Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, June 11, 2020

Orang yang masuk PAS ada banyak sebab

Almarhum Ustaz Hassan Shukri pernah sebut kepada saya.

Orang yang masuk PAS ada banyak sebab;

1. Ada yang masuk PAS kerana ikut orang. Bila orang yang dia ikut dah tak ada, maka larilah dia.

2. Ada yang masuk PAS kerana nak marah kepada parti asal dia. Sejuk rasa nak marah, dia balik semula kepada parti asal.

3. Ada yang masuk PAS kerana berharap nak dapat jawatan dan kedudukan. Dengan jawatan dan kedudukan, harapnya boleh dapat habuan dunia. Tak dapat apa yang dia harapkan, maka dia pun  pergi.

4. Ada yang masuk PAS kerana semangat membara. Bila bara dah padam dan sejuk, dia pun keluar PAS.

5. Ada yang masuk PAS dengan cita-cita nak menguasai PAS. Bila kalah mereka lari.

6. Ada yang masuk PAS kerana faham. Golongan inilah yang akan kekal walau berdepan dengan apa saja ujian dan cabaran.

Saudara perhatikan bagaimana orang-orang yang lari dari PAS. Mereka akan termasuk dalam salah satu atau lebih dari lima senarai teratas. Yang keenam akan terus istiqamah dgn perjungan.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
18 September 2017

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej