Berjuanglah untuk dapat taqwa, yakni berusaha buang perangai jahat seperti sombong, dengki, bakhil, tamak dan lain-lain.
Walau kerjanya berat, ia perlu ditempuh. Inilah perjuangan awal. Siapa tidak tempuh peringkat ini, dia tidak boleh dapat taqwa. Bila taqwa tidak ada maka nafsu dan syaitan jadi penasihat dalam perjuangan kita. Terbuai-buailah kita dalam ayunan tipuan yang tidak terasa.
Kita rasa kitalah pejuang yang ideal, tapi belum tentu Allah sudah iktiraf kita. Dan kalau Allah tidak terima, walau bagaimana hebat pun kita, tetap akan sia-sia saja hidup dan perjuangan kita. Rugi dunia dan akhirat.
Jadi, berjuang sebenarnya bukan setakat berkumpul, berbincang, bertempik “Allahu Akbar”.
Bertakbir “Allahu Akbar” Tanpa taqwa Itu senang, sebab itu hasilnya pun kecil.
Usahakan taqwa. Usahakan taqwa. InsyaAllah hasilnya besar !
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej