Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, April 3, 2018

PAKATAN HARAPAN BUKAN PUNCA MASALAH EKONOMI


PAKATAN HARAPAN BUKAN PUNCA MASALAH EKONOMI
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Ramai yang menggelupur marahkan TG Haji Hadi, kononnya mengatakan pemimpih PH sebagai punca masalah ekonomi negara.
2) Kalau beliau kata PH punca masalah ekonomi negara, memang beliau sudah merapu. Tetapi jika anda baca betul-betul, dia pin-pointed kepada Tun Mahathir sebagai punca masalah ekonomi, yang kini diwarisi Najib.
3) Beliau menyebut Tun Mahathir itu kini berada dalam PH. Belia tak kata Abg Mat Sabu sebagai punca. Beliau tak sebut LGE atau DS Wan Azizah sbg punca. Beiau relate dengan kerja buat Tun Mahathir.
4) Tajuk berita sedemikian (sumber The Malaysian Insight) sebenarnya sengaja dibuat untuk menggamit kutukan dan makian kepada TG Haji Hadi. Simple punya tajuk, orang yang tak baca isi berita akan terus menggelupur.
5) Tak betoi ka Tun Mahathir sebagai punca masalah ekonomi? Ya Najib memang bermasalah. Ia adalah warisan dan legasi Tun Mahathir juga. Emmm apakah Tun Mahathir kini sudah habis suci semua kesalahannya? Forex ka Perwaja ka apa bala lagi...dah habis clean? Now he's cleaner than Mr Clean?
6) Saya bersetuju yang Tun Mahathir sebagai punca masalah ekonomi. Jadi saya bersetuju dengan kenyataan TG Haji Hadi. But bukan setuju sepenuhnya. Tun Mahathir adalah salah satu punca daripada punca-punca lain yang duk ada.
7) Cuma kebijaksanaan Tun Mahathir adalah cuba mengurangkan impak masalah ekonomi itu daripada ditanggung oleh rakyat. Rakyat kena juga impaknya tapi tidak keterlaluan kerana Tun Mahathir ada mekanisme untuk mengawal impak tersebut.
8 ) Berbeza dengan zaman Najib. Impaknya tidak dikawal dan menggembeling keringat rakyat untuk menyerap impaknya bagi pihak kerajaan. Salah satu mekanisme memerah keringat rakyat untuk menyerap impak masalah ekonomi adalah memperkenalkan GST.
9) Kesimpulannya, jangan menggelupur sangat dengan mainan tajuk berita. Baca dulu isinya. Tabayyun dulu sumber asalnya. Asal PH je beriman dengan TMI, Malaysiakini, TMO etc. Asal PAS je beriman dengan Harakah. Lepas tu kalau ada Sinar Harian pulak pakat-pakat beriman kalau berita kena kat hangpa. Be analitic laa sikit.
Sekian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej