Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, November 28, 2017

BAGAIMANA PULA MEREKA YANG KELUAR PAS DI JULANG SEBAGAI HERO ?

BELIEVE IT OR NOT SIRI 13
PERCAYAKAH TUAN2 MEREKA YANG KELUAR PARTI KOMPONEN HARPAN AKAN DI GELAR PENGKHIANAT@ SAMPAH?
BAGAIMANA PULA MEREKA YANG KELUAR PAS DI JULANG SEBAGAI HERO?
fakta 1.
*Menyifatkan tindakan Junz sebagai pengkhianatan terhadap amanah pengundi di Likas,* Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt menggesa supaya bekas Setiausaha DAP Sabah itu meletakkan jawatan sebagai Adun kerana keputusan beliau jelas tidak menghormati kehendak pengundi yang memilih DAP dalam pilihanraya lalu.
Fakta 2.
Guan Eng: Tindakan keluar parti ‘hadiah’ kepada BN
Predeep Nambiar | February 13, 2017
GEORGE TOWN: Tindakan 4 wakil rakyat DAP keluar parti semalam adalah “hadiah” kepada BN menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.
*Menggelar 4 wakil rakyat Melaka berkenaan sebagai pengkhianat,* Guan Eng berkata 1 mesyuarat tergempar akan diadakan esok dengan ahli DAP negeri.
Guan Eng menyesal mempercayai Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan Adun Lim Jak Wong, Chin Choon Seong dan Goh Leong San.
Fakta 3.
“Kalau saya khianati Pas ataupun Majlis Syura, maka saya tidak boleh dan mustahil menjadi calon kepada Pas. Sedangkan sesiapa saja yang menjadi calon Pas akan ditapis dan pemilihan dilakukan oleh Majlis Syura.
*“Yang mengkhianati itu adalah orang lompat (parti)* dan itu bukan saya,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas berkempen dengan penduduk di Seksyen 6, di sini, hari ini.
Fakta 4.
KUALA LUMPUR – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menggelarkan semua yang telah meninggalkan PPBM sebagai sampah’ menerima kritikan daripada bekas setiausaha parti itu, Kamarulazman Habibur Rahman.
Dr Mahathir dipercayai berkata demikian dalam satu ceramah bersama penyokongnya di Bukit Merah, Perak pada 22 September lalu.
*“Ketika berceramah di Bukit Merah, Perak, Tun Mahathir dengan sinis menyindir mereka yang meninggalkan PPBM sebagai ‘sampah’.*
Fakta 5.
“Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah. Ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen PAS, lepas tu parti lain pula, *ini orang yang tidak siuman (gila)* Orang yang akil baligh, mesti jaga lidah.
“Mana-mana persatuan berbentuk politik, dalam sekolah dan kerajaan sekalipun, mesti patuh pada peraturan, tidak boleh suka-suka hati,” katanya.
Apa pandangan anda?
Ridsect Merecik Hawau
Pemegang PHD
Unibersity Leman Pelawok

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej