Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, April 15, 2015

5 NASIHAT RASULULLAH SAW KEPADA UMATNYA

5 NASIHAT RASULULLAH SAW KEPADA UMATNYA

1. HENDAKLAH KAMU SENTIASA BERADA DALAM JEMAAH
Iaitu berada dalam kumpulan orang islam yang berpegang kepada Al-Quran, Al-Sunnah dan pendapat para sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari kitab Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W.Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang memisahkan diri kerana sejengkal dari jemaah, maka terungkai ikatan islamnya daripada tengkuknya walaupun seseorang itu rajin melakukan ibadah solat, puasa, bersedekah dan sebagainya.

2. HENDAKLAH KAMU MENDENGAR CAKAP PEMiMPIN.Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. HENDAKLAH KAMU TAAT KEPADA PEMIMPIN SELAGI PEMIMPIN ITU BERADA TEPAT DALAM LANDASAN AL-QURAN DAN SUNNAH.
Sabda Rasulullah S.A.W:“Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka. (Hadis Riwayat at-Tabrani)

4. HENDAKLAH BERHIJRAH
Dalam konteks sejarah hijrah, hijrah adalah kegiatan perpindahan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw bersama para sahabat beliau dari Mekah ke Madinah, dengan tujuan mempertahankan dan menegakkan risalah Allah, berupa akidah dan syari’at Islam. Dengan merujuk kepada hijrah yang dilakukan Rasulullah Saw tersebut sebagaian ulama ada yang mengertikan bahawa hijrah adalah keluar dari “darul kufur” menuju “darul Islam”. Keluar dari kekufuran menuju keimanan.

5. HENDAKLAH BERJIHAD PADA JALAN ALLAH
Syaikh Abdurrahman bin Nashir Al Sa’di menyatakan: “Jihad ada dua jenis; pertama jihad dengan tujuan untuk kebaikan dan perbaikan kaum mukminin dalam aqidah, akhlak, adab (prilaku) dan seluruh perkara dunia dan akhirat mereka serta pendidikan mereka baik ilmiyah dan amaliyah. Jenis ini adalah induk jihad dan tonggaknya, serta menjadi dasar bagi jihad yang kedua iaitu jihad dengan maksud menolak orang yang menyerang Islam dan kaum muslimin dari kalangan orang kafir, munafiqin, mulhid dan seluruh musuh-musuh agama dan menentang mereka”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej