Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, April 15, 2015

kata kat 6

Orang-orang Mukmin Bersaudara ?

Tapi ramai yg lalai dan tak perduli ayat di atas.
selepas kematian, masuk qubur, ayat di atas sangat penting. Gagal ia, bermakna akhirat tak terlepas.

tapi jangankan saudara sendiri di kecam, dimusuhi, bahkan alim ulama juga dikecam !

Boleh lepas ke soalan qubur ???!

gagal mempraktiskan perkara "Orang-orang Mukmin Bersaudara"  maka gagal soalan qubur, ... gagal soalan qubur = gagal ujian terakhir.... gagal ujian besar / terakhir ini, maka gagal kita dari awal hidup hinggalah ke semasa di cabut nyawa....


gagal ujian akhir = tak dapat sijil , gagal ke universiti.

gagal ke universiti masih ok... KALAU GAGAL KE SYURGA , MAKA TIADA LAIN PILIHAN , TERPAKSA KE NERAKA !!!!

**** Jangan main main dengan segala peringatan dari Allah & Rasul serta alim Ulama. Jangan hanya kerana politik, kita gagal mematuhi segala suruhan dan larangan.

Hanya kerana politik, terputus silaturrahim, terputus hubungan dengan alim ulama dan bermusuhan dgn alim ulama serta mukmin...

Jangan kita jadi seperti puak kuffar, mereka (kuffar) hanya pentingkan dunia, hanya nak menang di dunia, hanya kehidupan dunia menjadi matlamat hidup mereka. Mereka tak pernah pun memikir balasan di hari kemudian !

***********************
AyobHussin :
cuma cari alasan untuk memperlekah ulama saja. nabi dah sebut, ramai org akhir zaman akan mendustakan dan membelakangkan ulama.
akhlaq dan kempimpin itu adalah sebagai alasan saja.

Penyu Tuntung · Friends with Jeffrey Ang and 3 others bagaimana dgn mufti perak harussani zakaria..beliau jgk seorang ulamak tp tidak ramai org pas yg bersetuju dgn pandangannya..

Ayob Hussin kalau tidak sudah tentu tidak ketemui alasan dan sebab untuk mengutuk ulamak. .... cuma akhlaq dan kepimpinan saja yg dapat mereka cari untuk dibuat alasan.
Adakah akhlaq dan kepimpinan tuan guru dan segala macam perlakuan dan kata katanya telah menyebab dan dihalalkan untuk dijatuhkan DI SISI SYARAK ??
KITA parti islam, kenalah cari sebab dan alasan syarak !
Tak kan kerana tak menyokong individu tertentu sudah dihalalkan dan diharuskan syarak untuk mufaraqah ?
..... Ustaz Haron Din pun yg tak ada kena mengena dengan akhlaq dan kepemimpinan yg depa dok canang dan hebahkan, depa kutuk dan perlekeh, apa yg dia buat kat depa hingga ulama ini diperlekeh ?
saya tak nampak lain sebab dan alasan selain dari penyakit manusia akhir zaman yg nabi nyatakan "Ulama akan diperlekeh , akan di kesampingkan, tidak diperdulikan oleh manusia.... "
setiap kata dan hadis dari mulut Nabi semua akan terjadi, kami yg belajar agama dan sentiasa mengadap ulama dlm majlis ilmu tidak pun rasa janggal dan terkejut dan heran, kerana sudah ada hadis mengenainya !!!

Penyu Tuntung · Friends with Hanuman Ikan and 3 others jadi kenapa Pas perlu buat muktamar dan pemilihan jawatn presiden jika menjatuhkan ulamak itu salah dan dianggap memperlekehkan???

Ayob Hussin Harussani ka sapa ka .. kalau terkeluar dari syarak , kita kena elak.......
adakah tghh telah buat perkara yg dilarang syarak sehingga boleh kita mufaraqah... kalau ada cuba senaraikan... kalau kena gaya saya pun nak ikut mufaraqah juga ....

Penyu Tuntung · Friends with Jeffrey Ang and 3 others biarkan jawatan presiden itu kekal sehingga mati....makA tiada siapa akan menentang ulamak....betul?? salahkan jika meletak ulamak lain menggantikan ulamak yg ada srbagai presiden??

Penyu Tuntung · 4 mutual friends ustaz ahmad awang pun seorang ulamak...

Ayob Hussin tak da masalah pun .. lawan laa ... tapi dibelakang sana, dok kutuk, hina, dan ada org sampai tahap memunafiqkan dan mengatakan ulama suukkk ... tak kan sampai tahap tuuu.....
bukan masalah lawan dlm muktamar tu yg kita pertikaikan.....

Penyu Tuntung · Friends with Hanuman Ikan and 3 others itu org lain..bukan saya...saya masih menghormati tgha dan dr harun din dari sudut keilmuan agama mereka ..hnya tidak bersetuju dgn rentak politik mereka...bersederhana dlm menyukai atau membenci itu lebih baik..

Ayob Hussin betul kata Sheep De Builder tu, baguslah dah faham kehendak agama , kata kata tuan seperti dlm kitab minhaajun abideen karangan imam alghazali. kita kena ikut majoriti org berilmu dan ulama.
bukalah kitab itu muka surat 26 baris bawah menceritakan situasi ini, yakni situasi bila mana kita keliru yg mana betul yg mana mau kita ikut ... maka imam alghazali telah mengajar kita bagaimana memilih dan bagaiman nak buat keputusan....... tak rugi ngaji ...... di sana ada banyak masalah yg gharib dan halus halus ....
saya dapati majoriti Ulama pondok, ulama tahfeez dan ustaz-ustaz yg baik dan pengajar agama, ramai yg sokong TGHH ( majoriti ) 

Ayob Hussin ikutlah cakap dan kata kata ulama yg betul betul mewarisi nabi nescaya kita akan selamat.....
apa maksud mewarisi Nabi ?
yakni ulama yg sentiasa mengajar, menyampaikan ilmu agama alquran dan hadis, aktif berdakwah dan memberi tazkirah.
Ulama sebegini yg harus kita ikut dan memberi walaak !

Penyu Tuntung · Friends with Hanuman Ikan and 3 others pemimpin yg baik ialah yg mendamaikan 2 pihak bertelagah..bukan diam membisu.....sekian

Ayob Hussin bukan tak boleh sokong Hj Ahmad Awang.... ikut suka lah.... Tapi say lebih cenderung kepada Ulama yg aktif membuat majlis ilmu, mengajar dan sentiasa memberi teguran bersumberkan alquran dan hadis ( yg sentiasa mengajar manusia tentang agama )

Ayob Hussin so... dia diam membisu itu jadi alasan lain pula untuk mufaraqah ....tadi alasan akhlaq dan kepimpinan ..... kalau bila saya boleh patahkan hujjah itu.... mu akan cari alasan lain pula ....???? begitu ?

Sheep De Builder Bukan ape tuan.. Sekarang zaman fitnah...saya orang baru nak kenal agama.. Kadang2 terjumpa individu yg boleh tafsir ayat al quran, bersandar hadith... Tetapi mereka mengatakan ulama itu, ulama ini salah... Kita nak lawan hujah pun tak sampai ilmu.. Kita tanya la sape yg bersama kamu dlm memberi pendapat ni? Dia kata dia belajar tinggi, dia tahu tafsir sendiri.. Kita jawablah, ulama yg kamu kata salah tu, malah ramai yang jahil dan orang kafir kata ulama tu salah, ada berpuluh ulama bersetuju dgn pendapat beliau.. Ini adalah satu kaedah tapisan dari fitnah untuk "beginer" mcm saya...

Ayob Hussin kalau tghh buat kesalahan yg berat di sisi syarak, sya pun akan mufaraqah tak ada masalah pun ... tapi saya masih belum jumpa alasan syarak untuk sya mufaraqah .... belum jumpa ....

Monalito ManToya Saya akan mengikut ulama itu selagi mana ulamak itu berpegang pada quran dan hadis.baik akhlaknya dlm memimpin jemaah.yg penting saya bersama presiden parti dlm menegakkan syiar islam

Ayob Hussin pada saya senang saja nak tahu tghh itu di jalan yg betul atau salah .... kita lihat dan perhatikan .... ADAKAH ORG TIDAK BERIMAN (si kafir ) SUKA DENGAN DIA ?????? !!!!
sudah jumpa jawapan ???
CUKUP SENANG ... ini juga petua dan ilmu dari kitab minhaajun abideen .....
************************ 

Saya boleh faham, bila ahli PAS, mempertahan-kan Presiden PAS. Apa yang saya tak mampu nak faham adalah ahli PAS yang mempertahankan orang yang menghina Presiden PAS...

-**************
Dr Mahadir Mahu GST dihapuskan.
Tapi Tun..
Negara dah mula rosak sejak zaman Tun Lagi !
Masih ingat bagaimana syarikat anak TUN yg di "bail-out" ???
Berapa billion duit rakyat habis ?
*************
Nak kalahkan BN...kalah lan dulu SPR & SPRM...selagi ejensi tak kalah..selagi itu UMNO BN berkuasa...!

**************

Penyokong liberal >>> Setakat pas saja, umno ketawa saja.
Tanpa pkr dan dap, pas x kemana pun untuk menyedarkan rakyat.

Kita jawab>>>> maknanya berjuang secara liberal dan sekular itu lebih baik laaa ?
itu maksud mu ?

Kalau tanpa DAP dan PKR pun, rakyat masih akan sadar dan tahu menilai yg mana  baik dan buruk. 

Adakah DAP & PKR akan memperjuangkan agama Allah ?
Sudah tentu tidak bukan ?
Kenapa patut kita berbangga dengan perjungan selain Iman dan Islam  ?

Kita bukan nak merendah rendahkan PKR dan DAP.... kita bertahalluf dlm beberapa hal politik dan hal keadilan umum, bukan dlm hal agama !

.... dan kita masih bersama PKR dan DAP hal itu 


Pasai apa kita nak lawan arus dengan Allah dan Rasul ?
Bukankah Allah sebut 

سُوۡرَةُ آل عِمرَان

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ 

(١٠٤) 

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ 

(١٠٥)

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

سُوۡرَةُ آل عِمرَان

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ 

ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (١١٠)

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

kalau mu faham apa yg Allah dan Rasul nak dari kita.... mu tak akan ucap sebegitu !

*****

TGHH bertegas nak usul Hudud..
Ramai tentang, termasuk rakan dan taulan....
alasan = rakyat masih susah... masalah banjir belum selesai !
Tapi...... tapi ... tapi.....
Bab hangpa naik gaji.... tak da sapa bantah !
Kenapa ?
bukan ka rakyat tengah susah, masalah banjir tak selesai lagi pun !!?
Berbelit belit .....
bab gaji tak sempat nak belit ?????
*********
kalau PAS pelahap kuasa , lebih baik jangan cakap hal Islam, hal alquran dan hadis, sudah tentu akan mendapat sokongan dari Majoriti rakyaat malaysia.

akan disokong oleh ramai org terutama dari puak sekular dan liberal....

Nak mendapat pengiktirafan dari Manusia atau pengiktirafan dari Allah ?

***************
Depa cakap PAS tidak mendahulukan rakyat. PAS nak buat hudud ketika rakyat sedang menghadapi perbagai bencana, seperti banjir, ekonomi meleset, masalah GST dan macam macam 

Kalau macam tu, undang undang yg ada sekarang tak boleh nak jalan lagi lah, sebab masalah masalah di atas. 

Kalau ada org rompak, kalau ada org mencuri, kalau ada org bunuh org , zina dan rogol, mabuk sampai langgar org , maka kerajaan kena biar dulu lah , jangan tangkap dan jatuhkan hukum sebab Rakyat dalam kesusahan ...

Macam mana ?
Boleh ?

**** Nak usul hudud bukan makan masa berbulan bulan pun ...
Kakitangan terlibat ramai, anggota keselamatan ramai ... tak kan nak dok saja. ?

Tak kan adun dan YB YB kena buat kerja anggota keselamatan pula...

YB ada kerja depa, kakitangan kerajaan yg lain ada kerja depa ...

*************

Negara2 kaya membakar gandum yg berlebihan demi jaga harga pasaran ?

Lebihan Gandum itu mampu memberi makan kepada seluruh benua Afrika selama 10tahun.

*******************

Syarat keluar dakwah

Kena tahu hukum fiqah, haram halal, paling kurang pun fardu 'ain. 

Kena tahu usuluddin, paling kurang boleh dan mampu menolak fitnah aqidah ie faham sifat 20. 

Kena tahu dan lepas fardu 'ain ilmu tasauf ie tahu sifat mahmuudah dan sifat mazmuumah dan tahu perkara yg boleh menghilangkan pahala ibaadah.

KALAU MASIH TAK LEPAS PERKARA DI ATAS LEBIH BAIK DUDUK MENGADAP ULAMA , BELAJAR DULU SAMPAI LEPAS ILMU ILMU BERKENAAN

Keluar dakwah bagus, tapi kena tahu selok belok. Kat kampong saya ada banyak kes si suami keluar sampai 40 hari. Ada kes benar benar berlaku, dia keluar tanpa sebarang nafkah duit belanja. Si isteri mengandung, terpaksa noreh getah. Ada anak sekolah. Hari dia hampir bersalin, jiran yg antar dia ke hospital. Anak anak berselerak. Jiranlah yg membantu di segi kewangan. Dia keluar dakwah , di sana, di rumah timbul fitnah !

Karkuun dan org tabligh ni berani dan jujur, tapi tak memahami kaedah kaedah agama dan dakwah. Tok guru Hj Soleh Musa pun mereka ajak keluar ! 

Tok guru jawab simple saja, kalau mu boleh ganti saya mengajar di pondok saya ni, insyaAllah, saya boleh keluar. Karkuun tadi tersenyap, balik dengan penuh kesal dan malu, malu kerana tiada ilmu !

Jangan pula kita menghukum org lain yg tak keluar itu sebagai tak ikut sunnah pula, kerana tiada nas soheh yg menyuruh begitu. Tiada dlm alquran mau pun hadis, yg ada ialah Allah menyuruh melakukan amr makruuf nahi munkar. Kaedahnya kena tanya ulama.

saya dah cari banyak kitab , alquran dan hadis, tak jumpa lagi org jahil, bahkan seorang abid yg lebih dari Ulama ... masih tak jumpa ... tolong cari kan saya satu nas ?! boleh ?

belajar memahami agama, usuluddin dan ilmu sir itu terlebih utama, lepaskan diri dari fasiq dan zindiq telebih dahulu, lepas tu baru lah nak buat apa pun ... nak keluar ke, tak nak keluar ke, nak suluk ke, nak apa pun ... baru lah selamat aqidah dan selamat amal ibaadah

apa dakwah dan apa dia tazkirah ?

dakwah, asalnya ialah menyampaikan Islam kepada bukan Islam....

manakala tazkirah ialah memberi peringatan kepada Umat yg sudah Islam ... !

tahun lepas, ada jama'ah tabligh (markas di pokok sena Kedah) dtg ke kg saya. ada satu karkun tu.... selepas asar dia ada bagi ceramah (bayan) dia cakap dia datang ke kg ini kerana nak bagi kesedaran dan berdakwah sebab org kg ini masih ramai tak keluar masjid dan ramai lagi tak kuat iman dan tak melakukan kerja iman.

saya tahu dia ni datang dari kg panchor pokok sena. saya juga tahu kampong dia juga sangat teruk ! ramai penagih dadah, kecurian sangat banyak, lagi ramai tak keluar masjid.......

saya cakap kat dia ... lain kali pedulikan kamppong sendiri dulu....kg kami, kami dah buat macam macam program, kami seru org datang masjid.....masih ada lagi yg tak keluar... kami nak buat camna lagi ?

tak kan kami nak pergi bakar rumah org pulak ?


masa bayan tu , dia cakap hal hal hakikat, puasa hakikat, solat hakikat ... 

BUKAN PUASA HAKIKAT, BUKAN SOLAT HAKIKAT... TAPI HAKIKAT PUASA , HAKIKAT SOLAT ....

DIA CAKAP MACAM SEORANG ULAMA TASAUF membincangkan hal hal hakikat.... pada hal tiap tiap kali ada pengajian di masjid pokok sena oleh tok guru , puak puak tabligh akan belah...

KENAPA PUAK PUAK TABLIGH SANGAT BENCI MAJLIS ILMU AGAMA ? KENAPA ?

SAPA SAPA BOLEH TOLONG JAWAB ?



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ثَلاَثَةٌ لاَ تَقْرَبُهُمُ الْمَلاَئِكَةُ جِيفَةُ الْكَافِرِ وَالْمُتَضَمِّخُ بِالْخَلُوقِ وَالْجُنُبُ إِلاَّ أَنْ يَتَوَضَّأَ

"Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat: bangkai orang kafir, orang yang berlumuran minyak wangi khaluq dan orang junub kecuali jika ia berwudhu" (HR. Abu Daud; sahih)

Adapun yang dimaksudkan dengan minyak wangi khaluq adalah minyak wangi dengan gabungan za'faran dan lain, didominasi oleh warna merah dan kuning.


ini pengalaman sya. saya pernah lihat org org tabligh , saat tuan guru memulakan pengajian kitab, mereka ramai ramai keluar ! sangat tak beradap !

سُوۡرَةُ التّوبَة

بَرَآءَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۤ إِلَى ٱلَّذِينَ عَـٰهَدتُّم مِّنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ (١) فَسِيحُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ أَرۡبَعَةَ أَشۡہُرٍ۬ 

وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّكُمۡ غَيۡرُ مُعۡجِزِى ٱللَّهِ‌ۙ وَأَنَّ ٱللَّهَ مُخۡزِى ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٢)

Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat

Ini kata kata Imam alghazali
العلم بلا عمل جنون، والعمل بغير علم لا يكون

ilmu tanpa amal = gila , dan amal tanpa ilmu TAK BERGUNA (KOSONG )

pihak da'ei, para pendakwah, para penyeru janganlah adanya berpuak puak, ini tidak ... tabligh dengan jama'ah tabligh mereka, abim dengan abim mereka ...... itu sudah tidak kena !

sepatutnya selepas mengajak org jadi beriman, sadar diri , kenal iman dan kenal islam, maka hendaklah juga (selepas itu ) menyeru mereka agar mendalami Islam dengan pergi ke pondok pondok ke atau ke mana saja tempat pengajian ilmu agama agar segala amalan diterima Allah . 

geng dakwah jalan kan kerja mereka, geng alim ulama jalankan kerja mereka , baru lah mantap Islam !

tidak ada istilah berlagak atau pun tak ikhlas dlm bertazkirah ... Allah tak suruh mengintai ngintai hati org lain samada dia ikhlas atau tidak ... nak mengintai hati org lain... ITU KERJA ALLAH .... manakala kita hanya berhukum kpd yg zahir !

نحن قوم نحكم بالظاهر والله يتولى السرائر

dari hadis, kami adalah satu kaum yg menghukum mengikut zahir, dan Allah menghukum (melihat) akan yg batin (rahsia rahsia

bukan salah pun jadi org jahil... yg salah ialah dah laaa jahil ... tak mau belajar dan tak mau mengalah kepada alim ulama !

maaflah .. saya cuma nak perbetulkan apa yg selama diamalkan oleh segelintir "pendakwah" "penceramah" dan org islam sendiri ...

sudah menjadi adat yg baik dulu dulu, org yg tiada ilmu akan mengikut org berilmu, org berilmu akan mengajar org yg tiada ilmu ... itu satu kebiasaan yg baik ....

tapi sekarang ... di akhir zaman ini.... org yg tak pernah belajar ilmu agama mahu alim ulama mengikut mereka ! mereka mengecam dan sering menuduh tok tok guru, para ustaz dengan berbagai gelaran tanpa bersandarkan hujjah dan kehendak Allah dan Rasul ..... DAH BANYAK BERLAKU !

ITULAH TANDA TANDA AKHIR ZAMAN !



****

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej