Tidak sah korban atas nama orang yang meninggal dunia kerana mereka bukan lg ahli taklif.
Hanya boleh berkorban atas nama mereka sekiranya simati :
1- berwasiat
2- bernazar
3- Meniatkan qurban ta'yin.. seperti dia berkata : ini haiwan korban saya... tiba2 dia meninggal dunia seblm musim korban. .maka boleh dibuat korban atas namanya.
2- bernazar
3- Meniatkan qurban ta'yin.. seperti dia berkata : ini haiwan korban saya... tiba2 dia meninggal dunia seblm musim korban. .maka boleh dibuat korban atas namanya.
Selain dr tiga masalah ini tidak sah korban atas nama si mati.
Rujuk : i'anatu tholibin dan sabil al muhtadin..
Ada beza korban dan sedekah :
Ada beza korban dan sedekah :
Mengapa ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskan melakukan korban bagi pihak si mati (jika tiada wasiat) sedangkan mereka, dalam masa yang sama, mengharuskan amalan bersedekah kepada si mati dalam semua keadaan, samada ada wasiat atau pun tidak.
Jawapan kepada persoalan ini ialah pada pandangan mereka, ada perbezaan antara amalan korban dan sedekah. Bagi mereka, korban menyamai amalan penebusan diri seperti akikah. Dimana akikah dilakukan bagi tujuan penebusan diri kanak-kanak, sementara korban bagi tujuan penebusan diri orang yang melakukan korban.
Justeru, orang yang mahu melakukan korban bagi si mati, perlu mendapat keizinan si mati, iaitu melalui wasiat.
Disebabkan amalan korban menyerupai amalan penebusan diri, maka waris si mati tidak dituntut melakukan korban bagi pihak si mati, meskipun korban itu wajib ke atas si mati disebabkan nazar dan seumpamanya.
Korban berbeza dengan haji, zakat dan kifarat. Ini kerana kesemua ini tiada unsur-unsur penebusan diri. Ini menjadikannya sama seperti hutang. Sebab itulah ia boleh dilakukan oleh waris bagi pihak si mati walaupun tiada wasiat, seperti mana mereka boleh membayar hutang bagi pihak si mati meskipun tiada wasiat dari si mati.
Tetapi berbeza dengan korban, ia ada unsur-unsur penebusan diri. Semua ini dijelaskan oleh Tuhfatul Muhtaj :
ويفرق بينهما وبين الصدقة بأنها تشبه الفداء عن النفس فتوقفت على الإذن بخلاف الصدقة ومن ثم لم يفعلها وارث ولا أجنبي وإن وجبت بخلاف نحو حج وزكاة وكفارة ؛ لأن هذه لا فداء فيها فأشبهت الديون ولا كذلك التضحية.
Terjemahan : Dibezakan antaranya [yakni korban dari aspek keharusan melakukannya bagi pihak orang lain] dengan sedekah iaitu ia [yakni korban] menyerupai penebusan diri, maka ia bergantung kepada keizinan, berbeza dengan sedekah.
Dari sini, waris atau orang lain tidak melakukannya [yakni korban bagi pihak si mati]. Berbeza dengan haji, zakat dan kifarah kerana [semua] ini tiada di di dalamnya [unsur] penebusan [diri], tidak seperti [amalan] korban [yang terdapat di dalamnya unsur penebusan diri].
Maka dengan itu imam Nawawi radhiAllah ‘anhumenegaskan dalam kitab al-Minhaj :
ولا تضحية عن الغير بغير إذنه. ولا عن ميت إن لم يوص بها
Terjemahan : Dan tidak ada [amalan] korban bagi pihak orang [lain] tanpa keizinannya dan [juga] tidak [ada amalan korban] bagi pihak orang [yang telah] mati jika dia tidak mewasiatkannya.
Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj umpamanya, menjelaskan-ketika menghurai kata-kata Imam Nawawi radhiAllah ‘anhu di atas- :
(ولا تضحية) أي لا تقع (عن الغير) الحي (بغير إذنه) ؛ لأنها عبادة، والأصل أن لا تفعل عن الغير
Terjemahan : (Dan tidak ada [amalan] korban) maksudnya tidak menjadi korban (bagi pihak orang lain) yang [masih] hidup (tanpa keizinannya) kerana ia [adalah] ibadat dan dasar [berkaitan ibadat ialah] tidak [boleh] dilakukan bagi pihak orang [lain]”.
Ibnu Hajar al-Haithami dalam kitab Tuhfatul Muhtaj ketika menghuraikan keterangan Imam Nawawi r.a di atas :
(ولا) تجوز ولا تقع أضحية (عن ميت إن لم يوص بها)
Terjemahan : TIDAK HARUS dan tidak menjadi korban [penyembelihan yang dilakukan] bagi pihak si mati jika dia tidak mewasiatkannya”.
IKUT KEFAHAMAN PARA ULAMA ADALAH LEBIH BAIK DARI IKUT TAFSIRAN DAN KEFAHAMAN KITA YG DHOIF
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej