Kredit to : Felda Besout
Untuk makluman, Rashid Maidin, Mat Indera, Shamsiah Fakeh, Abu Samah, Ahmad Boestaman dan lain-lain mereka yang dicop sebagai komunis tidak pernah mengaku mereka komunis malahan mereka menolak ideologi komunis. Merekamengaku dari Rejimen 10 Melayu yang bersumpah tidak akan membunuh Orang Islam. Mereka bukan komunis, tetapi anti-penjajah.
Perihal mereka ini pejuang atau petualang,itu terserah pada Iman masing-masing. Rashid Maidin dan Mat Indera adalah guru agama yang mengajar agama di tempat masing-masing, malahan paling utama mereka tidak pernah menentang Ulama. Malahan mereka sedikitpun tidak pernah meninggalkan Solat 5 waktu walau di mana mereka berada.
Pertempuran Persatuan Muhammadiyyah pimpinan Kiyai Salleh di Batu Pahat dan sekitarnya juga membuktikan mereka tidakbertemu langsung komunis dari kalangan orang Islam sewaktu serbuan mereka ke kubu komunis. Hal ini ada kaitannya dengan Mat Indera.Tentang Peristiwa Bukit Kepong, pastinya amat memilukan.
Tetapi peristiwa tersebutlebih banyak yang tersirat dari yang tersurat, cumanya kurang sesuai dicerapkan di sini, lagi pula hal tersebut telah pun berlalu.Berbeza dengan Wan Ali di Pahang yang juga dicop sebagai komunis, yang terpaksa berhadapan dengan Pawang Nong, akibat Wan Ali telah melanggar sumpah perguruan, iaitu membunuh orangIslam.Sang faqir tidak minta atau harap mereka-mereka ini (Terutamanya Rashid Maidin dan Mat Indera) dianggap sebagai pejuang, kerana hal itu subjektif dan terserah pada pandangan masing-masing TETAPI mengharapkan pandangan yang lebih ADIL untuk mereka.Untuk makluman, Rashid Maidin pernah menampar Ah Keong, ketua komunis bentong kerana terlalu kejam, Ah Keong masih ingkar, rentetan dari itu Ah Keong mati dalam satu pertempuran dengan Askar Melayu di Grik, Perak.Sejarah perlu disingkap supaya mereka diletakkan pada pandangan yang ADIL dan yang sepatutnya, 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾Wawancara bersama Rahsid Mydin 1989
~Selamat Hari Kebangsaan~
Rashid Maidin: Saya dituduh sebagai komunis. Ramai pak haji, ustaz, guru dan lain-lain semuanya dituduh sebagai komunis.
Ketua Intelijen British yang menyoal siasatsaya mengatakan saya akan ditahan bertahun-tahun.
Saya tanya: “Sebab apa dan apa buktinya?” Dia membuka fail catatannya dan memetik ucapan-ucapan saya dalam rapat umum di mana saya pernah berkata: “
"Selagi ada penjajah British di Malaya, kita akan berjuang terus.”
Setelah satu setengah tahun di Pulau Jerejak, saya dibawa pula ke Pulau Tanjung Beruas, Melaka. Penjara Tanjung Beruas lebih besar, mengandungi 1000 orang lebih tahanan, yang ditempatkan dalam blok-blok. Bagi satu-satu blok, terdapat 200 hingga 300 orang. Saya dimasukkan dalam Blok K bersama Cik Muda dari Terengganu, Cikgu Hamid dari Kelantan, Ustaz Yahya Nasim dari Selangor dan lain-lain anggota PKMM.
Saya dipilih oleh kawan-kawan sebagai “Presiden Blok K”. Pak Sako dan Boestamam juga dipenjarakan di Tanjung Beruas, tapi ditempatkan dalam blok yang lain. Saya acap kali berjumpa dan berbincang dengan mereka di penjara itu.
Soalan: Bagaimanakah keadaan di penjara Tanjung Beruas?
Rashid Maidin: Pada mulanya, keadaan di sana lebih buruk daripada Pulau Jerejak. Misalnya, kami dipaksa angkut najis sendiri setiap pagi dan cuci jamban. Ini benar-benar menyebabkan kami marah. Setelah seminggu di sana, saya dan kawan-kawan bentuk satu jawatankuasa untuk melancarkan mogok lapar.
Tuntutan kami ialah:
1) Berhentikan angkut najis sendiri,
2) Benarkan kami dirikan madrasah.
1) Berhentikan angkut najis sendiri,
2) Benarkan kami dirikan madrasah.
Setelah tiga hari mogok, penjajah British mengalah dan menerima tuntutan kami. Selain itu, kami juga diberi kemudahan lain, termasuk bermain badminton waktu malam serta dapat membaca akhbar StraitsTimes. Tapi akhbar Utusan Melayu tidak dibenarkan.
Soalan: Kami dapat tahu TUAN (Rasyid M) dapat lepaskan diri daripada penjara itu. Ini benar-benar satu keajaiban!
Rashid Maidin: (ketawa) Bukan, ini bukan satu keajaiban. Sebenarnya, setelah dua tahun di Tanjung Beruas, muncul satu perkembanganbaru. Kerana ekonomi British merosot akibat perang yang dilancarkannya terhadap Parti Komunis Malaya dan Tentera Pembebasan Nasional Malaya, ia pun menggunakan tahanan seperti kami menjadi buruh murah untuk membangun balai polis dan lain-lain.
Dari Tanjung Beruas, 12 orang tahanan, termasuk saya, telah dipilih menjadi buruh untuk membangun sebuah balai polis di Caruk Batang, Jasin, Melaka. Kami diberi upah $1 sehari dan tinggal di berek polis yang dipagari kerawat berduri. Kerana saya mahir dengan soal elektrik, jurutera binaan di situ banyak bersandar pada saya.
Pelan bangunan balai polis yang hendak dibina itu pun diserahkan kepada saya, manakala dia sendiri kadang-kadang datang, kadang-kadang tidak.Yang menjaga kami ialah beberapa orang polis Melayu, dengan diketuai oleh seorang sarjan yang telah bersara, bernama Pak Mi.
Pelan bangunan balai polis yang hendak dibina itu pun diserahkan kepada saya, manakala dia sendiri kadang-kadang datang, kadang-kadang tidak.Yang menjaga kami ialah beberapa orang polis Melayu, dengan diketuai oleh seorang sarjan yang telah bersara, bernama Pak Mi.
Kami bernasib baik kerana Pak Mi benar-benar tak puas hati terhadap penjajah British, yang memaksanya berkhidmat semula dalam polis. Sebelum Darurat, Pak Mi pula pernah campur rapat umum dan kenal dengan saya. Dia memberitahu saya, tugasnya hanya menjaga “kerbau balar” (maksudnya orang putih), bukannya untuk menjaga tahanan.
Pak Mi rapat dengan saya. Apabila makan tengahhari, dia dan polis lain makan bersama kami. Dia selalu bawa Utusan Melayu dan meminjamkannya kepada saya.Di tepi tempat kami bekerja, ada sebuah kedai kopi orang Cina. Juga ada seorang budak Cina berumur 12tahun menjaga lembu di situ.
Melalui budak itu, saya mendapat hubungan dengan pasukan gerila kami di Melaka. Apabila perjanjian dengan kawan-kawan pasukan gerila sudah matang, saya bersama seorang tahanan lain, seorang pemuda bernama Yusuf dari Johor, membuat rancangan untuk melarikan diri semasa bekerja dan masuk hutan.
Suatu hari, ketika makan tengah hari, saya dan Yusuf pura-pura sakit perut dan minta izin ke jamban. Kami dibenarkan pergi ke jamban tanpa dikawal. Mengambil kesempatan itu, kami pun terus lari ke hutan di mana bendera merah pasukan gerila, yangmerupakan isyarat kami, sedang berkibar-kibar.
Soalan: Bagaimanakah TUAN dapat bergabung dengan pasukan Rejimen ke-10?
Rashid Maidin: Saya melarikan diri pada awal tahun1952 setelah kira-kira tiga setengah tahun dalam penjara. Setelah bergabung dengan pasukan gerila, saya dibawa dari satu tempat ke satu tempat untuk bertemu dengan Jawatankuasa Pusat PKM dan Rejimen ke-10. Perjalanan dari Melaka ke pangkalanRejimen ke-10 di Pahang memakan masa hampir setahun melalui hutan.
Rashid Maidin: Saya melarikan diri pada awal tahun1952 setelah kira-kira tiga setengah tahun dalam penjara. Setelah bergabung dengan pasukan gerila, saya dibawa dari satu tempat ke satu tempat untuk bertemu dengan Jawatankuasa Pusat PKM dan Rejimen ke-10. Perjalanan dari Melaka ke pangkalanRejimen ke-10 di Pahang memakan masa hampir setahun melalui hutan.
Setelah sampai di Kerdau, Pahang, pada akhir tahun1952, barulah saya bertemu semula dengan Abdullah C.D.. Sejak itu, saya terus berjuang di Rejimen ke-10.
Soalan: Apakah peranan TUAN dalam PKM dan Rejimen ke-10?
Rashid Maidin: Dalam PKM, saya menjadi salah seorang anggota Jawatankuasa Pusat. Di Rejimen Ke-10, saya bersama Abdullah C.D. dan pemimpin lain memimpin pasukan ini melancarkan perjuangan, baik semasa di Malaya, mahupun di sempadan. Saya pernah luka di kaki dalam pertempuran melawan penjajah British.
``Saya telah melalui pahit maung di bawah penjajah Inggeris dan Jepun. Pada masa pendudukan Jepun (1941-45) saya bergerak melawan pendudukan tersebut setakat yang saya mampu. Begitulah juga apabila Inggeris kembali menjajah semula Malaya pada tahun 1945. Di antara 1945-48, tempoh perjuangan secara aman melawan Inggeris, saya menjadi salah seorang wakil terbuka PKM bergerak menyusun massa rakyat untuk kemerdekaan
(Memoir Rashid Maidin, Penerbit)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej