Saya nak perkatakan tentang meminta petunjuk dengan istikhaarah:
Ada kawan UMNO minta saya solat istikharah. Dia kata dia solat istikhaarah dulu sebelum ambik keputusan menyokong UMNO .
Maknanya dlm kefahaman dia, yg PAS ni di jalan yg tak betul dan UMNO tu betul lah, sebab dia dapat petunjuk melalui istikhaarah !
Saya kata ada beberapa syarat nak buat istikhaarah, antaranya ialah benda yg kita nak buat tu janganlah ia benda yg diharamkan, seperti nak pergi buat maksiat. yg tuuuu tak payah beristikhaarah lah !
Begitu juga perkara sunat dan wajib ... ia sudah jelas dlm hukum ... tak payah lagi beristikhaarah !
Cuma perkara yg kita kelabu tentangnya, perkara yg rumit, yg kita tak tahu baik buruknya. Dalam hal memilih parti ni, ulama dah bagi panduan, janganlah memilih parti yg tidak ada dalamnya "ISLAM" , YG Tiada alquran dan sunnah dlmnya, yg perlembagaannya tidak menurut perlembagaan Alquran.
Kalau dah tentu perlembagaan parti tersebut tidak meletakkan alquran, hadis, ijmak ulama dan qias, maka sudah tentu haram, org mukmin tak boleh ikut .... maka apa perlunya buat istikhaarah ????
KALAU nak buat juga, maka hendaklah buat bersungguh sungguh, jangan ada dlm hati ada rasa benci, marah dan meluat terhadap mana mana individu dan parti.
Kosongkan betul betul hati, jilah betul betul .. jangan ada langsung dlm hati perasaan benci. Perkara ini sangatlah susah dan rumit kerana perasaan itu melekat kuat dlm hati ! Kalau org UMNO sangat membenci PAS, PKR dan DAP. Bagitu juga org PAS sangat membenci UMNO / BN dan juga yg lain...
Org GHB pun begitu, mereka membenci TGHH , TG Haron Din dan Ust Tuan Man.
Kalau kita beristikhaarah dalam keadaan begini... maka istikhaarah itu akan gagal... tak akan dapat petunjuk, kerana dia berbuat dalm keadaan benci sesuatu pehak atau perkara.
Apa yg perlu tuan tuan buat mengikut pengalaman saya, ialah bercuti dulu dari berpolitik, beruzlah sekejap, duduk dlm majlis zikir, dalm masjid atau surau untuk beberapa waktu... banyak kan istighfar kalau boleh paling kurang pun 1000 kali sehari... kosongkan hati dari sifat benci kepada sesiapa pun .
Bila dah ok , tak serabut lagi, hati dah tenang, maka teruskan dengan solat istikhaarah. Sebaik baik istikhaarah ialah selepas pukul 12 malam. Lakukan beberapa malam.
InsyaAllah nanti akan ada isyarat isyarat tertentu, seperti hati tenang bila anda berada dalam harakah PAS (sebagai contoh ) tak serabut, rasa sangat tenteram hati bersama PAS.
Atau sesetengah keadaan, akan ada "orang " menegur kita seperti dikatanya
"Ayob ! hang duduk dijalan yg salah, hang kena patah balik" atau "orang" itu akan berkata kpd kita seperti "Ayob ! hang dah duduk dalam jalan yg betul dah" atau akan ada sesuatu perkara yg menyebabkan hati kita tersentuh atau berbagai isyarat yg menunjukkan yg pilihan kita itu kena dan betul atau sebaliknya...
Ada setengah org mendapat isyarat dalam mimpi. Bergantung kpd taraf dan maqam seseorang itu .
Para Ulama seperti TGHH, arwah TGNA, Ust Haron Din , Ust Tuan Man sentiasa duduk dalam istikhaarah, walau pun dlm keadaan mereka tidak menghadapi masalah. Oleh itu mereka sentiasa berada dalam petunjuk ilahi !
Sebab itu lah saya dan kami dm PAS memilih untuk bersama mereka. kenapa kita nak pilih bersama mereka yg tidak mendapat petunjuk ?
Kalau kita sentiasa beristikhaarah, maka akan sentiasa ada petunjuk dan jalan kelepasan dari tipu daya dunia dan syaitan. Akan sentiasa ada "Orang" datang menegur bila kita melakukan kesalahan .....
Itulah rahsia istikhaarah .... ada lagi yg gharib dan rahsia lain yg tak patut saya ceritakan ...Pokoknya tuan tuan buat selalu istikhaarah ... tuan akan jumpa rahsia besar itu !
APAKAH SEMUA PERKARA PERLU ISTIKHARAH ?
عَـنْ جَابـِـر ِ بـْـن ِ عَبْدِ اللهِ رَضِـيَ اللهُ عَـنـْهُمَا قـَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلـَّى اللهُ عَـلـَــيْهِ وَسَلـَّمَ يُعـَـلـِّمُـنـَا الإسْـتِـخَـارَة َ فِي الأ ُمُور ِ كَـمَا يُعـَـلـِّـمُـنـَا السُّـورَة َ مِنَ الـْـقـُـرْآن ِ، يَقـُـولُ: إذ َا هَـمَّ أحَدُكُمْ بـِـالأمْر ِ فـَـلـْـيَرْكَعْ رَكْعَتـَـيْن ِ مِنْ غـَـيْر ِ الـْـفـَـر ِيضَةِ
Daripada Jabir bin Abdullah r.a. berkata : “Adapun Rasulullah s.a.w. mengajarkan kami Istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana baginda mengajarkan kami satu Surah daripada Al-Quran. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila merancang salah seorang daripada kamu dalam sesuatu perkara, maka hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat..”.
(Riwayat Imam Bukhari)
Berdasarkan Hadith daripada sahabat Jabir bin Abdullah diatas, maka mengertilah kita bahawa Solat Istikharah adalah umum. Namun, umumnya Solat Istikharah terkecuali daripada perkara-perkara yang wajib, sunat, haram dan makruh.
Imam ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari ada menyatakan tentang Solat Istikharah : “Telah berkatalah ibn Abi Jamrah : Ianya adalah umum dan dikehendaki dengannya khusus ; Maka sesungguhnya perkara yang hukumnya Wajib dan Sunat tidak perlu dilakukan Istikharah pada mengerjakan kedua-duanya, adapun bagi perkara-perkara yang Haram dan Makruh juga tidak perlu dilakukan Istikharah dalam meningalkan kedua-duanya, maka bahwasanya Solat Istikharah hanya tertentu kepada perkara yang Harus sahaja”.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej