Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, April 9, 2015

HUDUD BERJAYA UBAH MINDA MASYARAKAT

HUDUD BERJAYA UBAH MINDA MASYARAKAT
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

PENGKALAN CHEPA: Usaha PAS mengangkat Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJSII) Kelantan 1993 (Pindaan 2015) telah memperlihatkan perubahan sikap oleh masyarakat termasuk Umno.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jika dahulu Umno mendakwa ianya sebagai ‘Hudud PAS’, tetapi kini setelah 22 tahun apabila dibentang di Dewan Undangan Negeri pada 18 Mac lalu, julukan sedemikian tidak kedengaran lagi.
“Ini satu perubahan yang besar. Hasil daripada mungkin penjelasan-penjelasan yang kita buat dan mungkin mereka sendiri pun mengkaji dan melihat kandungan yang ada dalam Kanun Jenayah Syariah itu. Jadi, satu halangan pertama tu kita sudah lepas. Halangan dari segi orang kata ‘mindset’.
“Pemikiran tu sudah kita lepas dah, satu peringkat yang mengatakan hudud ini ‘Hudud PAS’ tidak ada orang lagi, cuma ada seorang dua peguam antaranya saya sebut nama lah, yang pertama Zaid Ibrahim, kedua Latipah Koya daripada PKR yang mengatakan hudud Kelantan ni bukan mari daripada al-Quran.
“Ha....bukan hudud al-Quran. Itu keluar dalam surat khabar kalau kita baca dan bila Latipah Koya ini buat komen, ada wartawan mari tanya saya, macam mana pandangan ustaz tentang pendapat Latipah Koya? Saya kata gi beritahu ke dia, biar dia ngaji biar habis.
“Saya bagi tahu ke wartawan gi bagi tahu ke Latipah Koya biar ngaji sampai habis dan jangan kecek barang hok dia tak reti. Tu lah jawapan saya secara mudah nak suruh jelas benda ni,” ujarnya pada Ceramah Penerangan Isu Hudud di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), di sini, 1 April lalu.
Menurutnya, menghadapi cabaran yang berlaku memerlukan kepada kebijaksanaan politik di mana politik adalah seperti menjalankan perniagaan.
Katanya, peniaga akan sentiasa mencari peluang dan memerlukan kesabaran untuk mendapatkan untung, selain perlu bersedia menghadapi risiko.
Ketika berniaga juga ujarnya, turut berhadapan kemungkinan rugi dan ditipu, tetapi takut untuk menghadapi risiko akan menyebabkan perniagaan tidak berkembang.
“Politik pun lagu tu juga, kemungkinan ada kita pun tahu, tapi kita kena berani ambil risiko. Serupa (Almarhum) Tok Guru bagi Ibrahim Ali bertanding di Parlimen Pasir Mas dulu. Kena faham la. Tok guru buat keputusan bukan tak fikir dia akan bawa lari kerusi tu. Dia akan lari tapi kenapa Tok Guru beri juga?
“Sebab ada maslahah lebih besar nak menang Dun supaya Kerajaan Kelantan kekal. Hilang satu kerusi Parlimen tak apa, asalkan Kerajaan Negeri ni kekal. Inilah kaedah main politik ada risiko, ada peluang.
“Jangan la kita kata bila orang buat macam ni, nak kena tipu dengan Umno, nak hulur kepala nak suruh Umno sembelih. Saya maklum lagi setakat ni. MB maklum lagi. Kita bukan jenis pekak tuli buta. Tu nak bagi tahu,” tegurnya

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej