat dengan Jawatankuasa Tarjih Dewan Ulamak PAS Pusat dalam menentukan hukum PAS menyertai Kerajaan Campuran dengan Perikatan pada 1973. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Tarjih itu pada 14 Disember 1972, Lebai Pak Man berpegang bahawa kerjasama dengan Perikatan adalah haram. Oleh kerana keputusan muzakarah itu akhirnya mengharuskan kerjasama tersebut, sejak pertengahan 1970-an, beliau tidak lagi aktif dalam dunia kepartian, sebaliknya memberi perhatian untuk membangunkan Pondok an-Nahdhah.

Setelah lebih 40 tahun berjuang menegakkan agama melalui dunia pendidikan pondok, politik kepartian dan gerakan dakwah, pada pertengahan Jun 1987, Lebai Pak Man telah jatuh sakit kerana usia tuanya. Akhirnya beliau meninggal dunia pada 1 Julai 1987 dalam usia 83 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Bukit Besar, Kedah. PAS Kedah dalam menghargai perjuangan beliau telah menamakan masjid dalam Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dengan nama Masjid Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Januari 2017

Usah Terpesona Dengan Ahli Hadis PHD !


Usah Terpesona Dengan Ahli Hadis PHD! AJ Wensink, Orientalis Yang Menulis Ensiklopedia Hadis tetapi Dia Tetap Menyesatkan Umat.
Orang kita terlalu memandang nilaian intelek. Bukan menilai ilmu yang dipakai Hidayah dan penghayatan iman. Kalau semata mata Menghafal hadis sehimgga sarjana, Orientalis barat kelahiran Belanda lagi hebat. AJ Wensink bukan setakat pakar hadis, malah kitabnya menjadi rujukan di Al Azhar yang dikenali sebagai Mu'jam almufahhras li alfadz hadis Annabawiyah. Namun adakah dia itu beriman dan memberi manfaat iman kepada yang lain? Pastinya tidak. Dia pakar hadis, tetapi hadis yang menghimpunkan kata kata yang berkat dari Nabi Saw tidak membekas kepada jiwanya.
Maka, berpada padalah mengharap takjub kepada title tokoh atau nilai intelek tokoh yang membuang sikap seperti orang beriman. Dengki, dendam dan tidak berlapang sesama seagama melambangkan sikap yang tak patut diambil pedoman. Kesesatan Orientalis kekal kerana dendamnya kepada Islam menutup pintu untuk beriman. Usahlah kita suburkan dendam. Dendam akan membenihkan kelompok kelompok hitam yang menolak cahaya.
Pesan aku pada sahabat seperjuangan. Usah kagum dengan title dan intelek. Kalau akhlak dan petunjuk tidak dijadikan sebagai tanda keislaman dan keimanan.
(Ahmad Hakimi Othman.)

Ads1