Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, April 17, 2015

Kulup diberi layanan istimewa

Oleh : Omak Kau
Kalau benarlah Bernama TV menjemput Rani Kulup dalam salah satu programnya, maka tidak hairan mengapa stesen TV berkenaan terlingkup sampai tidak mampu nak bayar gaji para pekerjanya. Pihak pengurusan Bernama TV (BTV) akhirnya mengakui bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya. Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak masing-masing hari ini.
"Pembayaran ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak syarikat," menurut surat daripada ketua Pengarah Eksekutif (CEO) BTV Datuk Ibrahim Yahya (kiri). Gaji terakhir dibayar oleh BTV adalah pada 20 Oktober lalu. Ketika dihubungi, Ibrahim sendiri berkata pihaknya juga belum pasti bila gaji penuh boleh dibayar, kerana mereka tiada lagi wang untuk itu.
Katanya, BTV sebuah syarikat swasta yang agensi berita nasional Bernama hanya memiliki satu pertiga pegangannya. “(Tetapi) apabila Bernama TV menghadapi masalah, Bernamalah yang membayar gaji-gaji ini dan juga segala keperluan," katanya. "Lama-kelamaan, simpanan Bernama untuk bayar gaji Bernama TV itu habis, apabila tiada kemasukan baru."
Sekarang BN / UMNO pula sangat meraikan kawan kita si Rani Kulup nih !
Lihat, tengok dan nilai lah seseorang kalau nak ambik buat sebagai tukang rujuk.
Tak kan itu pun org kena bagitau !
Kalau SRP, SPM pun grade tak berapa nak cantik, BM pun kantoi... tak kan nak dijulang ke atas.
Bukan nak hina sesiapa. Itu realitinya di atas muka bumi ini !
Yg tak cerdik, mereka ada kerja yg bersesuaian dengan mereka yg org cerdik tak boleh buat, realiti ini kita kena terima !
Tak kanlah org yg SPM tak lulus, BM fail (sebagai contoh ) kita nak suruh dia jaga negara !.... bukan kita nak buang dan perleceh sesiapa.... INI ADALAH KENYATAAN HIDUP !
Dia mesti ada kelebihan lain yg org lain tiada... tapi janganlah sampai melibatkan urusan negara !!!?
Tak kan hanya kerana dia sokong PM, dia sudah layak di tempat yg dikira KRITIKAL !!!!
Jangan main main, hal menjaga negara adalah hal hal yg kritikal !





No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej