Pilihanraya Sudan Lebih Demokratik
POSTED BY HIJAU FM ON 9:53 PM
Berita Nasional | Oleh Wartawan BO
POSTED BY HIJAU FM ON 9:53 PM
Berita Nasional | Oleh Wartawan BO
Demokrasi dan sistem pilihanraya di negara Sudan adalah lebih baik berbanding dengan yang apa yang diamalkan negara-negara lain di benua Afrika.
Walaupun terdapat persamaan antara Malaysia dan Sudan kerana kedua-dua negara mewarisi sistem Brtitish, namun parti-parti dan calon-calon yang bertanding mempunyai peluang yang sama.
Mereka juga diberikan hak berkempen yang agak luas kerana semua pihak yang bertanding, bebas menggunakan semua saluran media, termasuk radio dan televisyen.
Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali berkata walaupun pada asasnya terdapat persamaan dalam sistem pemilihan diantara kedua-dua negara, tetapi Sudan sudah beralih dari kaedah kemenangan ditentukan dengan siapa yang mendapat undi lebih banyak (first past the post).
“kedua-dua Malaysia dan Sudan adalah pada satu masa adalah dibawah jajahan British, dan kita mewarisi sistem dalam bagaimanapun juga, terdapat persamaan antara Malaysia dan Sudan.
“tetapi Sudan sedikit sebanyak telah beralih daripada sistem British di mana kita di Malaysia masih mengamalkan sistem ‘first past thepost’,”katanya dalam satu sidang media di ibu negara Sudan, Khartoum pada Selasa malam , 14 April.
IMG-20150414-WA0107
Beliau berkata demikian ketika mengulas perjalanan pilihan raya Sudan selepas dua hari berlalu, dan dijangka berakhir pada Rabu.
IMG-20150414-WA0107
Beliau berkata demikian ketika mengulas perjalanan pilihan raya Sudan selepas dua hari berlalu, dan dijangka berakhir pada Rabu.
Menurutnya, beliau bersama rombongan badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia dijemput sebagai sebahagian dari 2,000 orang pemerhati antarabangsa.
“Kami NGO dari Malaysia. Kami dijemput untuk menjadi pemerhati pilihan raya semasa di Sudan, dan kami sangat gembira menjadi (pemerhati),
“di sini dan bagaimana pilihan raya, pengendalian pilihan raya yang sedang dijalankan di sini,”jelasnya.
“di sini dan bagaimana pilihan raya, pengendalian pilihan raya yang sedang dijalankan di sini,”jelasnya.
Kata beliau, ada campuran sistem pilihnaraya yang dilaksanakan di Sudan, campuran antara sistem asas ‘first past the post’ dengan mengambil kira pilihan perwakilan kaum dan pertimbangan geografi.
IMG-20150414-WA0108
“(ia) telah memberi ruang kepada setiap kumpulan di Sudan menyertai (pilihan raya) dan (menjadikan) Parlimen Dudan diwakili oleh pelbagai kumpulan (etnik),
“(ia) telah memberi ruang kepada setiap kumpulan di Sudan menyertai (pilihan raya) dan (menjadikan) Parlimen Dudan diwakili oleh pelbagai kumpulan (etnik),
“(dan) kami akan melihat sehingga esok, (kerana) esok adalah hari terakhir pilihan raya, (saya dan) beberapa saudara (pemerhati dari Malaysia) kami duduk di sini sejak semalam dan mereka telah melihat sehingga kepada kotak undi itu sendiri,”tambah beliau.
Oleh itu, beliau yang diiringi oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin Ismail, Zaman Abdullah (Bendahari) dan Bekas Ahli Parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad, menyifatkan pilihan raya yang dilaksanakan di negera itu berjalan dengan lancar dan sangat demokratik.
Beliau berharap, beberapa pengalaman yang didapati semasa memantau pilihan raya itu dapat dibawa kembali ke Malaysia.
“kami berharap pengalaman yang kita kumpul sambil kita memerhatikan pilihan raya di Sudan akan membantu kita dalam memahami kerja demokrasi di sini,
“dan kita boleh belajar perkara-perkara tertentu yang kita boleh membawa kembali ke negara kita, Malaysia, In sh allah,”katanya sambil mengucapkan terima kasih atas hospitaliti dari pihak Sudan
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej