Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, November 29, 2016

Pendirian pan dulu dan sekarang - suhazan kayat

YB Dato Dr Fadzli :

Assalamu Alaikum.
Ramai orang bertanya berkenaan dengan perjumpaan PM dengan MB Kelantan pagi ini. Saya ada bersama dalam perjumpaan tersebut mengiringi YAB Us Dato' MB, Dato SUK Kelantan dan YB Dato' Hj Hanifa. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan tertib. Perlu dijelaskan bahawa perjumpaan tadi adalah antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Ia bukan antara UMNO dan PAS. Sebagaimana dijelaskan oleh Dato' MB, bahawa ia adalah lawatan mahabbah antara ketua kerajaan negeri dengan Ketua kerajaan di peringkat pusat. Maka agenda rakyat diutamakan.

Antaranya bagaimana kerjasama perlu dibuat untuk faedah rakyat dalam keperluan asas spt rumah, lebuhraya, air, lapangan terbang, ECER, naik taraf KIAS kepada kolej universiti, dan yang utamanya juga adalah perlaksanaan Shariah Islamiyyah di Kelantan. Semua ini tidak dapat dilakukan tanpa kedua pihak mengambil tanggung jawab secara bersama dengan ikhlas. Ianya adalah pertemuan yang baik untuk faedah rakyat Kelantan.

Fokusnya adalah untuk mencari kaedah bagaimana rakyat Kelantan juga dapat menikmati hak mereka walaupun diperintah oleh kerajaan yang berbeza dengan persekutuan kerana ianya diperuntuk dan dibenarkan oleh oleh Perlembagaan. PM sendiripun menyebut bahawa supaya dapat mengurangkan halangan yang tidak perlu bagi kerjasama negeri dan pusat.

Kesimpulannya ia mendapat respon yang baik oleh pihak PM dan rasanya setakat ini kita boleh berpuas hati dengan usaha ini. Terima kasih kepada PM dan semua pihak yang menjayakan pertemuan ini. Tidak juga lupa bahawa pertemuan ini juga adalah hasil cetusan dari YB Dato Seri Presiden PAS sewaktu Muktamar PAS baru2 ini. Wassalam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=476662445788090&id=459712740816394

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej