Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, April 15, 2015

Khuruj @ Keluar asalnya cara tariqat org tasauf nak mensucikan hati dari sifat takabbur, riak ujub da sebagainya

Ada org tanya masalah tabligh yg keluar 3 hari, 10 hari ... 40 hari .... ada ke tidak dlm syari'at , bagus ke tidak, sesat ke tidak ....
belajar memahami agama, usuluddin dan ilmu sir ( tasauf / ilmu cara nak sucikan hati) itu terlebih utama, lepaskan diri dari fasiq dan zindiq telebih dahulu, lepas tu baru lah nak buat apa pun ... nak keluar ke, tak nak keluar ke, nak suluk ke, nak apa pun ... baru lah selamat aqidah dan selamat amal ibaadah
selama yg kita ngaji, tak jumpa lagi lah nas nas yg kena keluar 3 hari @ 10 hari @ 40 hari @ 1 tahun .... tak jumpa lagi lah !
Keluar keluar ni , asalnya cara tariqat org tasauf nak mensucikan hati dari sifat takabbur, riak ujub da sebagainya.
BUKAN SELAMA LAMANYA KELUAR LEPAS TAHUN KE SETAHUN TANPA TUJUAN... BUKAN ITU MENJADI MAKSUD MEREKA (Org Tasauf) !
org-org dari kalangan Saalik (jalan jalan tasauf) keluar dengan berpakaian kasar berbulu dan murah murah, bertujuan nak hilangkan sifat mazmuumah (sifat tercela) selama beberapa hari atau bulan mengikut arahan guru guru mursyid, sehinggalah murid tadi tidak lagi lagi tercemar dengan sifat sifat tercela itu . Ada sesetengah mereka disuruh oleh guru guru mursyid keluar meminta sedekah, ada setengah disuruh menyapu jalan, ada setengah disuruh membersihkan surau dan masjid.
Setiap murid ada tahap ye berbeza, ada setengah sangat kuat riak dlm dirinya, ada setengah kuat Ujub, ada setengah kuat Sum'ah dan sebagainya. Sebab itulah cara mensucikan diri itu berbeza beza !
Kita pun yg tidak mengikuti jln tasauf pun begitu. Masing masing ada kelemahan, ada yg kuat hawa nafsu kelamin, ada yg kuat tidur, ada yg kuat makan, ada yg kuat mengumpat, riak , ujub , sum'ah dan berbagai lagi sifat sifat yg dicela oleh syarak.
Amalan berpuasa dan tahajjud adalah satu kemestian pd org tasauf dan yg menjalani jalan jalan mensucikan diri ( Suluk )
Janganlah kita hidup dlm penuh yakin yg kita tiada dosa. Kita berbangga kita tidak ada perangai mengumpat tika kita lihat org lain sangat kuat mengumpat. Padahal kita ada kelemahan yg lain !
SELAGI KITA MASIH DI PERINGKAT LAWWAAMAH, JANGAN PERASAN YG KITA SUDAH TERLEPAS DARI SEMUA SIFAT MAZMUUMAH ! TIDAK ...TIDAK SAMA SEKALI !
Org yg sudah sampai ke tahap Mulhamah barulah rasa agak selesa kerana sudah tidak ada padanya sifat sifat buruk itu ! ITUUUU PUN MASIH TIDAK TETAP DAN ISTIQAAMAH ! Dlm maqam ini, seseorang itu masih boleh jatuh kembali ke maqam Lawwaamah ! Hanya org yg sampai ke maqam Mutma-innah saja yg dikira sudah istiqaamah dan kukuh !
Kelemahan nafsu ini selalunya menjadi punca godaan iblis dan syaitan. Kalau si A yg kuat mengumpat, syaitan akan cari jalan agar mengumpat menjadi kebiasaan kepada Si A hingga ke hujung hayatnya.
Kalau Si B ada perangai kuat riaknya, maka syaitan akan berusaha agar sifat riak menjadi kebiasaan kepada si B tadi hingga ke hujung hayatnya.
Begitu juga sifat sifat tercela yg lain. Kesemuanya itu adalah punca punca kepada musnahnya pahala dan amalan anak adam . BUKAN KAH IBLIS DAN SYAITAN TELAH BERJANJI NAK MENGHANCURKAN ANAK ADAM ?
Saya pun dulu pernah ikut tabligh (sebelum masuk mengaji pondok ) tapi saya dapati, ilmu agama tak bertambah selain dari keluar... keluar ... keluar... bila masuk mengaji pondok baru lah dapat belajar ilmu ilmu agama, nahu , sorof fiqah, usuluddin dan tasauf.
Saya nasihatkan kepada sesiapa saja yg baru nak kenal agama, baru nak kenal dakwah, belajar dulu ilmu ilmu yg wajib dipelajari seperti ilmu berkenaan tohaarah, solat, puasa, zakat , cara nak kenal Allah (usuluddin) dan juga sedikit ilmu tasauf.
Tanpa ilmu , semua amalan akan tertolak, kerana syarat amalan diterima ialah ilmu, ilmu yg bersangkut paut dengan amalan yg kita nak buat.
Tidak dibenarkan berbuat amal ibaadat tanpa belajar, dan belajar itu pula kena berguru sebagai menghormati sanad sepertimana juga Nabi pun belajar dari Jibril A.S. ... Semua sahabat Nabi, Ulama mendapat ilmu secara belajar berhadap hadap dengan guru mereka, bukan dengan cara membaca tanpa guru !
Rujukan "Mengenal diri dan Wali Wali Allah "

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej