Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, August 26, 2020

Perbuatan dosa mmg satu aib yg wajib disembunyikan...tapi kena tengok laaa yang jenis macam mana... kalau mabuk kat tempat yg orang boleh nampak atau diri sendiri tak sembunyikan perbuatan dosa dibuatnya, lepas tu kena tangkap pulak...tu bukan termasuk aib dah...itu termasuk dalam perbuatan jenayah....nasib baik lah kena tangkap...bagaimana kalau dia memandu masa mabuk dan langgar orang mati, nak kena tutup jugak ka???...aib jugak kah itu???.... Lain lah kalau dia togok arak dalam rumah dia sendiri, dia sorang2 mabuk...dia usaha sembunyikan drp pengetahuan orang...itu baru namanya aib yang wajib ditutup oleh sesiapa jua yg ketahuinya... Kena kat anak cucu pemimpin maksum depa, kemain lagi bawak mai hadis...tapi sendiri tak paham maksud...puak2 ni hanya guna dalil utk kepentingan depa saja...tu bukan penunggang agama dah, tp namanya pelacur agama...tp dok tuduh orang lain lah sebagai penunggang agama...walhal depa sendiri tak paham agama, kemudian mempergunakan agama utk kepentingan dunia...bukan guna dunia utk kepentingan agama alfaqir ilallah ppk 8 Muharram 1442H 26 Ogos 2020

Perbuatan dosa mmg satu aib yg wajib disembunyikan...tapi kena tengok laaa yang jenis macam mana...

kalau mabuk kat tempat yg orang boleh nampak atau diri sendiri tak sembunyikan perbuatan dosa dibuatnya, lepas tu kena tangkap pulak...tu bukan termasuk aib dah...itu termasuk dalam perbuatan jenayah....nasib baik lah kena tangkap...bagaimana kalau dia memandu masa mabuk dan langgar orang mati, nak kena tutup jugak ka???...aib jugak kah itu???....

Lain lah kalau dia togok arak dalam rumah dia sendiri, dia sorang2 mabuk...dia usaha sembunyikan drp pengetahuan orang...itu baru namanya aib yang wajib ditutup oleh sesiapa jua yg ketahuinya...

Kena kat anak cucu pemimpin maksum depa, kemain lagi bawak mai hadis...tapi sendiri tak paham maksud...puak2 ni hanya guna dalil utk kepentingan depa saja...tu bukan penunggang agama dah, tp namanya pelacur agama...tp dok tuduh orang lain lah sebagai penunggang agama...walhal depa sendiri tak paham agama, kemudian mempergunakan agama utk kepentingan dunia...bukan guna dunia utk kepentingan agama...

alfaqir ilallah ppk
8 Muharram 1442H
26 Ogos 2020kena tengok laaa yang jenis macam mana...

26 Ogos 2020

Monday, August 24, 2020

Download youtube

www.youtube-video-downloader.xyz

Sunday, August 23, 2020

Cerita menteri tak kuarantin dibessar-besarkan bukan kerana langgar SOP sangat

Cerita menteri tak kuarantin dibessar-besarkan bukan kerana langgar SOP sangat. Kalau SOP yang jadi isu mcam-macam SOP yang pemimpin PH langgar dari 9 Mei 2018 sampai 24 Februari, 2020. Dari manifesto sampailah mencabar PKP,, semua pemimpin PH ada lakukan. Ada macai kisah?

Ingat pemimpin_pemimpin dan macai-macai PH setuju sangat dengan PKP? Tengok dan ingat apa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PH seperti Lim Guan Eng. Kita jangan lupa macam mana Khalid Samad merayau di pusat beli belah Shah Alam di peringkat awal PKP dulu.

Isu sebenarnya adalah Dr Khairuddin itu mewakili apa. Parti yang diwakili itulah yang sedang mereka serang. Oleh kerana beliau adalah AJK PAS pusat, ahli MSU dan lebih penting lagi menteri dari parti yang diwakilinya maka kegagalan mematuhi SOP itu dibesar-besarkan.

Lagi pun siapa yang mula bangkitkan isu itu? 7 Julai Dr Khairuddin balik dari Turki, kenapa 18 Ogos 2020 baru Miss Kok dedahkan? Sepanjang tempoh sebulan itu ada atau tidak yang terjangkit dari Dr Khairuddin?

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun keluarkan kenyataan, YB menteri sendiri pun sudah buat kenyataan akhbar, paercayalah macai-macai tak puas hati lagi. Mereka akan terus main isu ini. Jum kita berhenti melayan permainan mereka kecuali bertindak untuk memberi penerangan kepada khalayak yang bukan macai.

*** sebenarnya anak2 khanzir nk supaya DAP kembali berkuasa***

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217493848558736&id=1251877796

https://www.facebook.com/shares/view?id=10217488376021926&overlay=1&notif_id=1598153963792181&notif_t=story_reshare&ref=notif

Rakyat Malaysia Kasihanilah kami Peneroka Sawit

Rakyat Malaysia, Kasihanilah kami Peneroka Sawit

Sejak dua minggu lepas kita bergaduh pasal Menteri yang jaga sawit pasal tak ikut kuarantin, ada yang kecam, ada yang kecam dan puji, ada juga yang minta letak jawatan.

Kalau Menteri salah, kami pun setuju dia dikenakan hukuman, tapi sampai minta letak jawatan atau dipecat itu satu tindakan politik yang penuh dendam dan taksub.

Langsung tak fikir nasib kami yang berada di bawah, sudah penat kami menderita dengan macam-macam karenah ahli politik atau menetri yang jaga sawit sebelum ini.

Kami tak sanggup lagi ada pertukaran polisi bila dapat Menteri baru, pendapatan kami macam mana bila harga sawit tak menentu?

Sebelum ni kami dapat RM900 sebelum, kami ni ramai anak, nak bagi makan apa dengan RM900, makan megi sekali sehari boleh la, nak bayar bil api air, nak bayar yuran sekolah, korang ada fikir tak pasal kami.

Dengan RM900 hendak makan apa? Itu belum lagi pelbagai bil yang mesti diselesaikan. Peneroka di Felda dulu betul-betul resah. Tapi sekarang alhadmulilha, hari demi hari harga sawit naik.

Harga sawit dulu RM 270 satu tan, sekarang RM2,800 satu tan, korang fikir dan nilai lah sendiri

Cukuplah hanya sibuk berpolitik tanpa rasa kesan, kami orang yang selalu main dengan sawit. Kami bukan nak bodek Menteri, tapi korang sendiri boleh lihat ada yang Menteri sekaerang dah buat dengan harga sawit.

Dulu RM900 kami dapat, sekarang lebih sekali ganda kami dapat, bolehlah hidup selesa sikit kalau nak banding dengan yang sebelum-sebelum ni.

Ada yang sampai dapat RM3,000, syukur boleh beli kelengkapan baru kat keluarga.

Tapi korang nak suruh Menteri letak jawatan, korang fikir kami tak? Padahal korang takde kaitan pun, duk sibuk suruh letak jawatan sebab nafsu politik gila korang, bukan sebab rakyat sangat!

Ibrahim Long
Peneroka felda Generasi ke-2
Felda Padang Piol, Jerantut.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217489589492262&id=1251877796

Saturday, August 22, 2020

CARA GENG MUNAFIQ BERPOLITIK MENGUKUHKAN ORANG KAFIR

*SIRI 8/50: CARA GENG MUNAFIQ BERPOLITIK MENGUKUHKAN ORANG KAFIR*

Sifat munafiq bukan sekadar suka berbohong, tidak tepati janji dan khianat. Tetapi sikap itu timbul hasil dari kebencian terhadap Islam dan suka kepada kekufuran. Oleh itu, penglibatan geng Abdullah bin Ubai dalam politik pada zaman Rasulullah bertujuan mengukuhkan orang Yahudi dalam menentang Islam.

Antara contoh tindakan munafiq ialah:

🚩Menghasut orang Islam balik dari perang Uhud. 300 orang berjaya dihasut. Surah Ali Imran: 112.

🚩Memberi janji untuk membantu Yahudi Bani Nadhir memerangi Rasulullah. Surah al-Hashr: 12.

🚩Membela kesalahan orang Yahudi dan meminta supaya hukuman terhadap mereka ditarik balik. Dalam kisah Bani Qaynuqa dan Bani Nadhir.

🚩 Tidak mahu bersusah untuk agama. Tidak bekerjasama mempertahankan Madinah walaupun diserang oleh tentera Ahzab. Sebaliknya bersubahat dengan Bani Qurayzah menikam orang Islam dari belakang.

🚩Memandang sinis terhadap usaha orang Islam dan mengutuk di belakang. Surah Muhammad: 16.

🚩Mengeksploit nama Islam bagi tujuan kejahatan dan kepentingan politik untuk memecah belah umat Islam seperti membina masjid tetapi dengan tujuan jahat. Surah at-Taubah : 107

Mudahan Allah selamatkan kita dari sikap politik seperti ini.

Dr. Muhamad Faisal

#Liberalisme
#50SoalJawab
#SoalJawabLiberalisme

Friday, August 21, 2020

TABAYYUN DALAM PENERIMAAN DAN PENYAMPAIAN BERITA

TABAYYUN DALAM PENERIMAAN DAN PENYAMPAIAN BERITA

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3485-bayan-linnas-siri-ke-184-tabayyun-dalam-penerimaan-dan-penyampaian-berita

Sunday, August 16, 2020

Ingati Sejarah Pejuang Dulu

*Ingati Sejarah Pejuang Dulu*

*60 komando vs. 400 komunis (komando menang).*

🔸Operasi Gubir 2 (20 April - 3 Mei 1976) GB GB

Susulan kepada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil keputusan untuk melancarkan serangan balas terhadap musuh di sebuah kawasan yang disyaki kubu kuat mereka.

Dianggarkan 400 anggota pengganas berkubu di situ berserta dengan 3,600 jerangkap samar yang telah dipasang sekitarnya.

Operasi dirancang berdasarkan maklumat SEP (Surrendered Enemy Personnel) yang dikenali sebagai Abdullah. Dia mengatakan yang dia telah dilatih di sebuah kem di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Thailand.

Kem tersebut mampu menempatkan beberapa ratus pengganas komunis dan dilengkapi dengan generator elektrik dan juga mesin cetak. Bagaimanapun dia tidak dapat memastikan lokasi kem tersebut dengan tepat.

Seorang pegawai tentera mengatakan dia pernah nampak kawasan kebun sayur seperti yang dikatakan oleh Abdullah dan mahu beliau mengikutnya untuk mengecam kawasan tersebut.

Bagaimanapun Abdullah enggan kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk melakukan tinjauan dari udara.

🔸 Formasi yang terlibat adalah seperti berikut :

1️⃣ Markas 2 Divisyen Infantri - Mej. Jen Dato' Mahmood Sulaiman

2️⃣ Markas 6 Briged Infantri - Brig. Jen. Dato' Arul Pragasam

3️⃣ Rejimen Gerak Khas Malaysia (1 RGKM) - Lt. Kol Hasbullah Bon

4️⃣ Markas Jurutera 2 Divisyen - Lt. Kol Mei York Chee

5️⃣ No. 3 Skuadron Jurutera - Mej. Akhbar Khan

6️⃣ Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

🔶 Kekuatan Pasukan Penggempur - X Skuadron, 1 RGKM (60 sukarela)

a. Ketua Skuadron - Kapt. Sudirman Haji Ahmad

b. Ketua Terup - Lt. Aziz Rashid & Lt. Azizan

c. Anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) - 57 orang

🔶 Kekuatan Detasmen Jurutera - Gabungan 1 & 2 Terup, 3 Skuadron Jurutera

a. Ketua - Lt. M Basri (23 April hingga 25 April 1976) diambilalih Lt. M Mior Safian

b. LLP - 18 anggota

Tugasan Utama Jurutera - membantu pasukan komando RGK

a. membina tempat mendarat helikopter

b. membersihkan jerangkap samar

🔶 Serangan Udara

Pada 16 April 1976, jet-jet CL-41G Tebuan dari No.6 Skuadron dan F5E Tiger II dari No.12 Skuadron TUDM telah terlibat dalam melakukan serangan udara.

Beberapa jet Tebuan dilengkapi dengan minigun dan roket manakala sebahagian lagi membawa bom-bom 500 lbs.

Helikopter Allouette bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk menandakan sasaran.

Serangan pertama tidak memberi banyak kesan kerana kawasan hutan tebal cukup memberi perlindungan kepada sasaran.

Bagaimanapun serangan bertubi-tubi itu akhirnya berjaya membuatkan sebahagian besar pengganas komunis berundur ke sempadan Thailand melalui terowong khas yang telah mereka bina.

Laporan yang diterima keesokkannya menunjukkan terdapat kesan-kesan darah dikawasan sasaran.

🔶 Pendaratan Pasukan Penggempur.

Percubaan pertama gagal kerana mereka diserang terlebih dahulu oleh penganas komunis. Percubaan kali ke-2 diiringi oleh helikopter gunship Allouette.

Anggota-anggota komando Gerakhas (RGK) menggunakan 3 buah helikopter Nuri untuk masuk ke kawasan sasaran.

Ini adalah satu-satunya cara 'insertion' kerana kawasan sekitar telah dipasang banyak jerangkap samar.

Helikopter ke-2 mula-mula menurunkan anggota, bagaimanapun teknik rapelling tidak dapat dilakukan kerana tali tersangkut dipokok.

Kaedah winching (menggunakan kabel yang dijana mesin) kemudian digunakan.

Bagaimanapun, kedatangan mereka disedari oleh pasukan musuh. Pengganas komunis menembak helikopter dengan pelancar grened M79 tetapi tersasar mengenai pokok.

Pertempuran berlangsung selama kira-kira setengan jam. Kedudukan tersebut akhirnya berjaya ditawan oleh RGK tetapi memakan korban dengan 11 anggota RGK terbunuh, manakala 22 pengganas komunis dapat dibunuh.

Mereka meneruskan pembersihan jerangkap samar di kawasan laluan dan menyediakan Landing Point (LP) untuk pendaratan anggota jurutera yang akan meneruskan kerja-kerja memusnahkan jerangkap samar serta membuat penyiasatan dan kajian lanjut keatas terowong yang ditemui.

Dalam proses pengeledahan dan pembersihan 3 anggota cedera RGK telah tercedera terkena jerangkap samar, mereka ialah:

1️⃣ Sarjan Ahmad Jantan - cedera parah di kaki

2️⃣ Truper Yaacob Hassan - cedera parah di kaki

3️⃣ Truper Hussin Mahbeb - cedera parah di tangan

🔶 Pembersihan Dalam Terowong

Pembersihan di dalam terowong diteruskan pada 25 April 1976. Laluan dalam terowong yang telah dibersihkan dari jerangkap samar akan diletupkan.

Tugas ini dilaksanakan oleh Terup 1 dan Terup 2 dari 3 Skuadron Jurutera.

Ketika di dalam terowong, team yang diketuai oleh Lt. Meor telah berada jauh dihadapan. Lt. M Basri dengan ditemani L/Kpl. Abdullah pula menuruni 31 anak tangga didalam terowong tersebut. Mereka menggunakan lampu suluh kerana suasana di dalam terowong itu agak gelap.

Ketika itu Lt. M Basri terlihat satu guni beras yang diletakkan di sebelah kiri laluan dan mengesyaki terdapat jerangkap samar di situ. Beliau mengarahkan anggota-anggota lain mengikuti rapat di sebelah kanan.

Sebaik saja Lt. Muda Basri melangkah kakinya ke kanan, tiba-tiba berlaku satu letupan kuat. Dia rebah dan senjata yang dibawanya terpelanting. Dia telah mengalami kecederaan di punggung. Ketika itu juga L/Kpl. Abdullah menjerit memberitahu bahawa dia tercedera di bahagian dada.

Sememangnya jerangkap samar itu dipasang pada ketinggian yang menjadikan jantung sebagai sasaran. Beliau diusung naik keluar dari terowong dalam keadaan parah dan setibanya di permukaan, beliau menghembuskan nafas terakhir.

🔶 Tragedi Nuri Ditembak Jatuh - 26 April 1976

Sebuah helikopter Nuri yang membawa bekalan peluru, bahan letupan (untuk memusnahkan terowong) dan juga 11 penumpang serta krew telah ditembak jatuh oleh pengganas komunis. Berikut adalah senarai mangsa yang terkorban didalam tragedi itu:

☠️ Lt. (U) Chung Ming Teck PTU, No.10 Skuadron, Kapten helikopter

☠️ Lt. (U) Wan Munsiff bin Wan Salim KPK, No.10 Skuadron, Co-pilot

☠️ Sjn. Leong Yee Heng PTU, No.10 Skuadron, AQM

☠️ Kapt. (U) Choo Yeok Boo PGB, No.7 Skuadron (Kapten)

☠️ Kapt. (U) Mustapha Kamal bin Mohamad Shafie KPK, No.7 Skuadron (Co-pilot)

☠️ Mej. Haris bin Rejab, MMLO Haadyai
Kapt Sulaiman bin Abdullah, 6 Briged Infantri

☠️ Lt. Ibrahim bin Zakaria, Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
Sjn Kamis bin Dolmat, Batalion ke-3 RAMD

☠️ L/Kpl. Kamarulzaman bin Zakaria, X Skuadron Rejimen Gerakhas (RGK)

☠️ L/Kpl. Suandi bin Saim, X Skuadron RGK

Pada 27 April 1976, elemen jurutera dan sebahagian anggota komando dikeluarkan dari kubu pengganas tersebut setelah berjaya memusnahkan terowong dan bunker. Mereka bergerak menuju ke "extraction point".

Helikopter melakukan beberapa penerbangan ulang-alik sehinggalah ia disedari oleh sepasukan pengganas komunis. Penerbangan terpaksa dihentikan, baki 18 anggota komando RGK terpaksa ditinggalkan dan mereka diarah melakukan RV (rendezvous) disatu kawasan berhampiran LP (landing point) di mana sepasukan komando akan menanti ketibaan mereka untuk dibawa keluar.

🔶 The Great Escape

◾1 Mei 1976

Kumpulan 18 anggota komando itu diketuai oleh Lt. M Aziz Rashid (bersara Lt. Kol). Dianggarkan terdapat seramai 60 pengganas komunis mengepung lokasi mereka. Kawasan ini ditanam dengan anak pokok getah.

Pengganas komunis datang dengan menaiki lori. Lt. M Aziz memecahkan anggotanya kepada 3 kumpulan. Mereka diingatkan tidak menembak musuh kecuali kehadiran mereka sangat jelas kerana hendak menjimatkan peluru. Anehnya mereka tidak diserang pada malam itu.

Beliau sempat menghubungi Z Skuadron dan dia dimaklumkan helikopter Nuri tidak dapat mengambil mereka kerana lokasi didapati tidak selamat.

Seterusnya, beliau diarahkan untuk RV dengan sepasukan komando yang telah ditugaskan untuk menyelamatkan mereka.

◾2 Mei 1976

Markas Taktikal di Gubir telah menghantar 2 x helikopter Allouette (gunship) ke lokasi yang dilaporkan oleh Lt. M Aziz. Beliau telah mengarahkan Alouette tersebut menembak ke kawasan tertentu yang dipercayai ada pengganas komunis.

Setiap helikopter menghamburkan 200 butir peluru meriam 20 mm HE (High Explosive). Lt. M Aziz dan anggotanya bergerak keluar tetapi tidak mengikut "track" yang sedia ada dikhuatiri ianya telah dipasang jerangkap samar.

Dalam perjalanan mereka menemui sebuah kem pengganas komunis yang telah ditinggalkan secara tergesa-gesa mungkin untuk menyelamatkan diri dari serangan helikopter Allouette tadi.

Menyedari yang musuh akan terus memburu mereka menjelang malam, Lt. M Aziz mengarahkan anggotanya membuat "rumah batu" (hammock juga digelar Jungle Hotel - Jungtel).

Ini bukan kebiasaan bagi anggota komando kerana mereka biasanya tidur berhamparkan ponco diatas tanah. Rupanya ini adalah umpan untuk mengelirukan pasukan musuh.

Mereka bergerak meninggalkan lokasi itu dan menuju ke kawasan tinggi untuk membuat serang hendap.Seperti malam sebelumnya, arahan jangan menembak kecuali kehadiran musuh jelas.

Selain itu anggota diingatkan kemungkinan pengganas komunis akan memasang lampu suluh pada hujung kayu panjang dan menyuluh ke arah atas untuk mengelirukan penembak.

Sebagaimana yang dijangkakan, memang benar musuh menghampiri kawasan khemah (Jungtel) mereka kerana kelihatan cahaya lampu suluh menghala keatas.

◾3 Mei 1976

Menjelang pagi mereka turun semula ke Jungtel dan mendapati banyak kesan tapak kaki disitu, dianggarkan kira-kira 40 pengganas komunis telah menggeledah kawasan itu.

Mereka meneruskan perjalanan ke RV dan apabila tiba dikawasan sempadan Malaysia - Thailand terdapat tanda lakaran jerangkap samar yang dilekatkan pada 2-3 batang pokok.

Memang pengganas komunis akan meninggalkan tanda jika sesuatu kawasan itu telah dipasang jerangkap samar supaya kawan-kawan mereka akan menghindari kawasan tersebut.

Bagi mengelak dari terkena jerangkap samar, mereka mengikat 3 beg galas (haversack) dengan tali dan melontar ke arah laluan di hadapan.

Kemudian tali akan ditarik perlahan-lahan sekiranya ada jerangkap samar yang meletup, itu tidak akan memudaratkan mereka kerana mereka berada dalam jarak yang selamat.

Proses ini diulang sehinggalah mereka selamat tiba di kawasan RV. Sepasukan komando RGK dari Y Skuadron yang diketuai oleh Lt. M Rajasegaran telah menanti mereka. Inilah kali pertama dalam beberapa hari mereka berpeluang mendapatkan makanan.

Seterusnya mereka bergerak menuju ke LP dan diterbangkan oleh helikopter Nuri ke Kem Gubir. Ketika disana, Lt. M Aziz telah dimaklumkan pihak atasan telah menyediakan 18 keranda seandainya mereka tidak dapat kembali dengan selamat.

*AL-FATIHAH BUAT PEJUANG TANAH AIR YANG GUGUR......*

#Sama-sama Ingati Sejarah Pejuang Dulu jadikan Motivasi Kita di masa kini

#Ingat wahai sahabatku!

Zaman sekarang Kita sebenarnya berlawan Dengan Komunis yg moden lebih ganas Dan perancangan, kwbanyakan depa msnggunakan Melayu melawan Melayu lebih berkesan.... Melayu Pengkhianat, barua Dan tali barut yang dibayar upahan, mereka mencari Sibuang, Sikitol....

# Haramkan DAP pro Komunis
# Haramkan Hindraf Pro LTTE
# Kita Jaga Negara Kita
# Kita Jaga Solat Kita
- Jangan Ego Bila di tegor x solat , x jaga Solat,

- Jika Allah Tegur Kita lebih Keras Dgn didatangkan BALA, semua kena Termasuk semua binatang melata...https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217434209987809&id=1251877796

Friday, August 14, 2020

- Jika Allah Tegur Kita lebih Keras Dgn didatangkan BALA, semua kena Termasuk semua binatang melata...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217434209987809&id=1251877796

Wednesday, August 12, 2020

TIBA-TIBA SUNGAI BULOH DI BANTAI MBSA DEK VIRALNYA KISAH MESIN JUDI

TIBA-TIBA SUNGAI BULOH DI BANTAI MBSA DEK VIRALNYA KISAH MESIN JUDI

Last sekali yang paling banyak dirampas tetaplah bukan barang-barang haram taukey Cina(Mesin judi), tapi Khemah berniaga orang melayu. Taukey judi tak dapat dikesan pun. Dah seronok baring atas duit.

Tuan-tuan, kira-kira dia simple je. Dapat pemimpin bangang, memang menggeletik lah semua rakyat yang miskin-miskin dekat bawah ni. Nak cari rezeki pun, kena ciduk je jawabnya. Dah lah baru di azab dengan PKP. Sampai berbulan takda income. Sekarang kena pulak perangai MBSA mengalahkan Covid. Hina betul jadi melayu miskin ni tuan-tuan. Takda siapa peduli pun. Serius.

Menteri Besar Selangor nampak sepi betul dengan kes ni. Muka dah baik. Rupanya spesis delay jugak.

Menteri besar kalau slow sangat pun payah. Kalau slow ni, jangan jadi Menteri besar, jadi siput terus je. Baru kena. Senang orang nak sedut.

Contoh macam kes MBSA tapau habis baru-baru ni dekat Sungai Buloh sana. Sikit muka pun dia tak bagi. Berapa banyak notis 24jam dikeluarkan. Gila punya gila. Operasi bersepadu kerjasama dengan banyak gila agensi. Konon dia macam nak warning macam ni lah. Dah kena ciduk kan.

"Sebelum ni kita dah bagi muka, kau tak bersyukur. Siap nak pertikai itu ini, sekarang pergi mampos korang semua. Kita follow undang-undang je terus. Salah je kita bagi notis terus. Takda lesen, rampas! Saman!! Biar mamposss semua! "

Haru, tuan-tuan. Depa kaya raya dah haa. Selesa. Peduli hapa dia dengan korang. Dari pada pening kepala, baik sapu bersih je semua. Nak adil kan?

Dengan melayu ni best sikit nak pijak. Sebab ramai yang miskin. Dah lah miskin, konfem takkan ada orang melayu lain yang ada kuasa nak bantu pun nanti. So pijak cukup-cukup, tekan habis-habis, biar diorang menggeletik merayu-rayu mintak belas balik. Kalau usik cina, nanti banyak pulak menteri diorang backup. Jenuh nak layan. Rembat melayu je lah. Jadikan melayu ni bahan marketing. Rembat kedai melayu takda lesen, lepas tu kasi up dekat media, Majlis Perbandaran buat kerja.

Negeri Sembilan masa Tok Mat Hassan jadi Menteri Besar jugak paling padu. Berjiwa rakyat habis. Tak slow macam haram jadah lain yang jadi Menteri Besar.

Negeri Sembilan sebelum ni, Majlis Perbandaran siap kena warning dengan Menteri Besar tau.

"Orang melayu nak berniaga tepi jalan, biarlah dia meniaga. Ni sibuk sangat nak angkut je kerja dia. Nampak je orang berniaga, bernafsu betul nak angkut. Diorang tu bukannya berniaga untung ribu-ribu pun. Berniaga pun kejap je. Nak cari income sampingan. Bukak pagi, petang dah tutup. Jadi Majlis Perbandaran dengar sini, biarkanlah orang melayu kita niaga tepi jalan tu. Tak payah lesen. Selagi tak ganggu lalu lintas, selagi jaga kebersihan dan harga tak cekik darah. Biarkan. Kalau harga cekik darah, tak jaga kebersihan, saya sendiri yang turun angkat gerai tuan-tuan.."

Ni belum masa Tok Mat warning semua Ketua balai yang ada jaga kedai judi untuk keluar dari Negeri Sembilan lagi.

Nampak beza Menteri Besar yang peduli rakyat dengan Menteri Besar yang slow macam sosej?

Kalau boleh, ubahlah mana-mana Datuk bandar ke, Menteri Besar yang haram jadah takda fungsi untuk rakyat ni. Kita ni bila ada kuasa, inilah masanya nak bantu rakyat yang susah ni, kena ada budi bicara, cari solusi. Bukan kerja nak menghukum. Kalau nak denda je, jangan jadi pemimpin. Kau jadi Cikgu Displin je senang. Takpun jadi Conor Mcgregor.

Tegur MBSA tu. Duduk dengan MBSA, bincang solusi nak bantu peniaga dekat Sungai Buloh sana. Takkan nak DAP masuk sana buat kerja. DAP bantu kang, korang menggeletik cakap Lim Kit Siang tu Komunis lah apa lah. Komunis nak sebarkan agenda lah. Padahal kau dengan bangsa sendiri perangai dah rupa komunis.

Yang melalak Hidup Melayu sebelum ni pun nampak sepi. Happy kot tengok melayu miskin kena kitai. Cuba kalau DAP yang bagi notis tu. Dia punya teriak tu, macam masjid kena bakar. Cilaka.

"Dah salah, memang lah kena.."

Kan? Sampah punya jawapan. Nak sindirlah tu konon. Sangat tak bertanggungjawab.

Orang EGO ni macam ni lah tuan-tuan. Bila kena bongkar, dia akan tunjuk panas dia sampai semua orang terkesan. Nak tutup dosa dengan cara menolak buruk pada orang lain. Esok dah jatuh, kena terajang dari kedudukan. Tiba-tiba jadi orang yang sangat tenang dan memahami. Kopiah masa tu jangan cakap lah. Dah macam balik belajar tareqat.

Bosan betul. Melayu di khayal dengan Slogan Hidup Melayu. Lepas terkhayal, kena rogol cukup-cukup. Wahai melayu miskin, aku nak kau faham dulu sifir ni. Bila melayu miskin, takda kuasa, musuh kau adalah Cina. Kena biasakan sebut macam tu. Bila kau dah ada kuasa, kawan baik kau adalah Taukey Cina. Ni sifir dia.

Hafal!

Semoga ada sinar pada penghujung cerita buat semua si melayu miskin yang selalu dizalimi oleh Sang penguatkuasa Melayu. MBSA ada rasa nak cakap macam ni tak?

"Pelik betul. Buat kerja salah, tak buat kerja salah. Apa korang nak sebenarnya ni?"

Jadi pemimpin, kena ada HATI. Kita faham peniaga yang tak bertanggungjawab pun ramai jugak luar sana tu. Dah lah takda lesen lepas tu tak boleh harap. Tapi untuk pukul rata tu, kita rasa tak berapa okey. Carilah jalan terbaik, tak payah bagi lesen pun takpa tapi letak syarat ketat sikit pun okey. Mana yang langgar syarat, baru kitai terus. Yang jenis pengotor, yang jenus jual harga mahal nak mampos tu tapi makanan tak sedap, semua tu baru kitai.

Atleast lah.

Berpuluh tahun, asal ambush kedai mesin. Yang kena tangkap tak bangla, mesti melayu, tak melayu mesti india. Semuanya pekerja. Taukey sampai sudah tak jumpa-jumpa. Aku ingat, esok jadikan taukey tu Perdana Menteri lagi okey lah.

Aku yang menulis,
Tuan Amir Danau

P/s : Ini real, kalau dekat Penang jadi kes macam ni kau agak-agak pemain politik penunggang bangsa ni cakap apa? Meriah macam hari raya FB masing-masing bantai Cina DAP. Gila betul lah. Cannot brain. Dulu aku berniaga burger, pernah jugak DBKL datang. Tapi depa pesan suruh padam lampu. Buat macam tutup, sebab dia nak tapau kedai mamak. Situ aku rasa DBKL power. Nampak? Manusia ni dia backup mana orang yang bela dia je. Macam cilaka. Haha.

Hukum sengaja tinggalkan solat

Hukum sengaja tinggalkan solat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217421391147346&id=1251877796

Kata Imam Nawawi: Tinggal solat dengan ingkar kewajipannya maka ia adalah kafir dengan ijmak muslimin dan mengeluarkannya daripada agama Islam kecuali orang yang baru memeluk Islam. Sekiranya meninggalkannya kerana malas di samping tetap beriktiqad akan kewajipannya maka ulamak berpendapat sebagai berikut:
1 – Mazhab Maliki dan Syafi’i:Fasiq dan diminta bertaubat.Sekiranya tidak mahu bertaubat maka dibunuh sebagai had (hudud).
2 – Mazhab Hanafi dan Imam Muzani(ulamak mazhab Syafi’i):Ditakzir dan dipenjara sehingga dia solat semula.
3 – Mazhab Hanbali dan sebahagian ulamak Syafi’i:Meninggalkan solat secara sengaja tanpa sebarang keuzuran jatuh kafir.
Solat salah satu daripada rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal). Kefarduan ini telah disepakati ulama’ (ijma’) dan dikira sebagai (ما يُعْلـَمْ مِنَ الدِّينِ بالضَرُورَة) perkara asas agama yang diketahui oleh setiap muslim. Sesiapa yang mengingkari kewajibannya menjadi kafir dan murtad, kekal dalam neraka; kerana kefarduannya disandarkan kepada nas yang jelas dan qathi’e (tidak dapat ditokok tambah) daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’. Sesiapa yang meninggalkan solat kerana malas, bermudah-mudah atau sengaja tanpa menafikan kewajibannya tergolong dikalangan orang yang fasiq dan berdosa besar yang wajib ke atasnya beberapa perkara:-
1. Bertaubat, beristighfar serta menyesal di atas perbuatannya.
2. Mengqada’kan solat yang ditinggalkannya.
3. Dijatuhkan ke atasnya hukuman had. Hukuman Had ke atas orang yang meninggalkan solat Ulama’ mazhab berbeza pendapat pada bentuk hukuman yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan solat, setelah mereka bersepakat pada keharamannya dan besarnya dosa peninggalnya berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
* Mazhab Hanafi: Peninggal solat dihukum fasik dan wajib dipenjarakan dan dirotan dengan kuat sampai keluar darah, sehinggalah dia kembali solat dan bertaubat atau mati di dalam penjara. Dia tidak dibunuh kecuali mengingkari kewajipan solat atau mempersendakannya.
* Jumhur ulama’ daripada mazhab Maliki dan Syafie: Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum bunuh walau pun meninggalkan satu fardhu sahaja. Disuruh agar bertaubat selama tiga hari, jika enggan dijatuhkan hukuman had dengan dipenggal kepalanya. Selepas dibunuh, dimandikan dan disembahyangkan ke atasnya serta ditanam di tanah perkuburan orang Islam kerana dia tidak dikira kafir. Ini juga adalah pendapat yang rajih pada mazhab Hanbali sebagaimana dikatakan oleh Ibn Qudamah dalam Al-Mughni .
Hukum Mengqada’kan Solat
Sesiapa yang meninggalkan solat kerana terlupa atau sengaja (dan berdosa jika sengaja), wajib mengqada’kannya. Dalilnya, sabda Nabi S.A.W.: ( إذا رقد أحدكم عن الصلاة، أو غفل عنها، فليصلها إذا ذكرها(Maksudnya: Jika tidur salah seorang daripada kamu daripada solat, atau melupainya, hendaklah dia menunaikannya apabila sedar atau teringat.( من نسي صلاة فليصلها إذا ذكرها، لا كفارة لها إلا ذلك )Maksudnya: Sesiapa yang terlupa satu sembahyang, hendaklah menunaikannya apabila dia teringatnya; tiada kaffarah baginya kecuali yang tersebut (iaitu tidak perlu membayar kaffarah yang lain, memadai dengan menggantikan solat tersebut).Banyak lagi hadis-hadis lain yang membawa maksud yang sama iaitu wajib mengqada’kan solat yang ditinggalkan. Pada zahir hadis tidak menyebut tentang hukum orang yang sengaja meninggalkan solat, adakah wajib mengqada’kannya atau tidak. Maka disinilah ulama’ memainkan peranan mereka untuk mengeluarkan hukum daripada nas tersebut. Mengikut kaedah Qias, orang yang meninggalkan solat kerana uzur seperti terlupa atau tertidur, wajib mengqada’kannya berdalilkan nas tersebut; maka kewajipan ini terlebih dahulu kena kepada orang yang meninggalkan solat secara sengaja. Jika tidak, jadilah maksiat itu (meninggal solat dengan sengaja) membawa kepada kesenangan (tidak qada’). Ini bertentangan dengan ruh syariat yang adil.Janganlah kita terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan tidak wajib mengqada’kan solat yang telah ditinggalkan kerana cukup dengan Istighfar dan taubat sahaja. Ini kerana jumhur ulama’ daripada mazhab yang empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali mewajibkan qada’ solat secara umumnya .
Dikecualikan daripada Qada’ beberapa golongan:1. kanak-kanak yang belum baligh, tidak wajib menggantikan solatnya yang terdahulu selepas baligh.
2. orang kafir yang memeluk Islam (muallaf) tidak wajib menggantikan solatnya semasa kufurnya.
3. perempuan yang haid
4. perempuan yang nifas (keluar darah akibat beranak)
5. orang gila, mabuk dan pengsan yang bukan dengan sebab yang disengajakan seperti minum arak dll.
Selain daripada mereka, samada tidur, sakit, murtad yang kembali memeluk Islam, [pengsan, gila dan mabuk yang disengajakan] wajib ke atas mereka qada’. *Tidur tidak boleh disamakan (qias) dengan pengsan iaitu tidak perlu menggantikan solat kerana perbuatan tidur dilakukan dengan sengaja dan kehendak diri, ia berlainan dengan pengsan yang tidak disengajakan. Dalilnya seseorang itu mampu menidurkan dirinya tapi tidak mampu menjadikan dirinya pengsan dengan sendiri dan apabila seseorang itu pengsan, kadang-kadang tidak akan sedar walaupun dikejut dengan kuat. Apabila seseorang memakan ubat untuk pengsan contohnya, maka apabila sedar dia diwajibkan juga mengqada’kan solat yang tertinggal kerana dia sengaja membuat dirinya pengsan.Jika seseorang daripada lima golongan di atas hilang uzur mereka dan masih tinggal waktu yang mencukupi walau Takbiratul Ihram, wajib baginya menggantikan solat tersebut begitu juga solat yang sebelumnya jika boleh dijama’kan. Hukum ini menyeluruh kepada yang bermusafir dan bermukim.Contoh: Jika seorang perempuan suci dari haidnya pada akhir waktu Asar, wajib baginya mengqada’kan solat Asar dan Zohor yang sebelumnya. Begitulah juga perihalnya jika suci pada waktu Isyak, wajib mengqada’kan Maghrib dan Isyak. Jika seseorang perempuan masuk waktu solat dalam keadaan suci, kemudian datang haidnya sebelum sempat dia solat pada waktu itu, dan waktu yang suci itu mencukupi untuk solat; wajib ke atasnya mengqada’kan solat tersebut apabila suci kelak kerana kelalaiannya dan tidak bersegera menunaikan solat selepas masuk waktunya.*Disunatkan mengqada’ solat secara tertib solat yang ditinggalkan seperti Subuh sebelum Zohor dan begitulah seterusnya. Dan hendaklah seseorang itu mendahulukan solat yang tertinggal daripada solat waktu tersebut kecuali kerana takut luput waktu solat tersebut.Bagi orang yang tidak tahu berapa kalikah tertinggal solat hendaklah dia melaksanakan qada’ solat tersebut sehingga dia yakin bahawa dia telah menghabiskan solat yang ditinggalkannya .
Hukum menangguhkan solat
Apabila masuknya waktu solat, wajib seseorang itu melakukan salah satu daripada dua perkara:
1. terus mendirikan solat, itulah yang paling afdhal atau
2. azam untuk menunaikan solat dalam waktunya.Jika tidak melakukan salah satu daripada perkara yang disebut di atas, sesungguhnya berdosalah dia. Ini dinamakan azam yang khas. Dan wajib bagi seseorang itu selepas baligh menyimpan azam yang umum untuk melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya .Haram hukumnya menangguhkan solat sehingga tidak sempat menunaikan solat dengan segala syarat dan rukunnya di dalam waktunya. Sesuatu solat itu dikira sebagai tunai (أداء) jika sempat mendapat satu rakaat daripadanya (selesai daripada sujud yang kedua). Apabila tidak mendapat walaupun satu rakaat, solat itu dinamakan Qada’. Tetapi dosa bukannya berkaitan dengan tunai atau qada’, seseorang itu telah dikira berdosa walaupun sempat mendapat satu rakaat di dalam waktu.Tidur daripada Solat - Tidur yang dimaafkan sehingga keluar solat daripada waktunya:-
1. tidur yang bukan disengajakan (tertidur)
2. seseorang yang lupa bukan daripada perkara yang dilarang (contoh perkara yang dibenarkan: terlupa kerana sebab belajar atau kerja; contoh perkara yang dilarang: setiap perkara yang dilarang walaupun makruh seperti bermain catur dan lain-lain).Tidak makruh tidur sebelum masuknya waktu solat. Ada yang bependapat makruh tidur sebelum waktu Isyak dan haram sebelum Jumaat. Dibolehkan tetapi makruh tidur selepas masuk waktu solat dan sebelum menunaikannya dengan dua syarat:-
1. jika seseorang yakin dapat bangun dengan sendiri atau bantuan yang lain (loceng atau kawan).
2. dan berbaki daripada waktu kadar yang mencukupi untuk bersuci dan solat. Jika tidak menepati syarat tersebut, baginya dua dosa:
1. dosa meninggalkan solat pada waktunya
2. dosa tidur. Jika seseorang itu yakin dapat bangun dalam waktu solat, tetapi apabila terjaga nyatalah telah luput waktu solat itu, dia tidak dikira berdosa kerana meninggalkan solat. Dia hanya berdosa kerana sebab tidurnya itu, dan dosanya tidak terhapus kecuali dengan istighfar dan taubat

Monday, August 10, 2020

Surat terbuka Dr. Nur IIyani buat Marina tergamam

Surat terbuka Dr. Nur IIyani buat Marina tergamam.

Berikut adalah Kenyataan dari surat yang disiarkan di FB pada 6 ogos hingga  menyebabkan Cytro marina menyerang dan mendesak  halaman ini dipadamkan. Jadi mari kita sebarkan semula!

Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir
1) Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.

2) Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?

3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?

4) Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang pengamal LGBT tidak dibenarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?

5) Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya.

6) Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media.

7) Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran dan perbuatan songsang ini. Na'uzubillah.

8 ) Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!
Nur Ilyani Mohamed Nawawi
Pasir Mas
6/8/2018-

9 Naga Kawal PDRM

"9 Naga Kawal PDRM ?"

Tahun ni adalah tahun ke 6 pemergian Asp Mior yang dibunuh selepas mendedahkan sindiket perjudian di Malaysia. PPIM pernah cuba mendedahkan tentang “9 Dragons”yang didakwa sangat berpengaruh sampai boleh mengawal Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tapi apa kesudahannya ? Tiada dan senyap sehingga hari ini.

Pendedahan itu secara tak langsung menjelaskan kepada kita persoalan mengapa pusat-pusat judi haram, dan rumah-rumah pelacuran berselerak di seluruh negara tidak pernah dapat dihapuskan sehingga hari ini.

Perkara ini jelas sekali serupa dengan dakwaan dalam kenyataan bersumpah oleh seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) bernama Mior Fahim Bin Ahmad (K/P Polis No: G/13237) yang tersebar satu masa dahulu.

Anggota polis berkenaan telah mendedahkan secara panjang lebar dan terperinci dalam akuan bersumpahnya tentang bagaimana individu-individu tertentu yang terlibat dengan aktiviti judi haram di Johor telah menjadi “tangan ghaib” mengawal PDRM.

Beliau turut mendedahkan bagaimana pegawai-pegawai tinggi dalam pasukan PDRM telah dikuasai oleh sindiket tersebut. Sampaikan pegawai polis yang baru berpindah di Johor, akan ditemubual oleh wakil sindiket itu.

Pada penghujung kenyataan bersumpah itu, Mior Fahim meluahkan rasa amat tertekan apabila tindakannya di dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram telah menyebabkan dirinya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib polis.

Enam pegawai polis dan dua individu kongsi gelap telah menandatangani akuan bersumpah mendakwa pegawai-pegawai tinggi polis, sehingga Ketua Polis Negara mempunyai hubungan dengan sindiket dadah, judi haram, pelacuran, dan ahlong yang berpengkalan di Johor dan telah memperluaskan operasi mereka ke seluruh Malaysia.

Seorang lagi pegawai polis telah membuat laporan mendakwa keluarganya telah diculik oleh ACA bagi memaksanya menukar kenyataan, sementara ketua CCD dan peguamnya telah ditahan dan didakwa atas tuduhan-tuduhan jenayah sebagai hukuman kerana menangkap ketua kongsi gelap di bawah Ordinan Darurat.

Berikut ialah pengakuan bersumpah ASP Mior Fahim yang pernah viral bertahun dahulu:

Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya  berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1.    Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2.    Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.

3.    Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.

4.    Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.

5.    Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor.  Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN.  Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.

6.    Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.

7.    DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.

8.    Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.

9.    Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.

10.    Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya  berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.

11.    Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan.  Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.

12.    Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

13.    Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor.  Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.

14.    Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.

15.    Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.

16.    Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.

17.    Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan  sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.

18.    Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32  buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.

19.    Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-

(a)         SOH KING SIANG;
(b)         LIM CHIN CHAI; dan
(c)         LEE YOKE HAN.

20.    Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.

21.    Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.

22.    Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.

23.    Pada 30.03.2007,  saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-

(a)     CHAI NGEW;
(b)     CHIN YEW FAH; dan
(c)     TAN LEE POEY

24.    Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN.  Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.

25.    Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.

26.    Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian  Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik  saya.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR
SESUNGGUHNYA oleh  MIOR FAHIM BIN AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur pada haribulan 2007)

Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

Saudara Mior Fahim ditemui mati dalam tahun 2014. Kematiannya dilaporkan selepas hilang ketika mandi di air terjun Sungai Tungku, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun Gerik. Al-Fatihah untuk arwah, Semoga Ruhnya di Rahmati Allah Ta'ala.

Masalahnya siapa sebenarnya 9 Naga yang didakwa boleh mengawal dan campur tangan dalam urusan PDRM. Adakah ianya Kongsi Gelap ?

Kalau dahulu Raja-raja Melayu adalah individu yang paling berpengaruh dan berkuasa di tanah melayu ini , Tetapi semuanya berubah semenjak kedatangan british di tanah melayu , British menggunakan konsep perjudian , lumba kuda , no ekor dan pelacuran untuk menarik sokongan masyarakat untuk menentang komunis pada tahun 1948-1960.

Kalau dahulu penubuhan, kongsi gelap yang disokong oleh British adalah untuk menentang komunis  , Konsep kongsi gelap ini mulai berubah apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 dan peperangan Vietnam pada tahun 70-an.

Perubahan ini disebabkan modus operandi kongsi gelap telah beralih kepada perniagaan dadah dan pelacuran. Pembukaan kelab malam dan pengenalan budaya hipster atau budaya A-go-go telah merancakkan lagi perniagaan dunia gelap.

Akhirnya pada lewat 80-an telah muncul beberapa ketua kongsi gelap yang dikenali 4 Raja Syurga yang berkuasa dalam dunia gelap.

Ini disebabkan beberapa kumpulan kongsi gelap kecil yang dikenali sebagai Naga telah bergabung untuk menyokong Raja Syurga dan dibantu 9 individu yang digelar Harimau Kawasan.

Modus operandi dunia gelap pada zaman 80-an dan 90-an bertumpu kepada perjudian, pelacuran, dadah , pinjaman wang haram dan peras ugut untuk wang perlindungan.

Sejak tahun 2000, modus operandi dunia gelap mula beralih kepada perniagaan yang sah melalui industri hiburan, perhotelan, makanan, rokok dan peruncitan , Kebanyakan kedai no ekor , Kedai pinjaman wang , supermarket seperti TF mart adalah milik kongsi gelap.

Melalui dana pusingan modal yang berbilion ini dalam dunia gelap telah disucikan menjadi wang sah dalam perniagaan yang diiktiraf undang-undang. Pendapatan mereka sebulan mencecah 6 billion.

Mereka juga telah bekerjasama dengan kartel-kartel perniagaan untuk mengawal harga sesuatu barangan di pasaran. Ini disebabkan terdapat penglibatan pemimpin-pemimpin masyarakat dalam Dunia Gelap. Ahli politik , Pegawai penguat kuasa menjadi bonek mereka.

Bantuan dunia gelap ini boleh difahami kerana mereka turut sama menyokong sesetengah pemimpin masyarakat dalam pilihan raya umum terutamanya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan sebagainya.

Sokongan mereka juga dapat memastikan keamanan dan keharmonian hubungan etnik dalam sesuatu kawasan.

Ini disebabkan pada hari ini, penglibatan kongsi gelap Melayu, kongsi gelap India, kongsi gelap Sabah dan Sarawak telah berada bersama dalam sokongan kewujudan dunia gelap.

Hubungan kongsi gelap dan gengster berbagai etnik dalam dunia gelap lebih harmoni, saling menghormati dan berdasarkan muafakat bersama.

Maka tidak menghairankan adalah sukar berlakunya pergaduhan kongsi gelap antara etnik di negara ini.

Walaupun begitu, dunia gelap ini masih didominasi oleh kongsi gelap dan corak struktur kepimpinan organisasi dunia gelap hampir sama dengan corak dunia gelap Timur Jauh.

Rasuah dan ugutan adalah satu kebiasaan dalam modus operandi dengan pihak berwajib seperti amalan kongsi gelap dunia gelap Timur Jauh.

Cuma kini pemerdagangan manusia dan senjata menjadikan Malaysia sebagai hab persinggahan sementara sebelum bergerak ke negara sasaran.

Hab persinggahan sementara ini menjadikan 9 Naga dalam dunia gelap diperlukan oleh dunia gelap negara lain. Sebagai balasan, mereka mampu menjalankan perniagaan pesisir pantai yang dapat mengelakkan percukaian.

Melalui cara ini, perniagaan yang sah tersebut dapat mengelakkan dikenakan cukai jutaan ringgit. Ada kalanya mencecah ratusan juta ringgit. Wang tersebut digunakan balik untuk pinjaman tanpa berlesen atau berlesen kepada sesiapa yang memerlukannya.

Putaran wang modal ini akhirnya berjaya dicuci dan digunakan untuk pembelian aset seperti tanah dan bangunan di luar negara. Kejayaan dunia gelap merekrut ahli-ahli baharu untuk terlibat sama ada sebagai pekerja atau penggerak disebabkan faktor ekonomi. Maka tidak hairanlah orang cina mendominasi ekonomi di malaysia.

Ditambah pula, dengan kesukaran untuk mendapat kerja bagi mereka yang tercicir daripada alam persekolahan menyebabkan penglibatan ini menjadi mudah. Tekanan kos sara hidup dan ingin bermewah turut menyumbangkan kepada pengukuhan dunia gelap.

Pada masa kini kumpulan-kumpulan Harimau Kawasan terdiri daripada pelbagai etnik dan jantina termasuklah wanita.

Mereka mempunyai sistem pemerintahan dan undang-undang tersendiri. Setiap kepimpinan tidak diwarisi daripada seorang ayah atau ibu kepada anak, tetapi ditentukan oleh sokongan harimau-harimau kawasan.

Inilah kehidupan dalam dunia gelap. Tidak jauh berbeza dengan dunia cerah yang seperti kita lihat dalam dunia realiti. Cuma yang memisahkan adalah pekerjaan dan kehidupan kita dengan mereka.

Ada juga beberapa orang melayu yang cuba mendedahkan segala sindiket haram 9 Naga kongsi gelap Malaysia ni , Tapi malangnya mereka semua berakhir dengan kematian. segala usaha menjadi sia-sia kerana 9 Naga ini dilindungi ahli politik dan pemimpin tinggi penguat kuasa. Mereka berkuasa untuk memecat siapa saja yang cuba menggangu sindiket haram seperti perjudian, arak , pelacuran , dan macam-macam lagi.

Sebab tu lah di Malaysia ni , Segala pusat-pusat perjudian , pelacuran , dan segala sindiket haram tidak pernah habis , Yang asyik di kacau orang melayu yang berniaga kecil-kecilan di tepi jalan. So bagi korang siapa sebenarnya yang kawal Malaysi ni 9 Raja Melayu Atau 9 Naga Kongsi Gelap ?

Kalau 9 Raja Melayu , Setiap seorang sultan mewakili 1 negeri yang berjumlah 9 kesemuanya, Kalau 9 Naga , mereka pun sama berkuasa di setiap negeri , Siap ada yang dapat gelaran "Tengku" lagi. Maknanya cuma ada 9 negeri yang dikuasai kongsi gelap , Agak-agak korang negeri mana yang di control oleh 9 Naga ini ? Saya malas lah nak cakap 9 negeri ni, Kalau Korang rasa negeri tu maju dan kaya Maknanya kat situlah Ahli setiap 9 Naga.

Kalau saya tiba-tiba senyap kemungkinan Besar saya dah dalam tahanan , Didakwa atas akta hasutan lah kot ataupun dibunuh 9 Naga pundek , Tapi saya tidak pernah gentar dengan mereka , kerana yang berkuasa itu sebenarnya adalah Allah Yang Maha Kuasa. Allah Pelindung Kita Semua , Cukuplah Allah Sebaik-baik Pelindung. Yang memegang nyawaku bukan 9 Naga ataupun baruanya... Tetapi Allah S.W.T . Allahuakbar.

JANGAN TUNDUK PADA 9 NAGA TAPI TUNDUKLAH PADA ALLAH TA'ALA . MAKHLUK TIADA KUASA , ALLAH MAHA KUASA. BIAR MATI MENDEDAHKAN KEBATHILAN DAN KEMUNGKARAN DARIPADA MATI MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN.

Semoga roh Allahyarham Asp Mior dilimpahi rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.