Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, April 5, 2018

Apa maksud Parti Allah (Hizbullah)


AyobHussin Pulau Keramat

Apa maksud Parti Allah (Hizbullah) ?

Kita kata PAS adalah parti Allah tapi Sesetengah orang sering tidak mengerti muraad ( kehendak statement) tapi munuduh org sebagai bodoh. Sebelum menyanggah org, hendaklah kaji dulu samada betul ke tidak !
سُوۡرَةُ المَائدة
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ (٥٥) وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ (٥٦)

“Sesungguhnya pemimpin kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang mukmin, iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, dan mereka adalah orang-orang yang rukuk (tunduk dan patuh pada perintah Allah). Barang siapa yang memilih Allah, Rasul dan orang mukmin (sebagai pemimpin), maka sesungguhnya itulah PARTI ALLAH. Merekalah yang akan berjaya.” (Al Maidah: 55-56)

Perihal sifat jemaah atau parti atau toifah yang dikatakan Parti Allah itu, ada juga disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Berjemaah itu rahmat, dan berpecah belah itu azab.” (Riwayat Al Baihaqi)

Memerhatikan kepada Parti Allah yang telah ditubuhkan oleh Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin, para mujaddid dan lain-lain pemimpin kebenaran yang dijanjikan, suka untuk disenaraikan rumusan tentang ciri-ciri jemaah atau parti atau toifah atau hizbullah ini.

Supaya kita umat Islam dapat membina sebuah parti atau jemaah yang layak untuk disebut Parti Allah atau parti Islam atau parti kebenaran. Paling tidak, kita dapat menentukan sesuatu parti atau jemaah itu hak atau tidak. Dan kalau boleh, kita cari mana-mana parti yang menepati ciri-ciri Parti Allah itu untuk diikuti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej