Bekerjasama dengan bukan islam dalam politik aman (siasah dakwah silmiyah).
Pertama :
BEKERJASAMA UNTUK MELINDUNGI DAKWAH DAN PENDAKWAH.
Adalah di benarkan kepada seorang pendakwah untuk meminta pertolongan demi menjaga maslahah da’awiyah dan penda’wah itu sendiri agar keselamatan diri terjamin dan kerja dakwah berterusan.
Namun, keharusan itu di syaratkan dengan beberapa perkara :
* Orang bukan islam di yakini amanahnya untuk merialisasikan kerja-kerja da’wah
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut pengabaian kepada beberapa prinsip islam
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut kita berdiam diri dari berkata benar atau setuju dengan kebatilan
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu bermuka-muka dengan kafir atau memuji kekufuran mereka
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu penguasaan orang kafir ke atas orang islam dengan membawa kepada kemudharatan kepada penda’wah.
Contoh keharusan bekerjasama dengan mereka dengan tujuan maslahah dakwah dan pendakwah itu sendiri:
Nabi Muhammad SAW bersama dengan Abu Talib
Seperti yang kita semua maklum, Abu Talib tetap berlembut dengan Nabi SAW dalam apa jua keadaan. Pihak Quraisy berkali-kali meminta agar Abu Talib menasihati Nabi Muhammad agar tidak menyentuh perihal berhala mereka, tetapi Nabi tetap tegas untuk menjalankan da’wahnya. Melihat pendirian Nabi SAW, berkata Abu Talib : "Pergilah,wahai anak saudaraku.serulah kepada orang ramai apa yang kamu suka(da’wah islam) Demi Tuhan, aku tidak akan serahkan engkau kepada sesiapa juga selama-lamanya”
Berkata Imam Ibnu Kathir : " Hikmah yang bgitu besar kepada Islam dan Rasulullah SAW di sebalik kufur Abu Talib ialah kekuatannya sebagai benteng utuh da’wah Nabi yang sentiasa mempertahankan Nabi. Seandainya Abu Talib masuk Islam, sudah pasti orang Quraisy tidak akan mempedulikan kemuliaan ,kebesaran dan penghormatan yang ada pada peribadi Abu Talib. Mereka akan menghapuskan Nabi SAW serta Abu TAlib dengan kekerasan dan cemuhan jahat mereka.
Perlindungan yang di berikan Abu Talib kepada Nabi Muhammad bukanlah ketika di saat getir sahaja bahkan dalam segenap sudut sehinggakan Nabi menjadi terlalu sayang kepada beliau.Ini dapat di buktikan bila mana meninggalnya Abu Talib, Nabi menjadi terlalu sedih.
Jelaslah, bahawa bukan kerana hubungan darah daging sahaja, tapi kerana jasa dan pengorbanan yang di berikan oleh beliau. Sekiranya darah daging di jadikan ukuran, ini kurang tepat kerana Nabi tidak melakukan perkara yang sama pada Abu Jahal dan Abu Lahab.
Keharusan ini berpandukan beberapa SYARAT :
Syarat 1 : Hendaklah kafir itu boleh di percayai untuk merealisasikan tujuan yang di maksudkan.mungkin dengan perjanjian, perbincangan dan sebagainya.
Syarat 2 : Janganlah kerjasama itu berisiko yang boleh mengakibatkan prinsip islam atau dasarnya tergadai atau terpaksa di kesampingkan.
Syarat 3 : Janganlah kerjasama itu terdapat unsur bermuka-muka, hipokrit dengan orang kafir.
Syarat 4 : Janganlah kerjasama itu mengakibatkan amar makruf nahi mungkar terabai.
Syarat 5 : Janganlah di sebalik kerjasama itu akan menyebabkan penguasaan orang kafir ke atas islam atau menyebabkan islam redha dengan agama mereka atau membenarkan serta mengiyakan kesyirikan yang berlaku.
Kedua :
BEKERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM SEBAGAI PEMBANTU DALAM POLITIK
Para fuqaha telah berijma’ mengenai hukum harus bekerjasama atau meminta bantuan orang kafir untuk menunjuk arah tentera muslimin dalam peperangan,menunjukkan kubu-kubu pertahanan musuh,dengan tujuan memperkasakan lagi kekuatan tentera musimin.
Berkata Ulama’ Hanafi, Maliki, Syafi’ dan Hambali : Haram ke atas kita meminta bantuan dari kafir dalam berjihad, tetapi di haruskan seumpama meruntuh kubu musuh,menggali terowong,atau mengoperasikan manjanik alat melontar batu besar seperti lastik atau sebagainya.
Ketiga :
KERJASAMA YANG TIDAK MENGGADAIKAN PRINSIP-PRINSIP UTAMA SYARA'
Contohnya akidah dan perundangan (hudud). Contoh yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dimana Nabi SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.
Keempat :
MANFAAT ATAU FAEDAH YANG BOLEH DITERIMA OLEH BUKAN ISLAM
Pertama : Hak-hak yang wajib di berikan kepada mereka
1. Wajib menunaikan hak mereka sebagai rakyat sepertimana muslim.
2. Diberikan sejumlah daripada ghonimah
3. Memelihara keamanan mereka dan melepaskan tawanan di kalangan mereka
Kedua : Hak-hak yang tidak boleh di berikan kepada bukan muslim
1. Berperang dengan mereka menentang musuh mereka ynag bukan muslim
2. Membekalkan senjata kepada bukan muslim
3. Memberikan gelaran syahid kepada mereka
https://www.facebook.com/ayob.hussin/posts/10204106342519452
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej