Saya sebenarnya terkejut, apabila Eric Paulsen yang merupakan individu yang sangat terkenal dengan imejnya yang membenci Islam, dan pernah mengeluarkan kenyataan bersifat rasis dan ektremis baru-baru ini dilantik oleh kerajaan di bawah pemerintahan Perikatan Nasional ke dalam Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) yang baru sahaja dibentuk.
Apabila difikirkan semula, tidaklah terlalu hairan kerana Menteri Komunikasi sekarang adalah Datuk Saifuddin Abdullah, yang merupakan bekas Menteri Luar ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan dahulu. Saifuddin telah melantik beliau sebagai wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR). Ketika ini, saya masih ingat lagi apabila parti-parti pembangkang ketika itu mengecam beliau dengan sangat teruk tetapi lain pula nadanya sekarang. Tidak salah pun untuk bangkit bersuara.
Sekarang ini, Eric Paulsen masih lagi wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), dan dimasukkannya lagi ke dalam agensi di bawah Kementerian Komunikasi. Apa istimewanya sangat Eric Paulsen ini? Apakah kepentingan atau 'jasa' Eric Paulsen kepada Datuk Saifuddin Abdullah?
Jangan lupa bahawa Saifuddin Abdullah adalah antara mereka yang terkuat menyokong ratifikasi ICERD bagi pihak Pakatan Harapan dahulu. Jangan pernah kita lupa akan fakta ini.
Isu yang paling popular, Eric Paulsen pernah menuduh JAKIM menyebarkan fahaman ekstremis melalui khutbah Jumaat. Mana sensitiviti kita sebagai umat Islam jika kita membiarkan orang yang kuat memfitnah sebegini diberikan ruang di dalam kerajaan?
Banyak lagi keceluparan Eric Paulsen, yang kebanyakkannya di Twitter beliau. Antaranya ialah:
1) Golongan ulama adalah seperti raja/Tuhan, tidak boleh dikritik.”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/552345288359550976?s=20)
2) “Zakir Naik’s presence in Malaysia ‘a sign of top-level support for hard-line Islam”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/926062637879660544?s=20)
3) “Lagi agamawan menjaja agama” (merujuk kepada Malam Cinta Rasul di Dataran Merdeka)
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/549586009961140224?s=20)
4) “Ada majlis di tempat terbuka (dan) nampak nak hujan. Jadi penganjur doa agar tak hujan. Tak lama pun hujan. Jadi penganjur kata rahmat Tuhan. Kisah benar.”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/548827306806886403?s=20)
5) “Cara Pas Kelantan cakap macam tak ada benda lain dalam dunia/akhirat kecuali hudud. Isu-isu kebajikan, ekonomi, sosial dan keselamatan masyarakat?”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/547599877337649152?s=20)
"6) We won't get anywhere if we shut down discussion & debate by citing respect Islam, Sultan etc. Everyone has a stake in Msia"
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/528767645122695169?s=20)
7) “...Ia (hudud) tak berperlembagaan, zalim (dan) tak sesuai dengan zaman moden.”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/544095691329376256?s=20)
8) "Pas is sex obsessed. Is that what hudud or Islam is all about?"
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/544695970236084224?s=20)
9) "Tolong tonton 'Girls of Taliban' di Al Jazeera untuk lihat bagaimana Ekstrimisme 'Islam' dibiakkan di madrasah-madrasah. Malaysia mesti ambil perhatian"
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/548003772266340353?s=20)
10) "Tak fahamlah pihak berkuasa Islam ni - semuanya tak boleh, takut pencerahan, ilmu & pendapat berbeza."
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/534907926540869632?s=20)
Banyak lagi isu lain yang boleh saya senaraikan, tetapi saya rasa mesej saya adalah jelas bahawa Eric Paulsen bukanlah orang yang sesuai diberikan ruang dalam kerajaan.
Saya harap agar pihak kerajaan dapat meneliti semula perlantikan ini dan dapat lebih teliti pada lantikan-lantikan yang akan datang dan sedia ada. Apa gunanya apabila Pakatan Harapan jatuh, 'tangan-tangan' halus sebegini masih menyusup dalam kerajaan?
Jangan kita rasa selesa dengan alasan kerajaan (Perikatan Nasional) ini adalah majoriti wakil rakyatnya beragama Islam, maka kita membenarkan sahaja apa yang dilakukan oleh mereka. 'Check and balance' dalam isu-isu melibatkan Islam perlu datang dari rakyat yang juga digerakkan oleh NGO-NGO Islam (kami). Takkanlah kita harapkan pembangkang (Pakatan Harapan) pula menjadi 'check and balance' dalam isu-isu Islam?
Kita perlu cakna. Jangan leka.
Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Pengerusi koalisi NGO-NGO Pembela Islam (PEMBELA)
13 Jun 2020
___
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/519728/eric-paulsen-wakil-baharu-malaysia-ke-aichr
https://ismaweb.net/2020/06/12/desak-tarik-balik-lantikan-eric-paulsen-anti-islam-sebagai-ahli-mpkm/
https://www.sinarharian.com.my/article/7632/BERITA/Nasional/Apa-motif-Saifuddin-pilih-Eric-Paulsen-wakili-Malaysia-ke-AICHR-Nasrudin
http://www.themalaysiantimes.com.my/paulsen-arrested-for-claiming-jakim-promoting-extremism/
https://www.bharian.com.my/node/134033