Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, August 21, 2015

CUKUPLAH PAS SEBAGAI PARTIMU !


[C&P] CUKUPLAH PAS SEBAGAI PARTIMU!
Tersebar kata-kata Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna tentang 'kelunakannya' terhadap ahli Ikhwan yang keluar Jamaah Ikhwan! Saya harap penulis poster ini dapat membawa kenyataan Al-Imam yang sebenar.
Kemungkinan penulisan poster tersebut diambil secara rambang daripada buku Dakwah dan Tarbiah; Pandangan Hasan Al-Banna yang diterjemah pada tahun 1989 iaitu 8 tahun setelah kitab asalnya ditulis oleh seorang penulis haraki iaitu Abbas Al-Sisi dengan judul kitabnya Mawaqif Hasan Al-Banna Fi Al-Dakwah Wa Al-Tarbiah.
Adalah tidak adil hanya mencedok juzuk kecil dari terjemahan tulisannya (namun saya tidak menjumpai dimana nas tersebut) tanpa membaca keseluruhan kenyataan Imam Al-Syahid. Abbas Al-Sisi telah menukilkan dalam kitabnya tersebut bahawa Imam Al-Syahid telah menulis satu surat khas kepada beberapa orang yang telah dididik dalam Ikhwan tapi mengambil sikap keluar dan menyertai Jamaah Syabab Muhammad. Al-Imam menempelak mereka dan menyatakan bahawa perbuatan tersebut sangat merugikan Islam. Dimana kenyataan lunak beliau?
Kenyataan yang dikatakan 'lunak' daripada Al-Imam pada hakikatnya bercanggah dengan fikrah serta kenyataan tegas Al-Syahid dalam banyak keadaan antaranya dinyatakan dalam Majmu' Rasa'il:
هناك فارقا بين حرية الرأي والتفكير والابانة والافصاح والشوری والنصيحة مما يوجبه الاسلام وبين التعصب للرأي والخروج علی الجماعة والعمل الداءب علی توسيع هوة الانقسام في الامة وهو ما تستلزمه الحزبية ويأباه الاسلام ويحرمه اشد التحريم..
"Disana adanya perbezaan antara kebebasan mencadang dan berfikir, memberi keterangan jelas, menghuraikan dengan terperinci, mengikut syura, mendengar nasihat dimana ianya adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam. Sementara taksub dalam memberi pandangan, keluar jamaah Islam dan berterusan melakukan kerja yang membawa kepada perpecahan dalam masyarakat hasil daripada karenah berparti, Islam menegahnya bahkan perkara sebegitu tersangat haram".
Maka, setelah ada Jamaah Islam tiba-tiba ada ahli yang bersikap untuk keluar hanya kerana kekecewaan atau ketidakpuashatian ianya adalah suatu perkara terlarang dalam Islam. Siapa yang keluar hendaklah kembali ke pangkal jalan, tiada apa manfaat kepada Islam dan ummah melainkan keuntungan kepada musuh Islam dan musuh politik sahaja! Tidak perlu mencari nas atau kenyataan untuk mengharuskannya, Akhirat itu terlebih baik daripada dunia! Fa'tabiruu Ya Ulil Albab!
~ Asri ed-Diwanie

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej