Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, January 31, 2016

Sampah dah keluar dari PAS

Setuju benar !

Dulu , masa puak tu masih bersama pas, walaupun depa duduk dlm pas, tapi kita rasa macam terasing dengan mereka. Masa tuu pun dah ada dua kelompok PAS.

Satu kelompok yg jenis mengaji, solat berjamaah sentiasa ada dlm majlis ilmu. Mereka pergi dengar ceremah setelah selesai majlis ilmu.
Satu kelompok lagi dari jenis tak solat, tak solat jumaat dan solat jemaah ! Majlis ilmu pun depa tak hadiri !

Depa ni cuma hadir ceramah. Ceramah tak pernah tinggal terutama ceramah matsabu.
Memang berlaku seperti di kg saya. Depa pegang jawatan, jadi su, jadi ajk dan macam macam. 

Org org umno pun persasan perangai depa ni . Sampai ada org umno dok perli perli kami . Depa kata "tengok laaa hangpa punya ketua ! Macam mana hangpa nak ajak kami sokong PAS !"

kami cukup pening dengan keadaan macam ni, susah nak dakwah dan ajak org umno menyertai pas.

Sebelum pru13 hari tu , saya dan tegur depa. Saya kata kalau macam ni punya gaya, satu hari nanti, kita akan terpecah ! Percayalah ! Kita akan berpecah. Sebab apa saya kata macam tu ? Sebab Allah tak akan biarkan kebatilan, maksiat dan fasiq duduk bersama.

SU cawangan kg saya (sekarang dah join PAN ) kata, perjuangan parti no 1, solat jamaah no 2 ! Perjuangan lawan UMNO kena didahulukan katanya ! Dia kondem kondem ustaz yg mengajar kat masjid kg saya !
Dia kena khutbah dan kena sound dengan pakcik yg dengar kata kata dia !

Sekarang , sampah sarap, ulat bulu, nanah dan penyakit dah keluar dari jamaah pas, Alhamdulillah , syukur. Kalau depa dok ada lagi, susah lah kami nak bergerak dan menarik org umno sokong pas !

Depa jadi barua tak mengapa, kita tak leh kata depa barua ! Haruuuuu biruuuu !

Dah tuuu apa gelaran yg paling sesuai bila puak puak g18 dlm muktamar pas dulu yg membocorkan minit mesyuarat tertutup PAS ? Apa gelaran kita nak bagi ?

Dlm mesyuarat tertutup, mesyuarat belum habis lagi, mereka bocorkan segala kpd DAP ?

Apa ini ?
Dah dak ada adab, tak walak kpd pemimpin, menjadi talibarut kpd party luar  ....

Barua = tali barut ! So apa masalahnya ?
Bukan maki hamun  !

Depa jadi barua tak mengapa, kita tak leh kata depa barua ! Haruuuuu biruuuu !

Geram laaaa , depa dok bangkitkan isu ni berulang ulang, padahal kita dah terangkan !

TGHH sebut sekali saja haru tuuu, bukan berkali kali dan bukan setiap hari, setiap masa sepertimana yg puak puak pan dok maki, dok perli hari hari sampai sekarang !

Bukan sikap tghh begitu, itu bukan sikap bawaan / tabi'at dia, dia bukan hari hari maki hamun. Lagipun perkataan "BARUA" ada dua maksud menurut kamus dewan

1 dengan makna maki hamun
2 dengan makna talibarut 

Kami faham yg tghh menggunakan yg no 2 tuu !

Sifat dan  amalan bawaan (tabi'at)  tghh ialah istiqaamah berpuasa setiap isnin dan khamis, tak tinggal solat tahajjud dan mengajar agama setiap jumaat !

Sepatutnya bercakaplah amalan bawaan (tabiat)  dia, bukan bercakap cakap sikap yg bukan bawaan dia !

Sekiranya tghh memaki hamun setiap hari dan dah jadi bawaan dan tabi'atnya , sudah tentu kamj protes dan tak sokong dia !

Lebih baik mu muhaasabah sikap dan tabiat mu yg asyik maki hamun hari hari  !!!

PENDEKATAN MENGHINA DAN MENGEJEK DALAM MENEGUR DAN MENASIHAT - IMAM GHAZALI

PENDEKATAN MENGHINA DAN MENGEJEK DALAM MENEGUR DAN MENASIHAT - IMAM GHAZALI

Cara menegur atau menasihat pada tahap yang ke 4 adalah 'menghina' dan 'mengejek' dengan kata-kata keras dan kasar. Cara ini digunakan ketika gagal menegur dan menasihat dengan cara lemah lembut dan lahir tanda-tanda awal bahawa pihak yang ditegur dan dinasihati akan berterusan melakukan perkara yang ditegah dan mempermainkan pengajaran dan nasihat. Sebagaimana ucapan Nabi Ibrahim (a.s):

أُفٍّ لَكُمْ وَلِمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
[Surat Al-Anbiya 67]

Seperti katanya (si tukang tegur atau pemberi nasihat): "Hai Dungu! Hai TOLOL! Hai Bodoh!Tidakkah engkau takut akan Allah?"

Namun cara ini perlulah dilakukan dengan 2 adab:-

1. Tidak menggunakan cara ini, kecuali setelah gagal dengan cara berlemah-lembut.

2. Hanya menyebut yang benar. Jangan berlebihan.

3. Singkatkan. Jangan diperpanjangkan.

(Imam al-Ghazali: Ehya Ulumiddin)

Saturday, January 30, 2016

Depan Tuhan nanti tahu la mereka !

Depan Tuhan nanti tahu la mereka !

Jawapan Tok Guru Presiden,jgn sebut kalau DAP kalau BN,fikir kalau PAS menang

Penuh Hikmah & Yakin jawapan di beri

Di Liqa fikri tadi, ada seorang wakil dari Pulau Pinang bertanyakan soalan kpd Tuan Guru Presiden, DAP makin zalim terhadap kaum Melayu di Pulau Pinang.Kalau dia menang lagi mungkin lagi zalim.Kalau kita sbg ahli PAS blh atau tidak tlg BN menang sekurang-kurangnya melayu memerintah?

Jawapan Tok Guru Presiden,jgn sebut kalau DAP kalau BN,fikir kalau PAS menang.Buat gerak kerja ke arah kita yakin kita menang.Jgn peduli parti lain.Kena igt DAP bukannya akan kuat sampai kiamat, dia pun ada pasang surutnya. InshaAllah yakin PAS akan memerintah Pulau Pinang

Takbir bergema!

PRN SARAWAK: PAS BERTANDING DI 11 KERUSI DUN, BERSEDIA HADAPI DAP

PRN SARAWAK: PAS BERTANDING DI 11 KERUSI DUN, BERSEDIA HADAPI DAP

KUCHING, 30 Jan (Bernama) -- PAS akan meletakkan calon di 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan bersedia menentang mana-mana calon termasuk daripada DAP, kata pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata sembilan daripada kerusi itu merupakan kawasan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, manakala baki dua lagi kerusi merupakan kawasan baharu Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN di negeri ini.

Katanya keputusan PAS untuk bertanding di 11 kerusi tersebut juga telah dibincangkan bersama PKR kerana PAS masih mempunyai hubungan dengan parti itu dan tiada perbincangan diadakan dengan DAP.

"Setakat perbincangan dengan PKR, kita tidak mahu ada pertindingan kerusi dengan mereka (PKR), tetapi yang lain boleh bertindih...tiada masalah sebab kita tidak ada hubungan dengan mereka.

"Kita akan bertanding di 11 DUN, PAS akan meletakkan calon daripada pelbagai latar belakang termasuk profesional, agamawan dan juga usahawan. Pada PRN Sarawak, PAS juga akan meletakkan seorang calon bukan Islam di kerusi DUN yang baharu diluluskan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Mustafa bersama beberapa pimpinan PAS pusat dan negeri menghadiri mesyuarat Pilihan Raya Pusat berkenaan PRN Sarawak di sini.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee dan Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata PAS Sarawak akan menghantar senarai calon PRN negeri kepada Majlis Syura PAS untuk pertimbangan pertengahan Februari nanti.

"Majlis Syura akan semak calon ini, kelayakan mereka untuk bertanding, sebelum meluluskan penempatan mereka. Perbincangan mengenai calon-calon ini akan turut diadakan menerusi perbincangan dengan PAS Sarawak," katanya.

Sementara itu, Mustafa berkata pengumuman oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam bahawa PRN negeri akan diadakan pada April amat di alu-alukan.

Katanya PAS menjangkakan PRN Sarawak akan diadakan pada Mac tetapi dengan berita yang diumumkan oleh Adenan itu memberi indikasi terbaharu persediaan pilihan raya PAS.

-- BERNAMA

PRN Sarawak: PAS Bertanding Di 11 Kerusi DUN, Bersedia Hadapi DAP - http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1211878

Friday, January 29, 2016

Lagi pencerahan tentang sekular

Lagi pencerahan tentang sekular
Kepada Siapa Saja Yg Masih Kelabu... Yg Masih Tak Mahu Bersama Jama'ah Islam... Yg Masih Tak Mahu Bersama Ulama... Yg Masih Cenderung Kepada Sekular..

Yg Masih Cenderung Kepada Selain Dari Perlembagaan Alquran... KAMI CUMA NAK KATAKAN : Suka hati lah... mu nak bangkit selepas mati... samada nak bersama hizbun / kumpulan yg mana kamu suka.... para ulama sudah bagi tips dan panduan... ... mereka sudah berdakwah.... kalau enggan juga... nasib kamu laah ! Kami tak akan lari dari panduan ulama dan org soleh.... kerna kami mahu bersama mereka.... !

Pendokong Sekular Tak pernah ( memang tak akan ) mengiktiraf para pendakwah yg betul betul menjalan amar makruuf nahi munkar, para penguasa akan menurut perintah pemerintah sekular, kerana institusi sekular akan terancam sekiranya pendakwah Islam sebenar dibiarkan memberi ajaran dan pendidikan ahlussunnah yg bersumberkan Alquran / Hadis / Ijmak dan Qias. Setiap negara sekular seperti zaman Kamal Attarturk, hosni mubarak, Bin Ali (Tunisia) telah melalukan perkara yg sama terhadap alim ulama yg menyampaikan risaalah RasulAllah. Apa kita nak heran dengan peraturan sekular di MALAYSIA ????!??!?!??

Di malaysia tidak dapat dijalankan hukuman terhadap orang yang murtad sebab tidak ada hukum Islam. kerana malaysia bukan negara Islam ! ia negara sekular tajaan Lord Reid ! mengikut kepercayaan pendokong perlembagaan Lord Reid, Perlembagaan Lord Reid adalah lebih tinggi dari alquran dan hadis.... dan org yg mengiktiraf perlembagaan lord reid bukan dari golong beriman. kerana mereka tak pernah mempercayai kehebatan kanun alquran....! PERCAYA ATAU TIDAK ?

Sekular selalunya melaungkan selain dari Takbir membesarkan Allah, Ia berlaku di mana mana saja dunia sekular seluruh dunia, seperti "hidup Assisi" "hidup mesir" "hidup palastine" "hidup Arab" "hidup Melayu" "hidup PAS" "hidup hindu" dan sebagainya..... SEKULAR TERKELUAR DARI ISLAM DAN AQIDAH !

Puak yg menyokong pun sudah tentu dari golongan sekular juga.... puak ini selalunya akan membuat pelbagai syubhah, menimbulkan keraguan terhadap Islam, memalingkan manusia dari hidayah, berusaha bersungguh sungguh agar manusia lain tidak bersetuju dengan Org beriman.....

Apa makna Sekular (ilmiah) ? Ilmiah (Sekular) ialah tidak mengaitkan sesuatu amalan dengan Agama..... Yakni membuat sesuatu perkara dan mempercayai yg amalan/perbuatan/perkara itu tidak akan diambilkira oleh Allah seperti dikatanya Politik Asing Agama Asing. Sebab itu para pengamal sekular tidak akan mengambil berat hal hal Agama kerana ia menganggap benda itu yg dibuatnya tak termasuk dlm Agama...dunia adalah dunia manakala Agama tu Agama laaahh.. (Ia berasingan) ...

Salah satu ciri pengamal Sekular ialah mereka tak berat halal haram seperti tidak memakai tudung kepala (bagi pehak perempuan). Pemimpin Sekular tidak akan dan tidak pernah berdakwah dan memesan rakyatnya supaya menta'ati Allah.. Cuba bandingkan, puak yg mengamalkan Islam dengan puak sekular. Terang lagi bersuluh, puak Islaami, pemimpinnya selalu mengadakan majlis ilmu yg di dalam mengajak manusi menta'ati Allah, mengajak mendaulatkan Islam , menta'ati perintah Alah... Manakala puak sekular TIDAK BEGITU !!!! Fikirlaaa Fikiiiirrrrr !

siapa yg lebih layak menuntut ( claim ) penerusan deligasi ( perjuangan ) Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz

siapa yg lebih layak menuntut ( claim ) penerusan deligasi ( perjuangan ) Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz
adakah golongan yg
1. mencipta fitnah dan menyebarkannya
2. golongan yg percaya fitnah terus jadi tukang share
3. golongan yg merancang ambil alih pucuk pimpinan PAS
4. golongan yg bersekongkol dgn DAP
5. golongan yg tubuh parti baru setelah kalah dlm pemilihan parti
6. golongan yg melanggar biah
7. golongan yg bawa lari kerusi PAS
8. golongan yg menentang hudud
9, golongan yg meninggalkan jamaah
10.golongan yg menentang jamaah pedokong gerakan islam
ATAU..........ATAU.........ATAU...........
GOLONGAN YG KETUANYA
DIBERI AMANAH OLEH KELUARGA ALLAHYARHAM  UNTUK MENGIMAMKAN SEMBAHYANG JENAZAH ALLAHYARHAM TGNA

Kerajaan Selangor mengecualikan pulak Cukai Taksiran bagi tahun 2016

Kezaliman Kerajaan Selangor terbongkar....!!!! Aku berharap blogger UMNO dan Dedakian sila ambil info ini...lihatlah betapa zalimnya kjaan Selangor pada rakyat yang mengundi mereka... setelah memperkenalkan SMART Bas percuma, Kjaan Selangor mengecualikan pulak Cukai  Taksiran bagi tahun 2016... !!!

Ya Allah.. lihatlahhhhh penindasan kerajaan Selangor...!!! Tolong Sebarkan..!!!

Kekeke...... keh...

Kisah menteri besar Kedah Dan tokguru kami

Kisah menteri besar Kedah Dan tokguru kami.....
Pernah suatu hari tuanguru Hj sidek nor berkhutbah di masjid area Kedah, sebelum tuan guru kami nk sampaikan khutbah.. Ahli jawatan kuasa masjid memberitahu kpd tuan guru yg Mukhriz mahathir akn solat jumaat disini, lalu tuan guru kata xpa...

Tuan guru berkhutbah dgn tajuk "KEPIMPINAN DAN TAKWA" tuanguru lantas menegur sikap pemerintah, azab menjadi pemerintah, Dan Tuan Guru mengingatkan betapa besarnya dugaan dimashar nanti nak berhadapan dgn Allah dlm keadaan kita memegang amanah tp tidak memegangnya dgn adil.. Selepas usai solat jumaat, tuanguru keluar Dari masjid.. Terus disapa oleh menteri besar Kedah mukhriz Dan menghulurkan tgn Dan terus memeluk beliau(tg sidek nor) dgn berkata, "terima kasih tokguru, krna tegur Saya."

Dialog pakcik dengan pak menteri

Pak Menteri: "Pakcik tahu kan, perjanjian ini membolehkan pakcik boleh jual barang pakcik ke Amerika... bayangkan berapa banyak untung pakcik boleh dapat...

Pakcik: "Boleh jual terus macam tu sahaja ke?"

Pak Menteri: "Ya, cukai semua hapus. Boleh masuk begitu sahaja. Pakcik cuma kena eksport dan buka kedai di sana"

Pakcik: "Berapa sewa kedai di sana? Kos eksport harga lagu mana pula? Ambil contoh dekat dulu Singapura"

Pak Menteri: "Mungkin SGD20,000 sebulan kot.. tak pasti..."

Pakcik: "RM60,000 sebulan. Macam mana nak tahan? Mana nak cari duit itu? Tunggulah ada duit dulu baru fikir."

Sewaktu pakcik tengah pikir jalan nak eksport ke Singapura, tetiba depan kedai dia ada tiga kedai baru jual produk yang sama line dengan dia.

Pakcik: "Where are you from?"

Kedai 1: "Singapore"

Pakcik: "It is cheap to come here?"

Kedai 1: "Here rental only RM20,000 a month... like SGD7,000 only - and export tax is so cheap now after signing the agreement. In Singapore, we pay SGD30,000 rental a month. With such cheap rent, we can lower our cost, and increase our production, thus lowering the prices. You see this brand (brand yang sedang dijual pakcik) - Made in Malaysia - sell at RM20 - look at ours nicer bottle also sells at RM18."

Pakcik terbeliak mata pergi jumpa Pak Menteri...

Pakcik: "Bisnes aku nak mati dah... dulu Pak Menteri kata perjanjian ini akan bantu aku... sekarang aku habis kena pukul syarikat asing."

Pak Menteri: "Kau lambat dan tak cukup modal. Bukan salah perjanjian, salah kamu. Kan ini bagus, ia buat kamu lebih berdaya saing."

6 bulan selepas itu pakcik terpaksa tutup kedai dan terserempak Pak Menteri di kedai kopi milik syarikat asing.

Pak Menteri: "Tengok perjanjian ini buat kita dapat nikmati kopi import pada harga murah begini."

Pakcik: "Betullah, ingat tak saya? Saya dari taukeh kedai sekarang kena kerja sini angkut kopi pada Pak Menteri kerana perjanjian itu juga. Memang besar jasamu pada aku, Pak Menteri."

Dulu dulu pun org yg tentang perjanjian pangkor pun dicop penderhaka..
Bukankah segala mcm British bawa masuk.. hingga ada org skrg pun kata kena berterima kasih dgn British..
dah tu.. dok laung merdeka tu buat apa??

Tiada kaitan dengan hidup atau mati.

Umar Mukhtar -- memang sangat layak dengan gelaran yang diberi "Singa Padang Pasir"

Pegawai tentera : Adakah kamu memerangi negara Italy?Umar Mukhtar : Ya

Pegawai tentera : Adakah kamu memberi semangat pd masyarakat supaya bangkit menentang?
Umar Mukhtar : Ya

Pegawai tentera : Adakah kamu sedar akan hukuman atas apa yg telah kamu lakukan?
Umar Mukhtar : Ya

Pegawai tentera : Adakah kamu mengakui apa yg telah kamu sebutkan?
Umar Mukhtar : Ya

Pegawai tentera : Sejak bila kamu memerangi pemerintahan Italy?
Umar Mukhtar : Sejak 20 thn.

Pegawai tentera : Adakah kamu mnyesal atas apa yg kamu telah lakukan?
Umar Mukhtar : Tidak

Pegawai tentera : Adakah kamu sedar bahawa kamu akan digantung?
Umar Mukhtar : Ya

Hakim mahkamah : Aku berasa sedih pada kesudahan kamu yg sebegini.

Lalu dijawab oleh Umar Mukhtar
"Malah bagiku inilah jalan yg paling afdhal utk aku akhiri hayatku"..

Kemudian pihak hakim cuba menukar keputusannya untuk memberi pengampunan am dengan syarat Umar Mukhtar perlu menulis risalah kepada para mujahidin supaya menghentikan jihad ke atas orang2 Italy.

Lalu Umar Mukhtar merenung kepada hakim, kemudian berkata padanya dgn perkataannya yang cukup mahsyur yang layak ditulis dengan tinta emas :
"Sesungguhnya jari telunjuk ini yang diangkat pada setiap kali solat
bagi menyaksikan bahawa
tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,
mana mungkin sekali2 akan menulis satu kalimah yg batil !! " ..

Akhirnya Umar Mukhtar dihukum bunuh.. akan tetapi beliau tetap hidup di hati orang2 yang tahu menilai apa itu makna hak, kebebasan dan kemuliaan..

Sebaliknya pada hari ini berapa banyak jari2 telunjuk yang sanggup pula menulis kalimah2 yg batil ??!

Umar Mukhtar -- memang sangat layak dengan gelaran yang diberi
"Singa Padang Pasir" ..

Moral of the story, kehidupan di dalam menegakkan agama Tuhan ini
hanya mempunyai dua hal.
Kemenangan atau mati syahid.
Selagi negara kita diperintah oleh hukum hakam dari penjajah,
selagi itu negara kita tidak akan diberkati.

Thursday, January 28, 2016

Umar Mukhtar (1862 –1931) singa padang pasir libya yang sangat ditakuti oleh Itali

Umar Mukhtar (1862 –1931) singa padang pasir libya yang sangat ditakuti oleh Itali

SENARAI AHLI-AHLI PARLIMEN BN & BEBAS YANG UNDI SOKONG USUL MALAYSIA MERATIFIKASI TPPA

AMALAN UNDIAN BLOK YANG AKAN MENGHANCURKAN NEGARA.

BERIKUT, SENARAI AHLI-AHLI PARLIMEN BN & BEBAS YANG UNDI SOKONG USUL MALAYSIA MERATIFIKASI TPPA

��PERLIS (3)

1) P001 Zahidi Bin Zainul Abidin, Y.B. Datuk BN - UMNO Padang Besar

2) P002 Shaharuddin Bin Ismail, Y.B. Ir. BN - UMNO Kangar

3) P003 Shahidan Bin Kassim, Y.B. Dato' Seri Dr. BN - UMNO Arau

��KEDAH (10)

4) P004 Nawawi Bin Ahmad, Y.B. Dato' Ir. BN - UMNO Langkawi

5) P005 Othman Bin Aziz, Y.B. Dato' BN - UMNO Jerlun

6) P006 Mohd Johari Bin Baharum, Y.B. Dato' Wira BN - UMNO Kubang Pasu

7) P007 Mahdzir Bin Khalid, Y.B. Dato' Seri BN - UMNO Padang Terap

8) P011 Othman Bin Abdul, Y.B. Dato' Wira BN - UMNO Pendang

9) P012 Jamil Khir bin Baharom (B), Y.B. Mejar Jeneral Dato' Seri BN - UMNO Jerai

10) P013 Mansor Bin Abdul Rahman, Y.B. Dr. BN - UMNO Sik

11) P014 Ismail Bin Daut, Y.B. Prof. Dr. BN - UMNO Merbok

12) P016 Abdul Azeez Bin Abdul Rahim, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Baling

13) P018 Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir, Y.B. Dato' BN - UMNO Kulim Bandar Baru

��KELANTAN (4)

14) P026 Annuar Bin Musa, Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji BN - UMNO Ketereh

15) P027 Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz, Y.B. Dato' BN - UMNO Tanah Merah

16) P029 Ahmad Jazlan Bin Yaakub, Y.B. Datuk BN - UMNO Machang

17) P030 Mustapa bin Mohamed, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Jeli

��TERENGGANU (3)

18) P033 Idris Bin Jusoh, Y.B. Dato' Seri Haji BN - UMNO Besut

19) P034 Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh, Y.B. Tuan BN - UMNO Setiu

20) P040 Ahmad Shabery Cheek, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Kemaman

��PULAU PINANG (3)

21) P041 Reezal Merican Bin Naina Merican, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Kepala Batas

22) P042 Shabudin Bin Yahaya, Y.B. Datuk Haji BN - UMNO Tasek Gelugor

23) P053 Hilmi Bin Yahaya, Y.B. Dato' Seri Dr. BN - UMNO Balik Pulau

��PERAK (13)

24) P054 Hasbullah Bin Osman, Y.B. Dato' BN - UMNO Gerik

25) P055 Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Y.B. Dato' BN - UMNO Lenggong

26) P056 Hamzah bin Zainudin, Y.B. Dato' BN - UMNO Larut

27) P058 Noor Azmi Bin Ghazali, Y.B. Dr. Haji BN - UMNO Bagan Serai

28) P061 Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Y.B. Dato' Seri BN - UMNO Padang Rengas

29) P063 Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, Y.B. Dato' Seri Haji BN - UMNO Tambun

30) P067 Wan Mohammad Khair-il Anuar Bin Wan Ahmad, Y.B. Dato' BN - UMNO Kuala Kangsar

31) P069 Mohd Zaim Bin Abu Hasan, Y.B. Dato' Haji BN - UMNO Parit

32) P072 Saravanan a/l Murugan, Y.B. Datuk BN - MIC Tapah

33) P073 Tajuddin bin Abdul Rahman, Y.B. Dato' Sri Haji BN - UMNO Pasir Salak

34) P075 Ahmad Zahid Bin Hamidi, Y.A.B. Dato' Seri Dr. BN - UMNO Bagan Datok

35) P076 Mah Siew Keong, Y.B. Dato' BN - GERAKAN Telok Intan

36) P077 Ong Ka Chuan, Y.B. Dato' Seri BN - MCA Tanjong Malim

��PAHANG (10)

37) P078 Palanivel a/l K. Govindasamy, Y.B. Datuk Seri BN - MIC Cameron Highlands

38) P079 Abdul Rahman Bin Mohamad, Y.B. Dato' Haji BN - UMNO Lipis

39) P081 Ahmad Nazlan Bin Idris, Y.B. Haji BN - UMNO Jerantut

40) P084 Abdul Manan bin Ismail , Y.B. Dato' Haji BN - UMNO Paya Besar

41) P085 Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Y.A.B. Dato' Sri BN - UMNO Pekan

42) P086 Ismail bin Haji Abd. Muttalib, Y.B. Dato' Sri Haji BN - UMNO Maran

43) P087 Ismail bin Mohamed Said, Y.B. Datuk Haji BN - UMNO Kuala Krau

44) P089 Liow Tiong Lai, Y.B. Dato' Sri BN - MCA Bentong

45) P090 Ismail Sabri Bin Yaakob, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Bera

46) P091 Hasan bin Arifin, Y.B. Dato` BN - UMNO Rompin

��SELANGOR (5)

47) P092 Mohd Fasiah Bin Mohd Fakeh, Y.B. Haji BN - UMNO Sabak Bernam

48) P093 Noriah Binti Kasnon, Y.B. Dato' BN - UMNO Sungai Besar

49) P094 P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Y.B. Dato' BN - MIC Hulu Selangor

50) P095 Noh Bin Omar, Y.B. Datuk Seri Haji BN - UMNO Tanjong Karang

51) P096 Irmohizam Bin Ibrahim, Y.B. Dato' Haji BN - UMNO Kuala Selangor

��W/ PERSEKUTUAN (4)

52) P118 Ahmad Fauzi Bin Zahari, Y.B. Dato' BN - UMNO Setiawangsa

53) P119 Johari bin Abdul Ghani, Y.B. Datuk BN - UMNO Titiwangsa

54) P124 Abd Khalid bin Ibrahim, Y.B. Tan Sri Dato' Seri BEBAS Bandar Tun Razak

55) P125 Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Y.B. Datuk Seri BN - UMNO Putrajaya

��N/ SEMBILAN (5)

56) P126 Zainudin Bin Haji Ismail, Y.B. Dato' BN - UMNO Jelebu

57) P127 Mohd Isa Bin Abdul Samad, Y.B. Tan Sri BN - UMNO Jempol

58) P129 Hasan bin Malek, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Kuala Pilah

59) P131 Khairy Jamaluddin, Y.B. Tuan BN - UMNO Rembau

60) P133 Shaziman Abu Mansor, Y.B. Datuk Seri BN - UMNO Tampin

��MELAKA (4)

61) P134 Mas Ermieyati Binti Samsudin, Y.B. Datuk BN - UMNO Masjid Tanah

62) P135 Koh Nai Kwong, Y.B. Datuk BN - MCA Alor Gajah

63) P136 Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Y.B. Datuk Dr. BN - UMNO Tangga Batu

64) P139 Ahmad bin Hamzah, Y.B. Datuk Wira Haji BN - UMNO Jasin

��JOHOR (21)

65) P140 S. Subramaniam, Y.B. Datuk Seri Dr. BN - MIC Segamat

66) P141 Anuar Bin Abd. Manap, Y.B. Tuan BN - UMNO Sekijang

67) P142 Chua Tee Yong, Y.B. Datuk BN - MCA Labis

68) P143 Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji BN - UMNO Pagoh

69) P144 Hamim Bin Samuri, Y.B. Datuk Ir. Haji BN - UMNO Ledang

70) P146 Razali bin Ibrahim, Y.B. Dato' BN - UMNO Muar

71) P147 Noraini binti Ahmad, Y.B. Dato' BN - UMNO Parit Sulong

72) P148 Wee Ka Siong, Y.B. Datuk Seri Ir. Dr. BN - MCA Ayer Hitam

73) P149 Ab. Aziz bin Kaprawi, Y.B. Datuk BN - UMNO Sri Gading

74) P151 Liang Teck Meng, Y.B. Datuk BN - GERAKAN Simpang Renggam

75) P153 Hishammuddin bin Tun Hussein, Y.B. Dato' Seri BN - UMNO Sembrong

76) P154 Abd. Latiff Bin Ahmad, Y.B. Datuk Dr. Haji BN - UMNO Mersing

77) P155 Halimah Binti Mohd Sadique, Y.B. Datuk BN - UMNO Tenggara

78) P156 Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Y.B. Datuk BN - UMNO Kota Tinggi

79) P157 Azalina binti Dato' Othman Said, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Pengerang

80) P158 Khoo Soo Seang, Y.B. Tuan BN - MCA Tebrau

81) P159 Normala Binti Abdul Samad, Y.B. Puan BN - UMNO Pasir Gudang

82) P160 Shahrir bin Abdul Samad, Y.B. Tan Sri Datuk Seri Utama BN - UMNO Johor Bahru

83) P161 Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Y.B. Datuk BN - UMNO Pulai

84) P164 Ahmad bin Haji Maslan, Y.B. Datuk Haji BN - UMNO Pontian

85) P165 Wee Jeck Seng, Y.B. Datuk BN - MCA Tanjong Piai

��W/PERSEKUTUAN (+1)

86) P166 Rozman Isli, Y.B. Datuk BN - UMNO Labuan

��SABAH (21)

87) P167 Abd Rahim Bin Bakri, Y.B. Datuk BN - UMNO Kudat

88) P168 Maximus Johnity Ongkili, Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. BN - PBS Kota Marudu

89) P169 Abd Rahman bin Haji Dahlan, Y.B. Datuk Haji BN - UMNO Kota Belud

90) P170 Madius Tangau, Y.B. Datuk Seri Panglima BN - UPKO Tuaran

91) P171 Jumat Haji Idris, Y.B. Datuk BN - UMNO Sepanggar

92) P173 Makin @ Marcus Mojigoh, Y.B. Datuk Dr. BN - UPKO Putatan

93) P175 Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Y.B. Datuk BN - UMNO Papar

94) P176 Anifah bin Haji Aman, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Kimanis

95) P177 Azizah Binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun, Y.B. Datuk Hajah BN - UMNO Beaufort

96) P178 Sapawi bin Haji Ahmad Wasali, Y.B. Datuk BN - UMNO Sipitang

97) P179 Ewon Ebin, Y.B. Datuk Dr. BN - UPKO Ranau

98) P180 Joseph Pairin Kitingan, Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima BN - PBS Keningau

99) P181 Raime bin Unggi, Y.B. Datuk BN - UMNO Tenom

100) P182 Joseph Kurup, Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima BN - PBRS Pensiangan

101) P183 Ronald Kiandee, Y.B. Datuk Seri Dr. BN - UMNO Beluran

102) P184 Juslie Bin Ajirol, Y.B. Datuk BN - UMNO Libaran

103) P185 Linda Tsen Thau Lin, Y.B. Datuk BN - PBS Batu Sapi

104) P187 Bung Moktar bin Radin, Y.B. Datuk BN - UMNO Kinabatangan

105) P188 Datu Nasrun Bin Datu Mansur, Y.B. Datuk BN - UMNO Silam

106) P190 Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin, Y.B. Datuk BN - PBS Tawau

107) P191 Abdul Ghapur bin Salleh, Y.B. Datuk Seri Panglima Haji BN - UMNO Kalabakan

��SARAWAK (25)

108) P192 Nogeh Anak Gumbek, Y.B. Tuan BN - SPDP Mas Gading

109) P193 Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Y.B. Dato' Sri Dr. Haji BN - PBB Santubong

110) P194 Fadillah Bin Haji Yusof, Y.B. Dato' Sri Haji BN - PBB Petrajaya

111) P197 Rubiah Binti Haji Wang, Y.B. Puan BN - PBB Kota Samarahan

112) P198 James Dawos Mamit, Y.B. Dato' Sri Dr. BN - PBB Mambong

113) P199 Richard Riot anak Jaem, Y.B. Dato' Sri BN - SUPP Serian

114) P200 Nancy Binti Shukri, Y.B. Hajah BN - PBB Batang Sadong

115) P201 Rohani binti Haji Abdul Karim, Y.B. Dato' Sri Hajah BN - PBB Batang Lupar

116) P202 Masir anak Kujat, Y.B. Tuan BN - PRS Sri Aman

117) P203 William @ Nyallau Anak Badak , Y.B. Datuk BN - PRS Lubok Antu

118) P204 Douglas Uggah Embas, Y.B. Datuk Amar BN - PBB Betong

119) P205 William Mawan Ikom, Y.B. Tan Sri BN - SPDP Saratok

120) P206 Norah Binti Abd. Rahman, Y.B. Datuk Hajah BN - PBB Tanjong Manis

121) P207 Wahab bin Haji Dolah, Y.B.Datuk Haji BN - PBB Igan

122) P209 Joseph Salang anak Gandum, Y.B. Datuk BN - PRS Julau

123) P210 Aaron Ago anak Dagang, Y.B. Datuk BN - PRS Kanowit

124) P213 Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah, Y.B. Dato' Sri Dr. BN - PBB Mukah

125) P214 Joseph Entulu Anak Belaun, Y.B. Datuk BN - PRS Selangau

126) P215 Alexander Nanta Linggi, Y.B. Datuk BN - PBB Kapit

127) P216 Wilson Ugak Anak Kumbong, Y.B. Datuk BN - PRS Hulu Rajang

128) P217 Tiong King Sing, Y.B. Dato' Seri BN - SPDP Bintulu

129) P218 Ahmad Lai bin Bujang, Y.B. Haji BN - PBB Sibuti

130) P220 Anyi Ngau, Y.B. Tuan BN - SPDP Baram

131) P221 Hasbi bin Haji Habibollah, Y.B. Tuan Haji BN - PBB Limbang

132) P222 Henry Sum Agong, Y.B. Dato' BN - PBB Lawas

�� NOTA ADMIN ��

Ahli Parlimen BN yang menang dalam PRU13 adalah sejumlah 133 orang. Pembangkang pula 89 orang.

Walaubagaimanapun, BN telah bertambah menjadi 134 selepas memenangi Parlimen Teluk Intan dalam satu PRK. Manakala Pembangkang kehilangan kerusi Teluk Intan dan Bandar Tun Razak beralih menjadi Bebas. Justeru, Ahli Parlimen Pembangkang tinggal 87 orang.

Daripada 134 Ahli Parlimen BN, jelasnya 2 orang telah keluar awal meninggalkan Dewan tanpa mengundi Usul Kerajaan Meratifikasi TPPA. Dua MP itu ialah Gua Musang dan Semporna. Seorang lagi MP bertindak sebagai Speaker Dewan. Menjadikan Ahli Parlimen BN termasuk anggota Kabinet Dapur Najib yang layak mengundi adalah 131 orang termasuk Najib Razak.

Di atas adalah senarai penuh nama 131 orang tersebut, ditambah seorang lagi Ahli Parlimen Bebas. Menjadikan senarai lengkap 132 orang.

Ahli Parlimen BN dan seorang Bebas yang mengundi kelmarin untuk Sokong TPPA adalah sejumlah 127 orang. Maka 131-126 (bn) = 5 (tidak mengundi?)

Ada 5 Ahli Parlimen BN yang tidak mengundi. Saya tidak mahu tahu siapa tetapi senarai nama mereka juga ada di atas. Sama ada mereka hadir atau tidak pun bukanlah urusan saya. Tetapi setiap mereka perlu bertanggungjawab, bukan? Justeru, dengan mereka berdiam, saya kira mereka juga bersetuju dengan Usul tersebut. Jika sebaliknya, mereka kena mula belajar untuk berkata TIDAK kepada parti mereka untuk kepentingan rakyat.

Saya percaya, Politik Baharu yang kita dambakan untuk Malaysia adalah Politik Hujjah dan bukannya Politik Arah dan Ampuh...angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk.

LIHAT PULA RUMUSAN DI BAWAH INI

Jumlah Ahli Parlimen Yang Mengundi SOKONG TPPA Mengikut Pecahan Negeri.

Perlis - 3
Kedah - 10
Kelantan - 4
Terengganu - 3
Pulau Pinang - 3
Perak - 13
Pahang - 10
Selangor - 5
W/Persekutuan - 5
N/Sembilan - 5
Melaka - 4
Johor - 21
Sabah - 21
Sarawak - 25
@
SEMENANJUNG = 82
SABAH & SARAWAK = 45

TUNGGU!

Apa yang pembaca boleh simpulkan? Apakah benar rakyat Sabah dan Sarawak bersedia memasuki arena Ekonomi TPPA ini?

Bolehkah mereka mendapat keadilan dan kesaksamaan sedangkan sehingga hari ini pun mereka masih gagal diberikan keadilan untuk menikmati harga barang yang sama seperti rakan-rakan rakyat di Semenanjung akibat kewujudan Dasar Kabotaj di bawah BN. Harga barangan mereka jauh lebih mahal, sedangkan pendapatan mereka pula jauh lebih rendah!

Saya percaya, rakyat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak wajib mendapat penerangan yang adil dan seimbang tentang implikasi buruk daripada TPPA.

Siapa yang akan ambil tanggungjawab ini?

"Malaysia Bukan Boneka Amerika"

#PerjuanganBelumSelesai
#ProtesRakyat
#4Februari2016-2018
#TolakTPPA
#TolakNajib

The very reason Amerika mahu kerajaan Asia Pasifik diikat melalui perjanjian dagang adalah mahukan penguasaan sepenuhnya keatas negara tersebut

The very reason Amerika mahu kerajaan Asia Pasifik diikat melalui perjanjian dagang adalah mahukan penguasaan sepenuhnya keatas negara tersebut. Perkara ini telah lama disedari oleh pemimpin negara lain, melainkan Malaysia.

Tak paham?

Lihat rantau Timur Tengah. Hampir semua negara jazirah Arab. Lihat Jepun, Korea dan Taiwan. Konglomerat dagang Amerika bertapak kukuh disana. Terutama Saudi, Qatar, Iraq, Bahrain. Atas alasan mahu "Melindungi" keselamatan perdagangan Amerika di sana, beratus ratus bases tentera dibina keliling negara tersebut.

Bayangkan, selepas TPPA dilaksanakan dua tiga tahun kemudian disini. Oligarki gergasi dagang Amerika berpusu pusu menanam modal di Malaysia ini. Kerana dasar TPPA yg sangat liberal, tiada sekatan berapa banyak aliran modal Amerika pun masuk ke sini. Malah kerajaan kurap sarkas bertambah suka dan bangga.

Then masalah besar sebenar akan timbul nanti. Atas alasan sama spt mana kewujudan bases tentera kekal Amerika di negara lain, nak tak nak suka tak suka setuju atau tidak bukan masalah Amerika.

Apa yang akan digunakan nanti ikut la skrip kebiasaan. Atas alasan melindungi infrastruktur dagang oligarki Amerika di Malaysia ini, akan dipaksa kerajaan Malaysia untuk meluluskan penempatan bases kekal tentera Amerika disini. Untuk melindungi hegemoni dagang mereka disini.

Secara tidak langsung, Malaysia sudah pun diperangkap tidak boleh mengelak nanti. Semuanya kerana perjanjian dagang TPPA tersebut. Mustahil? Lihat semula mcm mana pergerakan penguasaan Amerika di jazirah Arab awal kurun ke 20 lepas. Konsep serupa, skrip sahaja berbeza sedikit.

Kedatangan konglomerat oligarki Amerika besar besaran bukan sekadar mahukan dagang semata mata. Itulah kaedah mereka menguasai dunia semenjak dahulu lagi.

500 tahun lepas, atas alasan mahukan total kontrol Nusantara, Tanah Melayu dirogol bergilir gilir conquistadoristas Vatican. Kemudian utk elakkan ekonomi Kaum Melayu bangkit, dicampakkan etnik asing Cina dan India beramai ramai kesini 200 tahun lepas. Kini setelah gagal menyahkn kerajaan Melayu disini, dibuat perancangan terakhir. Penjahahan orde
baru melalui ikatan dagang. Krisis Melaka 2.0 akan berulang semula. Dimana ada hegemoni Amerika disitulah wujudnya huru hara.

Bersedialah ancaman krisis perang saudara, perang etnik dan perang agama besar besaran di seluruh wilayah Nusantara kelak. Apa yg berlaku di Asia Tengah, Asia Barat dan Afrika Utara akan dipastikan berlaku disini kelak...

Kerana apa? Kerana Nusantara inilah Kubu terbesar terakhir - The Last Bastion of Sunni Muslim didunia ini... satu satunya wilayah muslim yg bertahan dari berbunuhan sesama sendiri tak seperti wilayah muslim lain diseluruh dunia...

Kalian rasa Kaum Kuffar ni redha ke jika Malaysia ni bangkit menjadi kuasa ekonomi yg kuat? Itu pun masih tak nampak cucukan jarum halus untuk penetrating Malaysia ni...

Imagine this. Malaysia ada sumber semulajadi yg tinggi. Kawasan hutan subur luas. Lautan yg luas. Bayangkan oligarki Corporation kaya Amerika decided utk kontrol semua ladang subur, semua kawasan perikanan, lombong2 mineral, hangpa rasa dgn adanya lesen TPPA ni lebih memudahkan atau tidak? Krisis Freeport lombong emas terbesar dunia di Indonesia tu mungkin boleh jd rujukan penting mcm mana oligarki gergasi Amerika ini menggunakan dagang sebagai senjata penjajahan orde baru dunia...

Bertambah malang, Melaka 1.0 pada 500 lepas mmg sgt serupa dgn situasi negara kini. Kerajaan yg lemah, banyak skandal, tidak cekap uruskan ekonomi, menteri bodoh dan 1001 negativiti courses adalah sejibik menyerupai kerajaan korup Melaka yg akhirnya tumbang dikaki Portugis. Cuma kali ini dipermudahkan kerana kerajaan sendiri sedang mengangkang dan berikan kunci rumah ini tanpa tentangan pada musuh negara...

wallahualam...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=553863704789367&id=100004972264519

Semasa Mexico nak laksanakan Free Trade ( NAFTA ) dengan Amerika, petani petani diberi keyakinan bahawa "Potato kita akan masuk ke Pasaran Amerika, Hidup kita akan berubah

Semasa Mexico nak laksanakan Free Trade ( NAFTA ) dengan Amerika, petani petani diberi keyakinan bahawa "Potato kita akan masuk ke Pasaran Amerika, Hidup kita akan berubah. Nasib Petani kita akan berubah!"

Lepas tu rupanya Amerika eksport semua sayur dia, potato dia, soya dia, gandum dia ke Mexico. Sampai lumpuh pertanian Mexico. Berjuta petani hilang pekerjaan. Ramai berhijrah secara haram ke negara lain. Bila tak ada kerja- Mereka tiada pilihan dan menjual dadah.

Mereka pun merempat di negeri sendiri.

Jagung pun tiada harga. Inilah fakta negara yang pernah join Free Trade dengan Amerika.

Rakyat dia letih dah berdemo. Dok deggih orang terengganu kate.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1249638508385764&id=100000188801927

Jangan lakukan 35 perkara ini apabila mula bisnes

(Jangan lakukan 35 perkara ini apabila mula bisnes)

1-Jangan mula dengan tender kerajaan.

2-Jangan terus buka kedai.

3-Jangan terus ambil franchais.

4-Jangan buat pinjaman.

5-Jangan mula tanpa platform kewangan peribadi.

6-Jangan main terjah, rancang sedikit.

7-Jangan mula tanpa guru. Guru boleh ramai.

8-Jangan mula tanpa mentor. Mentor pilih satu saja.

9-Jangan fikir mahu duit cepat, fikir apakah kerja yang betul dalam bisnes, nanti duit datang.

10-Jangan fikir mahu kaya cepat, bisnes ini bukan skim cepat kaya.

11-Jangan fikir bisnes ini adalah betul kecuali selepas 3 tahun masih bertahan.

12-Jangan fikir mahu untung dalam tempoh 3 tahun, fikir bertahan dahulu. Survive.

13-Jangan bermusuh. Tingkatkan networking.

14-Jangan buang masa. Rancang dan bertindak. Salah, betulkan. Salah, betulkan.

15-Jangan rasa down lama sangat. Minum kopi dengan mentor untuk selesaikan masalah.

16-Jangan kedekut ilmu, ilmu sikit pun kongsi.

17-Jangan lupa sadaqah. Ilmu pun kira sadaqah.

18-Jangan belajar taktik saja. Belajar strategi bisnes.

19-Jangan komplen dan negatif.

20-Jangan lupa belajar pasal marketing. Pasar. Belajar kenal pasar.

21-Jangan lupa bina nilai bisnes. Baru kita dalam blue ocean.

22-Jangan rompak duit bisnes.

23-Jangan lupa ambil gaji. Walaupun hutang mesti rekod.

24-Jangan lupa jaga akaun bisnes betul-betul.

25-Jangan lupa jaga dokumen elok-elok. Semua mesti ada rekod.

26-Jangan lupa SOP bisnes.

27-Jangan ambil staff kerana kita sudah tidak menang tangan buat kerja.

28-Jangan lupa ambil staff supaya mereka mencipta gaji mereka.

29-Jangan kongsi masalah bisnes dengan orang makan gaji.

30-Jangan lupa kongsi masalah bisnes dengan orang yang lebih berpengalamn bisnes.

31-Jangan lupa belajar bagaimana mahu kembangkan duit kecil supaya jadi modal bisnes besar.

32-Jangan lupa belajar cara urus duit.

33-Jangan lupa ikat perut dan jimat. Pendiri bisnes perlu jimat.

34-Jangan lupa kawan masa susah.

35-Jangan lupa menangis depan Allah. Allah Maha Memberi Rezeki.

#afa

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=926899917395558&id=100002266755740

Seorang yahudi masuk islam Menceritakan bagaimana ia pelik Dipalestin;

Seorang yahudi masuk islam
Menceritakan bagaimana ia pelik
Dipalestin;
-batu melawan kereta kebal
-batu melawan peluru berterbangan
Tapi mereka masih bertahan sehingga kini.. ... usahanya mereka walau logik akal kerja yg amat sia sia

Aku terbayang jika lah kita ini hidup dizaman nabi s.a.w menceritakan peristiwa Israk mikraj.
-adakah puak puak yg mengcela ulama ini akan percaya?
-adakah puak puak yg mngcela ulama ini juga akan mempersenda apa yg nabi s. a. w sampaikan?

SEBAR VIRALKAN KENYATAAN DR. RIDHUAN TEE INI SUPAYA MEREKA YANG TERLAMPAU RASIS ITU SEDAR DIRI SIKIT

SEBAR VIRALKAN KENYATAAN DR. RIDHUAN TEE INI SUPAYA MEREKA YANG TERLAMPAU RASIS ITU SEDAR DIRI SIKIT.

Sekolah mana lebih rasis? (Sinar Harian, 25.1.16)

Insiden guru Melayu, Salina Daud, bertugas di SJKC Pai Chee, Mersing, yang ‘diserang’ oleh bapa murid ultra kiasu patut membuka mata semua. Walaupun insiden ini dikatakan ianya bukan isu perkauman, sorotan ceritanya tidak menampakkan sedemikian. Bolehkah bangkai gajah ditutup? Kasihan guru Melayu tersebut. Bayangkan jika guru Cina diperlakukan sedemikian di Sekolah Kebangsaan. Kiamat Malaysia!

Bila kena pada kita, cepat-cepat kata isu bukan isu perkauman, minta disenyapkan. Namun, bila kena pada ultra kiasu, kita rasis belaka kita, diulang-ulang sentiasa dalam akhbar mereka. Seolah-olah kitalah paling rasis, merekalah insan mulia. Contoh-contoh sebelum ini adalah bukti kukuh. Pengetua rasis, isu makan dalam bilik persalinan, yang dikatakan makan dalam tandas, dan banyak lagi. Politik apakah semua ini?

Apakah ianya tidak rasis, apabila guru besar ultra kiasu tersebut telah beberapa kali meminta guru tersebut meletakkan jawatan dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah supaya memindahkan guru berbangsa Melayu daripada berada di sana. Alasannya, guru Melayu tidak layak mengajar di sekolah Cina. Tidak kompeten, malas dan tidak memberi kerjasama.

Saya tidak menuduh semua SJKC sebegitu, tetapi bagi sesiapa yang mengkaji dan mengikut perkembangan SJKC, persepsi sebegini memang suatu yang lumrah di kalangan mereka yang ultra kiasu.

Saya amat mengharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya bertegas. Jangan berpolitik lagi kerana laparkan undi. Pertama, guru besar tersebut tidak layak menjadi guru. Dia akan meracuni pemikiran murid menjadi rasis. Guru Melayu yang ditindas sepatutnya dikekalkan, bukan ditukar. Kehadiran mereka penting mengawasi ultra kiasu.

Kedua, kembalikan semula sekolah bantuan modal seperti dahulu. Setakat ini, kerajaan memberi layanan yang sama kepada semua sekolah walaupun tidak mendaulatkan agenda kebangsaan. Nasib Sekolah Agama Rakyat pula tidak menentu.

Ketiga, pengecualian GST terhadap 4 buah Sekolah Persendirian Cina baru-baru ini, hendaklah difikirkan semula. Percayalah. Berilah sebanyak manapun kemudahan, undi mereka tetap kepada ultra kiasu. Jangan haraplah mereka akan mengundi BN.

Keempat, kerajaan tidak boleh lagi tunjuk kepada tekanan parti politik dan NGO ultra kiasu. Sepatutnya, ultra kiasu yang tunduk kepada syarat kerajaan. Jangan biarkan mereka jadi kerajaan. Misalnya, guru bukan Cina yang mengajarkan di SJKC mesti boleh berbahasa Cina dan mendapat kredit dalam mata tersebut peringkat SPM.

Mata pelajaran sejarah yang pada awal arahan KPM diajar dalam Bahasa Melayu, akhirnya terpaksa tunduk diajar dalam Bahasa ibunda. Itupun mereka tidak puas hati. Mereka telah hantar memorandum supaya kerajaan mengubah silibus sejarah tersebut, kerana terlalu bersifat ‘kemelayuan’ apabila menceritakan tentang sejarah kemerdekaan. Hampir 100 ‘kesalahan’ dikenalpasti. Mereka juga mahukan pemimpin mereka turut diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Siapakah yang paling ramai terkorban menentang British? Apakah komunis itu pejuang kemerdekaan?

Kelima, dalam memperkasakan agenda negara, pendidikan adalah asas. Kerajaan mesti bertegas, seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan Thailand dan Indonesia demi pembangunan negara bangsa. Hanya ada sekolah satu sistem.

SJKC yang dibina dan dibantu oleh kerajaan sepenuhnya hendaklah ditukar statusnya menjadi Sekolah Wawasan. Benar, buat masa ini Sekolah Wawasan yang menempatkan semua sekolah di bawah satu bumbung, tidak mendapat sambutan ultra kiasu. Atas alasan, jika banyak bercampur dengan Melayu, maka hilanglah penguasaan Bahasa Cina mereka. Mereka akan menjadi Cina pisang, bukan Cina tulen. Di manakah kita berada? Tongsan?

Keenam, pembinaan sekolah vernacular yang sentiasa bertambah dari setahun ke setahun perlu difikirkan semula. SJKC yang muridnya kurang daripada 100 hendaklah ditutup.

Ketujuh, kelas peralihan yang wujud sehingga ke hari ini hendaklah dihapuskan. Mereka yang gagal BM hendaklah dihantar ke kem pemulihan bahasa selama dua tahun. DBP boleh diamanahkan tugas tersebut.

Kelapan, sijil UEC tidak boleh diiktiraf selagi kurikulumnya tidak mematuhi kehendak KPM. Pembinaan peperiksaan dalam peperiksaan ke arah mewujudkan pembinaan negara dalam negara perlu dihapuskan segera. Ini adalah mentaliti komunis yang sangat bahaya.

Kesembilan, jangan biarkan Pakatan Harapan menang dalam PRU yang akan datang kerana lubuk ultra kiasu adalah di sana. Jika mereka menang, semua yang dibincangkan di atas akan terkubur.

Kesepuluh, siasatan juga hendaklah dibuat di SJKC yang lain, kerana saya pasti, sikap sebegini masih berleluasa dalam kalangan mereka. Tempatkan lebih ramai guru-guru Melayu di sana, supaya anak-anak mereka dapat dibimbing kepada lebih memahami siapakah yang dikatakan Melayu itu?

Kesebelas, jika Sekolah Kebangsaan boleh menerima Guru Besar (pengetua) bukan Melayu, kenapa SJKC tidak boleh menerima Guru Besar Melayu? Sekolah mana lebih rasis?

Akhirnya, sedarkah rakan sebangsa Cinaku, bahawa kerajaan (orang Melayu) sudah terlalu banyak bertoleransi kepada sekolah vernacular yang tidak pernah ada dalam dunia ini kecuali Malaysia. Masih tidak cukupkah lagi untuk menjadi orang Cina? Adakah kita mahu menjadi lebih Cina daripada Cina di negara China. Belajarlah bersyukur.

- Dr. Ridhuan Tee Abdullah

TPPA Seorang professor & pakar ekonomi memberikan perumpamaan mudah

TPPA
Seorang professor & pakar ekonomi memberikan perumpamaan mudah. Kita dan jiran kita bersetuju untuk share parking space di rumah masing2. Ini bermakna kita boleh parking kereta kita juga di rumahnya, dan juga dia juga boleh parking kereta dia di rumah kita.. perjanjian bijak kan?

Tetapi, kita hanya ada 1 kereta, dan jiran kita ada banyak kereta. Maka, apa yg berlaku adalah semua kereta dia parking di rumahnya dan rumah kita akhirnya. dan kita tak boleh marahkan atau keluarkan kereta dia, nanti dia boleh saman kita pulak. Lama2, kereta kita pun tak boleh parking sebab semua kereta jiran kita tu ada di kedua2 rumah.

ok faham?

kita adalah Malaysia, negara membangun yg kecil, manakala jiran tu adalah negara2 maju yg besar eksport nya.

PENGALAMAN SAYA BERNIAGA DI LUAR NEGARA
Amat payah produk dari Malaysia nak masuk negara2 maju ni terutama di Europe. Dari cabaran nak comply dengan pelbagai standard & regulations, serta branding dan volume (economic of scale). Kalau dah dapat masuk pun (setelah pelbagai cabaran dan comply regulations), nak bertanding head to head mmg susah, sbb volume depa amat besar dan depa boleh jual bende quality pada harga lebih rendah sebab volume amat tinggi dan kos per unit lebih rendah secara umum.. dan kekadang depa harga rendah giler nak grab market supaya kita exit..

dan sebenarnya Asia lah market best untuk expand market sebab sedang grow dengan bail manakala di Eropah dan negara maju, perkembangan/growth sana dah tepu dan negatif.. memang depa nak sangat expand di sini..

so, sapa rugi? fikir2 la sendiri. wallahu'alam.

Wednesday, January 27, 2016

Selepas keluarkan statement nak lawan pas, kemudian nak bagi ruang ?

Abu Ubaidah :

Parti pan ni pendapat ana  tak dak matlamat jelas...
Pas lahir 24 november 1951..kerana nak mendaulatkan Islam di tanah melayu...
Tetapi sehingga hari ...masih belum terlaksana...
Sebab ramai melayu yang masih berfikiran sekular...dan tidak memberi sepenuh sokongan..
Pas terus istiqamah dengan perjuangan yang menjadi asas penubuhanya..
Pan lahir 2014...oleh kumpulan ahli pas...yang berbeza pendapat dengan pucuk pimpinan pas...keluar pas..
Nak naikkan imej dan sokongan rakyat....hentam pas...apa.ni...
Pas didokongi oleh alim ulamak...majoriti dinegara nih..
Prinsip dan objektif pas jelas...
Meletakkan Islam sebagai dasar utama parti...
Pan masih bayi dalam politik tanah  air nih...!

Pelik PAN ni , keluar dari pas , kemudian nak bersatu pula , apa guna keluar ...

lagi kelakar nak bagi ruang kat PAS !
Ruang apa ?

Selepas keluarkan statement nak lawan pas, kemudian nak bagi ruang ?

Sewel dah kot ? Dah kena laknat kot ?

Bertanding Satu Sama Satu

Bertanding Satu Sama Satu

ADALAH suatu yang sukar untuk memikir tentang bagaimana hendak mengekalkan pertandingan satu lawan satu dalam PRU14 sekitar dua tahun lagi.
   
Ia adalah gara-gara PAS telah terkeluar dari gabungan pembangkang utama dan orang PAS lari dari parti berazam bersungguh mencabar PAS atau memberi kata dua padanya berpakat dengannya atau berlawan.
    
Apapun yang baik buat PAS ialah banyak berdiam masa ini. Sesusah manapun, cabaran dan ancaman dari teman pembangkang lain, usah jawab dan jadikan satu yang perlu ditentukan di saat terakhir menjelang PRU itu nanti.
    
PAS buat saja kerja yang melayakkan ia boleh meraih sokongan besar dengan izin Allah. Dengan masing-masing ada mulut, ada media dan jari jemari di muka komputer, janganlah gunakan semua kemudahan itu untuk kata apa suka dan tulis apa suka, tekan butang meter ikut suka untuk bertanding sendiri, lawan tiga empat penjuru dan apa jua.
     
Keadaan masa ini semua orang di luar Umno dan BN mahukan pertandingan satu lawan satu. Pertandingan yang demikian membuka peluang lebih baik bagi mengubah kuasa. Berubah atau tidak hanya ditentukan Allah, tetapi kita jangan bercakap tentang perkara yang tidak popular dan yang tidak disukai orang.
    
Jika betul kita sukar mengekalkan tanding satu lawan satu, usah disebut-sebut ia tidak akan diulangi lagi. Bila kita jaja kita hendak bersendirian dan tidak akan ada lagi satu lawan satu, maka ia akan mengundang pukulan  dan cemuhan semua orang. Ia akan menjadi kita tidak kawan langsung.
    
Kita mesti pada masa ini tentang betapa eloknya satu lawan satu itu dan kita mesti kata itulah sikap dan kehendak kita. Sekali pandangan keadaan kita bersendiri itu kita sukar untuk menghadapinya, tetapi kita jangan sama sekali tunjukkan kita mahu pertandingan berbagai penjuru.
    
Kita mesti kata, yang sebaik-baiknya satu lawan satu itu hasrat kita dan kita perlu sebutkan bersungguh bahawa kita hendak kekalkan sikap seperti PRU13 itu. Mungkin orang tidak nampak dan tidak percaya itu adalah hasrat kita, tetapi kita mesti kata yang kita berusaha melaksanakan permintaan itu.
    
Mungkin kita boleh kata, ia suatu yang sukar tetapi jangan tunjukkan kita sudah berputus dengan kerjasama yang lalu. Kita ikut rentak politik yang ada. Kita tidak rugi mengatakan kita mahu berunding tentang kerusi dan tempat bertandng. Kita boleh tidak hadir dalam perundingan, tetapi jangan katakan sudah tidak mahu lagi persefahaman.
    
Dan mungkin kita menyertai semua perundingan. Dan kita bebas untuk tidak bersetuju dengan pembahagian dicadangkan. Tidak setuju itu tidak bererti tidak hadir perundingan lagi. Mungkin seminggu sebelum penamaan calon kita tidak selesai dengan calon dan kerusi.
    
Pada ketika seperti itu kita tetap kata kita ada pro satu lawan satu. Jika pada hari penamaan calon kita masih tidak mencapai persetujuan, ia bukan disebabkan satu lawan satu itu tidak betul tetapi ia amat payah untuk dilakanakan.
    
Masa kempen semua tidak cukup masa untuk menyalahkan orang yang tidak mahu satu lawan satu. Orang semua banyak kerja untuk menang kerusi yang ditandingi. Tapi jika kita dari sekarang menolak satu lawan satu, kita ada masa dua tahun untuk berperang atas hal itu  
   
Allah beri kita mulut bukan untuk bercakap saja. Kita perlu mulut untuk makan, minum, membaca Quran, berzikir, bernasyid dan jadi alat utama jadi imam dan berunding serta ijab kabul.

Harakahdaily - 26 Januari 2016

“How will this TPPA affects farmers? Do you have any case studies to back up your claims?”

Oleh : Mat Saman Kati

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1017413868305723&id=100001113585032

Hari ni hari jadi Chantal. Jenuh aku memikirkan apa yang special untuk sambut harijadi dia. Akhirnya aku bawa dia jalan-jalan cari makan.

Tengahari kami makan kat Restoran Ikan Bakar Tasik Raban. Lepas tu ronda-ronda kat Kuala Kangsar. Petang minum kopi O dan roti stim kat Double Lion.

Masa kat Double Lion, Chantal tanya aku. “How will this TPPA affects farmers? Do you have any case studies to back up your claims?”

“Damn good question.” Aku jawab. “Balik kepada paten dan hakmilik intelektual, petani terutamanya akan kehilangan hampir semua haknya. Katakanlah syarikat MSK International menghasilkan petai melalui genetic engineering dimana pokok petai tersebut boleh ditanam dalam pasu. Dalam masa enam bulan, dia dah mula berbuah dan menghasilkan buah yang sama panjang. Mata petai pun semua seragam.setiap papan ada 21 mata. Rasa dan baunya pun semua sama. Rasa ada unitnya sendiri dan bau pun boleh disukat dengan menggunakan peralatan tertentu. Kemudian aku patenkan petai tersebut.

Siapa saja yang menghasilkan petai seperti diatas, aku boleh saman..sebab sifat petai tersebut sudah jadi milik aku.

“That’ ridiculous.!”

“No, it is not. Dalam tahun 1985, satu paten telah dianugerahkan kepada Sungene, sebuah syarikat di India yang mengeluarkan biji bunga matahari yang mengandungi oleic acid yang tinggi.

Sungene memfailkan tuntutan baja bunga matahari yang mempunyai oleic acid yang tinggi adalah hakmilik intelektualnya.

Tuntutan tersebut terlalu am tapi dibenarkan. Sungene kemudian memberi notis kepada semua penanam bunga matahari, siapa yang menanam bunga matahari yang mempunyai oleic acid yang tinggi adalah melakukan kesalahan menciplak.”

“That’s crazy.!”

“Of course it is crazy. But those who agree with TPPA are much crazier.” Aku jawab. “Dalam memfailkan sesebuah paten, sesebuah syarikat itu boleh memohon perlindungan hakcipta terhadap sesuatu tumbuhan itu. Termasuk bahagian makro seperti .bunga, buah, daun dan biji. Termasuk juga bahagian mikro seperti sel, baka dan plasmids.”

“Oh my God. But that’s in India. You know la..Indian judiciary is very elastic.”

“Itu la yang aku takut. Kat Malaysia ni..sapa yang lawan kena tangkap. Sapa yang repot kena cekup. Sapa yang mendakwa kena simen. Sapa yang jadi saksi, hilang. I bet you, bila TPPA ini ditandatangani, sapa pun tak berani lawan. Takat demo selfie boleh la.”

“So how? We need science and technology to move forward, right?

Aku order lagi satu kopi O extra kaw. Aku perlukan sesuatu untuk berfikir. Kalau kat kandang..boleh balun jus pisang. Nak bangkang dan cari salah orang..senang. Nak cari idea alternatif...mampuih.

“Kita perlu mendefinisisemulakan banyak perkataan. Sains dan teknologi selalunya dikaitkan dengan apa yang dihasilkan oleh saintis dan teknologis. Dan pembangunan atau kemajuan dilihat menerusi apa yang sains dan teknologi hasilkan.

Saintis dan teknologis selalunya adalah mereka yang dilatih di Barat. Kalau dia dapat mengkaji dan mengenalpasti lima jenis pokok hutan dalam tesis PhDnya,  dia dah boleh dipanggil Dr. atau saintis. Tapi orang Asli yang mengenali lebih seratus jenis pokok dan kegunaanya, sampai bila-bila pun dianggap tak sekolah.

Beratus tahun, Orang Asli jaga hutan dengan baik walaupun tak kesekolah. Tapi bila hutan diurus oleh mereka yang ‘pandai’, hancur.

Siapa saintis dan teknologis sebenarnya? Kemajuan sepatutnya membawa kesenangan dan kebahagiaan kepada rakyat. Tapi bila rakyat makin susah, jurang miskin kaya semakin melebar, itu bukan kemajuan.

“Whoa.. It’s getting complicated. What shall we do?” tanya Chantal.

“Deconstruct and reconstruct. Unlearn and relearn.
Be a butterfly..not just caterpillar.”

Tuesday, January 26, 2016

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY DAN KEMEWAHAN

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY DAN KEMEWAHAN

" Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

" Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah. Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

" Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

" Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

" Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

" Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

" Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah. " - TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (Mingguan Malaysia 17 Oktober 2004)

Kenapa Haji Hadi berkeras nak bawa cadangan RUU 355 ke parlimen

Malam tadi saya diajukan soalan maut oleh seorang peserta diskusi politik kampung.
Seorang cikgu bertanya dengan yakin dan agak emosi...

" Kenapa Haji Hadi berkeras nak bawa cadangan RUU 355 ke parlimen. Menyebabkan pakatan rakyat pecah. Adakah tidak cerdik presiden pas ini berkeras kerana tertipu dengan umno apabila ada menteri umno kata nak sokong. Pas ni selalu kena tipu oleh umno, tak serik ke? Atau memang betul nak bergabung? " aju soalannya dengan sedikit emosi dan mendapat tepukan semagat dari rakanya...

Saya agak gelabah dengan suasana dan gaya soalan ini..... saya diam seketika, mereka mula boo saya. 

Saya mula dengan " Tuan-tuan.......

Bila kita ada peluang kita cuba. Jika tidak , sampai bila kita tidak akan capai. Macam masuk pilihanraya, kita sudah tahu kita tidak akan menang semasa itu, tapi akan datang kita punyai peluang. Jika kita tidak masuk piliharaya, macamana kita nak menang?Jangan hukum ini kerja bodoh. Ini proses peraturan, tanggungjawab dan dakwah.

Seorang bilal yg laung azan memang tahu laugan azannya macam biasa hanya hanya 3 orang sahaja biasanya yg hadir berjamaah. Tapi kenapa dia tetap laungankan azan?, sebab tangungjawab dan seruan dakwah yg berpanjangan. Lama kelamaan penuh masjid.

Kita seorang muslim yakin sungguh dengan janji Allah, walaupun banyak kali kita berdoa, tidak termakbul doa kita ketika itu, kenapa kita terus berdoa? Kenapa? Sebab kita beriman dan yakin dengan pertolongan Allah.

Adakah boleh kita kata berdoa ini kerja bodoh? Doa kamu sia-sia !.......

Saya berhenti di situ dan tiada lagi booo dari kumpulan mereka .
Alhamdulillah, mungkin mereka boleh menerimanya....

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=181595025529627&id=100010373916353

SUDAH PENING DAN NANARKAH SI TUA INI????

SUDAH PENING DAN NANARKAH SI TUA INI????

1.MULA2 TUBUH PAN CAKAP SEBAGAI PELENGKAP PAS

2.SETELAH HAMPIR SEBULAN LEBIH CAKAP PAN NAK LAWAN UMNO!!!

3.SELEPAS DUA BULAN LEBIH PULAK CAKAP NAK LAWAN PAS!!!

4.AKHIR2 INI AJAK SERTA PUJUK PAS PULAK AGAR BERSAMA PANbelawok,PANbelit,PANjilat,PANfitnah,PANmaki dan PANsaraf!!!!

WAHAI SI TUA yg mana umurnya ibarat rumah kato giii dan kubur kata mari.CUKUP2LAH berpolitik ala2 MUNAFIQ ni.BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT!!!!INSAFLAH!!!!

SEMAKIN KAMU TEKAN N BERNAFSU UTK PEREBOH PAS KELANTAN MAKA SEMAKIN RAMAI PEJUANG2 PAS YANG BANGKIT PERTAHANKAN PAS KERNA PAS PERJUANGKAN ISLAM......BUKAN BERJUANG KERANA TOKOH!!!

BARANG DIINGAT!!!!USAH DIKEJUT HARIMAU YANG TIDUR!!!DIBIMBANGI AKAN MENERKAM PARTI KAMU MAHU SEMAHUNYA!!!!

TOK BATIN MENYUMPIT

POINT RINGKAS PERBAHASAN PRESIDEN PAS TENTANG TPPA

(Dikongsi dr FB rasmi TGHH) -

POINT RINGKAS PERBAHASAN PRESIDEN PAS TENTANG TPPA

MENGAPA TPPA WAJIB DITOLAK?

1. Globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari ini bererti mem-baratkan dunia (Westernisation) atau meng-amerikakan dunia (Americanisation). Globalisasi bagi menjayakan agenda pemaksaan pengaruh Amerika dan Eropah ke seluruh dunia.

2. Dunia hanya mengenali dua pendekatan ideologi ekonomi, sama ada dalam satu negara atau antara negara, iaitu samada Liberal Kapitalisma atau Sosialisma.

3. Abad yang lalu kita menyaksikan keruntuhan ideologi sosialisma, sehingga kuasa besar yang mendukungnya paling ekstrem seperti China dan Rusia serta negara ikutannya melakukan pembaharuan kepada ekonomi bebas yang didukung oleh Liberal Kapitalisma.

4. Kini kita menyaksikan tanda-tanda kegagalan liberal kapitalisma dengan krisis ekonomi dunia yang kita juga ikut menumpang dan terpalit.

5. Diciptakan gagasan baru bernama TPPA, yang arkiteknya ialah Amerika, yang tidak boleh diberi keyakinan dapat menyelamatkan ekonomi dunia, bahkan menjadi salah satu punca masalah.

6. TPPA akan menjadi penyelamat kepada ekonomi Amerika dengan menjadikan peraturan perdagangan yang mereka tulis sebagai terma yang dipaksakan ke atas Negara anggota blok TPPA bagi membantu Amerika berdepan dengan perkembangan mendadak ekonomi negara besar China.

7. TPPA adalah gagasan perdagangan berkonsepkan Liberal Kapitalisma yang diketuai oleh barat yang pernah menjajah dengan gabungan kuasa ekonomi, politik dan ketenteraan yang pernah membawa penderitaan ke seluruh pelusuk dunia.

8. TPPA adalah pembaharuan daripada Syarikat Hindia British dan Belanda yang pernah menakluk rantau ini, menjajah tanahair, memperhambakan rakyat, dan mengangkut hasil buminya.

9. apabila merujuk kepada artikel 25.7 Perjanjian TPP menyebut negara anggota TPPA perlu lebih telus dan bertukar-tukar maklumat negara. Kita kena sedar ini satu bahaya besar terhadap keselamatan negara dan membuka ruang kepada ancaman kuasa asing.

10. TPPA akan membuka ruang kepada kuasa asing mencampuri urusan dalaman negara dan menjajah negara bermula dengan penguasaan ekonomi.

11. Perjanjian yang dimeteraikan oleh gagasan ini tetap berkonsepkan ekonomi bebas yang tidak beriman dan budiman, kerana konsep ekonomi bebas walau pun berpakat, tetap berpandukan siapa cepat dia dapat, di atas nama menggalakkan kemajuan ekonomi.

12. Pakatan ini, kita yang diajak, serta dengan draf perjanjian yang disediakan, bermakna kita berpijak di atas asas landasan yang dibina oleh mereka yang mengajak, dengan syarat-syarat dan tawaran yang mungkin sangat menarik hasilnya pada zahir. Tetapi dalam perlumbaan berkonsepkan liberalisma ekonomi, sudah tentu lapangannya lebih berpihak kepada  mereka.

13. kita akan mendapat limpahan ekonomi yang kaya raya dengan sebab menumpang, tetapi percayalah bahawa kita laksana kolam kecil yang membekalkan air untuk kolam tasik yang besar melaut , akan menjadikan air kita surut kering, kalau disedut, atau apabila dibuka tanpa sempadan air pasang tasiknya boleh menggelamkan kita sehingga mati lemas.

14. hasil analisa pihak Price Waterhouse Coopers (PWC), konsultan yang dilantik kerajaan bagi menjalankan kajian kos dan manfaat ekonomi terhadap Malaysia mendapati kesan TPPA kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tidaklah terlalu signifikan  –  hanya menyumbang kenaikan 1.1% KDNK dan kenaikan 0.9% eksport negara pada 2027, satu lonjakan yang sangat rendah dan tidak signifikan kepada ekonomi negara yang perlu berkembang pada kadar 5%-7% setahun.

15. Tiga sektor yang bakal mendapat kesan negatif adalah industri yang menghadapi persaingan yang lebih sengit pasca-TPPA seperti minyak & gas, minyak sawit, dan pembinaan, di mana sektor ini merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan dikuasai syarikat Bumiputera.

16. Tiga sektor yang bakal mendapat manfaat pasaran terbuka di bawah TPPA kelak adalah perniagaan yang berorientasikan eksport seperti tekstil, komponen automotif, dan elektrikal & elektronik, di mana sektor ini kebanyakannya dikuasai firma Amerika Syarikat dan Eropah. 

17. Kerisauan ini adalah berasas apabila meneliti perjanjian TPP yang menyebut tentang satu entiti Penyelesaian Pertikaian Negara-Pelabur (ISDS) akan memberi kesan dan membuka lebih ruang untuk Kerajaan Malaysia disaman dengan alasan “keadilan dan kesamarataan”.

18. Langkah-langkah perundangan yang terpaksa diakur oleh kerajaan Malaysia apabila TPPA dilaksanakan juga adalah bercanggah dengan prinsip perundangan antarabangsa yang sepatutnya bersifat sukarela dan atas dasar kontrak moral. Ditambah pula, ianya nanti akan dikawal oleh undang-undang perdagangan antara bangsa dan mahkamahnya adalah laksana sarang labah-labah.

CADANGAN ALTERNATIF

19. Adalah lebih berhikmah kita membina gagasan ‘Masyarakat Madani Global’ bersama negara serantau (Agenda 1-Asean) dan sesama negara Islam (Agenda 1-Ummah) dengan konsep kita yang adil dan saksama.

20. Kita bina kekuatan sendiri terlebih dahulu dengan sumber kita, kemudian boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja di seluruh pelusuk dunia, timur dan barat, bukan sahaja terikat dengan pintu TPPA bahkan lebih banyak pintu yang boleh dimasuki dan dibuka tanpa ikatan dengan sesiapa.

21. TPPA adalah ibarat menjadikan negara anggotanya laksana tongkat untuk berdepan dengan krisis ekonomi dan berdepan dengan gagasan kuasa besar ekonomi yang baru iaitu China, Rusia dan kumpulannya dalam gagasannya, bukan untuk berpakat secara saksama dan adil.

22. Sepatutnya kerajaan kita menunaikan yang wajib terlebih dahulu daripada sumber sendiri, iaitu mengolah hasil bumi kita dengan baik, dan bumiputera yang menjadi sumber manusia terbesar.

23. TPPA tidak mampu menjadikan sumber kita untuk kemajuan kita sendiri, tetapi lebih menjadi khadam atau abdi sekali lagi kepada pihak yang lebih besar dalan konsep ekonomi liberal ini.

24. Bersamalah kita selaku Ahli Dewan Rakyat yang bertanggungjawab ke atas kepentingan negara, menghalang sebarang bentuk campurtangan asing dalam menentukan urusan politik dan ekonomi tanahair.

25. Saya sangat yakin akan kemampuan kita untuk berdiri di atas kaki sendiri, dan begitu  optimis terhadap kebolehan yang ada di kalangan generasi muda negara

Sunday, January 24, 2016

Dah kena pecat, kena buat pertubuhan ulama baru ..... PANULAMAK ?

Dah kena pecat, kena buat pertubuhan ulama baru ..... PANULAMAK ?

Puak g18 hari tuuu bukan kena pecat pun , tuuuu pun depa buat parti baru !?

Ulamak PAN dipecat dari Kesatuan Uama Dunia

"...Syaikh Abd Ghani Shamsuddin, Timb. Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia Cawangan Asia Tenggara..."

----baca surat lengkap di bawah ini ----------

Pesanan dan Amanat Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi, SU Agung Kesatuan Ulama' Sedunia & Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah
Selesai mesyuarat Lembaga Syariah bersama Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi di sebelah pagi, saya telah meluangkan masa melawat Ibu Pejabat Kesatuan Ulama' Sedunia serta menziarahi beliau di rumahnya sebagai memenuhi jemputan peribadinya.

Alhamdulillah, banyak isu semasa yang melanda ummah yang beliau kongsikan kepada saya, berserta beberapa pesanan dan amanat agar saya menyampaikannya kepada mereka yang tidak hadir.

Beliau memulakan pesanannya dengan menyebut tuntutan syarak ke atas nasihat-menasihati antara sesama Muslim tanpa mengira darjat, yang seharusnya diamalkan dan dihidupkan. Setiap insan sentiasa memerlukan nasihat termasuklah ulama' sendiri, berdasarkan hadith Nabi SAW, "Agama itu (tertegak) dengan nasihat..."

Khusus buat umat Islam di Malaysia, beliau berpesan agar bersungguh-sungguh dalam memelihara aqidah ahli sunnah wa al-jama'ah dan berwaspada terhadap segala ancaman Syiah. Beliau memberikan iktibar terhadap gerakan penghapusan etnik ahli sunnah yang sedang berlangsung dengan giatnya hari ini di Iraq dan Syria serta segala ketidakstabilan politik yang berlaku di lain-lain negara Teluk hari ini merupakan konspirasi puak Syiah yang berpusat di Tehran. Mereka dikatakan mempunyai perancangan yang penuh rapi lagi strategik dalam merealisasikan misi Syiahnisasi dan Iranisasi. Menurutnya, puak Syiah sanggup berbuat apa sahaja bahkan bekerjasama dengan kuffar demi memerangi ahli sunnah. Tambah beliau lagi, Syiah kini sudah mula melebar luaskan pengaruhnya di Afrika bahkan di Indonesia. Menurut beliau, salah sebuah parti politik di Indonesia hari ini telah dipimpin oleh para penganut Syiah dan kini menganggotai dewan permesyuaratan rakyat.

Justeru beliau memberikan peringatan kepada umat Islam di Malaysia agar jangan sesekali memberi ruang, peluang dan kuasa kepada mana-mana politikus yang disyaki cenderung kepada fahaman Syiah (tasyayyu') kerana mereka amat 'berbahaya'. Bersabit isu Syiah ini juga, beliau menyatakan bahawa Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia) sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah buku khusus berhubung penyelewengan fahaman Syiah. (Saya terlupa judul buku yang dinyatakannya)

Pesanan beliau yang kedua ialah agar umat Islam bersungguh-sungguh dalam menerapkan nilai-nilai Islam di dalam segenap aspek kehidupan, baik politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya.

Berhubung isu-isu politik terkini di Malaysia, beliau ada menyatakan kepada saya bahawa nama beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah diputarbelit kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah memberikan sokongan dan pengiktirafan (mewakili Kesatuan Ulama' Sedunia) ke atas penubuhan  sebuah parti politik baru di Malaysia.

Ini bermula melalui program ziarah delegasi parti politik berkenaan ke rumahnya dan salah seorang dari delegasi tersebut telah bergambar kenangan dengannya. Syaikh Ali telah mensyaratkan padanya agar tidak mendedahkan foto tersebut kepada umum kerana khuatir seandainya pertemuan tersebut disalah anggap dan diputarbelit oleh pihak-pihak tertentu. Malangnya, pemimpin tersebut telah berbuat 'khianat' dengan mendedahkannya kepada umum, lalu diada-adakan cerita kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang mewakili Kesatuan Ulama' Sedunia telah memberikan pengiktirafan ke atas penubuhan parti tersebut!

Menurut beliau, Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi enggan bertemu dengan delegasi parti politik baru dari Malaysia itu biarpun telah dimohon. Sehubungan dengan itu juga, Syaikh Ali meminta saya memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia bahawa Syaikh Abd Ghani Shamsuddin, Timb. Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia Cawangan Asia Tenggara atas faktor-faktor tertentu.

Syaikh Ali menegaskan bahawa pendirian beliau ini adalah persis sebagaimana pendirian Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi serta pendirian rasmi Kesatuan Ulama' Sedunia.

Sebelum pulang, Syaikh Ali telah menghadiahkan saya sebuah buku terbaru beliau yang baru diterbitkan dalam bulan ini berjudul, "Ijarah al-A'yan wa Tatbiqatuha al-Mu'asirah: al-Ijarah al-Muntahiyyah bi al-Tamlik wa Sukuk al-Ijarah", berserta dua lagi buku beliau yang masing-masing berjudul "Hukm al-Istithmar fi al-Islam" dan "Ahkam al-Mabit fi Ayyam al-Tashriq".

Sesungguhnya coretan ini adalah benar dan ianya merupakan amanat beliau kepada saya untuk disampaikan.

Wan Norhaziki Wan Halim
19/01/2016; 2:51 AM
Doha

Hassan Nasrullat adalah Pemimpin Syiah Hizbusyaiton di Lubnan, Beliau juga telah menghantar tentera-tenteranya untuk membantu Regim Syiah Bashar Assad,

Tahukah anda?

Hassan Nasrullat adalah Pemimpin Syiah Hizbusyaiton di Lubnan, Beliau juga telah menghantar tentera-tenteranya untuk membantu Regim Syiah Bashar Assad, dan mereka telah membunuh ramai umat Islam di Syria, peperangan Hizbusyaitan dengan israel zionist sebelum ini adalah Palsu dan Lakonan semata mata, tujuannya adalah untuk membunuh ahlussunah di Lubnan dan merampas kawasan ahlussunah di Lubnan serta menjadikan sebahagian besar kawasan di Lubnan sebagai kawasan yang dikuasai oleh Syiah

Macam lah tidak ada Tokoh dan pejuang Islam untuk dibanggakan, orang yang menganut ajaran melaknat Sahabat Nabi dan Isteri Nabi juga disanjung dan dibanggakannya, Kalau orang seperti ini jadi Pemerintah, Nescaya akan terbuka luas pintu pintu untuk Syiah masuk ke Negara kita, dan kemudian Malaysia akan jadi sebuah negara SYIAH..Sedarlahh

https://m.facebook.com/groups/632861770150882?view=permalink&id=669566946480364

Mohon JAKIM campurtangan ambik tindakan pada buku terjemahan Akyol iaitu "Islam without Extremes: A Muslim case for Liberty

Saya bantah segala usaha nak suburkan liberalisme. Mohon JAKIM campurtangan ambik tindakan pada buku terjemahan Akyol iaitu "Islam without Extremes: A Muslim case for Liberty" yang katanya telah dirasmikan Nurul Izzah dari PKR seperti yang dilaporkan TMI.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10205281897679149&id=1598484094

Saturday, January 23, 2016

kenyataan penuh TGHA, Penyokong-penyokong PAS diminta tidak menyertai sebarang aktiviti demonstrasi jalanan sehingga melibatkan pergaduhan dengan pihak berkuasa

Ini ucapan TGHH tentang Demontrasi yang salah ertikan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.

kenyataan penuh TGHA, Penyokong-penyokong PAS diminta tidak menyertai sebarang aktiviti demonstrasi jalanan sehingga melibatkan pergaduhan dengan pihak berkuasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka tidak seharusnya dipergunakan untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab sedangkan mereka hanya memerhati tanpa melibatkan diri dengan aktiviti tersebut.

Beliau yang baru mengekalkan kerusi Presiden PAS selepas menewaskan kumpulan profesional daripada PAS berkata segala permasalahan politik yang sedang melanda negara ini seharusnya diselesaikan mengikut lunas dan syariat Islam.
“Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati.

“Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab),” katanya semasa berucap di Perhimpunan Pihak 4.0 di Kuala Lumpur, Ahad malam.
Jelas Abdul Hadi lagi, demonstrasi jalanan akan mengundang keganasan sekiranya dibiarkan apatah lagi jika terdapat pihak yang membuat provokasi.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas mengenai perhimpunan haram yang diadakan di hadapan Pusat Membeli-belah Sogo pada Sabtu lalu yang menyaksikan 29 orang ditangkap pihak berkuasa.
Pemimpin profesional PAS, Mohamad Sabu yang tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini meminta penyokong-penyokongnya menyertai perhimpunan BERSIH untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Beliau yang kini mengetuai Gerakan Harapan Baru (GHB) berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak sebuah kerajaan peralihan ditubuhkan untuk mentadbir negara sehingga diadakan pilihan raya bebas demi menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran.

Perhimpunan BERSIH dirancang diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
.................

~ Korang tolong baca & hadamkan baik² baru komen.. Bukan baca sekerat lpas tu balun semacam.

Friday, January 22, 2016

A White Male so called English Gentleman riding on the back of a poor bengali woman

The 1930’s in West Bengal India … A White Male so called English Gentleman riding on the back of a poor bengali woman … These are the very same people who are teaching the world about women’s rights, respect and feminism … while Islam through our Beloved Prophet ﷺ gave women their rights 1400 years ago

KRISMAS ADALAH PEMBOHONGAN SEJARAH

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK

KRISMAS ADALAH PEMBOHONGAN SEJARAH

Seluruh kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi terdahulu, walaupun telah dipinda dengan tangan-tangan manusia, ia masih mengandungi beberapa isi yang menunjukkan tentang kedatangan Nabi Akhir zaman.
Hakikat inilah yang menyebabkan seorang bekas paderi kristian bernama Ibrahim Khalil Philips dari Mesir, mengkaji kitab-kitab samawi Injil, Taurat termasuk al-Quran, akhirnya beliau dipancari taufik hidayah dari Allah lalu memeluk Islam.
Begitu juga seorang lagi paderi kristian ortodoks, juga daripada Mesir apabila mengkaji firman Allah dari surah at-Tiin ayat Wattiin wazzaitun, Wa turi siiniin, Wa hazal baladil amin yang bermaksud demi buah zaitun dan tin, demi bukit Tursina dan demi bumi yang aman. Tin dan zaitun itu merujuk kepada tempat asal tumbuhan tersebut iaitu bumi Palestin, tempat lahirnya Nabi Isa, yang diagungkan Kristian. Tursina pula adalah bukit tempat munajat Nabi Musa yang diagungkan orang Yahudi. Manakala 'bumi aman ini' adalah mekah, tempat turunnya ayat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW.
Setelah mengkaji tentang sumpah-sumpah Alla itu, rupanya ketiga agama ini ada kaitan antara satu sama lain, iaitu semuanya adalah Islam yang dari Allah, lalu beliau memeluk Islam. Nabi-nabi itu semuanya membawa ajaran tauhid yang sama.
Telah ramai bekas-bekas paderi yang mengkaji penyelewengan agama kristian dan menjumpai kebenaran agama Islam. Antaranya juga ketika mengkaji sambutan perayaan krismas yang didakwa pada 25 Disember. Sebahagian mereka ada yang menyatakan pada 1Januari. Mereka beriman bahawa Nabi Isa dilahirkan pada tarikh-tarikh krismas tersebut.
Didalam al-Quran, tuhan menyebutkan kisah yang berbeza. Ketika Siti Maryam ingin melahirkan Nabi Isa, beliau menggoncang pohon kurma sehingga gugur rutab darinya. Buah rutab ini hanya tumbuh di musim panas sahaja, sedangkan tarikh Disember dan Januari yang didakwa masyarakat kristian hari ini adalah tempoh musim sejuk. Musim panas adalah sekitar bulan Jun.
Sebenarnya, orang-orang Kristian meminda ajaran asal Nabi Isa mengikut tempat dan cara orang mereka. Orang-orang rom di barat yang percaya kepada agama falsafah keberhalaan, menjadikan agama kristian turut memiliki berhala Isa, Maryam dan Malaikat di dalam gerejanya. Bahkan, rupa Nabi Isa juga diukir mengikut rupa paras orang barat. Orang kristian di Afrika pula, mencipta imej Nabi Isa hitam seperti mereka sedangkan Nabi Isa adalah berketurunan Bani Israel dari Asia Barat.
Walaubagaimanapun, masih terdapat orang-orang Kristian yang ikhlas mencari kebenaran seperti Raja Najasyi di Habsyah. Apabila beliau mendengar ayat-ayat al-Quran yang disampaikan oleh rombongan Jaafar Abu Talib, beliau menangis kerana mengetahui benarnya kandungan al-Quran dan akhirnya beliau menerima Islam. Bahkan beliau sanggup berjuang mempertahankan kebenaran apabila sebahagian rakyatnya yang kristian memberontak kerana menukar agama kepada Islam.
Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَىٰ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
[Ali Imran:83]

(Alang Ibn Shukrimun)

Thursday, January 21, 2016

Saya terkilan dengan pak imam masjid bandar baru pokok sena kedah

Saya terkilan dengan pak imam masjid bandar baru pokok sena kedah

Dia halau pelajar tahfeez yg terdiri dari anak anak yatim, anak anak kemboja dan anak anak org miskin dari masjid berkenaan
Tahfeez kat situ bukan duduk percuma. Depa bayar api air dan.

Padahal pak imam tak bayar apa pun. Rumah pun percuma ... ditambah pula dia ambik rumah satu lagi rumah di sebelah rumah dia untuk anak anak dia balik sekali sekala ! percuma !

Dia ni pengikut tabligh !

Kita sering dengar bhw jamaah tabligh mendidik akhlaq islam, usaha atas iman dan  takwa !
Nampaknya semua tu pembohongan yg nyata !

Puluhan tahun ikut jamaah tabligh !
TAK ADA APA ! Kosong 

Yg kita tahu dia ni penyokong umno !

Usaha atas iman dan taqwa .... tapi penyokong tegar toghut dan pembenci syiar dan tunjang islam !

Patutlah ada geng tabligh kena halau dari masjid .....

Majoriti mereka penyokong  UMNO atau tidak berpolitik !

Mereka tak ambil tahu hal hal politik !

Jahil agama !

Mereka tak tahu yg politik , parti politik yg memerintahlah yg mencatur agama negara dan agama rakyat !

Minggu ini terlalu banyak 'kebetulan' yang berlaku di dalam politik.

Kebetulan?

Minggu ini terlalu banyak 'kebetulan' yang berlaku di dalam politik.

Kebetulan 1:

Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada SPRM selepas laporan Sarawak Report bahawa SPRM telah selesai menyiasat skandal yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kebetulan juga SPRM membuat penafian terhadap laporan Sarawak Report bahawa badan penyiasat itu telah kononnya mengemukakan 37 syor dakwaan berasingan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan kes SRC International. Cuma tidak pasti, SPRM menafikan ada pendakwaan terhadap Najib atau menafikan angka '37' sebagai tidak tepat.

Cuma apakah waktu laporan Sarawak Report menyatakan SPRM telah menghantar kertas siasatan kepada  Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertembung dengan kenyataan Peguam Negara memulangkan kertas siasatan SPRM cuma satu kebetulan atau pengesahan kepada apa yang sedang berlaku di belakang takbir?

Kebetulan 2:

Umumnya apabila sesuatu yang hangat berlaku, taktik mengalihkan perhatian akan digunakan.

Kebetulan pada waktu ini, Umno Kedah sebulat suara mengalihkan perhatian media daripada tindak-tanduk Peguam Negara, SPRM dan juga kebisuan Najib terhadap masa depan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.

Krisis kepimpinan Kedah tetiba menjadi sajian utama semua media.

Jika dibandingkan dengan peralihan Menteri Besar Terengganu, yang mengalihkan perhatian media ialah mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bukannya seluruh Umno Terengganu. Ini cukup berbeza dengan apa yang berlaku dengan Umno Kedah yang perlu menggunakan media untuk membuat rayuan terbuka terhadap sesuatu isu yang boleh dianggap masalah dalaman parti.

Apakah ini juga satu 'kebetulan' atau taktik mengalihkan perhatian?

Kebetulan 3:

Krisis politik Kedah ini juga muncul sebelum satu perhimpunan raksasa menentang TPPA yang bakal diadakan Sabtu ini. Perhimpunan ini adalah peluang terakhir bagi rakyat menyatakan bantahan terhadap TPPA sebelum para ahli parlimen BN meluluskan kebenaran untuk kerajaan menandatangani TPPA minggu depan dalam keadaan PM masih disiasat SPRM dan ekonomi negara dalam keadaan tenat akibat kejatuhan harga minyak.

Ini betul-betul satu kebetulan. Kalau hendak disimpulkan, krisis politik di Kedah ini bagaikan satu batu yang membunuh dua ekor burung.

Kebetulan 4:

Selepas mengumumkan kadar GST tidak dinaikkan tetiba sistem AES diumumkan akan dihidupkan kembali pada bulan Mac ini. Kalau duit rakyat tak cukup dihisap oleh GST, bolehlah guna penghisap AES. Kalau ini bukan kebetulan, ini memang satu strategi yang licik.

Apapun, dalam kes siasatan SPRM terhadap PM, PAS menasihatkan Peguam Negara - janganlah sesekali menjadi hakim terhadap penemuan SPRM.

Betul, jika kes ini dibawa ke mahkamah Peguam Negaralah yang akan bertindak mewakili kerajaan akhirnya untuk bertempur dengan peguam defendan PM di mahkamah. Tugas mewakili kerajaan adalah sejajar dengan nama Peguam 'Negara'. Peguam Negara bukan Peguam PM.

Janganlah kerana itu, Peguam Negara pula kebetulan menjadi hakim sendiri sebelum kes tersebut didengar hakim mahkamah yang sepatutnya. Biarlah hakim mahkamah dan PM sendiri membersihkan namanya di mahkamah. Hanya dengan cara itu, persepsi buruk terhadap PM di kalangan rakyat mungkin dapat diselamatkan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
21 Januari 2016