Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, August 29, 2015

Tidak ada seorang pun Nabi yg tidak ditentang oleh para Kuffaar dan Munafiqeen


Ingatlah satu perkara :
Tidak ada seorang pun Nabi yg tidak ditentang oleh para Kuffaar dan Munafiqeen.
Begitu lah perjuangan Islam sejak zaman berzaman
APA KITA NAK HERAN ???


Peringkat Nafsu Manusia Menurut Tasauf
Peringkat Nafsu seseorang Manusia 1) Ammaarah 2) Lawwaamah 3) Mulhamah 4) Mutma_Innah 5) Radhiah 6) Mardhiah 7) Al Kameel
Ammaarah ===> Peringkat diri yg paling rendah. Ulama Tasauf berpendapat Peringkat ini, diri seseorang itu tiada IMAN.
Tanda-tanda Nafsu Ammarah ==> Tak merasa takut & bimbang bila melakukan maksiat dan derhaka. Padanya melakukan derhaka adalah biasa saja. Tak pernah rasa takut dengan azab Allah. sifat mahmuudah tiada langsung pada dirinya. yg ada cuma sifat mazmuumah ! Tak kisah dirinya jahil. Haram halal sama saja.
Sekiranya seseorang itu "terasa terpukul, terdetik dengan ciri-ciri di atas, maka ia termasuk dlm peringkat ini. Peringkat ini dinamakan peringkat Al An'aam (binatang ternak) Sekiranya mati seseorang itu dalam peringkat ini... mati tiada iman. Wallahu a'lam .
Nafsu Lawwaamah ialah Nafsu mengkritik. Dia akan selalu mengkritik dirinya atau org lain sekiranya ia sendiri atau org lain melakukan maksiat / derhaka kepada Allah. Ia merasa berdebar debar bila melakukan kejahatan. Ada rasa sedikit takut akan Allah dan azab Nya.
Dia akan merasa kesal atas segala kejahatan namun dia tak dapat mengawal nafsu . Dia acapkali melakukan kejahatan namun menyesal selepas itu dan mengkritik dirinya seperti katanya "kenapalah aku ini jahat sangat" Peringkat ini sudah ada IMAN. Kerana telah ada "perasaan sedikit takut akan Allah " Dah mula melakukan solat dan rukun rukun Islam. Namun masih tak dapat mengawal bekas bekas nafsu AMMARAH. Nafsu ini selalu kedapatan pada ahli ahli masjid (org masjid), org yg dah melakukan solat dan rukun Islam Sifat mazmuumah masih bersarang dalam diri seperti hasad dengki, riak, sum'ah.
Sebab itulah kita tak hairan org yg bersembahyang, tapi masih tak baik perangainya. Bagi guru guru Tasauf ini tak menghairankan, kerana NAFSU LAWWAMAH MEMANG BEGITU. Masih tak dapat mengikis sifat mazmuumah.
Sekiranya seseorang itu "terasa terpukul, terdetik dengan ciri-ciri di atas, maka ia termasuk dlm peringkat ini. Seseorang Saalik mesti meneruskan jalannya dengan amalan amalan sunat, bermujaahadah, istighfar, solat tahajjud Berzikir (Kalimah Tauhid sebanyak 12 ribu kali sehari) dan sebagainya dengan pemantauan Guru Mursyid. Ada 70 ribu hijab / 'Aqobah untuk melepasi peringkat ini.... Wallahu A'lam.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej