Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, April 19, 2015

Bolehkah kita menunjuk amalan baik kita di khalayak umum ?


Bolehkah kita menunjuk amalan baik kita di khalayak umum ?

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

Sesungguhnya segala amalan kamu itu bergantung kepada niat .

kalau Ikhlas, mendapat pahala, kalau tidak maka tidak mendapat pahala

Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda: “ Barangsiapa menyeru kepada hidayah (petunjuk) maka ia mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa menyeru kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa sebagaimana dosa yang mengerjakannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.” (H.R. Muslim).

Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada bari itu tidak ada jual beli dan persahabatan. (Q.S. Ibrahim [14]: 31).

Saya takut tidak ikhlas kalau menunjukkan amalan, saya mau ikhlas dulu baru beramal.

Jika ada argumen seperti itu, maka saya akan bertanya, “Bila nak beramalnya kalau menunggu ikhlas dulu ? Apakah masih ada kesempatan untuk berbuat baik jika menunda-nunda rasa ikhlas untuk beramal ?”.

Kita tak akan tahu apa yang akan terjadi di masa depan, bahkan satu detik kemudian juga kita tidak tahu. Oleh karena itu, jangan menunggu ikhlas dalam beramal, tapi berusaha ikhlas dalam setiap amal

*** Pokok pangkalnya ialah ilmu pengetahuan ! Kalau ada ilmu, pergilah lorong mana pun, insyaAllah kamu akan selamat. Buatlah amalan macam mana gayapun (asalkan menepati syari'at), insyaAllah, kamu akan selamat dari sifat mazmuumah.

Kalaupun kamu sudah terjatuh sekalipun, kamu akan tahu bagaimana nak kembali.
Berbeda dengan mereka yg tidak tahu selok belok agama, amalan yg remeh pun tidak dijamin ianya berkualiti dan diterima Allah, kerana AMALAN TANPA ILMU !

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej