Eypul Cfc with Mohd Ezany and 98 others at Kota Batam
Antara Gagak & Musang....
Adat orang bertanding,ada yang tercalon & ada yang tidak, juga ada yang kalah & ada yang menang, itu lazim dan adat bertanding. Cuma apabila diumum bertanding maka pertandingan hanya membabitkan orang yang boleh & dibenarkan bertanding yang mana ianya membabitkan organisasi,pertubuhan, parti dan seumpamanya,luar daripada konteks tersebut tidak boleh bertanding tetapi hanya boleh menjadi tukang sorak, tukang golek & batu api yang mana bagi saya tidak beradab, kurang sopan malah kadang2 kurang ajar.
Hangat dan segar pencalonan untuk sessi kali ini, dari jawatan Presiden hingga ke jawatan di peringkat cawangan,bertukar jawatan,tidak terpilih,muka baru dan berbagai lagi.Maka kesekelian kalinya ahli2 PAS mengundi untuk mencorak masa hadapan parti kesayangan ini termasuk saya. Relatifnya hanya untuk ahli PAS dan setiap individu yang bersama PAS akan memilih, mengundi dan berbagai lagi kaedah dan teknik untuk mendapatkan saf dan pimpinan terbaik untuk mengemudi PAS & ahli2nya menuju masa depan dan lebih baik & insyaallah sampai masanya memenangi PRU akan datang. Cuma belum pernah terjadi dalam sejarah PAS sebelum ini, telah saya temui musang dan gagak tiba2 muncul disaat hendak bermuktamar ini, bergolek2 dan menari2 ketika ini, samada makhluk ini tersilap atau sengaja masuk kandang yang berlainan dengan bunyi2an dan kompang2 yang di palu berlainan dari laungan nasyid & takbir yang sentiasa segar di kalangan ahli2 PAS, mengapakah begitu?
Sejarah Muktamar PAS sangat unik dan menarik semenjak dari penubuhan PAS sehingga sekarang. Ahamdulillah selama ada pertandingan sejak dari dahulu lagi walau agak panas tetapi masih dalam suasana muhibbah dan ceria cuma kali ini bagi saya yang membuatkan keadaan menjadi agak keterlaluan panas dan parah ialah dengan kehadiran musang dan gagak yang menjadi pengacau dan tukang karut dalam pemilihan kali ini. Ada yang menjadi tukang cuit, tukang simbah minyak, tukang cucuh api dan tukang cuci mangkuk. Siapakah yang saya maksudkan dengan mereka2 ini?
Menjadi pelik apabila pembina bangunan mencampuri urusan tukang masak, menjadi bertambah pelik bila pembuat roti mencampuri urusan pentadbir sekolah. Begitu juga dengan muktamar kali ini, yang menjadi peliknya bukan ahli PAS menjadi lebih dari ahli PAS sendiri dalam soal pemilihan kali ini. Menjadi jelik dan jijik bila ianya berlaku terang2an dan menjadi terlalu buruk & busuk apabila ianya menjadi perbuiatan rakan. Apakah cara dan budaya UMNO telah cuba diserap masuk ke dalam PAS atau memang telah menjadi tabie untuk orang2 sebegini kemana pun ia pergi dan jadi? Ada yang terang2 berkempen untuk calon itu dan ini, disuruh pilih calon itu dan ini samada di blog, facebook dan ada juga tulisan bernada sindiran di akhbar2 harian atau akhbar alam maya,sudahlah begitu ada yang lebih hebat siap dengan poster dan kata2 hikmah dan jika tidak mahu atau suka pada seseorang maka ada juga poster dengan kata2 buruk supaya jangan dipilih menjadi calon dan ianya bukan dari ahli PAS malah lebih menjadi keji apabila terang2an ianya dari rakan. Apakah motif atau yang sebenarnya diinginkan oleh mereka2 ini? Apakah kita sudah termakan dan terpengaruh dengan manusia2 sebegini yang pada saya berlagak lebih PAS dari ahli PAS atau ingin melagakan PAS dari dalam?
Telah menjadi adab dan tatsusila ahli PAS tidak mencampuri urusan orang lain, itu satu tarbiah yang paling baik dari PAS untuk ahlinya dan alhamdulillah tidak pernah terjadi sebegitu dan kita patut bangga sebagai ahli.Cuma apabila dalam kita bersahabat dan berkawan apabila ada sahabat dan rakan berbuat begitu pada kita, bagi saya itu adalah pengkhianatan dalam bersahabat.Sepatutnya sebagai sahabat berilah masa dan peluang pada PAS untuk menentukan masa depan sendiri dan menyelasaikan susun atur rumahnya sendiri walau seburuk mana sekalipun rumahnya, bukan dengan mencampuri urusan dalaman PAS yang sebenarnya bagi saya dinamakan pengkhianatan dalam persahabatan.Sudahlah dipancung PAS dengan memutuskan kepalanya tapi masih mahu memakai badannya, malah lebih buruk dipanggil orang yang sekian lama di panggil lawan dan petualang untuk bersama melawan PAS, itukah di panggil rakan atau sahabat? Pada saya itu lebih baik digelar Petualang atau Pengkhianat.Eloklah jika di fikir kembali fungsi dan keadaan kita jika masih mahu menjadi rakan dan sahabat, jangan hanya peluh kita sahaja yang di perah tetapi janji tidak pernah di kota dan acapkali tertipu.Bagi saya janganlah ianya menjadi mimpi paling buruk didalam sejarah PAS bilamana ada ahli PAS sendiri yang menjemput gagak2 dan musang2 ini menari, jika ada maka inilah pengkhianat dan petualang dalam perjuangan, harap tidak ada yang berperangai busuk dan jijik sedemikian rupa.
Istiqamah Bersama Kepimpinan Ulama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej