Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, April 17, 2015

Mampukah sebuah negara pengeluar petroleum menjadikan semua rakyatnya bergelar jutawan ?

Mampukah sebuah negara pengeluar petroleum menjadikan semua rakyatnya bergelar jutawan melalui penjimatan serta perbelanjaan berhemah?
Norway berjaya melakukannya pada 8 Januari lalu, 44 tahun selepas menemui telaga minyak di North Sea pada 1969. Negara itu menubuhkan tabung kekayaan hasil minyak pada 1990, bermakna Norway hanya mengambil tempoh 23 tahun bagi menjadikan rakyatnya kaya-raya.
Menurut laporan Reuters, setiap warga Norway, secara teori, bergelar jutawan Rabu lepas kerana tabung kekayaan hasil minyak negara tersebut telah mendapat hasil lumayan akibat kenaikan harga minyak dan gas asli.
Tabung tersebut memilik satu peratus saham di pasaran dunia, termasuk bon dan hartanah di London serta Boston. Norway jelas tidak seperti negara lain yang dibelenggu hutang.
Laman web bank pusatnya menunjukkan bahawa tabung tersebut mencatat keuntungan sebanyak 5.11 trillion crown (RM2.7 trillion), iaitu lebih sejuta kali dari bilangan rakyatnya yang berjumlah 5,096,300.
Setiap warganya bernilai hampir sejuta crown, jelas jurucakap bank pusat Thomas Sevang.
Hasil tersebut disimpan bagi rakyat Norway serta generasi akan datang kerana negara itu mengamalkan sikap berjimat-cermat sejak ia mengeluarkan minyak.
Menteri Kewangannya Siv Jensen memberitahu Reuters bahawa tabung yang juga dikenali sebagai Dana Pencen Kerajaan itu telah membantu Norway menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia. Norway merupakan pengekspot minyak ketujuh terbesar di dunia.
“Kebanyakan negara mendapati hasil yang bertambah secara mendadak menyebabkannya bermewah-mewah. Di kemudian hari, mereka terpaksa mengurangkan kembali perbelanjaan,” katanya melalui email.
Tabung tersebut menyumbang sebanyak 183 peratus kepada keluaran dalam negara kasar, dan dijangka meningkat sebanyak 220 peratus dalam tempoh 17 tahun akan datang.
“Parlimen Norway merancang menyimpannya bagi masa akan datang. Banyak negara yang gagal berbuat demikina,” jelas OeysteinDoerum, ketua pengkaji ekonomi di DNB Markets.
Di Malaysia pula, hanya Perdana Menteri sahaja yang mampu menjenguk akaun serta dana pengeluar minyak nasional, Petronas.
Negara ini merupakan pengeluar minyak ke-27 terbesar di dunia, dengan menghasilkan 693,700 tong sehari. Hanya 114 negara tersenari bagi tempoh 2009-2010. Norway menghasilkan 2,350,000 tong sehari.
Di manakah kedudukan Malaysia?
Hutang kerajaan mencecah RM800 bilion seperti yang dijelaskan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri terdahulu, Datuk Mukhriz Mahathir.
Adakah kita menabung bagi masa depan negara? Tidak.
Di dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 30 June 2011, Najib menjelaskan bahawa Petronas menyumbang sebanyak RM3 bilion kepada Kumpulan Wang Amanah Negara.
Jumlah tersebut dilaburkan di dalam pelbagai institusi kewangan dan nilai simpanan Kumpulan Wang Amanah Negara berjumlah RM5.43 bilion.
Norway memiliki RM2.7 trilion berbanding simpanan negara sebanyak RM5.43 bilion!
Pentadbiran dan pengurusan simpanan tersebut dipantai Bank Negara dengan disertai panel dari Kumpulan Wang Amanah Negara.
Najib berkata bahawa Kumpulan Wang Amanah Negara bakal menjamin kesejahteraan negara di masa akan datang.
Selepas 39 tahun Petronas yang ditubuhkan, hutang negara mencecah RM800 bilion manakala simpanan Bank Negara pula berjumlah RM441.7 bilion.
Jelas sudah mengapa kerajaan Barisan yang dipimpin Umno mahu memotong subsidi rakyat. Negara dibelenggu hutang dan tidak mampun lagi meminjam wang bagi mengelakkan negera menjadi seperti Greece.
Rakyat harus sedar bahawa kerajaan kurang telus serta tidak bertanggungjawab di dalam menguruskan kekayaan negara.
Di dalam tempoh 24 tahun penubuhannya, Kumpulan Wang Amanah Negara hanya menyimpan sebanyak RM5.43 bilion, melainkan Najib berkata angka tersebut salah.
baca lagi di :
Like · Comment · 

https://www.facebook.com/ayob.hussin/posts/10204124927784072

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej