Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, August 17, 2015

Tanah , Air , Api dan Angin Itu lah unsur unsur yg ada dalam kejadian manusia


Tanah , Air , Api dan Angin Itu lah unsur unsur yg ada dalam kejadian manusia.
Sebelum Nabi Adam diturunkan ke Bumi, Alam ini telah ada unsur ini, Allah sediakan untuk Manusia bagi mentadbir Bumi.
Tanpa salah satu unsur, maka Manusia tidak dapat meneruskan kehidupan.
Tanah sifatnya rendah diri, tawaduk, mengalah dan sanggup terima hinaan. Dengan sebab itu lah , Tanah sudi dijadikan tandas, tempat buang sampah dan juga tempat bercucuk tanam.
Tanah melayan semua karenah manusia. Segala kejahatan dan maksiat manusia diperhatikan saja tanpa ada protes.
Bila Manusia telah mati dan dikuburkan barulah bumi menghimpit tulang temulang manusia yg derhaka....
Api ialah unsur yg ada pada Iblis dan syaitan.
Sebab tu manusia ada juga bersifat iblis dan syaitan.
Iblis syaitan , sifatnya - takabbur, riak. Sebab itu dia tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam walau yg memerintahnya Ialah Allah.
Malaikat yg mula tunduk kpd nabi Adam ialah Jibril, kemudian mika'el.. israfeil , israeil dan semua malaikat...
Tuan boleh membuat eksperiment bagaimana sifat dan rupa api.
Cuba tuan nyalakan lighter tuan dan terbalikkan ke bawah, nescaya api itu tidak akan menunduk, sebaliknya ia akan naik ke atas !!!
Cubalah !
Bagaimana melawan Iblis dan Syaitan ?
Cuma dengan Ilmu dan pertolongan Allah saja Iblis dan Syaitan dapat ditewaskan !!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej