Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, April 5, 2015

Permintaan kepada Alquran naik 3 kali ganda di Perancis , selepas peristiwa serangan "Charlie Hebdo"

Permintaan kepada Alquran naik 3 kali ganda di Perancis , selepas peristiwa serangan "Charlie Hebdo"
Itulah hikmahnya bila muslem berjihad dlm agama. Berjihad bukan hanya bermaksud keluar berperang. Menyebarkan Islam, berdialog dengan non-muslim, memberi penerangan tentang Islam juga adalah jihad dlm amr bil-makruuf.
Bila kita dah berusaha bersungguh sungguh dlm agama, maka bakinya adalah kerja Allah. Allah akan sampaikan dan menangkan Islam dengan cara yg kita tidak sangka.
Percayalah tuan tuan.... Teruskan bagi penerangan kpd non muslim akan kebenaran dan keadilan Islam dengan cara bersungguh sungguh, ikut kemampuan dan cara masing masing....
سُوۡرَةُ التّوبَة
ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَـٰنَهُمۡ أَرۡبَابً۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓاْ إِلَـٰهً۬ا وَٲحِدً۬ا‌ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۚ سُبۡحَـٰنَهُ ۥ
عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٣١) يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ (٣٢) هُوَ ٱلَّذِىٓ
أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ ڪُلِّهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ (٣٣)
Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
***
Berdakwah secara berhikmah bukan bermakna kita kena turut kemahuan mereka dan mengangguk ngangguk saja apa yg mereka cakap. Berhikmah bukan bermakna kita kena bertolak ansur hingga tergadai hukum hukum Allah.
Berhikmah bermaksud cerdik dan pandai dlm berhujjah. Berhikmah bermaksud ilmu. cuba lihat contoh "berhikmah" yg ditunjukkan oleh Almarhum Ahmad deedat dan juga Zakir Naik .
Mereka bukan saja mahir hukum Agama Islam, bahkan mereka mahir kitab kitab kristian ! Itulah Berhikmah - Cerdik, berilmu dan pandai berhujjah !
Dakwah secara berhikah maksudnya kita kena tahu selok belok hukum hakam, kena tahu bagaimana nak patahkan hujjah mereka. Kena tahu hal hal kitab-kitab mereka.
Bahkan para pendakwah seperti Almarhum Ahmad Deedat dan Zakir Naik menghafaz bible ! ITULAH NAMANYA DAKWAH SECARA BERHIKMAH !
Ada org sekarang menyangka berdakwah secara berhikmah bermaksud, kita kena bercampur gaul dengan mereka, makan minum sekali, hingga terpaksa ikut mereka ke tempat tempat maksiat dengan tujuan nak tarik mereka ... hingga menimbulkan fitnah dan kontroversi ..

The jihadist attacks against the Charlie Hebdo satirical magazine and a Jewish...
FREEMALAYSIATODAY.COM

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej