Kesemua 10 'Bukti' Mat Sabu Seorang Pengikut Syiah
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menggariskan 10 maklumat mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia.
Bukti No. 1: Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk ‘Teladan Nabi Yusuf Khomeini’ dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.
Bukti No. 2: Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasarullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
Bukti No. 3: Mat Sabu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011.
Bukti No. 4: Semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, Mat Sabu turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Dis 2008.
Bukti No. 5: Mat Sabu juga didapati telah melawat sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Bukti No. 6: Mat Sabu didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011, dan kelas pengajian itu dikendalikan dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sebuah daripada sekolah agama di Gunung Semanggol.
Bukti No. 7: C.N Afghani mendedahkan Mat Sabu kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qam, Iran.
Bukti No. 8: Mat Sabu pernah melafaz selawat seperti diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005, kata Abdul Rahim.
Bukti No. 9: Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat Mohamad menunaikan solat menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.
Bukti No. 10: Temuramah dibuat oleh agensi berita 'Antara Pos' dengan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mat Sabu merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.
https://www.youtube.com/watch?v=dwIZvoxU56U&feature=youtu.be
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej