Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, June 5, 2018

Bukan salah sistem, tetapi pemikiran dan pegangan manusia sudah berubah. Itulah yang berlaku dalam isu pelantikan calon Peguam Negara, Tommy Thomas.

[05/06, 11:58] ‪+60 12-209 5137‬: PANTAS MENTERI BUAT KERJA !

Sekali menteri bersuara untuk Siti Kasim, terus Bernama tarik balik pembatalan program dengan Siti Kasim.

Pada awalnya,

1. Siti Kasim muat naik 1 poster program temubual beliau di Bernama

2. Majoriti rakyat memberikan respon negatif sebagai bantahan kerana beliau cukup terkenal melakukan provokasi kepada agama Islam.

3. Salah seorang kakitangan Bernama memberikan satu kenyataan bahawa program ini sebenarnya tidak dalam perancangan Bernama dan tidak pernah mendapat kelulusan.

4. Siti Kasim melahirkan rasa kecewa beliau di laman sosial.

5. Pantas Menteri baru, Gobind Singh bersuara untuk Siti Kasim dan meminta "pencerahan" daripada Bernama kenapa program ini dibatalkan.

6. Terus Bernama membuat satu kenyataan di Twitter rasmi pada jam 10.58 malam bahawa program siaran bersama Siti Kasim tidak dibatalkan.

Cukup Siti Kasim berdehem sahaja, terus Menteri bertindak pantas.

Apa pandangan anda tentang wajah Malaysia Baru ini ?
[05/06, 16:32] ‪+60 19-958 3458‬: Pencalonan Tommy Thomas Antara Sistem dan Pemikiran Manusia

Oleh: Mohd Hazizi bin Ab Rahman, Ahli Majlis Syura ISMA

Saya pernah menulis begini:

"Di sebalik kulit, ada isi. Di dalam cawan ada air. Kulit menjaga isi, cawan menakung air. Tetapi apalah gunanya kulit tanpa isi, cawan tanpa air, kerana tujuan kita sebenarnya ialah mahukan isi dan air."

Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen adalah sistem. Sistem itu ibarat kulit yang melindungi isi. Isi di sini pemikiran dan pegangan hidup manusia.

Apabila pemikiran dan pegangan hidup manusia lebih cenderung kepada demokrasi buta agama, maka sistem Raja berperlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara sudah tidak lagi relevan.

Ibarat isi yang sudah busuk, maka kulit sudah tidak berguna lagi.

Bukan salah sistem, tetapi pemikiran dan pegangan manusia sudah berubah.

Itulah yang berlaku dalam isu pelantikan calon Peguam Negara, Tommy Thomas.

Perlembagaan iaitu sistem, menunjukkan bahawa negara ini beragama, tetapi pilihan kabinet iaitu pemikiran manusia, buta agama (tidak mengambil kisah faktor agama).

Tetapi perlembagaan juga tidak mensyaratkan Peguam Negara mesti beragama Islam, maka di situlah ruang konflik antara kulit dan isi, antara sistem dan pemikiran manusia.

Sudah menjadi sunnatullah (undang-undang tetap Allah Taala) bahawa pemikiran dan pegangan hidup manusialah yang menentukan sistem yang mereka pilih.

Rakyat Malaysia sudah memilih. Mereka telah memilih wakil rakyat pemerintah yang pemikiran dan pegangan hidup mereka ialah demokrasi liberal.

Demokrasi liberal bermakna buta agama. Agama di sisi mereka, mudah ceritanya, hanyalah di tikar sembahyang dan masjid. Bahkan mereka itu mungkin fasih berbahasa al-Quran, lulusan Usul Fekah, mengimami solat, lancar memberi tazkirah Ramadan dan sebagainya, tetapi mereka juga yang memastikan agar Islam tidak punya "say" dalam urusan pentadbiran. Sekular liberal.

Cara mereka memastikan agar Islam tidak punya "say" dalam urusan pentadbiran negara ialah dengan bersekutu dengan parti yang terkenal totok memperjuangkan pemikiran liberal sekular, DAP. Mereka bersekutu dalam keadaan mereka minoriti terpecah-pecah dalam pelbagai parti, sedangkan DAP solid sebuah parti.

Jika YDPA, setelah mengambil pandangan Majlis Raja-raja, memilih untuk tunduk mengikut nasihat memanda Perdana Menteri yang mengetuai kabinet berpemikiran liberal sekular, maka pelantikan Tommy Thomas itu petanda besar bahawa negara kita akan mengetepikan Raja berperlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara, menuju ke arah negara demokrasi berparlimen liberal sekular.

Raja akan jadi bukan lagi Raja berperlembagaan, tetapi Raja menurut perintah demokrasi liberal sekular berparlimen.

Jika YDPA mengambil keputusan mengetepikan nasihat memanda PM, maka krisis antara Raja dan pihak eksekutif tidak dapat saya jangkakan kesudahannya.

Apa-apapun, noktah paling penting yang ingin saya sampaikan di sini:

1) Pemikiran dan pegangan hidup manusia yang menentukan sistem yang dipilih. Jika mahu sistem Islam, maka ubahlah pemikiran dan pegangan hidup manusia, bukan sebaliknya.

2) Rakyat Malaysia telah memberi mandat kepada pemerintah yang mengangkat demokrasi liberal sekular sebagai pedoman, maka kita perlu bersedia menerima akibatnya.

3) Pemimpin muslim yang dilihat hebat dari sudut kewarakan dan sijil pengajian Islamnya, boleh sahaja jadi pemangkin bagi pemerintahan liberal sekular akibat kecelaruan pemikirannya dan kejahilan penyokong-penyokongnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej