Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, May 22, 2017

Itu lah sistem demokrasi yg saya belajar ...!


sejak bila selangor negeri PH ?
PH ni .... PRU13 ujud dak ke ?
teruskan yg mana ada ... teruskan dengan amanah asal dari rakyat !
ikut selok belok demokrasi ... bukan ikut selok belok emosi !
saya nak bagi contoh (situasi demokrasi):
kalau dlam mesyuarat .. keputusan dah dibuat ikut suara majoriti .. maka kita kena ikut keputusan tersebut ... samada kamu hadir atau tidak dalm mesyuarat tu ...kamu kena akur !
dan semua keputusan majoriti selepas dari tarikh mesyuarat, semua org kena patuhi , samada kamu suka atau tidak !
dlm pru13 keputusan telah dibuat, majoriti dah buat keputusan .... dan keputusan ini berlanjutan selama satu penggal (5 tahun)
sila patuhi keputusan majoriti !
atau kena bubar kerajaan dan undi semula untuk mendapat mandat baru , sekiranya keputusan pru13 atau mandat pru13 hendak dibatalkan !
ini lah demokrasi !
Itu lah sistem demokrasi yg saya belajar ...!
tak tahulah sistem demokrasi yg kamu belajar ...
kalau ada, sila share ... kami pun nak lihat "ilmu demokrasi" versi kamu !
Bunga Syuhada
1 hr
King maker tak mau berganjak jgk ke?Selangor negeri PH taw :) bawa2 la ada rasa malu sikit ye :)
LikeShow more reactions
Comment

KEJAYAAN - KEJAYAAN TG HJ. ABDUL HADI AWANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA

*** Selepas baca artikle ni, nilai sendiri, sapa yg layak pimpin ***
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209170446278881&id=1251877796

KEJAYAAN - KEJAYAAN TG HJ. ABDUL HADI AWANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Sebelum Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dinobatkan sebagai antara muslim yang paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpengkalan di Amman, Jordan. Beliau juga pernah mencipta kejayaan didunia Islam.

Berikut adalah kejayaan2 yang telah beliau cipta :

1. Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gabungan Parti-parti Politik Islam bagi menangani isu Palestin, berpusat di Amman, Jordan pada 1990.

2. Memberi sokongan terhadap Harakah al-Muqawwamat al-Islamiyyah (HAMAS),
Seiringan berada di pentas bersama-sama kepimpinan HAMAS, Ikhwanul Muslimin dalam membela isu Palestin.

3. Mendesak Kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan HAMAS sebagai kerajaan yang sah.

4. Mengetuai delegasi ahli Parlimen PAS serta NGO Islam untuk memasuki Kota Gaza, namun dihalang.

5. Ahli al-Majma' al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam), berpusat di Tehran, Iran.

6. Ahli Jawatankuasa Sekretariat Islam Antarabangsa bagi Mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.

7. Anggota Delegasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Boutros Boutros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.

8. Anggota Delegasi Ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr Necmettin Erbakan.

9. Anggota Delegasi pemimpin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.

10. Anggota Delegasi pemimpin gerakan Islam dunia ke Baghdad atas jemputan Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussien semasa krisis Perang Teluk.

11. Anggota Delegasi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang diketuai oleh pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Mustafa Masyhur ke Afghanistan, bagi membantu penegakan negara Islam dan mengelakkan konflik antara jemaah Islam yang agak retak selepas pengunduran Rusia dari Afghanistan. Selain Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Fadzil Mohd Noor, selaku Presiden PAS waktu itu turut menyertainya.

12. Ahli Jawatankuasa Sekretariat Gerakan Islam Antarabangsa yang berpusat di Istanbul, Turki pada 1994.

13. Sering diundang menghadiri Ijtima' Am yang dianjurkan Jamaat-e-Islami Pakistan, dan beberapa gerakan Islam Indonesia seperti Partai Keadilan Sejahtera dan Partai Bulan Bintang.

14. Pernah menyampaikan ucapan di Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam dalam menghadapi masalah Bosnia-Herzegovina.

15. Mewakili PAS ke Muktamar Pertubuhan-pertubuhan Islam Sedunia ke-5 di Istanbul pada 1996.

16. Diberi penghormatan menyampaikan ucapan bertajuk 'Kebangkitan Islam: Kebijaksanaan Menanganinya' di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada 24 September 2011. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di Asia Barat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin.

17. Mewakili gerakan Islam Malaysia (PAS) ke Kongres Kesatuan Antarabangsa Komuniti Muslim kali ke-22 di Istanbul, Turki pada Mei 2013. Kongres tersebut turut dihadiri oleh pemimpin dari An-Nahdah Tunisia, Rashid al-Ghannushi; dari HAMAS Palestin, Ismail Haniyeh dan Khaled Meshal; dari Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad Badie; dari Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawwar Hassan; dan dari Ikhwanul Muslimin Syria, Riyadh al-Sakfa. Kongres tersebut turut menerima ucaptama dari dua pemimpin Negara Islam, Dr Mohammed Mursi (Mesir) dan Mahmoud Ahmadinejad (Iran).

18. Dilantik sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, bersama-sama Dr Ahmad Raysuni dan Sheikh Al-Khalili yang diketuai oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi pada tahun 2014.

19. Diberi penghormatan menyampaikan Syarahan Perdana di Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Singapura pada 28 April 2015.

Ternyata Wan Azizah sekadar pemanas kerusi sahaja, sanggup jadi PM sementara sahaja

Ternyata Wan Azizah sekadar pemanas kerusi sahaja, sanggup jadi PM sementara sahaja jika Pakatan Harapan memerintah.

Akan berulanglah cerita PRK Permatang Pauh pada 2009, bila Anwar layak semula bertanding selepas bebas dari penjara pada 2005. Azizah letak jawatan dan beri Anwar jadi Ketua Pembangkang.

Itu hanya jawatan Ketua Pembangkang sahaja, tidak menjadi satu “big deal” bagi DAP. Namun kini, jawatan Perdana Menteri, ianya tidak boleh dibuat semudah itu.

Kalau Anwar bebas pada 2018, Anwar perlu jalani tempoh pergantungan selama lima tahun hingga tahun 2023. Bermakna pada PRU15 baru Anwar boleh aktif balik. Ketika itu usia Anwar sudah 76 tahun dah.

Harus diingat, kerusi terbanyak di pihak pembangkang sekarang adalah DAP. Apakah DAP akan biarkan sahaja perkara ini terjadi dengan begitu mudah?

Mahathir pula mahu tengok sahaja keadaan ini? Mahathir juga mahu anaknya jadi PM. Tidak mustahil Mahathir sanggup jatuhkan PM masa itu pula nanti.

Akan berlakulah perebutan kuasa di kalangan Pakatan Harapan. Ini boleh membahayakan negara kita. Ketidakstabilan ini sudah pasti akan menjejaskan juga pelaburan dan ekonomi negara.

Jawatan Perdana Menteri bukan bahan mainan dan milik keluarga Anwar sahaja. Berapa lama Wan Azizah mahu panas kerusi dan mengipas sahaja?

Wan Azizah telah gagal menjadi wakil rakyat di Kajang dan Permatang Pauh. Banjir dan isu2 rakyat banyak tidak selesai. Wan Azizah habiskan banyak masa di Sungai Buloh sahaja.

Apakah rakyat Malaysia mahu lihat seorang PM yang banyak habiskan masanya di Sungai Buloh sahaja berbanding Putrajaya?

Wan Azizah dikawal dari jauh sahaja jika menjadi PM. Alat kawalan itu dikawal oleh DAP. Jadi Presiden parti pun gagal, hendak jadi PM pula.

Apabila DAP mahu memberhentikan separuh kakitangan kerajaan yang majoritinya Melayu , Wan Azizah lah yang akan laksanakan agenda DAP itu.

Kenapa DAP mesti bantu Wan Azizah bebaskan Anwar, jika Wan Azizah dapat mereka manipulasikan sama semacam Nizar Jamaluddin di Perak dahulu?

Yang kepit Nizar dulu Nga dan Ngeh. Yang akan kepit Wan Azizah nanti adalah Kit Siang & Guan Eng.

DAP sudah tunggu berpuluh tahun , kenapa jika mereka tawan Putrajaya mereka mesti serahkan kepada acuan Anwar atau pun Mahathir?

Dalam Mahathir menghalang Pakatan Harapan dari menamakan calon PM kerana beliau sendiri ada muslihat di saat akhir. DAP pula segera menamakan Wan Azizah untuk “locked” sebarang tindakan “potong corner” oleh Mahathir nanti.

Sambil itu DAP secara sulit belum tentu akan membantu Anwar mendapat pengampunan segera menggantikan Wan Azizah kerana kerja itu dianggap bodoh oleh DAP.

Akhirnya rakyat juga yang rugi, dalam kemelut dan krisis kepimpinan ini. Rakyat tidak dapat kerajaan yang stabil kerana masing masing sibuk merebut kuasa.

Jadi atas sebab ini jangan mimpi DAP akan bantu bebaskan Anwar. Pada waktu itu, Mahathir bolehlah tukar skrip membenci DAP pula kemudian nanti.

Ketika itu menyesal sudah tidak berguna lagi dan sudah terlambat. Siapa yang jadi “screw” DAP untuk dapat undi Melayu? Mahathir, Wan Azizah dan wakil Melayu dalam Pakatan Harapan lah yang harus dipersalahkan.

Pakatan Harapan bukanlah pilihan terbaik. Jangan jadikan PRU14 satu eksperimen. Tersilap undi boleh hancur negara jika Pakatan Harapan perintah.

Satu penggal pertama mereka akan berebut jadi PM dan jawatan sahaja. Sekarang pun hendak sebut satu nama calon PM pun susah.

Logo, perlembagaan dan warna PH pun belum selesai. Ini bukti mereka tidak serius hendak perintah negara, mereka hanya serius untuk rebut jawatan sahaja.

Kalu mu boleh faham cakap mat sabu, kenapa mu tak leh faham cakap tghh ?

Mat sabu pernah cakap, dia lebih rela makan babi bersama LGE dari makan ayam bersama najib !
Apa yg kamu faham ?
Kalu mu boleh faham cakap mat sabu, kenapa mu tak leh faham cakap tghh ?

Kenapa ?

Mu ada krisis akal ?
Bahasa kiasan digunakan oleh semua bangsa di dunia !
Mereka bukan tak belajar, tapi mereka mendiskriminasi !
Ni bukan apa, ini kes kebencian dan busuk hati !

Kalau macam tuuuu, perumpamaan, kiasan, bidalan... peribahasa kita minta bahagian pendidikan buang dari silibus !
Tak guna.... ada pun tak memberi manafaat kpd mereka yg bengap !

Saturday, May 20, 2017

Allah larang perpecahan

بسم الله الرحمن الرحيم

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺍﺗَّﻘُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺣَﻖَّ ﺗُﻘَﺎﺗِﻪِ ﻭَﻻَ ﺗَﻤُﻮﺗُﻦَّ ﺇِﻻَّ ﻭَﺃَﻧْﺘُﻢْ ﻣُﺴْﻠِﻤُﻮﻥَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

ﻭَﺍﻋْﺘَﺼِﻤُﻮﺍ ﺑِﺤَﺒْﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺟَﻤِﻴﻌًﺎ ﻭَﻻَ ﺗَﻔَﺮَّﻗُﻮﺍ ۚ ﻭَﺍﺫْﻛُﺮُﻭﺍ ﻧِﻌْﻤَﺖَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺇِﺫْ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﺃَﻋْﺪَﺍءً ﻓَﺄَﻟَّﻒَ ﺑَﻴْﻦَ ﻗُﻠُﻮﺑِﻜُﻢْ ﻓَﺄَﺻْﺒَﺤْﺘُﻢْ ﺑِﻨِﻌْﻤَﺘِﻪِ ﺇِﺧْﻮَﺍﻧًﺎ ﻭَﻛُﻨْﺘُﻢْ ﻋَﻠَﻰٰ ﺷَﻔَﺎ ﺣُﻔْﺮَﺓٍ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻓَﺄَﻧْﻘَﺬَﻛُﻢْ ﻣِﻨْﻬَﺎ ۗ ﻛَﺬَٰﻟِﻚَ ﻳُﺒَﻴِّﻦُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻟَﻜُﻢْ ﺁﻳَﺎﺗِﻪِ ﻟَﻌَﻠَّﻜُﻢْ ﺗَﻬْﺘَﺪُﻭﻥَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

ﻭَﻟْﺘَﻜُﻦْ ﻣِﻨْﻜُﻢْ ﺃُﻣَّﺔٌ ﻳَﺪْﻋُﻮﻥَ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟْﺨَﻴْﺮِ ﻭَﻳَﺄْﻣُﺮُﻭﻥَ ﺑِﺎﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﻭَﻳَﻨْﻬَﻮْﻥَ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻤُﻨْﻜَﺮِ ۚ ﻭَﺃُﻭﻟَٰﺌِﻚَ ﻫُﻢُ ﺍﻟْﻤُﻔْﻠِﺤُﻮﻥَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
ﻭَﻻَ ﺗَﻜُﻮﻧُﻮﺍ ﻛَﺎﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺗَﻔَﺮَّﻗُﻮﺍ ﻭَﺍﺧْﺘَﻠَﻔُﻮﺍ ﻣِﻦْ ﺑَﻌْﺪِ ﻣَﺎ ﺟَﺎءَﻫُﻢُ ﺍﻟْﺒَﻴِّﻨَﺎﺕُ ۚ ﻭَﺃُﻭﻟَٰﺌِﻚَ ﻟَﻬُﻢْ ﻋَﺬَﺍﺏٌ ﻋَﻆِﻴﻢٌ

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

ﻳَﻮْﻡَ ﺗَﺒْﻴَﺾُّ ﻭُﺟُﻮﻩٌ ﻭَﺗَﺴْﻮَﺩُّ ﻭُﺟُﻮﻩٌ ۚ ﻓَﺄَﻣَّﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺍﺳْﻮَﺩَّﺕْ ﻭُﺟُﻮﻫُﻬُﻢْ ﺃَﻛَﻔَﺮْﺗُﻢْ ﺑَﻌْﺪَ ﺇِﻳﻤَﺎﻧِﻜُﻢْ ﻓَﺬُﻭﻗُﻮﺍ ﺍﻟْﻌَﺬَﺍﺏَ ﺑِﻤَﺎ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﺗَﻜْﻔُﺮُﻭﻥَ

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".

Friday, May 19, 2017

Jom fahami apa bezanya antara tahalluf Siasi dgn kerajaan campuran

Jom fahami apa bezanya antara tahalluf Siasi dgn kerajaan campuran

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209149093145066&id=1251877796

Kerajaan Campuran adalah Realiti Politik di Malaysia dan di dunia demokrasi secara amnya.

Rakyat, khususnya Penyokong PAS kena memahami perbezaan Tahaluf Syiasi (Kerjasama Politik/Pilihanraya) dengan Kerajaan Campuran.

Dalam Kerajaan Campuran, pihak di dalamnya hanya bekerjsama mentadbir kerajaan, tetapi tidak dalam politik.

Perkara ini berlaku di Selangor sekarang ini di mana berlaku kerajaan campuran antara PAS, DAP dan PKR.

Kerajaan Campuran ini tidak memerlukan Kerjasama Politik.

Penyokong PAS, kena memahami perkara asas ini, jika mahu pihak lain memahaminya juga.

Selepas PRU14, sekiranya kedua-dua gabungan Ahzab (BN dan PH) serta Gagasan Sejahtera tidak mendapat majoriti mudah samada di Parlimen atau mana-mana DUN di negeri, maka mereka boleh mengadakan Kerajaan Campuran antara dua Gabungan Ahzab ini atau mengadakan Kerajaan Campuran dengan PAS (Gagasan Sejahtera).

Tahalus Syiasi (Kerjasama Politik/Pilihanraya) tidak terputus walaupun selepas pembubaran parlimen. Manakala Kerajaan Campuran akan putus sebaik sahaja pembubaran Parlimen atau DUN berlaku.

Dr Ishak Ibrahim
Penganalis Politik

Thursday, May 18, 2017

Alhamdulillah satu lagi tamparan hebat buat Siti Kassim, Husam Musa dan seluruh pimpinan PAN di Kelantan

Alhamdulillah satu lagi tamparan hebat buat Siti Kassim, Husam Musa dan seluruh pimpinan PAN di Kelantan. Almarhum TGNA telah ingatkan berkali-kali isu masyarakat Orang Asal dan balak adalah serangan pramatang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Ulama di Kelantan. Sekarang ini telah di buktikan pimpinan PAS bersih dari segala bentuk salah laku berkaitan isu balak oleh Jabatan Audit Negara.

Yang paling hebat dan membanggakan. Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menduduki tangga pertama sebagai 'jabatan' yang paling cemerlang dengan markah sebanyak 99%!

Allahu Akbar!

Oleh Nazman Che Ibrahim:

*Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan atas kejayaan mendapat penarafan Cemerlang bagi Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti yang diadakan baru baru ini oleh Jabatan Audit Negara.*

Sebanyak 17 Jabatan ataupun Agensi Negeri telah dinilai dan mengagumkan *apabila 12 daripadanya berada pada tahap Cemerlang termasuklah Jabatan Perhutanan Negeri* manakala 5 lagi Agensi berada pada tahap yang baik. Dan ini secara jelas menggambarkan bahawa *hampir semua jabatan dan agensi kerajaan negeri sedang berfungsi pada prestasi yang baik dan tahap yang membanggakan semua*.

Sekaligus menolak dakwaan bahawa Kelantan di bawah PAS telah diperintah secara kampung dan tidak berintegriti. *Malahan penarafan cemerlang ini menjadi satu tanda aras kepada baiknya Negeri Kelantan di bawah pimpinan ulama*. Dan Jabatan Perhutanan Kelantan yang diserang hebat oleh parti serpihan PAS sejak setahun yang lalu, juga telah membuktikan bahawa jabatan serta pasukan mereka telah melakukan khidmat terbaik kepada rakyat negeri ini. Syabas diucapkan.

*Dan sebagai rekod serta catatan sejarah, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menduduki tangga pertama sebagai 'jabatan' yang paling cemerlang dengan markah sebanyak 99% !*

Tahniah dan teruskan usaha baik ini demi rakyat!