Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, March 17, 2015

Ustaz Muda Membetulkan Salah Faham Agama Peguam PAS

Ustaz Muda Membetulkan Salah Faham Agama Peguam PAS
Pertamanya saya nak sebut PAS tidak bermasalah, tetapi ia dlihat besar sebab media dan beberapa-beberapa berjawatan besar seperti Hanipa Maidin. Sebab itu saya tidak setuju bila sebut PAS bermasalah kerana ia digambarkan seolah-olah 50% jentera dan ahli PAS bermasalah.
Bagi saya yang turun ke kawasan-kawasan di seluruh Malaysia, saya berpendapat masalah tak sampai 5% dari keseluruhannya. Tapi ada yang letak 5% di pagar depan rumah. Atau najis dalam tandas rumah terpaksa letak depan rumah dulu bagi tujuan pembersihan sebab tong sampah untuk letak sampah telah di’curi’ orang. Jadi gambaran umum nampak macam PAS bermasalah besar.
Saya pernah berforum dengan Hanipa Maidin (HM) di Ampang tahun lalu. Masalah yang saya lihat pada beliau seolah-olah beliau faham tahap faqih undang-undang Islam disebabkan oleh beliau mempunyai latar belakang pengajian undang-undang. Sehingga beliau menyamakan antara tuntutan ganti rugi dalam undang-undang konvensional dan pembayaran diyat dalam undang-undang Qisas.
Sebagaimana dipetik oleh Malaysia Today, beliau berkata: “Senjata paling ampuh untuk pecahkan pakatan adalah isu hudud, sebab apabila isu hudud dilontarkan, orang Pas lupa isu lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semua hanya bercakap pasal hudud membincangkan benda sama. Ini masalah apabila kebanyakan ustaz berperangai macam ini. Ustaz dalam Pas memang bermasalah.”
Persoalan saya, HM faham ke tidak bahawa masalah berbangkit daripada isu ISA, Akta Hasutan, 1MDB akan dapat diselesaikan dengan undang-undang Islam? 1MDB akan dapat diselesaikan dengan takzir sebagai pelengkap kepada kesalahan Ghillah dan beberapa kesalahan muamalat pengurusan negara.
Kalau takde undang-undang ini, tak hairan jika pengurus negara yang ganti UMNO akan datang juga akan buat benda sama. Ingat Malaysia hanya ada isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sahaja?
Itu isu yang PKR bawa. Itu hak PKR dan kita respek isu yang dibangkitkan. Tetapi kena ingat, di sana terdapat isu rakyat marhain yang lebih nasional seperti rakyat sentiasa menjadi mangsa jenayah tiap-tiap hari.
Isu yang diberikan contoh oleh HM sebahagiannya adalah masalah segelintir terutamanya masalah ahli politik seperti isu ISA, Akta Hasutan dan lain. Di sana terdapat masalah menyeluruh rakyat dan lebih nasional seperti isu mencuri, hampir semua rumah kena pasang grill dan mesti dikunci, rakyat tak berani nak lepaskan anak bermain-main, takut kena culik dan lain-lain. Ini isu rakyat marhain. Orang politik tak berhadapan dengan isu ini justeru mereka ada rumah besar, duduk di kawasan kediaman ber’pak guard’.
PAS perlu lebih fokus kepada isu rakyat yang lebih menyeluruh, bukan hanya melibatkan segelintir terutamanya ahli politik.
Moralnya, kalau HM nak berjuang isu-isu ahli politk tak salah, tapi jangan salahkan orang yang perjuangkan isu rakyat seperti hudud bagi mencegah kecurian, keamanan, hilangkan ketakutan rakyat dan lain-lain.
Kecuali PAS dah buat keputusan tak mahu utamakan isu hudud atau Hanipa dah bukan ahli PAS atau dah jadi ahli parti lain untuk tidak lagi memperjuangkan isu dan matlamat perjuangan PAS.
– Zaharudin Muhammad.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej