Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, April 4, 2018

Sifat org bodoh tak mahu dengar nasihat ammarah assuk dan isu baruah


ingat !
manusia yg paling rendah taraf ialah yg mempunyai diri yg bertaraf Nafsu Ammaarah Assuuuk ... org di peringkat ini dikira tiada iman.. kerna mereka langsung tak takut dosa..
tak pernah menyesal melaku dosa dan maksiat....
memandang rendah org lain terutama Ulama dan org Soleh...
memperlekehkan hukum hakam ... tak perduli dengan syi'ar dan syari'at... sangat suka dengan rakan taulan yg setaraf dengannya ... cenderung kepada org / pemimpin fasiq & maksiat & zolim ...
benci kebaikan yg di bawa oleh Ulama & org solih...
sifat mazmuumah bersarang dlm hatinya... sangat sedikit mengingati allah & dosa pahala...
tak pernah risau yg dirinya akan dihisab ..
tak pernah risau akan dosa sendiri malahan sangat sibuk dengan dosa orang lain ... malas dan enggan menuntut ilmu agama... penuh dengan sifat Nifaaq ..
itulah antara sifat org di maqam Ammaaratussuu' .
Mereka ini setara haiwan ternak yg difirmankan Allah Dlm Alquran.... hidup mereka tak memberi untung kepada Islam... hidup hanya berseronok memenuhi tembolok nafsu serakah tanpa memikirkan nasib dirinya bila bertemu Allah..
وَمَثَلُ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى يَنۡعِقُ بِمَا لَا يَسۡمَعُ إِلَّا دُعَآءً۬ وَنِدَآءً۬‌ۚ صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡىٌ۬ فَهُمۡ لَا يَعۡقِلُونَ
Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.
(Al-Baqarah 2:171)
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179) |

AyobHussin Pulau Keramat
4 mins ·
Siapa yg baca sejarah kejatuhan Baghdad ia akan dapati punca utama musuh dapat meneroboh masuk dengan bantuan org islam sendiri. Isu nya tak puas hati, krisis dalaman antara org islam, mereka berbaik dan berkawan dgn musuh.
Memberi maklumat kpd musuh.Akhir nya Ibu negara islam itu terjajah.Begitu juga dengan kota melaka. Portugis mendapat bantuan "orang dalam" yg banyak mengetahui rahsia kekuatan kota melaka.Akhirnya kota Melaka jatuh dengan bantuan org islam sendiri.
Kisah di muktamar PAS adalah kisah yg sentiasa berulang ulang menjadi sejarah yg perlu difikirkan. Kita buat mesyuarat dalaman, ada puak "baruah" dan ejen luar mengintip dan mendedahkan minit mesyuarat kepada "Tuan" mereka.
Bila kita luahkan kemarahan kita, dan berkata "baruah" kepada mereka, mereka jadikan ini sebagai modal "besar" mereka yang kononnya pemimpin PAS mengeluarkan kata kata maki dan hamun. Padahal keburukan mereka tak pernah pun mereka kesali.
Nampaknya fenomena ini tampak akan berulang.
Ramai juga org islam lebih percaya dengan organisasi Kafir harbi yg jelas konsistem memusuhi islam. Dalami lah isi kandungan al quran.
Tidakkah Yahudi Nasora tidak redha dengan kita.
Tidak lah mereka berdendam melainkan kerna kita beriman dengan Allah ???
Konsistem mereka memerangi kita sehingga kita meninggalkan ugama ini.
Gunalah aqal untuk memahami nas nas dan tinta emas rasulnya. Jangan lah guna kan aqal semata mata tanpa memahami nas nas syara' untuk melihat isu sekarang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej