Cara mengeluarkah hukum dari mazhab Syafie:
Mazhab syafie ada mempunyi ulamanya sendiri yang mengeluarkan fatwah. Terkadang fatwa mereka itu ada yang bersalahan antara satu sama yang lain jadi bagaimana kita, orang yang terkemudian hendak mengetahui, seterusnya menghukum atau menfatwa dengan pendapat mereka itu.
Di sini saya akan bawakan kaidah untuk mengatahui mana kah pendapat yang paling kuat antara sekelian pendapat dan dapat kita beramal dengannya.
Kitab yang muktamad yang wajib dibuat dalil pada hukum atau fatwa adalah mengikut aturan berikut
telah mufakat sekelian ulamak yang terkemudian daripada Imam Nawawi, bahawa perkatan yang muktamad (yang hendaklah dipegang) didalam mazhab Syafie yaitu kaul (pendapat) yang disepakati oleh Imam Nawawi dan Imam Rafie.
sekira bersalahan keduanya maka pendapat yang dipegang oleh Imam Nawawi itulah yang muktamad
sekiranya satu masalah itu disebut salah seorang dari mereka itu maka masalah itu lah yang mutamad.
masalah yang tidak disebut keduanya maka kaul yang muktamad yang dipegang ulama tarjih.
sekiranya bersalahan kitab Imam Nawawi pada membahaskan suatu masalah maka hendaklah dipegang kitab dengan mengikut aturan ini
Tahkik
Majmuk
Raudah
Minhaj
Didahulukan pendapat yang mufakat di dalam kebanyakan kitab Imam Nawawi daripada pendapat yang mufakat sedikit kitab Imam Nawawi.
didahulukan pendapat yang disebut pada babnya daripada pendapat yang disebutkan pada lain babnya. Kaidah ini dipakai pada sekelian karangan ulama Syafieyah.
sekiranya bersalahan antara fatwah dan karangan seorang ulama hendaklah didahulukan karangannya
kaul yang muktamad didalam karangan Imam Nawawi dan Rafie itulah yang dimuatkan didalam kitab Tuhfah bagi Syeh Ibnu Hajar dan Nihayah bagi Syeh Ramli.maka dua kitab ini yang paling muktamad daripada yang lain yang setaraf dengannya. Kerana pangkat dua ulama ini dengan nisbah ulama mutakhirin terlebih dari yang lain
sekiranya bersalahan antara Nihayah dan Tuhfah pada suatu masalah maka boleh kita brpegang dengan mana-mana pendapat dari dua kitab itu
sekiranya ada perselisihan di dalam kitab-kitab Syeh Ibnu Hajar hendak lah didahulukan:
Tuhfah
Fathul Jawad
Imdad
Fatawa
Syarah Muktasar
Syarah a’bab
masalah yang tidak disebut di dalam Tuhfah dan Nihayah dan tidak disebut di dalam kitab-kitab syeh Ibnu Hajar yang lain maka yang muktamad ialah:
yang disebut Syekul islam (zakariah Ansari)
kalam Khatib
Hasyiah Ziadi
Kalam Hasyiah Ibnu Kasim
Kalam Umairah
Kalam Hasyiah Syabral-malisi
Kalam Hasyiah Mahali
Kalam Saubari
Kalam Inani
Ini jika tidak menyalahi mazhab
https://almalakawi.wordpress.com/2009/05/22/cara-mengambil-hukum-yang-muktamad-di-dalam-mazhab-syafie/
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej