Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, March 29, 2015

Tiada Unit Amal PAS: Sampah Bersepah, Peserta ‪‎kitalawan‬ Dikecam

Tiada Unit Amal PAS: Sampah Bersepah, Peserta ‪#‎kitalawan‬ Dikecam
KUALA LUMPUR – Orang ramai hari ini mengecam sikap sesetengah peserta himpunan #kitalawan sewenang-wenangnya membuang sampah di perkarangan Kompleks Beli Belah Sogo.
“Mereka datang himpun, berucap bertempik kemudian tinggalkan sampah sarap merata-rata.
“Tak ada kesedaran sivik,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aina.
Dakwaan Aina di sokong seorang lagi orang awam yang datang membeli belah di situ.
“Pemimpin PR perlu terap kesedaran menjaga kebersihan di kalangan penyokong mereka.
“Kalau tiap kali berhimpun sampah bersepah ia memberi imej buruk kepada PR juga,” ujar Khairul,35 yang berasal dari Gombak.
Tinjauan SuaraTV mendapati longgokan botol air mineral di buang dalam pasu bunga. Sampah-sampah lain juga kelihatan bersepah selepas peserta himpunan mula beredar untuk meneruskan perarakan ke KLCC.
.....
Komen: Unit Amal PAS bukan sahaja mengawal keselamatan peserta, malah turut mematikan perjalanan demo bersih tanpa sebarang gangguan

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej