Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, August 7, 2015

BERSAMA KEPIMPINAN ULAMAK


Ustaz Hisham
1 hr · Edited ·
BERSAMA KEPIMPINAN ULAMAK
Sabda Rasulullah (s.a.w);
عليكم بالجماعة
Diiertikan oleh Syeikh Idris al-Marbawi dengan: "hendaklah kamu melazimkan diri dengan sidang ulamak."
Perkataan 'al-jamaah' di dalam hadis ini diertikan oleh beliau dengan; "sidang ulamak." Oleh itu, boleh juga diertikan sebagai, sekumpulan ulamak, gabungan ulamak, majlis ulamak. Menunjukkan di sini bahawa perkataan jamaah di sini bukanlah bermaksud, sekumpulan manusia secara umum yang terdiri dari yang jahil dan yang alim.
و إياكم و الفرقة
Diertikan dengan: "Dan hendaklah kamu menjauhkan diri dari sikap bercerai dari sidang ulamak itu."
Maknanya, disuruh dan diperintahkan kepada kita umat Islam untuk bersama dengan sidang ulamak. Kita di suruh oleh Nabi (s.a.w) mengikut pendirian yang dibangunkan oleh sidang ulamak.
Sebagai orang Islam, kita mesti bersama dengan pendirian yang ditetapkan oleh para ulamak. Jika kita beriman dengan Nabi (s.a.w), maka kita kewajiban kita adalah untuk bersama dengan para ulamak. Jangan bercerai, melawan, menentang dan menyanggah sidang ulamak itu.
Di sini, Nabi (s.a.w) memerintahkan kita mengikut serta mempertahankan pendirian-pendirian yang telah ditegakkan oleh para ulamak.
Mereka berbincang dan mengumpulkan segala ilmu dan kefahaman mereka dalam bidang ugama untuk membina sesuatu pendirian maka sebagai orang Islam, kita mesti bersama dengan pendirian ini tak boleh berlawan dengan pendirian ini selama tidak bercanggah dengan dengan dasar-dasar Islam secara terang-terangan. Hampir mustahil, pendirian yang dibina secara kolektif oleh siding ulamak menghasilkan kesilapan. Meninggalkan pandangan-pandang, walaupun pandangan itu dari seorang ulamak juga, namun terpencil dari pandangan-pandangan ulamak yang lebih ramai dan kolektif sifatnya.
Para ulamak yang berfikir secara kolektif itu, tentunya lebih selamat dari ulamak yang berfikir sendirian atau terpencil. Pendirian yang dipegang ramai ulamak, tentunya lebih selamat dari pendirian yang dipegang oleh hanya seorang berdua ulamak. Ulamak yang berjuang secara sendirian.
Kalau pendirian itu terbina oleh sejumlah ulamak terbina oleh pemikiran-pemikiran mereka yang memang memahami Islam memang mengaji Islam tentu pendirian itu lebih jauh dari kesalahan.
Ulamak itu ibarat lampu suluh. Ulamak yang ramai itu, tentu-lah lebih dipercayai selamat dari kesilapan dengan sebab duduk di dalam cahaya yang banyak. Tiada menyenangkan hati, tinggal di bawah cahaya yang sedikit.
Maka, muslim yang mahu hidup selamat dari dunia sampai ke akhirat janganlah tinggalkan sidang ulamak yang muafaqat ijtihad mereka pada hukum Allah yang diambil dari al-Quran dan as-Sunnah Nabi (s.a.w).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej