Satu laporan minggu lepas menjelaskan bahawa Sweden akan menutup empat kompleks penjaranya kerana terdapat penurunan jumlah penjenayah secara mendadak. Ia laporan yang menarik. Ia juga bermakna terdapat kurang penjenayah dan jumlah penjara melebihi mereka. Mungkin sudah tiba masa bagi kerajaan Malaysia berhubung dengan kerajaan Sweden bagi memohon disediakan ruang bagi penjenayah kita. Bukan bagi menempatkan pembunuh, gengster tegar, pengganas atau ahli politik korup walaupun mereka tentu layak dipenjarakan. Ruangan tambahan ini diperlukan bagi menempatkan kelompok manusia yang mengancam keselamatan negara - mereka yang berlainan pendapat di laman media sosial.
Mungkin bunyinya merepek, tetapi itulah arah tujuan kita nampaknya. Pendapat umum menyatakan begitu. Akta Hasutan diluluskan, walaupun ahli politik termasuk daripada BN menyuarakan kebimbangan tentang pindaan Akta sedia ada yang telah lapuk dan tidak diperlukan lagi. Bagi menyuaraikan suara penentengan yang timbul berikutan bacaan pertama minggu lalu, Putrajaya telah membuat beberapa pindaan. Ini termasuk membatalkan cadangan terdahulu “tiada jaminan, hanya hukuman penjara” bagi pesalah yang melakukan hasutan, tetapi memasukkan klausa bahawa kegiatan menyebar hasutan merupakan satu kesalahan. Di sini berlakunya komplikasi.
Buat masa ini, Putrajaya memberikan definisi kabur tentang apakah hasutan, dan apa yang tidak dianggap hasutan. Ketika bacaan pertama pindaan dilakukan di Parlimen, Putrajaya hanya menjelaskan kenyataan tentang agama dianggap hasutan, dan bukan tindakan mengkritik kerajaan. Sejarah menunjukkan yang berbeza. Berulang kali, kita menyaksikan kenyataan tentang seseorang pemimpin dan parti yang diwakilinya, diputarbelit sehingga dilihat penghinaan ke atas bangsa Melayu, agama Islam dan mungkin Raja-Raja. Tidak kiralah bahawa kenyataan tersebut sebenarnya ditujukan kepada pemimpin Umno.
Polis dan mahkamah bagaimanapun akan berpandangan ianya serangan ke atas bangsa Melayu dan Islam. Mereka yang menghamburkan kenyataan akan berdepan hukuman. Apa jaminan keadaan tidak berbeza, dan Putrajaya tidak akan menghukum pengkritik kerajaan? Malah, menghukum seseorang yang berkongsi bahan hasutan juga dilihat hukuman yang terlalu berat. Pada hari ini, di mana mesej dan gambar dikongsi dalam beberapa saat, dengan sikap Putrajaya yang terlalu sensitif, kita akan kekurangan ruang bagi menempatkan pesalahlaku. Itu sebabnya kita wajar menyewa ruang daripada Sweden.
Dan bagi rakyat Malaysia, sekiranya pindaan berhasil, anda perlu menjual telepon pintar anda dan gunakan model lama Nokia 3210 or 3310, yang hanya mampu membuat panggilan dan berkongsi pesanan teks. Jauhi laman media sosial dan jika boleh, jual juga komputer dan kembali mengguna mesin taip. Ini kerana apabila jari jemari anda hilang pertimbangan, anda mungkin dihumban ke dalam penjara kelak.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej