Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, August 19, 2015

FB posting 20Aug15_12_30am


Tindakan gopoh gapah telah merugikan pembangkang !
lepas ni kita tak payah cakap hal politik, tak payah cakap hal nak tawan putra jaya laaahhh...
buang masa .. tak akan menang punya laahhh !
Impian rakyat selama ini Tak berhasil !!
apa salahnya tunggu sekejap saja, tunggu sehingga PRU14, bila BN dah tumbang, hangpa nak tubuh parti kepala bana apa pun tak apa ... bukanya nya lamaaa pun .... tuuuu pun tak leh nak sabar....
semua rakyat bersemangat nak jatuhkan BN ... tiba tiba... bila hampir ke tiang gol..... hangpa bertikam sesama sendiri ...
tak yah nak salah kan sesiapa laaa..... semua terlibat ....
pemimpin atas bergaduh, rakyat yg mati bergelimpangan !!!
Status masing masing macam pandai berpolitik.. Kalau pandai, tolong bagi mekanisma apa yg tuan nak pakai, formula apa yg GHB & Geng nak pakai supaya dapat memenangi PRU14 nanti ?
kalau dah lawan 3 penjuru ( BN vs PAS vs PR2.0) , ada kemungkinan kah pembangkang akan menang ???
Saya yakin BN akan dapat perintah sampai kiamat laaaa cam gini gaya ... !
*** tanam jagung / ubi kayu lagi bagus ...dapat gak hasil
— with Tok Akie and 7 others.

Ust Fawwaz Ulas GHB



1 View


TAHUN DEPAN AHLI PARLIMEN BN AKAN BERTAMBAH KAYA !!!
Perdana Menteri, berkata kerajaan akan menambah peruntukan kepada anggota Parlimen yang kini sebanyak RM5 juta setahun pada tahun depan.
"Dulu RM1 juta, sekarang RM5 juta. Tahun depan tambah lagi. Saya akan umumkan apa-apa yang boleh kita bantu," katanya.
Najib yang juga menteri kewangan turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi membina stadium terbuka di Gerik.
Tahun depan sudah pasti Ahli-Ahli Parlimen BN akan bertambah kaya dengan tambahan peruntukan.
Senyumlah siapa yang jadi Ahli Parlimen BN. Ahli Parlimen Pembangkang sama sahaja. Sudah tentu mereka tidak akan dapat peruntukan itu.


Di sini lahirnya tokoh-tokoh pembelit ....
Rupa-rupanya kerja-kerja “spin” atau memutarbelit kenyataan tokoh politik demi kepentingan peribadi sudah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Sebelum ini Utusan Malaysia, TV3 dan Malaysian Insider sahaja yang pakar dan juara dalam bab ini, kini ramai pula anak-anak didiknya.
Posting saya yang terdahulu merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am PAS Dato Dr Harun Din berkenaan skandal penyaluran dana awam ke dalam akaun peribadi PM, yang didedahkan WSJ. Kenyataan Dr Harun Din malangnya telah di “spin” oleh Setiausaha Agung DAP lalu diceduk oleh media seakan menampakkan yang Dr Harun Din “membela” PM dalam kes ini.
Malah PM pun selepas itu mengucapkan terima kasih atas apa yang dikatakan kenyataan Muryidul Am PAS itu.
Terbaru, satu lagi mangsa “spin” dalam kes yang sama adalah kenyataan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Bersetuju dengan pandangan Dr Harun Din, Tuan Guru dilaporkan berkata:
“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga… saksi yang adil.”
Dimanakah cacatnya?
Ia menjadi cacat apabila di “spin” seperti berikut:
“And so, Hadi's statement raises a crucial question: is Hadi really interested in ensuring justice is not denied or is he trying to cleverly insulate Najib at a time when the country is grappling with one of its worst financial scandals that involves the top man?” (The Malay Mail)
“Jadi kenyataan Hadi (itu) membangkitkan persoalan adakah Hadi benar-benar berminat dalam memastikan keadilan tidak dinafikan atau adakah beliau mencuba untuk melindungi Najib ketika seluruh negara sedang berhadapan dengan krisis kewangan yang paling buruk melibatkan pimpinan tertinggi (negara)?”
Ulasan tersebut dikeluarkan oleh ahli Parlimen Kelang, Charles Santiago, yang juga seorang pimpinan kanan DAP.
Saya dapati jaguh-jaguh “spin” termasuklah Malaysiakini sebenarnya telah menceduk kenyataan asal Tuan Guru di atas dan cuba memperlekehkan seolah Tuan Guru menyatakan bahawa dalam kes Najib ini sebagaimana kes liwat Anwar Ibrahim, perlu ada empat orang saksi!
Sedangkan kalau kita teliti kenyataan Tuan Guru itu ia membawa maksud Islam menitikberatkan kesahihan dakwaan. Dalam kes liwat contohnya perlukan empat orang saksi dan dalam kes Najib ini juga perlukan saksi (bukan bermaksud empat orang juga).


Betulkah PAS yg tak pandai berkawan Dan Mengkhianati Setiakawan ???
Rupa-rupanya apabila saya dimaklumkan oleh seorang rakan berkenaan perkembangan di Sarawak, saya dapati DAP sesungguhnya bukan sekadar bermasalah dengan PAS malah dengan PKR pun mereka bersengketa.
Posting terbaru dalam FB PKR Sarawak menyebut:
...Continue Reading


Yup.... mereka memberi ruang kpd BN untuk perintah sampai kiamat !!!???

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej