Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, May 25, 2021

Hanya PAS satu satunya parti yang betul betul beriltizam

MENYINDIR PAS ATAU MENYINDIR ISLAM, SEBENARNYA?.. 

Bila hukum Islam tak terlaksana, ramai ramai serang, sinis, dan salahkan PAS. Senang betul hidup macam ni, kan?. Macamlah PAS dan ahlinya saja yang akan ditanya ALLAH, manakala tukang sinis ini bebas dari semua tanggungjawab dari dunia sampai akhirat!. 

Masa pilihanraya.. Kamu sokong dan undi parti yang benci Islam, tak minat, tak ada komitmen dan tak arif pun tentang Islam. Lepas tu bila PAS kalah atau tak cukup kuasa.. kamu tekan PAS dan hentam cukup cukup.

Manusia jenis ni ada akai ke tak?. Pemain tak diberi masuk padang, kemudian dimaki maki kenapa tak jaringkan gol?. Sudah 60 tahun lebih PAS bersuara tanpa henti supaya hukum ALLAH ditegakkan. Ke sana kemari mencari rakan kongsi, menagih simpati dari umat Islam sendiri... tapi apa yang PAS dapat?.

PAS tetap dipersalahkan walhal PAS langsung tak bersalah. Manakala parti dan orang yang bersalah kerana berkempen dengan cara jahat untuk mengalahkan PAS langsung tak dipersalahkan. Mereka orang Islam, tetapi tak rasa bersalah apa lagi berdosa kerana menghalang Islam.

Hanya PAS satu satunya parti yang betul betul beriltizam dengan Islam dan hampir pasti akan melaksanakan Islam sebagai dasar pemerentahan. Apabila parti lain yang dimenangkan.. dengan sendirinya terhalanglah Islam.

Usahlah berdalil dalih, kononnya PAS bukan Islam, jadi menghalang PAS hanya menghalang parti.. bukan menghalang Islam. Usahlah menyedapkan hati kononnya parti lain juga inginkan Islam, bukan PAS saja nakkan Islam. Walhal, kenyataannya terpampang depan mata dan dalam sejarah.. Betapa Islam tak pernah dapat dilaksanakan sebagaimana sewajibnya sepanjang negara ini ditadbir oleh BN apatah lagi PH.

Menyerahkan undi / kuasa kepada yang tiada komitmen dengan Islam dan mengabaikan parti yang bersungguh sungguh inginkan Islam adalah suatu dosa. Saya ulangi.. Satu dosa!. Anda ada saham dosa itu andai termasuk di kalangan penyindir dan penghalang.

Andai PAS terpaksa sendirian lagi menghadapi PRU seterusnya, apakah anda sudi mengundi PAS?. Adakah anda sedia membuka hati untuk ISLAM melalui PAS mentadbir dan menentukan hala tuju negara ini?.

Jika masih teragak agak (walaupun PAS ada track rekod yang baik)... Usahlah cakap banyak. Tak ada bezanya anda dengan RBA di luar sana. Jangan marah saya, marahlah diri sendiri mengapa hati belum terbuka untuk Islam?.. disaat semua ism telah dicuba dan terbukti gagal, apakah belum tiba masanya untuk ISLAM?.