Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, April 17, 2015

Sudah buat baru bincang halal haram ?

Sudah buat baru bincang halal haram?
HARAKAHDAILY | 16 April 2015.
HARI ini media sibuk membahas apakah GST halal atau haram. Yang peliknya di Malaysia ini, hukum dibahas setelah ia dilaksanakan. Buat dulu, selepas itu baru hisab itu satu dosa atau pahala.
Sepatutnya sesuatu hukum dihadamkan oleh kerajaan sebelum sesuatu dilaksanakan.
Persoalan sekarang apakah kalau ia haram, maka kami rakyat tidak dikenakan GST atau kami haram membelinya kerana GST haram?
Atau apakah kalau ia halal, maka ini berita gembira kepada pemerintah untuk terus menindas dan membebankan rakyat?
Atau apakah kalau ia haram kerajaan akan menarik balik GST?
Kalau tidak, apa perlunya dibahas sekarang apakah GST itu halal atau haram?
Kenapa tiada teguran Majlis Fatwa atau badan berautoriti kepada PM dan menteri kabinet agar tidak membazir, menghentikan kemewahan melampau pemimpin negara dan keluarga, tidak melabur dalam perkara yang merugikan dana rakyat dan menghentikan pemborosan?
Kantong negara mana sekalipun akan kering dengan sikap boros melampau ini.
Lalu keluarlah fatwa halal mengenakan cukai pada rakyat. Apakah ini cara kita mengurus pandangan syarak? Apakah agama hanya menjadi alat bagi membenarkan tindakan kerajaan kepada rakyat?
Keluarlah apa kenyataan sekalipun tetap tidak mengubah hakikat bahawa rakyat marhaen kini mengeluh kesempitan hidup.
Rakyat miskin hanya membeli beras setengah kilo untuk makanan keluarga. Anak-anak hanya dibekalkan nasi dingin ke sekolah untuk makan waktu rehat. Masing-masing rakyat miskin sanggup mengikat perut bagi membuncitkan perut pemimpin.
Lalu keluarlah fatwa untuk kami, Insya-Allah kami akan patuh.
Cuma kami ingin tanya bila pula teguran untuk pemimpin? - HARAKAHDAILY 16/4/2015
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS
16 April 2015

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej