Apakah kesannya sekiranya kita meninggalkan al-Quran dalam kehidupan seharian?...
Pertama : Kehidupan menjadi sempit dan susah. Tanpa menjadikan al-quran sebagai pedoman, kita menjadi orang yang lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 124 : yang bermaksud, "Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta."
Kedua : Terpengaruh dengan hawa nafsu secara melampau. Nafsunya di dorong oleh syaitan yang membawanya kepada kesesatan. Sesungguhnya mereka inilah golongan yang berada di dalam keadaan kesesatan
Ketiga : Dalam hadis Rasulullah SAW, baginda ada menyebut tentang orang yang langsung tidak membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat al-Quran seperti rumah yang kosong tiada berpenghuni..
Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi yang bermaksud: Dari Ibnu Abas telah berkata : Rasulullah SAW telah bersabda, "
Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya suatu pun daripada al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong." Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imamal-Baihaqi yang bermaksud : Daripada Ibnu Umar RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air.
Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej