Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, August 31, 2015

Cuba sama-sama menilai kehebatan bacaan politik Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


dengan gambar yg diedit pun manusia dah percaya 100% !!
pahtu dengan bukti gambar tersebut, mereka menyerang satu sama lain !!!!
wow !!!!
Cerdiknya !!!!
alquran hadis yg sahih dari Allah dan Rasul ... tak mau pula dia percaya !!

Cuba sama-sama menilai kehebatan bacaan politik Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Cuba kalian nilai bacaan politik beliau selepas langkah kajang. Firasat seorang ulama ni pada akalan kita tak munasabah tapi akhirnya betul.
Contoh :
1. Isu langkah Kajang :
Kes Khalid Ibrahim, TGHH komited menyatakan Tan Sri Khalid tidak bersalah,dengan menampilkan konsep Islam dalam pertuduhan, akhirnya memang benar bila TSKI menang di mahkamah.
Sewaktu Presiden PAS mempertahankan Khalid Ibrahim, setiap penjuru malah ahli PAS sendiri menghentam pandangan beliau. Masih ramai yang gagal menjiwai seni politik hebat Presiden PAS.
2. Isu Bersih 4 :
Najib tidak patut digulingkan. Dulu ramai yang sangkal, kononnya UG dan macam-macam label, tapi TGHH atas kefahaman politik Islam beliau, menilai yang bobrok bukan Najib shj, tetapi sistem. Sistem yang diwarisi zaman berzaman oleh UMNO, najib tidak lahir dalam PAS atau PKR atau DAP. Akhirnya hari ni ramai yang menerima pendapat beliau. PKR dan DAP dulu yang main zikir UG, hari ini terpaksa menjilat ludah sendiri.
Presiden PAS 10 tahun mendahului yang lain.
Namun sedihnya sekarang masih ramai yang keliru dan ingin ambil jalan mudah. Dengan harapan jatuhnya Najib, maka terselamatlah Malaysia. Sedangkan bila jatuhnya Najib sudah tentu penggantinya dari bakul yang sama. Lalu sistem kebobrokan berkekalan. Talian hayat UMNO berterusan di bantu oleh mereka yang tidak memahami konsep berpandangan jauh Presiden PAS.
Lalu ramai yang berseronok apabila Tun Mahathir turun bersama di jalanan sewaktu BERSIH 4. Sedangkan itulah taktik licik UMNO untuk terus berkuasa bersama sistem kotornya. Namun "Melayu Mudah Lupa". Dari bakul mana sebenarnya Tun Mahathir ini? yang mendapat gelaran "Hero Ekpress".
3. Krisis Timur Tengah, TGHH pernah ke Yaman, dan berjaya menenteramkan persengketaan diantara kabilah disana, tapi tidak lama bertahan sebab kejahilan orang arab disana dan termakan dakyah musuh Islam.
4. Pendekatan muwajahah silmiyyah. Satu pendekatan politik Islam yang sangat ditakuti oleh barat. PAS adalah satu2nya yang memperkenalkan konsep ini. CIA kerap kali cuba untuk memahami politik di negara kita, namun x berjaya kerana seni politik islam ini unik sehinggakan mereka pun terkeliru.
Itulah beberapa ide dan gagasan hebat serta pandangan jauh Presiden PAS.
Kehebatan itulah juga membuatkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat menyayanginya sehingga akhir hayat.
Bangga Aku menjadi Ahli PAS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej